Sabtu, 9 April 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Najib Sudah Termakan Dengan `umpan' Anwar, Kita Tunggu Jawapannya

Posted: 08 Apr 2011 04:47 PM PDT

Oleh: wfauzdin_ns

"AKHIRNYA `umpan' yang dipasang oleh DS Anwar mengena. Apabila heboh para pemimpin Umno dan pencacai mereka termasuk media bercerita pasal ingin menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat video lucah yang hangat diperkatakan, DS Anwar berdiam diri sambil menunggu umpan dimakan oleh Najib pemimpin tertinggi puak mereka.

Sebelum ini para pencacai dan cicak mengkarung saja yang riuh rendah, dan bukan tandingan Anwar untuk berdepan dengan cicak mengkarung yang tidak cukup makan seperti Zahrain, Zul Kulim firaun besar, Chee Keong, Nazri botak, Berahim katak dan beberapa ekor lagi tu. Anwar tunggu bos segala cicak mengkarung berbunyi sahaja.

Hari ini, umpan telah dimakan dan bos cicak mengkarung pun berbunyi. Najib berkata mengapa Anwar dan pembangkang tidak bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan di dalam kes video lucah yang ditayangkan oleh Rahim dan `geng three strooges' yang masih bebas tanpa ditangkap itu. Sebelum itu, kita mahu tanya Najib atas asas apa perlu ditubuhkan Suruhanjaya Bebas?

Hari ini Anwar merentap `umpan' yang dipasang sekian lama. Anwar bertanya ada kes yang lebih besar dari kes video lucah iaitu kes wanita Monggolia yang di bom dengan bahan letupan C4. Sehingga kini rakyat tertanya sebab apa wanita berkenaan dibunuh oleh dua orang yang dikatakan pegawai keselamatan yang rapat dengan Najib? Kes ini telah lama rakyat tuntut untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas kerana nama Najib turut dikaitkan bersama Rosmah. Bagaimana pula dengan kes seorang bekas KM yang dikatakan merogol budak bawah umur? Kes tangkapan di Hotel Port Dickson yang dikatakan melibatkan seorang artis bersama tokoh politik negara. Mana Suruhanjaya Siasatan ?

Sebenarnya banyak lagi yang patut diadakan Suruhanjaya Siasatan di negara ini jika kes video lucah lelaki boroi ini mahu dianggap terlalu penting buat Najib. Mengapa ianya penting? Sebabnya kes yang dihadapi oleh Anwar sejak dari kes Liwat 1 dan sedang berjalan kes Liwat II semakin menjauhkan rakyat dari Umno. Itu hakikatnya.

Tahniah Anwar, umpan sudah mengena dan sekarang kita tunggu Najib mahu jawab atau tidak tentang pentingnya Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk kes Altantuya, kes rogol gadis bawah umur dan juga kes di Hotel Port Dickson walaupun Suruhanjaya Siasatan kes video Lingam dulu tidak tahu hujung pangkal

Video Seks; Rakyat Lupa Kelemahan BN.

Posted: 08 Apr 2011 04:39 PM PDT


Isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar. Ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter manakala  SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.



Kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara. Begitu juga dengan buku jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya. Mereka hanya mampu mengatakan buku jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah. Walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda buku jingga.

Pakatan Rakyat jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat. Semua maklum isu buku jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif. Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai buku jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk station. Sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang buku jingga dan terlupa bincang titah Diraja di dalam sesi palimen. 

Pas yakin isu video, akan menjadi senjata makan tuan. Rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan. Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak? Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?.

Akhir Umur Dunia

Posted: 08 Apr 2011 04:28 PM PDT

Hadith:
NABI SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya."

Riwayat Jabir RA
Huraian Hadith:
Setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan segala perkara yang dilakukan. Sekiranya sewaktu hidup di dunia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang, pasti ganjaran pahala sedia menanti.
Sebaliknya, jika perbuatan-perbutan keji yang menjadi amalan hidupnya, catatan dosa pula sedia menanti. Ajal maut adalah ketentuan ilahi. Tidak terawal, atau terlewat, walaupun sedetik.
Insya-Allah pintu taubat masih terbuka, selagi nyawa belum sampai ke halkum. Sekiranya seseorang mati dalam keadaan beriman, dibangkitkan kelak dalam kedaan gembira.
Sebaliknya, apabila mati dalam keadaan derhaka, pasti dibangkitkan dalam keadaan mendukacitakan. Setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing.

Tiada ulasan: