Jumaat, 1 April 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Poco-poco vs Porno-porno

Posted: 01 Apr 2011 02:46 AM PDT

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Katanya, oleh kerana isu tarian itu merupakan isu nasional, ia perlu dibincangkan di peringkat pusat supaya ia dapat diselaraskan di semua negeri.

"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini di peringkat muzakarah peringkat pusat bagi menentukan dari segi hukumnya," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Harussani dilaporkan berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

P/s: Mana mufti untuk keluarkan fatwa porno. Fatwa poco-poco laju seperti kilat tetapi fatwa porno-porno seperti menyukainya

Menutup Aurat atau Membalut Aurat

Posted: 31 Mar 2011 09:48 PM PDT


Definisi menutup dan membalut jauh perbezaannya. Sebagai contoh jika kita membeli satu tong hitam untuk dijadikan tong sampah maka ia akan dibekalkan dengan penutupnya atau sesetengah orang memanggilnya tudung. Jika kita menggunakan tong sampah tanpa tudungnya akan menyebabkan sampah itu akan diterbangkan angin  dan sebaliknya kita membalut tong sampah, ia seakan-akan menunjukkan kita tidak cerdik. Mengapa perlu membalut tong sampah tersebut sedangkan telah dibekalkan penutup atau tudungnya?

Di bawah ini ada ayat-ayat yang dipetik dari kitab suci al-Quran yang menjelaskan secara jelas dan terang. Adakah wanita disuruh menutup aurat atau membalut aurat mereka? Cuba anda perhatikan atau cari ayat yang manakah menerangkan wanita perlu membalut aurat mereka dan bukannya menutupinya.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Surah Al-A'raaf: 26.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. 
Surah An-Nur: 24.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya* ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 



* - Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
Surah Al-Ahzab: 59.

Renungkanlah wanita-wanita yang bernama BINTI dan status agama dalam pengenalan bernama ISLAM. Ia bukan sekadar untuk suka-suka jika kita membalut aurat. Dalam al-Quran tidak pernah menyebut untuk membalut aurat sebaliknya menutup aurat. Maka kita ikutlah seperti yang terkandung dalam kitab suci al-Quran dan jangan diada-adakan benda yang tidak ada.

Fatwa Video Seks dan Lucah

Posted: 31 Mar 2011 08:04 PM PDT


Mendepani dengan situasi yang berlaku dalam politik Malaysia amat membimbangkan dan lebih teruk daripada letupan loji uklear di Fukushima, Jepun. Politik yang di mainkan oleh pihak lawan seoalh-olah menjadi satu trend terkini dalam membunuh karakter pihak lawan.

Begitu kotor isu yang dimainkan oleh puak-puak yang menolak dan tidak takut akan kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Seks dan fitnah sudah menjadi idea untuk menarik pembaca dan penonton dalam mengharungi dunia yang serba tempang ini.

Akhirnya isu fitnah dan video seks ini terpalit semula kepada pembikinnya dan kepada karakter yang ketagih seks. Hari ini kita terdengar atau terbaca bahawa penjawat awam sudah berani menonton video porno dalam pejabat seperti yang berlaku di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam, Shah Alam.

Maka tidak hairan jika banyak video porno dijual di merat-rata tempat dalam negara memandangkan ada pemimpin dan penjawat awam yang suka menonton video porno. Inilah akibat menuruti jejak langkah pemerintahan ala-ala Inggeris yang hanya untuk memuaskan nafsu seks semata-mata.

Semalam akhbar kecoh pasal isu fatwa tarian atau senaman poco-poco yang dikatakan mengandungi unsur-unsur pemujaan agama lain. Fatwa seperti itu juga mendapat tentangan hebat dari pihak yang satu lagi dan apakah fatwa ini sahaj yang maju dibicarakan?

Mana fatwa untuk fitnah dan video seks? Adakah semua multi telah dibayar dengan kadar yang lumayan yang mana duit mendahului hukum. Kuasa duit mampu merosakkan akhlak serta maruah yang bergelar seorang mufti. Adakah mufti hanya seperti biawak hidup yang berdiam sahaja mengenai isu video dan fitnah?

Malaysia hari sudah menjadi budaya dan juga negara seks terpilih berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Pelacur berleluasa memudahkan beberapa filem lucah dibikin untuk menjatuhkan karakter politik pihak lawan. Inilah politik kerajaan yang menolak hukum Islam sebaliknya bertuhankan amalan seks dan fitnah.

Tiada ulasan: