Jumaat, 1 April 2011

PRO REFORM

PRO REFORM

Banjir Di Selatan Thai: 21 Maut

Posted: 01 Apr 2011 07:09 AM PDT

BANJIR lumpur yang melanda selatan Thailand.

BANGKOK - Seramai 21 orang terkorban, manakala beribu-ribu pelancong asing terkandas di gugusan pulau selatan Thailand selepas rantau itu dilanda bah dan banjir lumpur.

Perkhidmatan kereta ke rantau berkenaan telah dibatalkan dengan tiga lapangan terbang ditutup, termasuk sebuah lapangan terbang utama di Pulau Koh Samui yang merupakan destinasi pelancongan popular. Turut ditutup ialah lapangan terbang Nakhon Si Thammarat dan Surat Thani.

Tentera laut Thailand menghantar empat buah kapal perang yang dilengkapi bot dan helikopter untuk menghantar bekalan asas, selain mengeluarkan pelancong serta penduduk kampung di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

"Tentera darat dan laut bekerjasama untuk membantu mereka yang terkandas. Penduduk yang tinggal di kawasan berlakunya banjir lumpur juga dipindahkan," kata menteri di pejabat perdana menteri, Satit Wongnongtoey.

Hampir sejuta orang terjejas dalam kejadian banjir akibat hujan lebat selama seminggu di selatan Thai. Setakat ini, banjir lumpur dilaporkan berlaku di tiga kawasan di wilayah Krabi. Sekurang-kurangnya 10 terkorban di sebuah kampung manakala 10 yang lain masih hilang.

Ketua Pengarah Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana, Wiboon Sangruanpong berkata, adalah terlalu awal untuk membuat anggaran kemusnahan akibat banjir kali ini. Beliau turut memberi amaran bahawa kejadian banjir lumpur dijangka terus berlaku dalam tempoh beberapa hari lagi. - Agensi

-Kosmo Online

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Petrol RON97 Naik 20 Sen, Kuat Kuasa Tengah Malam Ini

Posted: 01 Apr 2011 06:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini. Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu. "Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

-TMI

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

IGP : Pakar Tempatan Sah Video Seks Tulen

Posted: 01 Apr 2011 01:33 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan rakaman video seks yang didedahkan oleh trio "Datuk T" adalah tulen. Bagaimanapun, identiti pelaku dalam klip video 21 minit yang sebelum ini didakwa mirip pemimpin kanan Pembangkang, tidak dikenalpasti. Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

-TVSnews

Tiada ulasan: