BRIGED MP SEGAMBUT |
- RAMAI HADIR CERAMAH VIDEO SEKS BUKAN JAMINAN MENANG!!!
- INILAH UMNO..VIRUS BAHAYA?
- UMNO TUTUP MULUT MUFTI KES VIDEO SEKS?
- AKIBAT EKONOMI MEROSOT:PORTUGAL AKHIRNYA JUAL RAKYATNYA SI RONALDO?
- SPRM PUN SUKA VIDEO SEKS?
RAMAI HADIR CERAMAH VIDEO SEKS BUKAN JAMINAN MENANG!!! Posted: 01 Apr 2011 07:24 AM PDT Hampir semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hadir. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan agak uzur, tetap bersama kemeriahan malam Selasa lalu, walaupun sekadar membacakan doa dan bertakbir. Puluhan ribu memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam. Program solat hajat dan ceramah perdana. Kontroversi ekoran tohmahan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terbabit dalam video lucah yang ditayangkan Dato' T kepada wartawan terpilih di hotel mewah Carcosa Seri Negara 21 Mac ternyata mengundang padah buat Umno-BN. Apatah lagi selepas terdedah (dan diakui sendiri) bahawa dalang utamanya adalah Abd Rahim Tamby Chik. Ya, siapakah yang bersedia untuk membersihkan imej bekas Ketua Pemuda Umno itu daripada terpalit teruk dengan isu moral? Dua tiga orang rakan-rakan yang hadir pada malam itu membuat kesimpulan awal yang hampir sama kepada saya: Suasananya bagaikan mahu mengulangi fenomena Reformasi 1998. Penulis Mohd Sayuti Omar merakamkan: "Bagi penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat rugi besar malam ini (28 Mac) kerana tidak ke stadium .... Apa yang berlaku malam ini tak ubah himpunan di sekitar tahun 1998 di era reformasi dahulu." Daripada awal saya menjangkakan, jika ia semata-mata rekaan, isu ini bakal memerangkap bukan saja Najib Razak, malah BN secara keseluruhannya. Pilihan raya umum ke-13 nanti berupaya menjadi penamat kepada penguasaan BN terhadap Putrajaya. Pengundi Melayu yang pernah mencetuskan undi protes pada 1999, dan seperti "sedikit tertangguh" pada 2008, akan memberikan pengajaran cukup pedih kepada Umno kali ini. Orang Melayu sukar menerima individu diaibkan sebegitu rupa. Kalau pun bersalah (apatah lagi hanya setakat lemparan fitnah), memang wajar dihukum dan didera tetapi jangan sama sekali mengaibkannya di khalayak umum. Justeru, saya tidak begitu yakin dengan pandangan yang mendakwa bahawa konspirasi ini digerakkan seteru Najib dalam Umno, memandangkan ia bukan saja mampu menjerumuskan Presiden Umno itu ke jurang paling dalam, malah mengheret jatuh dominasinya selama 55 tahun itu. "Saya perhatikan ramai anak muda membanjiri stadium pada malam itu. Ini juga satu mesej cukup positif buat Pakatan Rakyat. Mereka cukup marah dan pada masa sama begitu ghairah mahu melihat perubahan kepada lanskap politik negara," kata seorang wartawan yang membuat liputan. "Saya yakin mereka sedar dengan tanggungjawab untuk menyingkirkan pemimpin korup yang mengetepikan kebajikan rakyat," tambahnya. "Ramai berkupiah putih malam tadi, saya rasa majoritinya mungkin penyokong PAS. Anak-anak muda makin percaya kepada PAS, mereka mahu politik yang berakhlak," pandangan seorang rakan lain. Namun begitu, seperti berdepan situasi lain juga, saya sentiasa meletakkan "keraguan" ataupun membayangkan "suasana paling buruk" yang bakal kita hadapi, berdepan elit penguasa yang mampu memperkakaskan apa saja untuk terus bertakhta. Mood rakyat yang muak dan mual dengan budaya fitnah boleh sahaja dikalahkan dengan taktik lain yang lebih licik dan "berkesan", misalnya melalui manipulasi pendaftaran pemilih membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Umno sendiri. Ketika Pakatan Rakyat sibuk mengatur kempen menyanggah propaganda jahat, agen-agen Umno sentiasa memerhati ruang dan peluang untuk memintas -- melalui sokongan dan bantuan jentera kerajaan -- sekali gus berhasrat menawan kembali negeri-negeri yang terlepas pada 2008, khususnya Selangor. Harakah mungkin berjaya mendedahkan satu dua kes di sekitar Lembah Klang, tetapi mungkin puluhan lagi belum berjaya terbongkar, malah untuk dihidu pun sukar. Sehari selepas Stadium Melawati diserbu khalayak yang dahagakan maklumat sahih berkaitan isu Anwar, Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin "merayau-rayau" ke beberapa buah sekolah di Ampang dan Kuala Langat, bagi memancing undi. Melalui skrin TV, dalam berita jam 8 malam, saya perhatikan dengan jelas lambang dacing BN begitu menonjol. Bayangkan, dalam dewan sekolah, sambil mengumumkan bantuan, Muhyiddin melalui acara rasmi kerajaan, giat berkempen memancing undi. Beliau secara terbuka menyelar kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan mengkritik Buku Jingga. Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar lebih jelas lagi dalam ucapannya menegaskan: "Kita perlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam Dun Selangor untuk mengambil alih kerajaan negeri..." Dalam gambar yang disiarkan Malaysiakini, saya perhatikan Ketua Umno Ampang, Ismail Kijo berada di atas pentas, di sebelah Noh. Dalam pilihan raya 2008, Ismail kalah kepada calon PAS, Khasim Abdul Aziz, di kerusi Dun Lembah Jaya. Mungkin disebabkan lokasi dewan sekolah itu berada dalam kawasan Dun berkenaan, Noh dalam ucapannya bertanya: "Apakah kita boleh menang Lembah Jaya?" Jelas sekali, jelajah Muhyiddin (dan juga Najib Razak) ke seluruh negara untuk berkempen memburuk-burukkan Pakatan Rakyat menggunakan sepenuhnya kemudahan kerajaan. Dan Muhyiddin mengakui ia adalah perkara "biasa". "Ia tidak salah. Ia bukan masa kempen pilihan raya," tambahnya. Ketika saya menulis kolum ini, seorang pembaca menelefon: "Harakah harus lebih agresif dedahkan taktik jahat Umno untuk tawan negeri-negeri Pakatan. Dan ingatkan wakil-wakil rakyat kita supaya lebih dekat dan intim dengan segenap masyarakat. Turun ke bawah, jangan rasa selesa di atas bahawa kita akan menang Putrajaya sedangkan rakyat mungkin marah dengan kita yang tak ambil peduli hal mereka." |
Posted: 01 Apr 2011 06:30 AM PDT ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban. Bagaimanapun, Hakim Amran Jantan membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi. Mustafa, 53, didakwa menerima suapan RM2,000 daripada M Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan berkaitan projek pasir di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini pada 5 petang, 31 Ogos 2008. ADUN BN itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000. Mustafa yang berpakaian kemas kelihatan sugul ketika hakim menjatuhi hukuman itu dalam mahkamah yang dipenuhi oleh kaum keluarga tertuduh dan pengadu kes itu, Manimaran yang turut. Terdahulu, Amran menolak rayuan peguam bela tertuduh yang meminta supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan melalui jaminan bon dan syarat berkelakuan baik. "Faktor utama dalam kes ini ialah kepentingan awam. Kesalahan ini sangat serius kerana ia dilakukan oleh orang yang berjawatan. Tidak wajar Orang Kena Tuduh (OKT) dilepaskan kerana kalau lepas, ia memberi gambaran mahkamah tidak serius," katanya. Pada 3 Nov tahun lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan tertuduh membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya selepas membenarkan rayuan pendakwaan. Rayuan itu dikemukakan oleh pihak pendakwaan selepas tertuduh dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban atas semua pertuduhan pada 14 April tahun lalu tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan. Pada 4 Mac lalu, Amran memutuskan Mustafa didapati bersalah atas satu tuduhan rasuah iaitu menerima RM2,000 daripada Manimaran dan membebaskannya dari dua lagi pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan RM3,000 daripada pengadu melalui Mustafa Pendek di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008. Tertuduh juga bebas dari dakwaan meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada ontraktor yang sama di pejabat SPRM negeri di Jalan Datuk Klana Ma'amor di Seremban pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuan alaysia (SPRM) negeri, Feza Fazlin Fandi sementara Mustafa diwakili peguam eisal Mustapha dan Datuk Taqiyuddin Yahya. Tiada p'raya kecil Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan. Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat. Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan. "Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi. "Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz. Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini. |
UMNO TUTUP MULUT MUFTI KES VIDEO SEKS? Posted: 01 Apr 2011 02:12 AM PDT : Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Katanya, ia terbukti apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mendedahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang tidak mengeluarkan padangannya berhubung isu pendedahan video seks tersebut. "Kalau begitu nampak sangat Umno dan medianya (Utusan) ada agenda sendiri. "Pandangan yang menyebelahi pembangkang mereka tak siar, yang menghentam pembangkang mereka siar," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam. "Nampak sangat mereka mempergunakan mufti untuk kepentingan politik," tambahnya lagi. Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya. Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar Umno itu. "Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh buktikan. "Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya. Mufti Perak itu turut mengakui rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. "Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. "Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya. Sebelum ini, banyak pihak khususnya Pakatan Rakyat mendesak para mufti menyatakan pandangan berhubung isu video seks terbabit termasuk pandangan dari Harussani. Ia kerana, beliau sering dilihat hanya mengeluarkan pandangan yang mengiyakan tindakan parti pemerintah dalam beberapa isu kontroversi. Ianya termasuk isu perletakan ancak tiang seri oleh Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Zambry Kadir dan beberapa kali serangannya terhadap pandangan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya dalam isu 'Undi PAS masuk Syurga'. Cabar Utusan, RTM, TV3 siar kenyataan Dalam pada itu, Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas kenyataan itu turut memuji keberanian Harussani menyatakan pendiriannya dalam isu video seks tersebut. Katanya, ternyata yang menjadi penghalang hukum sebenar dijelaskan kepada rakyat adalah Umno dan media mereka. "Saya cabar RTM, TV3 dan akhbar media perdana lain turut siarkan kenyataan dan pandangan Mufti Perak ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Walaubagaimanapun beliau juga menggesa Harussani agar menyatakan pandangan berhubung isu-isu lain termasuk hukum rampasan kuasa oleh BN Perak dan hukum larangan premis judi di Kelantan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno BN. |
AKIBAT EKONOMI MEROSOT:PORTUGAL AKHIRNYA JUAL RAKYATNYA SI RONALDO? Posted: 31 Mar 2011 09:24 PM PDT Terlilit Utang, Portugal Jual Ronaldo 160 Juta Euro ke SpanyolJumat, 01 April 2011 10:52 WIB REPUBLIKA.CO.ID, LONDON - Terlilit utang luar negeri ditambah menurunnya kredit rating, pemerintah Portugal mengambil langkah kontroversial; menjual Cristiano Ronaldo, ke Spanyol senilai 160 juta euro atau sekitar Rp 1,9 triliun! Parlemen Portugal, pekan lalu menolak sejumlah kebijakan Perdana Menteri Portugal Jose Socrates untuk mengatasi perekonomian Portugal yang diambang krisis, berupa penghematan anggaran. Sedangkan gaji Ronaldo, sampai akhir Januari 2011 lalu mencapai 12 miliar euro, yang mendekati jumlah utang luar negeri Portugal. Meski pekan lalu sudah mengajukan surat pengunduran diri sebagai perdana menteri, namun Socrates yakin 'penjualan' Ronaldo yang kini memperkuat Real Madrid, Spanyol, diyakininya merupakan upaya nyata Portugal untuk menyelamatkan perekonomian. Tentu saja, sejumlah kalangan di Portugal menolak keras langkah tersebut. Sebagian pengamat sepak bola di sana menyebut langkah itu akan 'menghancurkan piala dunia'. Ronaldo sendiri dikabarkan sudah menyetujui dan siap menjadi patriot dengan dijual ke Spanyol. "Itu Gila!" sergah jurubicara Keep Football Pure organisation, yang berbasis di Bruges. "Pemerintahan bodoh itu tidak berpikir. Sekarang tak ada lagi yang bisa menghentikan Qatar untuk membeli (seluruh pemain) di Piala Dunia mendatang. Ini akan menghancurkan piala dunia!" tambah jurubicara yang tak disebut jatidirinya seperti dikutip The Independent. Tetap saja warga Portugal terbelah. Sebagian menilai langkah penjualan Ronaldo sebagai langkah patriotik. Sebagian lain menilai langkah itu berarti 'menyerah' terhadap lilitan utang. Paolo Fril, profesor ekonomi politik di Lisbon University, mengatakan; "Kita sudah dijajah Spanyolselama 60 tahun, dan harus berperang untuk merebut kemerdekaan. Ini bukannya Spanyol menyelamatkan ekonomi Portugal, melainkan kembali menjajah lewat pintu belakang." Sedangkan di Spanyol, banyak kalangan masih berseberangan. Sebagian melihat Ronaldo tak terlalu dibutuhkan. Apalagi, Spanyol kini menggenggam gelar Piala Dunia dan Piala Eropa sekaligus. "Kalau mau membeli (menaturalisasi) pemain asing, lebih baik membeli Lionel Messi," ujar seorang fans Spanyol. |
Posted: 31 Mar 2011 09:31 AM PDT Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock. Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini. Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan. Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan? Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi). Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)? Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya. Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet. Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap "ia di luar kawalannya". "Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri," katanya. Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan