Selasa, 5 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Peguam Anwar: Klip video ‘cabar’ integriti siasatan polis

Posted: 05 Apr 2011 03:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemunculan klip video, selepas didedahkan dua minggu lalu, menimbulkan persoalan mengenai integriti siasatan polis memandangkan "Datuk T" mendakwa telah menyerahkan kesemua rakaman kepada pihak berkuasa.
"Jika kita percaya kenyataan ini, satu lagi persoalan yang memerlukan jawapan ialah kemunculan secara tiba-tiba klip video dalam internet," kata Sankara Nair dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Sankara berkata, jika benar hanya "Datuk T" yang memiliki cakera-cakera padat terbabit, polis perlu membawa mereka bertiga untuk siasatan segera memandangkan kemunculan klip juga satu bentuk kerja menyebarkan bahan-bahan lucah.
Mengenai tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ketulenan klip itu Jumaat lalu, Sankara berkata, beliau tidak bersetuju dengan pengumuman yang dibuat dalam tempoh yang singkat itu.
Justeru, beliau menimbulkan tanda tanya soal ketulenan diumumkan dalam beberapa hari.
Kata beliau, melihat pada isu ini yang kompleks adalah lebih elok pihak polis mendapatkan pendapat pihak lain sebelum memutuskan kata muktamad mengenai soal ketulenan.
Read More / Baca Lagi >>

Youtube Tonjol "Kelemahan" Video Aibkan Anwar

Posted: 05 Apr 2011 03:23 PM PDT



SHAH ALAM 5 APRIL : Satu Malaysia kecoh …kerana sebuah klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau "tidak peduli'  kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau. 
Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian. 
Walaubagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya.  Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang  video  dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi  laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube  membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk "T" itu buat kali pertama dengan "barang kes itu sendiri." 
Read More / Baca Lagi >>

Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

Posted: 05 Apr 2011 03:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.
Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.
"Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai," katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Media Harus Fokus Datuk T Bukan Individu Yang Belum Dikenalpasti

Posted: 05 Apr 2011 03:21 PM PDT

Video Fitnah AMK Desak SKMM Jelas Bagaimana Video Tersebar

Posted: 05 Apr 2011 03:19 PM PDT

Mufti Perlis: Rakyat wajar tolak budaya politik lucah di Parlimen

Posted: 05 Apr 2011 03:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyambut baik ketegasan Speaker Dewan Rakyat menolak tayangan video seks tetapi mahu rakyat menentang pihak yang cuba "membawa budaya politik lucah" ke Parlimen.
Kata beliau, politik akhlak dan adab mesti dijadikan sebagai kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua ahli politik di Malaysia.
Sementara Malaysia sedang menuju kematangan dalam demokrasi berparlimen, kata tokoh agama ini, sikap pihak yang tidak bertamadun mesti ditolak.
"Sikap pihak-pihak yang tidak bertamadun, sukakan kontroversi tanpa memikirkan norma akhlak dan adab kemanusiaan mesti ditolak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru kata Juanda, beliau menyambut baik ketegasan Parlimen menolak idea agar rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil rakyat untuk menentukan ketulenan.
"Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas penolakan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia), Speaker Dewan Rakyat terhadap usaha pihak yang kotor akal dan fikirannya untuk menayangkan video seks di Parlimen.
"Tan Sri Speaker wajar dipuji kerana terus berusaha keras mempertahankan kemuliaan Islam dan Parlimen negara kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sibuk dengan video, BN naik harga minyak

Posted: 05 Apr 2011 03:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar.
Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.
Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara.
Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN.
"Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga," katanya kepada Harakahdaily.
Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat.
Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif.
"Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja," katanya.
Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan.
"Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak?
"Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?" soalnya.

Jam Omega Ada Pada Saya, Kata Azizah

Posted: 05 Apr 2011 02:58 PM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL : Sidang akhbar Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Dr Ismail hari ini digunakan oleh wartawan tertentu untuk sengaja memberi tekanan kepada beliau namun isteri Ketua Pembangkang tenang menangani keadaan itu.
Seorang wartawan sebuah portal berita bertanya sama ada beliau menyimpan jam tangan Omega seperti didakwa Sharzyl Eskay ditinggalkan oleh Anwar namun kini berada dalam simpanan ahli perniagaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti: Akidah lebih penting antara sembilan asas Perak haram poco-poco

Posted: 05 Apr 2011 02:57 PM PDT

April 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 April — Jawatankuasa Fatwa Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram, kata muftinya Tan Sri Harussani Zakaria hari ini.
Tengah hari tadi, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa beliau agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco berkuat kuasa Januari lalu.
Presiden Abim Muhd Razak Idris berkata, walaupun Jawatankuasa Negeri Perak telah membuat keputusan mengharamkan poco-poco, namun ia perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Justeru dalam kenyataan sembilan halaman petang ini, Harussani menegaskan, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.
Read More / Baca Lagi >>

Video seks Anwar kantoi kerana janggut (pencerahan)

Posted: 05 Apr 2011 02:45 PM PDT

Pada entry pertama tentang video seks yang pernah ReJaM© dedahkan sebelum ini, ReJaM© ada mempersoalkan tentang janggut pelakon lucah mirip Anwar Ibrahim di dalam video aksi seks yang sedang hangat di internet hari ini rujuk sini [mirip anwar] Video tersebut cacat kerana ada dua lelaki mirip Anwar dikesan.

Dalam entry sebelum ini juga ReJaM© ada mempersoalkan bagaimana janggut menjadi titik tolak bahawa video tersebut terbukti sebagai palsu rujuk link ini [Video tipu].

Oleh kerana ramai yang menghantar email meminta ReJam supaya membuat entry yang lebih jelas tentang isu janggut ini. Maka ReJaM buat sekali lagi sebagai pencerahan. Apa kaitan janggut dan penipuan video ini?

Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet sejak kelmarin. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini.

Video ini dikatakan dirakam pada 21 Febuari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.


Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada. Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut.

Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Febuari 2011 ada muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan liwatnya. Kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah ini.


Kesimpulan daripada analysis ringkas ini membuktikan bahawa, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011.

Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.

Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah. Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks.

Ini zaman teknologi, kalau kita lihat cerita Hitler di bawah ini, kelihatan seolah-olah memang hitler yang berlakon video ini, kerana wajahnya saling tak tumpah seperti Hitler. Namun fakta yang harus anda tahu ialah, Hitler dah lama mati sebelum video ini dilakonkan.



ReJaM© "Ini zaman yang penuh kekeliruan, macam-macam jenis fitnah boleh dibuat dan direka, maka kembalilah kepada cara Islam dan Al-Quran, sediakan 4 saksi yang layak, lebih baik orang yang salah dilepaskan daripada orang yang tak bersalah dihukum..."

"Tulen tak tulen bukan isu...": Itu bukan Anwar, tegas Azizah

Posted: 05 Apr 2011 09:07 AM PDT

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar Ibrahim tampil untuk mempertahankan suaminya sekali lagi, menegaskan bahawa pelaku dalam video yang disiarkan melalui youtube semalam bukanlah Anwar Ibrahim, setelah beliau menonton dengan sendiri video tersebut.
Malah, Wan Azizah (gambar kanan, kanan) dihujani soalan ketulenan video, yang juga dikesahkan Ketua Polis Negara - akhirnya meninggikan nada dan menegaskan bahawa, "Tulen tak tulen bukan isu..., (isunya) Itu bukan Anwar!  Anwar bukan lelaki dalam video tersebut!"  Kenyataan tersebut disambut tepukan penyokongnya yang tampil menghadiri sidang media pada 10.30 pagi, tadi.
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turut kelihatan terusik dengan soalan yang diajukan wartawan, sehingga menyindir tahap logik wartawan dengan mengumpamakan "kalau kita anggap satu rumah, ada pencuri.  Polis tahu rumah itu tulen, tak payahlah tangkap pencuri...", mencetuskan gelak ketawa dari kalangan wartawan.
Read More / Baca Lagi >>

Media Arus Perdana Hilang Pedoman, Kata PR

Posted: 05 Apr 2011 08:43 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL : Media arus perdana milik UMNO mengamalkan kewartawanan yang jijik dengan sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama Islam demi menfitnah Anwar Ibrahim untuk memenuhi agenda politik Umno.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan Utusan Malaysia dan Kosmo kawalan Umno yang menyiarkan gambar-gambar video lucah demi menfitnahkan Anwar.
Tindakan media berkenaan turut mencemarkamn nama baik bangsa Melayu dan Negara Islam di peringkat antarabangsa, kata Ahli Parlimen Baling, Taib Azamauddin.   
"Kalau Kosmo surat khabar Melayu, kalau Utusan surat khabar Melayu, apakah hebat surat khabar Melayu untuk tanam saham  jual maruah Melayu dan Islam.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut  mengutuk keras  Utusan Malaysia dan Kosmo kerana membelakangkan etika kewatawaan dalam keghairahan mengaibkan Anwar. 
Saya mengutuk  media hari ini terutama media Utusan,  Kosmo yang letak gambar sebelah sebelah, ia ada agenda politik.  Kita hormati kebebasan media tetapi bukan media kotor seperti ini, " tegas beliau.

Muka macam Anwar, badan macam Najib?

Posted: 05 Apr 2011 08:42 AM PDT

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.
Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya?
Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.
Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Said Zahari : Utusan Aibkan Anwar Untuk Politik Umno

Posted: 05 Apr 2011 08:39 AM PDT


SHAH ALAM 5 APRIL : Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari membidas laporan media arus perdana yang ghairah menyiarkan gambar dan menayangkan klip video seks semata-mata untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau menyifatkan tindakan Utusan Malaysia dan TV3 serta media lain sebagai tidak beretika dan melanggar prinsip asas kewartawanan semata-mata untuk memenuhi agenda politik majikan mereka. 
"Cerita- cerita seperti itu, video dan gambar- gambar seperti itu langsung tidak usah dipakai. Sepatutnya pengarang tidak perlu menggunakannya,  tak perlu siarkan kerana apa faedahnya kepada  pembaca, apa yang dipelajari mereka," kata beliau kepada TVSelangor/  
Read More / Baca Lagi >>

Utusan,Kosmo dan TV3 media lucah

Posted: 05 Apr 2011 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April: Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini.
Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.
Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.
Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
"Pendekatan membesar-besarkan isu seks ini langsung tidak menyumbang pembinaan masyarakat madani dalam negara ini. Ia hanya mendedahkan cerita-cerita kotor dan jijik kepada masyarakat yang akan didengar atau dibaca oleh semua golongan termasuk remaja," kata beliau.
Malah Mazlan turut mendakwa pihaknya hari ini menerima banyak aduan daripada rakyat yang marah dengan perkembangan tersebut.
Isu klip rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi laporan utama media-media arus perdana hari ini apabila sebahagian daripada klip itu dimuat naik dalam youtube dipercayai bermula semalam.

Video Fitnah : AMK Desak SKMM Jelas Bagaimana Video Tersebar

Posted: 05 Apr 2011 08:24 AM PDT



CYBERJAYA 5 APRIL : Angkatan Muda keadilan (AMK) hari ni membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya berhubung klip video seks yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen mendesak SKMM mengambil tindakan segara keatas mereka yang terlibat menyebarkan video tersebut serta dikeluarkan daripada internet.
"AMK mendesak tindakan diambil segara agar penarikan semula video ini dari semua laman maya serta menyiasat niat mereka yang jelas membuat fitnah mengaibkan ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia juga cubaan merosakkan kreadibiliti dan maruah beliau" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Itu bukan Anwar', kata Wan Azizah

Posted: 05 Apr 2011 08:19 AM PDT

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

NONEIsteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud serta anak sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah.Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: