Selasa, 5 April 2011

dollah yankee

dollah yankee


Kalau sudah tertulis di 'Loh Mahfuz'

Posted: 05 Apr 2011 01:45 AM PDT

Sedih, kecewa dan bimbang..itu perasaan gurkah-gurkah politik di'port' apabila melihat kepada meningkatnya kes-kes yang menyebabkan kecederaan kepada murid-murid sekolah semenjak dua menjak ini.

Persoalannya apa kah benar seperti yang didakwa orang ramai kata yang orang-orang Malaysia sekarang ini sudah banyak sakit jiwa atau sudah GILA! macam-macam punya GILA!

Bagaimana pun dengan kes yang terbahru yang berlaku dua tiga hari lepas dimana seorang murid sekolah berusia tujuh tahun yang telah mati setelah dikatakan dipukul olih guru sekolahnya kerana telah didakwa mencuri, mungkin yang paling menakutkan bagi gurkah-gurkah politik di'port', dan cikgu ini memang sah sudah GILA! bila mengikat tangan murid ini dan terus menerus memukul selama dua jam murid berumur 7 tahun ini sampai mati.

Laporan perubatan menunjukan 'multiple head injuries', jadi gurkah-gurkah andaikan yang tak mungkin cikgu ini telah menggunakan senjata yang merbahaya atau guna topi keledar kerana gurkah-gurkah pasti dia pun mesti ada sedikit perasaan kasih dan sayang terhadap kanak-kanak berumur tujuh tahun, jadi gurkah-gurkah kata yang mungkin murid ini telah di 'luku' kepalanya beberapa kali dan nasib tak baik telah menyebabkan darah diotak beku hingga menyebabkan kematian.

dollah yankee -
Itu lah nasib cikgu ini dan budak ini, sudah tertulis di 'Loh mahfuz'... kena percaya kepada qada dan qadar

Tiada ulasan: