PRO REFORM |
Jepun Bimbang Loji Nuklear Meletup Lagi Posted: 08 Apr 2011 11:38 AM PDT
Ketika krisis kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi masuk minggu keempat semalam, pengendalinya, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, pihaknya bimbang pengumpulan gas hidrogen di reaktor No.1 boleh menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tapak loji tersebut. Sebelum ini berlaku beberapa letupan di loji tersebut yang bermula sejak 12 Mac lalu. Ketua Jurucakap Kerajaan Jepun, Yukio Edano menyatakan, Tokyo sedang menimbang untuk meluaskan zon perpindahan di sekitar loji itu daripada 20 kilometer yang dikuatkuasakan sekarang. Langkah tersebut susulan kenyataan sebuah pertubuhan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa zon tersebut perlu diperluaskan. "Setakat ini, standard keselamatan kami untuk penduduk tempatan adalah mereka akan diarah supaya berpindah jika tahap radiasi mencecah bacaan 50 milisievert atau lebih tinggi," katanya. Mengulas mengenai usaha mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor terbabit, Edano memberitahu bahawa proses itu berjalan dengan lancar. Katanya, sebanyak 6,000 kubik meter nitrogen akan digunakan dengan proses itu yang dijangka mengambil masa enam hari. TEPCO menyatakan, ia turut merancang mengepam nitrogen ke dalam reaktor No.2 dan No.3 sebagai langkah berjaga-jaga. Loji nuklear Fukushima Daiichi mengalami kerosakan akibat gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu yang turut mengorbankan lebih 12,500 orang dengan 15,000 lagi masih hilang setakat ini. - AFP -Kosmo Online " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " | ||
Sijil Kelayakan Di Wajibkan Terhadap Makanan Import Dari Jepun Posted: 08 Apr 2011 09:33 AM PDT KUALA LUMPUR - Sijil radioaktivitis yang akan dikeluarkan oleh pegawai yang telah di beri mandat oleh kerajaan Jepun bagi semua makanan import dan eksport dari Jepun akan di wajibkan bermula dari 15 April ini, kata menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Langkah ini diambil ekoran daripada kebimbangan kebocoran radioaktif di Loji nuklear Fukushima akibat di landa gempa kuat dan tsunami pada 11 Mac dan beberapa gempa susulan telah merosakan tanaman di sana. Kata Ongkili dalam satu kenyataan, maklumat lengkap dan terkini boleh di dapati di website Kementerian Kesihatan 'Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti: http://fsq.moh.gov.my. Ongkili, yang merupakan juru bicara kerajaan bagi menjawab segala tanggapan terhadap isu-isu yang timbul akibat dari bencana berkenaan. Menteri Kesihatan sentiasa memantau makanan import dari Jepun melalui Food Safety Information System of Malaysia(FoSIM). Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan telah diberitahu bahawa masyarakat tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan makanan import dari Jepun. TAHAP RADIASI-SERTIFIKAT 2(TERAKHIR) Beliau mengatakan bahawa ujian terhadap 105 sampel makanan menunjukkan tahap radioaktif masih berada pada tahap yang dibenarkan. Analisis air hujan, air laut dan air paip di Kudat, Sabah pada 31 Mac tidak menunjukkan tanda-tanda pencemaran radioaktif. Ujian keseluruhan juga sedang dilakukan bermula Sabtu lalu, katanya lagi. Bagi penumpang, bagasi dan kontena dari Jepun, bagaimanapun, masih tidak di perketatkan berdasarkan laporan terakhir dari Jepun serta badan antarabangsa yang berwibawa. Laporan itu mengatakan, pihaknya sekarang akan mengeluarkan kenyataan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bagi memberikan maklumat terkini kepada masyarakat. sumber dari: Bernama " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan