Sabtu, 9 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Terbarai dan terkantoi

Posted: 09 Apr 2011 05:57 AM PDT


Bismillahirrahmanirrahim....

Mukadimahnya dulu...

KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri. [lagi di sini]

Kah.. Kah... Kah...

Cerita sebenar sudah keluar. Penipuan mereka sudah terbarai. Puak-puak kapal selam sudah terkantoi!! Aha.... ada sesiapa tercirit?? Atau pun.... sudah mula berasa sengal perut...???

Ini bukan fitnah. Ini bukan rekaan. Semua orang sudah tahu. Aku jer yang lambat masuk N3. Hari ini baru teringat dan berkesempatan. So... layan jer lah.

Ini temberang Pak Menteri dari Malaysia di dewan yang mulia iaitu di Parlimen. Kata dia dulu....

"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana dilaporkan media pada 7 Disember 2006.

Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Tipu!! Tipu!! Temberang!! Mereka cuba nak kencing rakyat Malaysia. Hari ini, temberang mereka sudah terbarai. Siapa penipu?? Kerajaan UMporNO/BN PENIPU!! Penipuan mereka terbukti di mahkamah Perancis dan didedahkan oleh sebuah laman web di sana.

Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Oooitt ada sesapa nampak Razak Baginda?? Dengar citer dah cabut lari keluar negara. Kononnya, sambung belajor. Betoi ke??

Yang masih ada di sini ialah kawan baik dia jer.... Dengor cerita tengah tunggu masa jer nak tercirit. Ya ke atau tidak.... wallahua'lam.

Hmmm....... RM493 juta komisyen telah dibayar kepada Perimekar Sdn. Bhd. Fuuuhh...... banyak nyer duit tuu.... Pakai duit rakyat pulak tu. Mencurik namanyer tu. Tak baik... Berdosa tahu!!

Aaaiii... tak nak tubuhkan RCI ke?? Kes penipuan besor ni. Sebab.... yang menipu ini ialah kerajaan Malaysia yang diterajui UMporNO/BN.

Siapa ke Menteri Pertahanan semasa kejadian pembelian dan pemberian komisyen tu berlaku?? Tak boleh dibiorkan...

Ssssyyyyuuuuu.... diam.. diam. Cakap pelan-pelan. Bahaya... Orang tu ada kuasa. Karang naya kita. You tahu and I tahu, sudah. Sysyyyyyuu...

Woit!! Satu dunia sudah tau la!!!

Kah... kah... kah... Mereka sudah kantoi!!

Sama tapi banyak bezanya...

Posted: 09 Apr 2011 02:00 AM PDT




Panjang artikel tersebut. Tak larat dan tak kuasa nak ulas panjang-panjang. Pada aku buang masa jer. Apa-apa pun itu hak dia nak tulis apa. Hak orang kita kena respek, tapi tak semestinya kita kena setuju 110%, macam si bangang, Datuk 110% dari Kulim Bandar Baru.

Dalam hal ini, aku setuju yang memang ada pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang telah memerintah lama. Aha.... lama macam si Mubarak al-Sarawak tu. Dan, yang penulis nak dikenen oleh penulis ialah Tok Guru Nik Aziz.

Antara kedua-duannya, bezanya ialah... seorang mewakili kerajaan BN yang juga diberi mandat oleh rakyat untuk memegang tampuk kuasa pemerintahan di peringkat pusat. Koncu maa... Manakala, seorang lagi, mewakili pembangkang iaitu Pakatan Rakyat, yang hanya berkuasa di negeri yang dperintahnya saja.

Sarawak sebagai sebuah negeri BN tidak dikenakan sekatan dalam melaksanakan urusan pentadbirannya. Pandai-pandai kamulah.... asalkan tidak menyusahkan kerajaan pusat. Malah... segala bentuk bantuan diberikan kepada mereka.

Tetapi... Kelantan ialah negeri Pakatan Rakyat, musuh kepada BN. Lantaran itu, apa yang Kelantan sepatutnya dapat daripada kerajaan pusat, sentiasa dilengah-lengahkan dan ada kalanya disekat. Tujuannya.... untuk menyukarkan urusan pentadbiran MB-nya. Semangat persekutuan langsung diketepikan. Kelantan sengaja dianaktirikan. But... alhamdulillah, Kelantan survived dan insyaAllah akan terus survive. Begitulah juga keadaannya dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Sebab itu.... kalau Kelantan kurang dari aspek pembangunannya dan jika pun ada rakyatnya yang miskin, itu kita boleh faham. Tetapi... yang kita tak boleh nak justify ialah mengapa negeri Sarawak yang diperintah oleh BN serta kekayaan hasil buminya melimpah ruah, masih lagi dianggap negeri yang mundur. Tidak juga membangun hebat..... Masih corot... Masih miskin dan rakyatnya banyak yang masih daif.... Pulak tu, telah diperintah oleh BN hampir 48 tahun dan di bawah Taib Mubarak jer, sudah hampir 30 tahun. Don't play....play....sudah 30 tahun!! Sarawak masih... berada dalam kepompong kemiskinan.

Tetapi di Kelantan... pembangunannya, alhamdullilah. Negerinya makmur... pendapatannya bertambah dan dilimpahkan Allah SWT dengan minyak, macam jugak Sarawak. Malangnya kerana hasad dengki dan busuk hati, hasilnya disekat oleh kerajaan pusat yang lahanat. Jika Kelantan boleh dapat balik hasil minyaknya, insyaAllah.... Kelantan sudah pasti dapat bebas dan keluar daripada kategori negeri yang miskin di Malaysia.
Kelantan boleh jadi jauh lebih hebat daripada Sabah dan negeri-negeri BN yang lain.

Dan... yang paling kita salut Tok Guru Nik Aziz adalah kerana dia telah berjaya mengurangkan beban hutang Kelantan kepada kerajaan pusat dengan begitu banyak sekali. Ingat yer... hutang itu ialah hasil tinggalan kerajaan UMNO sebelum Kelantan ambil alih kuasa pemerintahan di Kelantan. Kelantan tidak seperti negeri-negeri BN. yang hutang mereka kepada kerajaan pusat semakin membukit. Hutang lama tak dibayar, hutang baru pula bertapuk-tapuk. Eeee.... malunya!!

Weh.... itulah bezanya pemimpin yang lama memerintah dari BN dan dari Pakatan Rakyat. Para pemimpin BN... khususnya Taib Mahmud, makin lama mereka memerintah... mereka menjadi semakin sombong, angkuh dan semakin kaya raya dengan segala macam kemewahan dunia. Puak-puak ni dicemuh dan dibenci rakyat!!

Sebaliknya... Tok Guru Nik Aziz.... orangnya sentiasa tawadu', hidup sederhana kerana langsung tidak hadap akan harta negara dan wang rakyat untuk mengkayakan diri dan keluarga. Beliau ikhlas dan jujur dalam memikul tanggungjawab dan amanah Allah SWT. Negeri dan rakyat menjadi keutamaannya. Bersyukur kita kerana mempunyai pemimpin sehebat Tok Guru Nik Aziz.

Bezanya juga pemimpin BN dan PR... ibarat bumi dengan langit. Pemimpin 'lama' Pakatan Rakyat ibarat barangan antik. Makin lama makin berharga dan bernilai. Ia menjadi idaman ramai orang untuk memilikinya. Mereka disanjung dan disayangi!!

Pemimpin 'lama' BN pula.... makin lama makin 'miang' dan makin lama makin haprak sifatnya. Menyusahkan dan layak dicampakkan ke laut jer. Atau pun... kita ikut jer saranan si Usop dalam pilem 'Hantu Kak Limah Pulang ke Rumah'.... Kita bakor!! Kita Bakor!! Kita bakor jer!!

Whooaa....!! Panjangnya..... Sori. Tangan terlalu asyik dan syok mengetuk key-pad hingga tak sedar udah berjela-jela N3 teman ni. Ha... ha... Thousand apologies!! Chao...

Tick-tock... Tick-tock... The clock is ticking

Posted: 09 Apr 2011 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memulakan tindakan mahu menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks "Datuk T" — dengan menghantar surat tuntutan kelmarin.

Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno itu mahu Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, menarik balik kenyataannya dalam 48 jam iaitu sebelum hujung minggu ini.

The Malaysian Insider difahamkan surat tuntutan itu dihantar ke rumah Anwar di Segambut kelmarin.

"Surat itu menyatakan bahawa Anwar diberikan masa 48 jam untuk menarik balik kenyataannya dan memenuhi tuntutan-tuntutan lain sebelum tindakan perundangan dimulakan," kata seorang pegawai kanan PKR kepada The Malaysian Insider. [lagi...]

Woit.... Mat Keris!! You think Anwar scared aaaa...??

Adey.... POOORAAHH!!

Don't ugut-ugut and waste your time laa... You want to saman, right?? Saman jer lah!!

Ciiittttt!! Another useless clown!!

Hey... Listen to our clown talking. Fuuhh... Fuiyoooo!!

Posted: 08 Apr 2011 10:32 PM PDT


Muhyiddin kata mereka nak transform?? Aku nak tanya pulak... Transform jadi apa?? Transform.... Transform... Itu transform, ini transform... Transform hape ke bendanya entah!!

Yang aku nampak mereka transform jadi lebih teruk rupanya. Ultraman lagi hensem. Ater mana tak teruknya... demer transform jadi lebih lucah. Lebih.... bacul. Lebih..... zalim. Lebih...bangang. Lebih.... tamak. Lebih... berdendam. Lebih menolak hukum Allah SWT. Lebih... kuat menipu dan merompak. Transformasi mereka ya Allah... teramat hodoh.

Setiap penggal mereka terus berkuasa, 'rupa paras' mereka menjadi semakin hodoh dan perangai mereka menjadi semaki keji. Mereka ini udah terlalu hodoh, hinggakan dah tak boleh nak transform jadi 'hensem' dah. Sampai mampusss.... mereka tetap akan hodoh dan keji. Ibarat 'sebatian' bertoksid yang tak mungkin dapat dilarut dan di'neutralize'kan. Begitulah bertapa disastrousnya UMporNo dan BN ini.

Menyedari hakikat inilah.... Pakatan Rakyat mengambil pendekatan untuk UBAH terus. Kita semai dan tanam benih baru yang lebih berkualiti....yang hasilnya pasti memuaskan hati dan bebas toksid, insyaallah... Jom kita semai benih organik berjenama Pakatan Rakyat. Tak menyesal punyer.... wa cakap lu olang!! Insyaallah.... negara akan terhindar daripada barah. Aha.... ubah untuk cegah sebelum parah!!

Try dulu.... kalau tak suka, UBAH yang lain pulak. No problem. Hak dan kuasa memilih di tangan kamu orang. Jadilah orang yang cerdik dan gunakan kuasa tersebut dengan bijak. Jangan jadi lembu yang dicucuk hidung. Jadilah manusia yang berakal.

Cer kamu orang tengok Muhyiddin yang dulunya quite hensem.... Sekarang, macam mana rupanya?? Dia dah transformed jadi hodoh dan keji. Cakap tak serupa bikin. Suka menipu pulak tu... jangan dengar cakap dia.

Laporan Jabatan Ketua Audit Negara telah membuktikan.... di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat memerintah, pentadbiran dan pengurusan kewangan mereka bertahap 4-5 bintang weh....!! Tarak tipu punyer wa cakap lu. This is for real.... Rujuk sini dan sini.

Pelaburan dalam dan luar negara juga mencurah-curah masuk beb!! Tak percaya kalu tanya Mukhriz Mahathir. Baca sini.

Sebab tu, aku nak perbetul apa yang Muhyiddin kata, sebab susunan ayat dia tak betul.... Baca dulu apa Muhyiddin kata ni...

"Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya- Mkini

Betul...Pakatan Rakyat nak ubah. Tetapi kita nak tumbangkan BN dulu.... lepas kita dapat ambil kuasa, baru kita nak UBAH. Mana boleh UBAH tanpa ambil kuasa terlebih dahulu, bangang!! Kita perlukan kuasa untuk ubah dan buat perubahan. Tanpa kuasa, not much we can do. Itu satu hakikat.

Ha... ha... ha... Apa-apa pun, ini satu lagi bukti... bagaimana para pemimpin BN telah transform menjadi semakin bangang. Bikin ayat mudah pun tonggang-langgang. Menteri Pelajaran pulak tu... You tell me... camane ler sistem pendidikan kita tak haru-biru, kalau menterinya macam Muhyiddin ni?? Hancuuss.... hancuuss..... wa cakap lu olang!!

Weh... rakyat Sarawak, jangan biarkan diri kamu terpedaya dengan janji-janji puak-puak perompak ni lagi. Pembangunan hape kebendanya?? Be honest okay.... Membangun ke Sarawak kalau masih banyak tempat terutamanya di kawasan pedalaman yang masih tidak dapat menikmati kemudahan paling asas seperti jalan raya, air dan elektrik?? Rakyatnya pula, terus-terusan hidup melarat dan merempat hingga kini.

Mereka sudah memerintah dan pegang kuasa, sudah berapa lama?? Sudah hampir 48 tahun weh...!! Dan malangnya... Sarawak masih lagi mundur. Pembangunan tidak dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh seluruh rakyat Sarawak. Tidak ada keadilan dalam pelaksanaan pembangunanya.

Bare in mind....Sarawak adalah negeri kedua terkaya dengan hasil bumi anugerah Allah SWT. Tapi.... Sarawak adalah negeri kedua termiskin di Malaysia?? Ironik kan?? Ke mana perginya hasil kekayaan hasil bumi Sarawak yang melimpah ruah itu??

Jawapannya mudah.... Kena rompak!! Dan hasilnya.... masuk ke dalam kantung peribadi dan sanak saudara serta kroni-kroni, para pemimpin Barisan Nasional, terutama sekali di Sarawaklah!! Jika tidak.... takkanlah kekayaan Taib Mahmud boleh mengatasi kekayaan Sultan Brunei?? Lu orang pikirlah wahai rakyat Sarawak. Dan, bagi rakyat Semenanjung Malaysia.... bukak mata dan minda lu orang. Lihat dengan bijik mata.... pikir dengan otak!!

Sebab itu, kita kena kasik tau sama BN Sarawak.... enough is enough!! Setelah 48 tahun kamu dirompak... kini tiba masanya kamu mesti UBAH keadaan yang pincang ini. Jangan biarkan mereka transform menjadi iblis yang amat hodoh. Keadaan akan lebih parah nanti.

Oleh itu.... UBAH. Selamatkan Sarawak dan seluruh rakyatnya, tak kira siapa dan tak kira dimana mereka berada. UBAH bersama Pakatan Rakyat!!

Stop!! Wait!! Ha..ha.. U-Turn!!

Posted: 08 Apr 2011 07:19 PM PDT


Mula-mula beriya-iya dia ber'pantun' dengan kita. Then... dia menjual pulak 'pantun'nya kepada kita. Tup-tup.... alih-alih.... apabila kita sudah bersedia untuk membeli 'pantun'nya, dia mula banyak songeh pulak.

Ha.... ha... ha.... apakah setelah tersedar yang mereka bakal masuk perangkap, maka bertukar pulak bunyi soundnya. Macam bunyi orang tekan brek jer.... Apahal?? Apa sudah jadi dengan RCI yang beriya-iya nak ditubuhkan tu??

Puak-puak ni, nak terus stop dan buat U-Turn, malu kot, sebab dah terlepas cakap. Jadi.... tekan jer ler brek dulu.

Aha... ini, apa mereka kata...

[Lagi di sini]

Sebelum ni banyak pihak mencadangkan agar membiarkan polis selesai siasat dulu. Kita mahu geng Datuk T disiasat kerana menayangkan video lucah tetapi mereka lebih beri tumpuan untuk kenakan Anwar, kononnya Anwarlah lelaki boroi dalam video tersebut. Dan apabila dakwaan mereka disangkal dengan bukti... alih-alih bagai nak rak, mereka nak tubuhkan RCI.

Apabila... Anwar dah bagi green light, mereka tak nak teruskan pulak. Sebaliknya, nak tunggu hingga selesai siasatan polis ler dulu pulak. Nak polis kenal pasti identiti lelaki boroi, pelakon dalam video tu dulu la... itu la, ini la. Hisy....banya pulak dolak-daliknya.

Kah... kah... kah...

Mereka terpaksa berdolak-dalik dan tarik brek supaya tak terlajak masuk dalam kubor. Kalau masuk ke dalam kubor... mereka akan mampuuusss!!

UMporNO akan mampuuusss!! Innalillahiwainnailaihirojiun.......

Yeah.... Yaahooo!!!

Tiada ulasan: