Anak Sungai Derhaka |
- Video Lucah : Orang kenallah siapa Rahim Thamby tu.. - Azalina
- Hah!! Taib kata Hishamuddin bodoh?
- Video Lucah : Kebodohan Nazri semakin terserlah..
- Sudah-sudahlah memiskinkan Rakyat Sarawak wahai Taib..
- Kisah Dua Pemimpin dan Dua Negeri..
Video Lucah : Orang kenallah siapa Rahim Thamby tu.. - Azalina Posted: 09 Apr 2011 07:36 AM PDT Selain dari mendedahkan UMNO kini memang dalam masaalah.. Azalina juga mendedahkan Rafidah dan Pak Lah tidak menyukai Puteri UMNO atau dalam lain ayat Pak Lah menyampah.. Jelas kini UMNO sudah berada didalam situasi panik.. mereka mula menyalahkan satu sama lain.. Dan buat yang masih bersama Puteri UMNO tu.. takkan nak tunggu lagi.. korang tu sudah umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.. sorong pipi kat Pak Lah pun Pak Lah tak pandang jadi.. kenapa masih terhegeh-hegeh menyokong UMNO? Umno sedang hadapi masalah SHAH ALAM: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said. "Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno. "Banyak sabotaj dalam Umno, " katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini. Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan. "Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). "Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat. "Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik)," tambahnya. Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar. Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka. "Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka," katanya. Rafidah, Pak Lah tak suka Puteri, dedah bekas ketua SHAH ALAM: Bekas orang nombor satu Puteri Umno hari ini mendedahkan Tun Rafidah Aziz menentang penubuhan sayap Umno itu. Datuk Seri Azalina Othman Said juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno. Azalina berkata," maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada Khairy (Jamaluddin), menantunya." Katanya, hanya mantan perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohomad yang menyokong Puteri Umno. "Mereka mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno. "Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tidak sokong Puteri Umno. "Kalau Datuk Najib (Tun Razak) tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda,? katanya di majlis bicara tokoh anjuran Puteri Umno Selangor hari ini. Azalina berkata, beliau yang paling dibenci oleh pergerakan Wanita Umno ekoran penubuhan Puteri Umno, Bagaimanapun, katanya beliau menjadi ketua Puteri Umno yang pertama pada 2001 kerana dipilih oleh Dr Mahathir. Beliau juga mendakwa ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita. "Yang dapat jawatan ketua bahagian saya seorang saja," kata Ketua Umno Pengerang itu. Free Malaysia Today |
Hah!! Taib kata Hishamuddin bodoh? Posted: 09 Apr 2011 07:07 AM PDT Kalau Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai "idea bodoh" dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak.. Secara tidak langsung Taib mengatakan Menteri Dalam Negeri itu bodoh kerana menghasilkan idea bodoh.. dan Najib juga sekaligus bodoh kerana bersetuju dengan idea bodoh Menteri Dalam Negeri yang bodoh itu.. Dan mereka yang menyokong orang-orang yang bodoh itu memang lebih bodoh kerana telah diperbodohkan oleh orang-orang bodoh!! Keputusan cap Alkitab idea bodoh, kata Taib Mahmud MUKAH, 9 April – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai "idea bodoh" dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak. Awalnya, Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melepaskan lebih 35,000 naskhah Alkitab dengan mengenakan tag khas dan nombor siri tetapi diubah kemudian di bawah 10 formula penyelesaian yang diumumkan minggu lalu. Sambil mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas Alkitab itu sebagai mengarut, Taib (gambar) berkata beliau telah melahirkan pandangan mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini. "Saya memberitahu beliau bahawa ia harus dihentikan dan Najib berkata 'ya, saya setuju'," kata Taib kepada pemberita selepas membuka bangunan baru gereja Katolik St Peter dan St Paul di sini hari ini. Isu semasa ini juga dilihat sebagai bahan kempen utama pada pilihan raya negeri ke-10 Sarawak, yang sedang berlangsung. Pengundian adalah pada Sabtu depan. Taib berkata, tindakan meletakkan nombor siri pada Alkitab, sebagai mana disyorkan oleh Kementerian Dalam Negeri, adalah tafsiran salah undang-undang oleh pegawai-pegawai peringkat bawahan. "Perdana Menteri juga bersetuju," kata Taib sambil menambah, pertikaian ini telah selesai. Masyarakat Kristian berhadapan dengan pertikaian isu Alkitab yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching. Dalam ucapan penuh emosional pada majlis pembukaan bangunan baru gereja, Taib juga berkata, beliau terganggu dengan ketegangan yang tercetus antara masyarakat Islam dan bukan Islam, yang turut menjejaskan keharmonian tradisi yang wujud di kalangan penduduk berlainan kaum di Sarawak. "Biar tidak ada lagi (soal) syak-wasangka antara Kristian, Muslim, Buddha, Hindu. Hari-hari penindasan sudah berlalu. "Tiada pemaksaan dalam (amalkan) agama (masing-masing). Saya mengatakan perkara yang sama kepada orang Islam," kata Taib. Sarawak dilihat sebagai masyarakat lebih toleran berbanding di Semenanjung. Kewujudan keluarga berlainan kepercayaan adalah perkara biasa di mana kedua-dua ibu bapa menganut agama masing-masing walaupun selepas perkahwinan. The Malaysian Insider |
Video Lucah : Kebodohan Nazri semakin terserlah.. Posted: 09 Apr 2011 12:02 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 April — Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan "Datuk T" bulan lalu yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan elemen pelacuran. Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau. Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks. "Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam. Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR. Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu. Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu. "Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam. "Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi. Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran. "Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah," kata Lim. Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa. Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam. Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM. "Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik," kata beliau. Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim. "Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan," katanya ketika dihubungi. Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan. "Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu," kata Khoo. "Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?" tambah Khoo. Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan. Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang. Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian. Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran. Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka. "Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang? "Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?" kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu. "Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu," kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik. Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan "Datuk T" yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan. The Malaysian Insider |
Sudah-sudahlah memiskinkan Rakyat Sarawak wahai Taib.. Posted: 08 Apr 2011 11:33 PM PDT SEKINCHAN 8 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Barisan Nasional supaya berhenti daripada terus memiskinkan rakyat Sarawak dengan menggunakan janji-janji membangunkan negeri itu sebagai helah untuk mengaut kekayaan sumber aslinya. Berucap kepada lebih 5,000 penduduk di Sekinchan malam tadi sebelum menyambung jelajahnya ke Sarawak hari ini, Anwar berkata Ketua Menteri Taib Mahmud dan pimpinan di Putrajaya harus berhenti memperdayakan rakyat negeri itu. "Orang hulu Lumbawang, orang Iban miskin tapi jangan hina mereka. Dia rakyat kita. Jangan miskinkan mereka dengan mengambil harta dan tanah mereka. Ambillah tanah di tempat lain kerana mereka sudah cukup susah dan oleh itu kami harus melindungi mereka dari segala kejahatan," kata Anwar. "Dia (Najib) cuba alih pandangan mereka kerana tidak mahu rakyat Sarawak fikir puluh bilion ringgit diambil," oleh pemimpin kerajaan negeri, tambah Anwar. Semalam, Taib yang memimpin Sarawak 30 tahun berikrar untuk menjadikan Sarawak negeri yang paling kaya setelah ia tercorot kepada negeri yang keempat paling miskin di Malaysia di bawah pemerintahannya. Manifesto BN untuk pilihanraya negeri pada 16 April turut menjanjikan untuk menukar Sarawak kepada negeri berpendapatan tinggi walhal hakikat adalah sebilangan besar penduduk itu berpendapatkan kurang RM2,000 sebulan. Anwar berkata kedaifan rakyat di Sarawak begitu ketara sepanjang lawatan beliau ke pelbagai pelusuk negeri itu minggu ini. "Orang Iban kata, tanah kami mereka rampas dan hak kami diambil, jadi kami mesti sokong Pakatan Rakyat untuk "ubah perintah" (tukar kerajaan). Ini jelas menunjukkan rakyat benar-benar ingin bangkit dari terus ditindas oleh Taib," kata Anwar. Kempen pilihanraya negeri Sarawak ke 10 bemula Rabu lalu dengan Pakatan Rakyat meletakkan calon di hampir semua 71 kerusi DUN Sarawak dalam usaha gigih untuk menamatkan pemerintahan BN pimpinan Taib. Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon di 47 buah kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing 15 dan 5 kerusi. Anwar berkata agenda ekonomi Pakatan Rakyat di Selangor menjadi bukti nyata kepada penduduk di Sarawak bahawa perubahan kerajaan negeri menjanjikan masa depan yang lebih baik dan bebas daripada rasuah. "Saya pergi ke rumah panjang. Saya kata negeri Selangor air percuma, mati dapat duit. Anak masuk universiti dapat peruntukan. Kelahiran dapat RM100. Jadi mereka tidak percaya kematian pun kerajaan Selangor bagi duit termasuk air," kata Anwar. "(Itu semua) membuat mereka berfikir kerana Sarawak jauh lebih kaya daripada Selangor. Kalau kamu lihat Tv Selangor ada mereka tunjukkan kedaifan masyarakat di sana," kata beliau lagi. TVS News |
Kisah Dua Pemimpin dan Dua Negeri.. Posted: 08 Apr 2011 10:43 AM PDT Sebuah kisah untuk direnung bersama, kisah mengenai dua buah negeri yang miskin di Malaysia, Sebuah negeri ditadbir oleh Ketua Menteri dari Barisan Nasional manakala sebuah lagi negeri ditadbir oleh Menteri Besar dari PAS. Kedua-dua negeri mempunyai hasil minyak,biarpun kedua-dua negeri berada dibawah 1Malaysia sebuah negeri dinafikan haknya manakala sebuah lagi negeri diberikan royalti hanya kerana perbezaan ideologi politik.. Seorang menteri Besar hidup didalam sebuah rumah kampung yang tidak berpagar dan berpengawal, bergerak menggunakan Perdana manakala seorang lagi Ketua Menteri tinggal didalam Istana dengan perabot mewah bak seorang raja.. bergerak dengan Rolls Royce dan jet peribadi tersedia menantinya.. Bacalah... Of the two poorest states in Malaysia, one receives oil royalties, the other does not. But whilst the Chief Minister of Sarawak manages to lead a life that is way beyond his official ***RM13,000 salary and is alleged to have built a multi-million fortune and stashed it abroad, the Menteri Besar of Kelantan lives a modest life, one that speaks volumes of the man. A TALES OF TWO STATE AND TWO MENS Mariam Mokhtar On 30 August, the state of Kelantan sued the national oil corporation Petronas, for alleged breach of a contract that had been signed between Kelantan and Petronas, in 1975. With Kelantan deprived of oil royalties, its people were robbed of the benefits that could have improved their lives. If this is the federal government's way of punishing the Kelantan people for voting PAS at the state level, then BN is defeated even before it has begun. Isn't BN bothered that it is also punishing its own supporters in Kelantan? The federal government treats Petronas like its personal kitty - a cash cow with which it can dip its grubby paws into, to reward those states which are compliant. The federal government is acting irresponsibly, by being spiteful and therefore, is unfit to govern. Kelantan (population 2,100,000) is the poorest state; Sarawak (2,500,000) is the next poorest. Both Sarawak and Kelantan are blessed with oil reserves and timber, but they remain poor. Their poverty is because of different reasons. Sarawak's abundance of liquefied petroleum gas and petroleum is the mainstay of the Federal government's economy and yet it receives only 5% royalty. Its state sanctioned logging and oil-palm industries, has resulted in massive deforestation. Only 5% of virgin jungle remains. Despite the relative economic growth from timber, oil palm and oil, Sarawak still lags markedly behind the rest of the other states, bar Kelantan. These two states have in common, elderly leaders who have been at the helm for decades: Taib Mahmud led Sarawak for 30 years whilst Nik Abdul Aziz Nik Mat served Kelantan since 1990. But the two men, who are in their seventies, are like chalk and cheese. Taib belongs to BN whereas Nik Aziz is with PAS. Apparently, after filing the suit against Petronas, Kelantan menteri besar Nik Aziz led 200 supporters in a solat hajat (prayer of need) at the nearby Federal Territory Mosque. Nik Aziz is famed for commanding support from non-Muslims in Malaysia and is instrumental in playing a leading role for the increase in popularity of PAS among non-Muslims. However, the only recent suit we remember involving Taib Mahmud was the white one he wore (complete with red bow tie) on the night of the glittering high society banquet of the Islamic Fashion Festival (IFF) Charity Gala Dinner in Monaco-Monte Carlo. Together with various members of Malaysian royalty and 600 guests from Monaco's high society, Taib watched as Malaysia's "First Lady" Rosmah Mansor, the IFF patron, donated 270,000 euros (RM1,120,961) to the Prince Albert II Foundation of Monaco. The money had been raised from the promotion of Sarawak tourism, and an auction of items including a framed signed photo of Prince Albert Tok Guru, as Nik Aziz, is affectionately called, commands huge respect from several people. He interacts well with non-Muslims, because they admire him for his honesty, views on moral issues and his candour. They may not agree with all of his policies, but he is valued for his wisdom and his courage. How many in the Umno camp can match up to Tok Guru? Taib Mahmud on the other hand, raised the ire of many, including a group of foreigners who joined a protest in Oxford when he went to the United Kingdom to woo investors with the 'Sarawak Corridor of Renewable Energy' (SCORE). They were protesting at the destruction of the rainforests of Sarawak, the denial of justice for the Penan and also the construction of the 12 mega-dams project which will displace the indigenous people living in the affected areas. The contrast between the two men continues on a personal level. Nik Aziz lives in a modest wooden house which has no elaborate fencing, no ornate gate with security features and no sentries. His has been known to carry and use the same BIC ballpoint pen and travels in the official Proton Perdana, official registration number DBA 8668. Home for Taib Mahmud is a grand riverside mansion overlooking the Sarawak River, stuffed with gilt-edged 'Louis-Farouk' style furniture. He, and his son, own a fleet of luxury cars including a Rolls Royce. Taib has no need for car registration-number plates – those are for ordinary folk. His official car is a Mercedes 600 SEL which has no number plates, only a 'YAB KETUA MENTERI SARAWAK'. His travelling needs would not be complete without the helicopters and a jet belonging to Hornbill Airways, specifically for his use. Back in Kelantan, Nik Aziz's religious background is complete with a religious school owned by his family, but Taib Mahmud's greed, knows no boundaries. He and his family own various multimillion properties and companies in Sarawak, the USA, the UK, Canada and Australia. These were allegedly built from the proceeds of the lucrative business deals exploiting Sarawak's natural resources. Awangku Jinal Pengiran Jawa, the PBB Youth leader said last week, that they would "vigorously oppose" any attempt to pressure Taib Mahmud to retire and that the 'provocations and pressure' on Taib should stop. He also questioned why people were picking on Taib when 'other old leaders and poverty in places such as Kelantan were never questioned by certain quarters'. Many people have, only he was not listening. Of the two poorest states in Malaysia, one receives oil royalties, the other does not. But whilst the Chief Minister of Sarawak manages to lead a life that is way beyond his official ***RM13,000 salary and is alleged to have built a multi-million fortune and stashed it abroad, the Menteri Besar of Kelantan lives a modest life, one that speaks volumes of the man. Nik Aziz, the spiritual leader of PAS, does not receive any oil royalty. Taib Mahmud who belongs to BN, does. Are Malaysians, principally the Sarawak people, content to gawp at the opulence and grand lifestyle of Taib Mahmud? Are they happy with the breach of trust? Taib Mahmud is a perfect example that the route to wealth in Sarawak, (and Malaysia) is by entering politics and remaining subservient to those at the 'peak', unless one is at the 'peak', as Taib is. Sadly, when they're there, they can be a law unto themselves. Malaysian Mirror |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan