PERAKITE |
| Sumpah belum tentu dapat bukti kerana ia antara manusia berkenaan dengan ALLAH Posted: 29 Apr 2011 07:54 PM PDT Utusan Malaysia dan Berita Harian berniat jahat dan menyembunyikan kebenaran kerana mengambarkan DS Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah. Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan ia merupakan satu propaganda jahat untuk memperlihatkan bahawa DSAI tidak mengikut hukum Islam."(Sedangkan) Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi," kata Hata. Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf. Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana. Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah. "Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi." Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu. Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka. "Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar. "Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya. |
| Najib dengan Rosmah g Ganu weh Posted: 29 Apr 2011 07:17 PM PDT Umno sepertii ketahui umum sentiasa menghalalkan cara melalui amalan super luarbiasanya sekali lagi mengguna segala kemudahan kerajaan untuk pemudah urusan kepartian, apalagi yang melibatkan PM DS Najib Razak. Hari ini, Najib dalam rangka program Turun Padang Bersama Rakyat ke Terengganu dan lagi sekali segala kemudahan termasuk sekolah digunakan untuk urusan Umno. Malam ini Najib dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan-pimpinan Umno-BN Negeri untuk menyelesaikan hal-hal berkaitan kepimpinan negeri, terutam yang melibatkan Umno . Sempena lawatan Najib, sampul surat (foto) juga menunjukkan satu salahlaku oleh Umno.... menguna URUSAN KERAJAAN untuk urusan Umno. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan