Addin |
- Fitnah Ciptaan UMNO, Tak Pernah Berlaku dalam Sejarah Dunia
- Fitnah Adalah Peradaban Orang Melayu
- Hidup Dengan Hanya Separuh Badan
- UMNO Cuba Alihkan Pandangan Umum Dengan Video Seks Fitnah
- JAWI Bersekongkol Dengan Sumpah Laknat Orang Jahil
| Fitnah Ciptaan UMNO, Tak Pernah Berlaku dalam Sejarah Dunia Posted: 30 Apr 2011 02:00 AM PDT AMPANG - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat. Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga. Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun. "Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun," ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi. Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba'kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa. Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan. Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik."Tak ada fitnah melampau seperti ini. "Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan," ujar beliau. Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar. Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat./KD |
| Fitnah Adalah Peradaban Orang Melayu Posted: 30 Apr 2011 12:00 AM PDT Konsep peradaban yang paling mudah adalah pencapaian bangsa manusia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan. Justeru, andai kata ada, apa yang dikatakan sebagai peradaban Melayu itu, maka fitnah adalah jawapannya. Dengan ungkapan lain, perbuatan memfitnah adalah peradaban Melayu yang masih segar bertahan hingga kini. Sesungguhnya, betapa sejarah Melayu masa silam dan realiti sikap Melayu masa kini membuktikan bahawa, perbuatan memfitnah adalah tradisi budaya mereka dengan jajaran mangsa-mangsa fitnah yang bukan sahaja menyedihkan, bahkan begitu mengerikan. Sehubungan itu, berikut merupakan beberapa contoh nama klasik yang telah menjadi mangsa fitnah sebagai pedoman tentangnya. Mangsa-Mangsa Fitnah Melayu Masa Silam: 1. Hang Nadim, 2. Puteri Rajuna Tapa 3. Tun Mutahir 4. Mahsuri - Pandak Maya 5. Tun Hassan 6. Tun Ali Tukang-Tukang Fitnah Melayu Masa Silam 1. Si Kitul, 2. Raja Mendeliar, 3. Nina Sura Dewana 4. Khoja Hassan 5. Pateh Karma Wijaya 6. Wan Mahura Malangnya, sejarah masa silam dan realiti Melayu masa kini, khususnya Melayu UMNO menjelaskan bahawa, para pengamal fitnah tidak pernah tewas atau dikalahkan oleh mangsa-mangsa yang difitnah, melainkan dihancurkan oleh kekuatan luar yang lebih besar, seperti kerajaan zalim Melaka yang dihancurkan oleh Portugis dan pemerintah Langkawi yang dihancurkan oleh Siam. Demikianlah sejarah menggambarkan yang berhubung dengan Wan Mahura si tukang fitnah yang ditangkap, dirogol, disiksa dan akhirnya dibunuh dengan kejam oleh tentera Siam. Begitu juga dengan realiti gerombolan panglima dubur keris bersilang songkok tinggi masa kini yang terus-menerus mencipta pelbagai bentuk fitnah bersiri yang begitu cabul dan lucah untuk membinasakan lawan politik mereka, khususnya yang berhubung dengan fitnah mereka terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Justeru, betapa norma politik Melayu UMNO bukan sahaja bertentangan dengan kelakuan peradaban, bahkan sangat kejam, jijik dan biadab. Yang demikian, berikut merupakan beberapa contoh mangsa fitnah dalam konteks selepas penubuhan UMNO (baru 1988) sebagai pedoman generasi mendatang. Mangsa-Mangsa Fitnah Melayu Masa Kini 1. Anwar Ibrahim 2. Ibrahim Mahmud 3. Tun Salleh Abas 4. Sukma Darmawan 5. Munawar Anees 6. Tengku Razaleigh Tukang-Tukang Fitnah Melayu Masa Kini 1. Mahathir Muhamad 2. Najib Razak 3. Rahim Thamby Chik 4. Khalid Japri 5. Saiful Bukhari 6. Ummi Hafilda. Sesungguhnya hakikat demokrasi tidak memberikan secebis kuasa walau pun senipis kulit bawang kepada gerombolan panglima dubur keris bersilang songkok tinggi, melainkan kuasa yang dipinjamkan oleh undi jari-jari warga marhaen setiap lima tahun. Justeru, seandainya warga marhaen melakukan tanggungjawab dengan penuh kesedaran tentang kekuatan kuasa undi mereka setiap lima tahun sebagai peluang terbesar mendaulatkan kuasa autonomi wilayah Borneo dalam konteks Sabah dan Sarawak, nescaya seluruh badut politik barua boneka kuda tunggangan Melayu UMNO dan proksi-proksinya akan ranap sepenuhnya. Yang demikian, akan memberi kesedaran kepada bidak-bidak pengamal kerjaya politik bahawa, pimpinan Sabah dan Sarawak kini dan sekarang yang membentuk kerajaan dalam konteks dan semangat perjanjian pembentukan Malaysia secara benarnya mereka tidak layak memimpin wilayah Malaysia Timur. Menyentuh soal ketuanan dan hak istimewa melayu, yang melayu UMNO Malaya dan proksinya laung-laungkan saban hari di segala penjuru rasis dan media pendusta mereka. Betapa ketuanan dan hak istimewa melayu sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ayub dalam bukunya 'Cara Pemerintahan Tanah Melayu' bahawa, apa yang dikatakan sebagai ketuanan dan hak istimewa melayu itu merangkumi 4 unsur utama. 1. Tanah Untuk Orang Melayu Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah di bawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu. 2. Jawatan Dalam Kerajaan Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. 3. Peruntukan Biasiswa Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. 4. Bantuan Ekonomi Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain. – (Abdullah Ayub -1978) Berdasarkan kepada 4 unsur yang berhubung dengan ketuanan dan hak istimewa Melayu tersebut kononnya, maka Melayu UMNO dan proksi-proksinya bergentayangan dengan media pengampunya melancarkan seruan agar Melayu bersatu dengan keakuan yang melampau untuk mengapi-apikan warga Malaysia agar membenci Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan kononnya Pakatan Rakyat tidak mahu melihat negara ini maju. Pada hal yang melemparkan martabat negara ini ke lembah najis yang paling busuk, siapa lagi kalau bukan Melayu UMNO yang sudah bertahun-tahun mengamalkan atau menjadikan ungkapan lancap, liwat dan lubang dubur sebagai C4 untuk meletupkan penyelaras pimpinan Pakatan Rakyat. Dengan ungkapan lain, disamping Melayu UMNO mendendangkan seruan keakuan Melayu yang melampau, namun pada masa yang sama, Melayu UMNO Malaya menghancurkan Bumiptera Sabah melalui 'IC Projek' mereka agar Bumiputera Sabah menjadi penduduk yang minoriti pada waktu muka di Sabah bagi mewajarkan penurunan status Sabah dari sebuah negara yang berdaulat kepada sebuah negeri jajahan Malaya yang ke 12 gamaknya. Lihatlah bagaimana Melayu UMNO Malaya mencabul 'Perkara 20' Perjanjian Malaysia dengan meminggirkan pegawa-pegawai Sabah dalam pelbagai ketua jabatan yang menjadi hak mutlak warga Sabah dalam 'Perkara 20'. Sememangnya Melayu UMNO pandai bermuka-muka apabila menghalalkan slogan demi kerajaan Sabah yang berteraskan Islam dalam kempen pilihanraya mereka di Sabah. Pada hal, mereka mengetepikan perundangan Islam dalam pengadilan yang berhubung dengan siri fitnah 'Liwat I dan Liwat II' mereka terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah berpanjangan seakan tanpa penghujung. Dan harus diingat bahawa, belum ada mangsa fitnah yang menang dalam catatan sejarah Melayu silam. Menyentuh soal pilihanraya ke 10 Sarawak. Warga Sarawak telah memperlihatkan ketegasan mereka dalam membuat keputusan dengan memberi kemenangan kepada parti bersifat tempatan. Dan kebetulan, parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) menjadi komponen penzalim Barisan Nasional (BN). Namun, betapa keputusan rakyat Sarawak dalam konteks 'Perkara 18' perjanjian pembentukan Malaysia memang tepat, sebagaimana yang dijelaskan dalam 'Perkara 4' Perjanjian Pembentukan Malaysia bahawa; "Ketua Negeri di Borneo Utara/Sarawak tidak seharusnya tertakluk kepada pemilihan sebagai ketua Persekutuan." (The Head of State in North Borneo / Sarawak should not be eligible for election as Head of the Federation.) (18/ 20 Perkara 1963). Ungkapan 'Persekutuan' dalam konteks Perjanjian Pembentukan Malaysia adalah merujuk kepada 'Persekutuan Malaya' atau 'Persekutuan Tanah Melayu' yang dimasyhurkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 sebagai antara komponen negara dalam Gagasan Malaysia. Dengan ungkapan lain, sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat (PR) punya hati yang sungguh-sungguh tulus, dalam usaha meranapkan budaya politik cabul dan lucah Barisan Nasional (BN) dalam konteks Malaysia yang dilindungi oleh Perjanjian Pembentukan Malaysia, nescaya parti-parti yang bersifat Malaya, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak sewajarnya diexport ke Sabah dan Sarawak. Yang demikian, secara peribadi saya tidak bersetuju dengan tindakan parti-parti politik bersifat Malaya dalam Pakatan Rakyat (PR) yang diexport ke Sabah dan Sarawak atas sebab-sebab yang telah saya nyatakan bahawa ianya melanggar 'Perkara 4' Perjanjian Pembentukan Malaysia. Justeru, pimpinan parti-parti yang bersifat Malaya sewajarnya bukan mengexport parti-parti politik Malaya ke Sabah dan Sarawak, bahkan sepatutnya berunding atau berdialog sebagai kawan dan negarawan yang bijaksana dengan pimpinan parti yang bersifat tempatan (Sabah dan Sarawak) yang sehaluan dalam usaha menentang, melawan dan menghancurkan kezaliman politik Barisan Nasional (BN); untuk bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi menepati kehendak 'Perkara 4' Perjanjian Pembentukan Malaysia, agar warga Borneo yang celik politik tidak seolah-olah mengundi untuk Borneo sebagai sebuah negara menjadi sebuah negeri yang dijajah. Demikianlah yang saya maksudkan dengan ungkapan suara harapan menggapai kebangkitan menyeluruh atau secara holistik warga Malaysia Barat dan warga Malaysia Timur dalam usaha serentak menguburkan politik jijik dan cabul Melayu UMNO yang menjadi komponen utama Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke -13 yang menghitung bulan untuk diadakan. Justeru, andai kata penduduk Sabah dan Sarawak bijaksana, yang dipimpin oleh pengamal kerjaya politik yang berwatak dan berfikiran luas sebagai seorang negarawan, nescaya semuanya akan melangkah seiring dengan penuh kesedaran dan keinsafan bahawa, Brunei, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum 1957 adalah sama taraf atau sama standard sebagai negara-negara jajahan British yang masing-masing memiliki identiti dan matawang sendiri sebagai sebuah negara. Dengan ungkapan lain, standard Sabah dan Sarawak adalah sebagaimana standard Brunei dan Singapura sekarang sebagai sebuah negara di persada antarabangsa yang berdaulat, aman dan makmur. Namun begitu, kini dan sekarang, akibat kedunguan badut politik proksi melayu UMNO Malaya di Sabah ada kaitan dengan pancaran ketololan muktamad Bumiputera Sabah sendiri lantaran melahap kahak hijau Mahathir tentang sentimen Islam sebagai alat politik songsang, yang terang-terangan melanggar dan bertentangan dengan 'Perkara 1' perjanjian pembentukan Malaysia, sehingga aras paradigma Bumiputera Sabah tercampak ke dalam beberapa gaung dan longkang busuk yang meloyakan. 1. Kononnya, Sabah adalah lebih baik diperintah oleh Melayu UMNO Malaya melalui (IC Projek-agenda Mahathir) yang beragama Islam daripada diperintah oleh parti tempatan Bumiputera Sabah sendiri yang beragama Kristian. 2. Kononnya, sembilan tahun Sabah diperintah oleh parti tempatan Bumiputera Sabah sendiri (PBS) tanpa pembangunan. Pada hal, kini satu dunia tahu bahawa Sabah dalam komponen Malaysia telah menjadi negara termiskin angkara kebejatan politik Melayu UMNO. 3. Kononnya, Singapura dan Brunei menjadi negara yang kaya dan maju, sebab penduduknya sedikit. Pada hal, jumlah penduduk Singapura 5.8 juta atau hampir 4 kali ganda berbanding hanya 1.6 juta jumlah penduduk Sabah, jika tidak diambil kira lebih 1 juta IC Projek Melayu UMNO. 4. Kononnya, perjanjian 'Perkara 20' syarat pembentukan Malaysia tiada guna, sebab bukannya 'Perkara 20' yang akan mengusung dan menghantar orang-orang Islam yang meninggal dunia ke dalam kubur apa nama aaa…apa nama aaa… korek korek konon gamaknya. Persoalannya, sampai bila dan berapa lama warga Bumiputera Sabah menjunjung paradigma songsang yang berhubung dengan pencabulan Melayu UMNO Malaya terhadap Perjanjian Pembentukan Malaysia? Justeru, pasukan cendekiawan Bumiputera Sabah mesti berusaha mencari ruang dan jalan untuk melancarkan serangan balas (counter attack) yang bijaksana dan bermoral tinggi untuk meranapkan konsep kenegaraan biadab Melayu UMNO Malaya dan talibarutnya dan sekaligus meletakkan maruah mereka ketahap yang paling hina dan paling jijik selepas PRU 13 hendaknya. Sesungguhnya, betapa seluruh Melayu UMNO Malaya dan proksi-proksinya adalah nyata sudah bankrap harga diri, lantaran talian hayat politik mereka hanya bergantung kepada bantuan Lubang Dubur dan Video Seks Boroi melalui logik paradigma Raja Mamak Mendeliar gamaknya!/SK |
| Hidup Dengan Hanya Separuh Badan Posted: 29 Apr 2011 10:00 PM PDT Pada tahun 1995, Peng Shulin seorang lelaki dari China mengalami kecelakaan yang dasyat. Kecelakaan ini menyebabkan tubuh Peng Shulin terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu bagian kepala hingga pinggang sepanjang 78cm dan lebihnya pinggang ke bawah. Peng Shulin kemudian dirawat di sebuah hospital di China. Selama 12 tahun, Peng Shulin berbaring tanpa boleh berjalan, kerana tubuhnya yang hanya tinggal 78cm itu sama sekali tidak memiliki paha, lutut mahupun kaki. Suatu hari Peng Shulin berkeinginan untuk kembali berjalan lagi. Keinginan ini kemudian mendapat perhatian pihak kerajaan China.Akhirnya kajian dilakukan mengenai kemungkinan ini. Hingga akhirnya hasil kajian ini memberikan sebuah jawapan yang melegakan hati Peng Shulin. Mereka membuatkan tubuh bahagian bawahnya membentuk seperti telur. Berkat semangat yang sangat tinggi, Peng Shulin dengan giat berlatih berjalan dengan menggunakan alat ini, hingga akhirnya Peng Shulin dapat berjalan kembali./MSN |
| UMNO Cuba Alihkan Pandangan Umum Dengan Video Seks Fitnah Posted: 29 Apr 2011 08:18 PM PDT Sejak "Dato T" mula-mula menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara, kami menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki di dalam video tersebut.Selepas pelbagai adegan sandiwara hampir sebulan, kini klip penuh video lucah tersebut sudahpun dimuatnaikkan di laman-laman web perkakas UMNO dan disebarluaskan oleh media arus perdana UMNO-Barisan Nasional. Kebusukan niat Dato T yang didokong oleh UMNO sudah ketara. Sejak awal lagi Anwar menegaskan bahawa beliau bersama keluarga beliau ketika waktu kononnya video lucah tersebut dirancang. Keluarga Anwar, khususnya Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar telah mengesahkan perkara tersebut serta tentang perbezaan sosok badan lelaki tersebut yang tidak menyerupai Anwar. Kami mempersoalkan tentang tulisan Thai yang wujud dalam klip pertama dan klip terbaru, sehingga hari ini Dato T gagal memberi jawapan yang jelas mengenai tulisan Thai tersebut, sedangkan adegan itu kononnya berlaku di Kuala Lumpur. Kini klip video terbaru jelas menunjukkan perbezaan rambut pelakon video dan Anwar. Benarlah ayat al-Quran yang bermaksud, "Perancangan kamu dan perancangan Allah s.w.t., sesungguhnya perancangan Allah lebih baik daripada semua perancangan."Malangnya UMNO serta perkakas mereka cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan beban pertuduhan di atas Anwar. Ketika Anwar memberikan keterangan kepada polis semalam, soal siasat tersebut juga tertumpu untuk meletakkan beban pertuduhan kepada Anwar.Petang ini kita akan menyaksikan salah seorang daripada Dato' T mengangkat sumpah di masjid. Kejahilan mereka tentang agama jelas. Mereka tidak faham konsep sumpah laknat sendiri yang telah diperjelaskan oleh banyak ulama' muktabar (berwibawa) dalam dan luar negara. Seperti dalam kes sumpah Saiful dahulu, UMNO tidak berminat tentang hukum agama, tetapi hanya untuk menimbulkan persepsi bahawa Anwar bersalah dengan apa jua cara. Kita sedih melihat hukum-hakam agama dipersendakan dengan mudah untuk matlamat politik UMNO dan BN dan berharap lebih ramai ulama dan mufti yang sebelum ini lantang menjatuhkan hukum menyatakan pendirian mereka dengan jelas tentang pencabulan hukum agama ini. Maklumat terkini yang kami terima daripada seorang guru, seorang pegawai polis, Isa b. Abdul Rahman (SAC 1) dari Bukit Aman telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan selama empat minggu berturut-turut untuk bersyarah kepada guru-guru bahawa Anwar ialah ancaman keselamatan negara dan menjelaskan Anwar sememangnya watak dalam video tersebut. Prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya (innocent until proven guilty) ialah prinsip asas dalam perundangan Islam mahupun sivil tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh UMNO dan perkakas mereka apabila melibatkan Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim.Dato T juga terus bebas menyebarkan bahan lucah tanpa sebarang tindakan. Mengapa mereka dibenarkan terus melanggar undang-undang? Jelas hujah kami bahawa tindakan mereka mendapat restu pimpinan tertinggi UMNO-BN terbukti benar. Kami menyeru rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara dan bencikan politik kotor untuk bersama-sama menolak usaha terdesak terbaru UMNO-BN untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa jua cara sekalipun./MR |
| JAWI Bersekongkol Dengan Sumpah Laknat Orang Jahil Posted: 29 Apr 2011 05:00 PM PDT Angkatan Muda PKR menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang turut bersekongkol apabila membenarkan tindakan sumpah laknat yang ingin dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul hari ini. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau turut merasa terkejut apabila Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali (gambar berbaju merah jambu) turut hadir bagi menjadi saksi acara angkat sumpah itu- yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam. "Saya hairan kenapa ada wakil dari Jabatan Agama Islam untuk menyaksikan sumpah laknat ini. Sedangkan kita telah buat laporan qazaf dan kita telah memberikan keterangan. "Bagaimana Jawi bersedia untuk menjadi alat kepada pemerintah untuk bersekongkol dengan perkara-perkara taghut," ujar Shamsul ketika mengadakan sidang media di masjid tersebut. Hari ini, JAWI dalam kenyatannya membenarkan Eskay, untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al As, di sini selepas solat Jumaat, sebelum acara itu dibatalkan di saat akhir. Che Mat Che Ali, turut hadir di masjid berkenaan, dikatakan untuk menjadi saksi sumpah laknat Che Mat Che Ali dilapor berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu. "Kita ingin memberitahu bahawa, tindakan ini tidak dibenarkan dalam agama Islam. Merujuk kepada ulama-ulama dan kitab-kitab syariah, menyatakan dengan jelas berkenaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuduhan-tuduhan, jawapannya adalah qazaf," kata shamsul. Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang juga guru agama di bahagian kor agama angkatan tentera, (kagat) ustaz Hasbulllah Ismail berkata tindakan itu mencemar kesucian dan institusi perundangan agama Islam itu sendiri. "Sumpah laknat ini adalah perkara terakhir yang dilakukan selepas melalui proses qazaf dan dakwaan di mahkamah. "Manakala masjid bukanlah tempat untuk dilakukan perkara tersebut kerana mencemar kesucian rumah ibadat. Beliau juga kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang memanipulasikan rumah ibadat atas kepentingan politik. Sementara, Eskay hari ini dilaporkan telah membuat sumpah laknat dengan memegang al-Quran secara terbalik. Eskay turut ditegur pendakwah bebas itu kerana memegang al-Quran secara terbalik. Mereka meninggalkan Masjid Amru Ibnu Al As dengan sebuah kenderaan MPV kira-kira jam 4.22 petang./KLT |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan