shalehudin |
- Pegang Quran pun terbalik... kahkahkah...
- Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas
- Najib tidur luar la kalau Rosmah tengok gambar nih... kahkahkah...
- REPORN... kahkahkah...
- Jangan marahkan rakyat...
- Apakah Anwar akan ditangkap malam ini?
- Tahniah sdr Anwar bin Ibrahim
- Anwar ke Penjara, PR ke Putrajaya
- First time aku respek Ulamak Umno bercakap... hihi...
- Video asal yang belum di edit? Gempaq nih... hihi...
- Apa tugas JAWI dan Polis di majlis sumpah laknat trio Umno...
- Baju kalis peluru pun Polis bagi jugak ka? Kahkahkah...
- Alhamdulillah, masih ada yang berani
| Pegang Quran pun terbalik... kahkahkah... Posted: 30 Apr 2011 11:30 AM PDT Tetapi hakikatnya, orang fasiq tidak berhenti-henti bersumpah bohong ketika berjual beli, ketika mendampingi wanita dan ketika-ketika lain bagi mencapai hasrat duniawi. Bahkan orang munafik di Madinah selalu sahaja bersumpah bohong di hadapan Nabi Muhammad s.a.w.! |
| Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas Posted: 30 Apr 2011 10:30 AM PDT Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T. ![]() "Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri). Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul. Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu. Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera. Mahkamah syariah kena proaktif Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!" Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan. ![]() "Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan. "Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya. Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam. "Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undangan kerajaan Arab Saudi. |
| Najib tidur luar la kalau Rosmah tengok gambar nih... kahkahkah... Posted: 30 Apr 2011 10:18 AM PDT Ucapan TG Nik Aziz dihadapan puluhan ribu hadirin di Padang Majlis Daerah Machang, Kelantan sebentar tadi. Lagi ditekan, lagi kuat sokongan rakyat. Lagi hebat difitnah, lagi jitu dokongan ramai terhadap Anwar... puluhan ribu pendengar yang hadir... Jangan harap la Kelantan nak jatuh ke tangan Umno... Sumber photo: http://twitter.com/#!/saifnasution |
| Posted: 30 Apr 2011 08:40 AM PDT |
| Posted: 30 Apr 2011 07:30 AM PDT Alaahaaiii... lagi haru la jadinya negara Islam Malaysia nih... makin bingung habih rakyat dengan lakonan pak yet pak yet yang kononnya jagoan dalam politik teramat busuk lagi membusukkan ini. Dalam isu liwat II Anwar pun kita dah dapat lihat banyak aspek yang secara membuta tuli di apongkan di Mahkamah untuk dipertonton dan diulas secara terbuka oleh rakyat. Tidak ada satu pun yang boleh dijadikan bukti kukuh mengaitkan Anwar. Kini timbul pulak video seks yang kononnya pelaku itu ialah Anwar Ibrahim. Sekali lagi Anwar dan keluarga diletakkan dalam keadaan amat memalukan dengan tuduhan dan dakwaan amat menjijikkan ini. Dalam isu video seks ini, kita telah diasak dengan pelbagai versi video yang kononnya selamat dibawah jagaan PDRM. Bagaimana kekononnya hanya satu saja salinan di bawah kawalan Polis tetiba boleh berlegar di internet? Lebih menghairankan, bukan sekali malah ini kali ketiga video seks yang didakwa pelakunya adalah Anwar di up-loadknan melalui Youtube. Lebih tak senonoh lagi apabila ada dakwaan dari ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang tetiba mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam. Jangan marah kalau majoriti rakyat sudah tidak yakin lagi dengan institusi Polis di Malaysia. Majoriti kini teramat amat hairan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan "Datuk T" mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu. Ia didakwa sebagai CD versi penuh pulak lagi. Jadi, apa perlunya sumpah laknat yang dibuat semalam oleh salah seorang "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sedangkan kepercayaan rakyat terhadap institusi yang sepatutnya menyiasat secara telus dan adil dilihat gagal melaksanakannya? Percayalah, satu sumpah laknat yang dibuat dalam keadaan berbaju kalis peluru itu tetap akan kecewa dalam menyucikan gerombolan yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu kita belum kira lagi si empunya video yang bebas bersumpah sana sini tanpa dikenakan apa apa tindakan pun oleh pihak berkuasa Malaysia dan juga yang bertanggung jawab pertama kalinya mempertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu. |
| Apakah Anwar akan ditangkap malam ini? Posted: 30 Apr 2011 05:50 AM PDT Awnar Tetap Berceramah Di Machang Malam Ini Walaupun Mungkin Ditangkap MALAM ini Anwar Ibrahim akan tampil depan publik kali kedua selepas malam tadi di Ampang Selangor selepas tersebarnya video lucah diserata dunia yang dikatakan watak di dalamnya ada iras-irasnya. Beliau akan berceramah di padang Majlis Daerah Machang malam ini, jam 9:00 malam. Menurut seorang ustaz muda yang menjadi penjenguk setia blog Merah Tinta melaporkan Kelantan kini sudah jadi macam Barghad di mana penuh dengan polis. "Abang Ti Kelantan dah jadi macam Barghad dah, penuh dengan polis, sekatan jalan raya diadakan di mana-mana saja," begitulah kata ustaz muda ini. Katanya sekatan bermula di Jalan Kuala Krai menuju ke Machang lokasi di mana Anwar akan berceramah malam ini. Menurutnya sekatan jalan raya juga diadakan setiap tiga kilo meter. Sekatan jalan raya juga dipercaya di buat di Jalan Tanah Merah ke Machang, Jalan dari Pasir Puteh ke Machang dan jalan utama Kota Bharu - Kuala Krai. Tujuan sekatan ialah untuk menghalang dan menyulitkan orang ramai daripada pergi ke tempat ceramah Anwar. Pagi ini juga sudah disebarkan berita kononnya ceramah Anwar di Machang malam ini dibatalkan. Banyak risalah ditaburkan menghebahkan akan pembatalan itu. Kain rentang juga digantung memberi tahu akan pembatalan ceramah itu di beberapa jalan raya utama. Petang tadi majlis Mukasid Syariah yang diadakan di Pusat Islam Lundang melibatkan Anwar Ibrahim mendapat sambutan hangat. Dewan besar Majlis Agama itu penuh sesak. Nampaknya fitnah seks ke atas Anwar sedikitpun tidak mengugahkan minat dan keyakinan orang ramai kepada kredibaliti Anwar sebagai pemimpin. Majlis itu menampilkan Anwar Ibrahim, dan Dr Mohamad Nur Manuty. Mulanya Husam dijangka hadir dan kain rentang memaklumkan kehadirannya itu telah dipasang beberapa hari lalu. Bagaimana pun Husam katanya tidak hadir kerana dia ke Penang. Saya yakin kalau Husam hadir jumlah yang datang akan bertambah. Di sebelah tengah hari Anwar Ibrahim telah mengunjungi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di SUK. Tiada kenyataan atau laporan dikeluarkan apakah tujuan pertemuan berkenaan tetapi dipercayai ianya ada kiatan dengan isu video lucah yang kini tersebar di seluruh dunia. Anwar juga makan tengah hari bersama Anwar. Perkembangan mutakhir politik hari ini menunjukkan usaha untuk meleburkan pengaruh Anwar dan mengurangkan sokongan dan kepercayaan umum kepadanya tidak menjadi. Keadaan jadi sebaliknya, makin ditekan, makin diasak, makin dihimpit pengaruh dan sokongan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat semakin membuat dan meledak. Perubahan ini amat terasa sekali di Kelantan. Isu video lucah bukan saja tidak dipercayai tetapi menimbulkan kemarahan kepada Umno. Kita tunggulah perkembangan malam ini, apakah Anwar dibenarkan berucap atau pun tidak. Saya menjangkan Anwar akan dihalang untuk naik ke pentas dan kemungkinan juga akan ditangkap.- MSO |
| Posted: 30 Apr 2011 04:30 AM PDT ![]() Tahniah aku buat saudara Anwar bin Ibrahim. Ini kerana, tanpa prejudis... Anwar sekali lagi membuktikan pada dunia bahawa beliau adalah politikus Malaysia yang paling digeruni oleh lawan iaitu Umno dan Barisan Nasional dan dihormati oleh kawan kawan. Anwar telah berjaya menggerunkan musuh musuh politiknya sehinggakan segala kekuatan musuh terpaksa digembelingkan semata mata untuk menjatuhkan Anwar dan karier politiknya di negara ini. Seluruh kekuatan musuh termasuklah kekuatan dalam memfitnah yang dikuatkan dengan wang ringgit dan kuasa untuk mengelabui ribuan orang semata mata untuk menghumban Anwar dari persada politik negara. Dakwaan dakwaan dan tuduhan tuduhan paling hina yang sebelum ini begitu menghiris jiwa diri dan keluarganya telah dihumban semahunya oleh musuh musuh politiknya semata mata untuk membunuh karektor dirinya sebagai politikus yang bersih dan berwibawa. Tidak ada lagi dalam sejarah negara Islam Malaysia ini seorang ahli politik dihina dan dimalukan semahu mahunya oleh pihak berkuasa melainkan Anwar Ibrahim. Hairan ya, kenapa tidak orang lain... haha.... Jawapannya ialah, Anwar lah yang paling digeruni dan ditakuti oleh musuh musuh politiknya. Dia mesti dijatuhkan walaupun dengan apa cara sekalipun. Liwat I telah hanyut dibawa sejarah walaupun kini cuba dihangatkan kembali dengan kemunculan Ummi Hafilda yang entah dari mana dan siapa yang membiayai kemunculannya. Kini muncul pula liwat II yang sudah nampak akan gagal walaupun masih sedang panas dalam perbicaraan mahkamah yang amat adil cara Islam Malaysia... haha... Dan terbaru, muncul pula fitnah dalam bentuk video seks yang didedahkan pada wartawan 21 Mac lalu. Ini merupakan satu lagi siri "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Insyaallah, aku amat yakin hanya masa yang akan menentukan bahawa video ini hanyalah satu lagi sampah yang tersangkut dalam longkang fitnah musuh musuh politik Anwar bin Ibrahim... Tahniah sdr Anwar... haha... LAWAN TETAP LAWAN... |
| Anwar ke Penjara, PR ke Putrajaya Posted: 30 Apr 2011 01:11 AM PDT 16 Mei: Anwar ke Penjara… PR ke Putrajaya! Oleh Ustaz Saiful Bahri ![]() Rakyat menanti tarikh baru 16 Mei. Bukan lagi 13 Mei sebagai tarikh pertembungan perkauman terancang untuk kekuasaan UMNO-BN tetapi mayday baru ini rakyat ingin melihat bahawa sejauhmana permainan catur yang dikelolakan Team Najib bersama pakar strategiknya, Mahathir Mohamed untuk cheakmate Anwar Ibrahim. Semua orang tahu bahawa nyawa UMNO berada dihujung tanduk. Kegagalan UMNO-BN dalam pru-13 nanti merupakan kiamat buat mereka. By hook or by crook Anwar perlu direhatkan dari medan politik di Malaysia. Bagi mereka Abdullah Badawi telah melakukan kesilapan besar apabila membebaskan Anwar dari penjara. Kesilapan itu PakLah terpaksa bersara dari PM. Untuk kembalikan Anwar ke penjara. Ulangkan siri jenayah seks kedua atau ketiga. Apa peduli dengan maruah atau kehormatan. Nyawa UMNO lebih penting. Apa bicara dengan undang-undang dan syariah kerana matlamat politik adalah segalanya. 3M (Money, Media, Missionary) tetap menjadi senjata yang berkesan kini. Sebagai kata Najib.." ia tetap berjuang mempertahankan Putrajaya sehingga darah terakhir". Dalam kegawatan UMNO-BN nak mempersiapkan jentera menghadapi PRU-13. Dengan bantuan dan penasihat APCO Worldwide sudah pasti mereka mengambil kira dan menghitung baik-buruk strategi yang diambil. Masing-masing akan menyerang dan bertahan. Pilihanraya kali ini akan menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah. Bagi UMNO yang penting adalah kemenangan. Meskipun mereka sudah mendapat 2/3 kemenangan di Sarawak, tetapi kenapa UMNO-BN yang pening kepala. Nampaknya Taib Mahmud relax aje… Sekarang giliran Najib dan pimpinan UMNO memerah keringat demi memastikan kemenangan UMNO buat kali pertama dibawah kepimpinan beliau. Pelan dan strategi masih berjalan mengikut rentaknya. Tetapi malangnya skrip itu seolah dibaca oleh rakyat. Apabila Isu liwat-2 dan akhbar mengumumkan "DAN Y adalah Anwar". Ingatkan kiamatlah politik Malaysia tetapi seolah-olahnya rakyat diam membisu. Seolah tiada apa-apa. Seolah mereka juga sudah tahu apa yang menjadi keputusan akhir. Bagi rakyat 16 Mei ini mereka sudah baca skripnya. Hanya pelik bin ajaib jika Anwar diumumkan tidak bersalah dan tidak diperintah membela diri pada 16 Mei ini. Selepas keputusan tersebut berapa bulan lagi akan terheret naik-turun mahkamah sehingga tarikh pilihanraya. PR akan disibukkan dengan isu lucah ini dan anwar akan disibukkan dengan mahkamah hingga pilihanraya. Apatah lagi timbul isu video seks pula. Sejauhmana ketahan Anwar dalam menghadapi pelbagai isu ini. Nampaknya tak berkurang. Mengikut Umi Hafilda ada 18 lagi video. Fuh!!! Kalau buat syarikat mengedarkan VCD lucah ni dah jadi kaya. Yelah!!! Sekarang ni nampaknya tayangan seperti ni dah halal dan tidak berlawan dengan undang-undang lagi. 16 Mei ini akan disabitkan Anwar dengan berapa tahun jel? Berapa kali sebatan? Persoalannya kita tidak nampak Anwar akan dipenjarakan sebelum pilihanraya. Pengalaman 1998 telah menunjukkan kebangkitan rakyat sehingga merubah percaturan politik. Adakah kini, kalau Anwar dihumban kepenjara, rakyat sudah lali dan muak? Mungkin itu bacaan pemimpin UMNO. Tetapi mungkin rakyat juga muak dengan kejahatan dan kezaliman UMNO. Kalau dulu PR masih lemah. PKR masih baru bernafas. Kerajaan Pakatan hanya Kelantan sahaja. Orang Cina bersama dengan MCA & Gerakan dan orang India bersama MIC. Berbeza kini. Orang cina sudah tak bersama dengan BN lagi. Jika UMNO buat musuh dengan orang cina dan Umno hanya mengharapkan sokongan melayu tegar sahaja maka Melayu PKR dan PAS takkan bersama mereka. Jika sikap UMNO-BN dan pemimpin kerajaan berterusan memalukan keluarga Anwar dan Wan Azizah, Simpati rakyat akan berganjak kepada PR. Apatah kalau mereka memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya ini, orang melayu juga akan bangkit menyokong PR dan senang-senang akan ke Putrajaya. Mungkin tujuan mereka hanya untuk memalukan Anwar sehingga pilihanraya ini.. tapi kena ingat juga yang merancang sebenarnya adalah Allah yang Maha Kuasa. Kalau sudah ditakdirkan Allah PR ke Putrajaya… apa usaha UMNO-BN??? |
| First time aku respek Ulamak Umno bercakap... hihi... Posted: 30 Apr 2011 12:33 AM PDT |
| Video asal yang belum di edit? Gempaq nih... hihi... Posted: 29 Apr 2011 08:00 PM PDT GEMPAR!! Video Asal Yang Belum DIEDIT !! (Wajib Sebar!!!) Oleh: edyesdotcom ![]() "Sedang mencari video sebenar!!Adakah pihak polis juga menipu dengan mengatakan video seks versi kabur yang ditayang sepenuhnya di Carcosa Sri Negara itu adalah TULEN ??Mungkin video asal yang belum di edit ini akan melihatkan BUKAN Anwar Ibrahim dalam video tersebut. Oleh sebab itu juga, video asal telah dikaburkan dan dikatakan ianya adalah rakaman CCTV infrared berteknologi tinggi - Bullshit!! Dari awal telah saya katakan bahawa bukan CCTV yang merakam aksi seks lelaki bermiripkan Anwar dengan amoi student import tersebut. Ianya adalah perakam video handycam atau lebih baik dari itu, bukan CCTV berwayar terus kepada laci berkunci yang diumpil seperti dakwaan Datuk Eskay. Sama-sama kita cari video asal. Dengarnya ada rakan yang mengatakan video asal terdapat dalam laman tube lucah rawtube .com yang mana kerajaan sekarang telah menyekat hampir kesemua channel tube lucah. Rupa-rupanya tindakan kerajaan membuat sekatan itu adalah supaya kita tidak jumpa video asal yang menunjukkan betapa besarnya fitnah ini!! Kerajaan tidak pernah ambil peduli perihal moral dalam negara kita tetapi mengambil kesempatan di atas isu fitnah yang dibawa melalui Trio jahanam. Kebenaran akan terserlah juga akhirnya!! Fitnah Liwat 1, Liwat 2 dan Fitnah 3 yang berbentuk video seks akan berkubur bersama dajal-dajal UMNO dan pengikutnya!! EDYES @ edyesdotcom |
| Apa tugas JAWI dan Polis di majlis sumpah laknat trio Umno... Posted: 29 Apr 2011 07:00 PM PDT Trio Umno telah pun melaksanakan sumpah laknat mereka sepertimana yang dijanjikan sebelum ini. Malah trio Dato' T tersebut juga sebelum itu mendirikan sembahyang sunat dengan mengenakan jaket kalis peluru sebelum Dato' Eskay bersumpah juga dengan memakai baju kalis peluru. Trio Umno yang dikenali sebagai Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing. Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang. Dengan terlaksannnya sumpah laknat tersebut bersaksikan wakil dari JAWI, sambil trio Umno tu memakai pulak baju kalis peluru, berserta pulak kawalan ketat pihak Polis... tak hairanlah sekiranya rakyat memandang serong kini terhadap eratnya kerjasama yang diberikan oleh pihak Polis dan pihak JAWI sendiri terhadap trio Umno tuh... hihi... Nampak sangat la JAWI dan Polis sekarang ni dah pro Umno... kahkahkah... jenuh lawan la Pakatan Rakyat lepas nih... |
| Baju kalis peluru pun Polis bagi jugak ka? Kahkahkah... Posted: 29 Apr 2011 04:30 PM PDT Video Lucah : PKR Persoal Integriti Polis PETALING JAYA 29 APRIL: Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin hangat diperkatakan apabila siasatan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mula diketepikan. Malah, beban tersebut dialih pula kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dirinya bukan pelaku dalam video seks berkenaan seperti mana yang didakwa trio ' Datuk T'. Walhal, beliau merupakan individu utama yang membuat laporan berhubung penayangan video lucah dan intimidasi jenayah terhadapnya oleh trio 'Datuk T' iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Shuaib Lazim, 22 Mac lalu. Tindakan pejabat Peguam Negara yang diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail mengembalikan kertas siasatan buat kali kedua kepada polis mula menampakkan campur tangan politik. Lantas, Abdul Gani memberi alasan bahawa siasatan polis terhadap video itu masih tidak lengkap dan memerlukan pihaknya untuk memanggil Anwar untuk kali kedua bagi memberi keterangannya. Namun, apa yang jelas polis masih belum memanggil ketiga-tiga individu yang mengaku menjadi dalang dalam menayangkan video lucah tersebut sehingga kini. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya hari ini membidas jawapan tidak konsisten polis berhubung tumpuan siasatan selepas laporan itu dibuat bapanya lebih sebulan lalu. Justeru dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes terbabit semakin jelas apabila polis mula menampakkan tindakanya bersekongkol dengan parti pemerintah untuk memerangkap Anwar walaupun prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa tertuduh perlu dilindungi. "Semalam jawapan yang kami terima kenapa Datuk T tidak ditangkap, adalah kerana kes tersebut telah diserah semula kepada pejabat Peguam Negara. Tapi sehingga kini jawapan yang diberi itu tiada penjelasan. "Dalam hal ini, apabila kita bercakap soal konspirasi kepimpinan BN sendiri banyak peristiwa yang berlaku telah menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab oleh mereka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut mengarahkan polis untuk kembali memberi tumpuan terhadap siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan. "Secara keseluruhan isu ini adalah untuk mewujudkan tanggapan bahawa Anwar telah disiasat sebagai pelaku video berkenaan. Malah ianya langsung tidak menyentuh seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mengariskan kesalahan menggunakan video lucah untuk melakukan intimidasi jenayah serta memalukan beliau. Jadi anda selesaikan itu dahulu," kata beliau. Menurut Tian Chua lagi, berdasarkan sesi keterangan kedua Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, rata-rata pemimpin yang hadir bersama Ketua Pembangkang itu membidas bentuk soalan yang dikemukakan pegawai penyiasat. Sementara itu, Peguam N Sankara menjelaskan kepada media bahawa polis cuba untuk mengalih fokus siasatan kepada individu di dalam video tersebut berbanding salahlaku penayangan video seks. Tambah Tian lagi, beliau turut mendakwa terdapat segelintir polis yang bersekongkol dengan pemimpin Umno-BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah sememangnya pelaku dalam video seks berkenaan. Katanya, polis secara senyap mendekati ahli jentera parti dan menasihatinya supaya tidak terjebak dengan dakwaan muslihat Anwar yang hanya akan merugikan dirinya sendiri. Justeru, Tian mengakui bahawa polis merupakan agen Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti itu. "Polis telah dipergunakan sebagai mesin propaganda Umno dan ini amat dikesali. Polis seharusnya menjauhkan diri dari politik dan sepatutnya lebih penumpuan dalam menguruskan jenayah serta keselamatan awam. "Termasuk siasatan video itu, polis telah membazir banyak masa dan tidak tumpu kepada pelaksanaan undang-undang malah mereka seolah-olah "menari" mengikut rentak parti memerintah," ujar beliau lagi. Manakala, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula menegaskan bahawa undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua apabila ia melibatkan Ketua Pembangkang Malaysia. Katanya lagi, perkara yang sama harus dilakukan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Saariibuu sekiranya polis ingin mengembalikan kepercayaan rakyat sekali gus mengangkat semula reputasi institusi itu. "Kenapa ianya bukan standard yang sama apabila kes melibat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana beban untuk membuktikannya hanya kepada Datuk T dan bukan Anwar," |
| Alhamdulillah, masih ada yang berani Posted: 29 Apr 2011 03:00 PM PDT Saya nasihat depan Eskay, ingatkan azab Allah- Ustaz Shamsul KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat. Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi 'khutbah' kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi. Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah. Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut. Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit. "Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi 'jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih'. "Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat," katanya. Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya. "'Skrip' yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf," katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu. Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam. Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li'an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur. "Sumpah li'an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak 'laku' kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak 'laku' kalau tidak membabitkan suami dan isteri," ujarnya. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan