Bila Harimau Sudah Menaip... |
| Itu Memang Anwar Ibrahim. CONFIRMED! Posted: 28 Apr 2011 09:31 PM PDT Hari Jumaat ini telah dicemari dengan ratusan gambar-gambar pelacur putih melepak bersama seorang mirip Anwar Ibrahim. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Sudah tiada kah lagi rasa malu kita yang menengoknya? Aku tidak kisahlah jika itu Anwar atau tidak tapi pernahkah kita merasa bersalah mengaibkan (jika ia benar) atau memfitnah (jika ianya salah) keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim? Aku bukan ahli PKR tetapi amat kasihan pada Datin Seri Wan Azizah dan anak-anak. Kasihan juga pada Dato' Seri Anwar (jika video itu palsu). Tidak bolehkah kita menjadi manusia berotak (jika tidak mahu memaparkan peribadi muslim?). Mengapakah Dato' Seri Anwar diperang habis-habisan? Mengapa pula TV3 tidak menyiar video Dato' Seri Chua Soi lek suatu ketika dahulu? Bias? Double-standard? Takut? Jika selepas ini, team Dato' Seri Anwar menyerang kembali dengan peluru keaiban pemimpin BN, aku mahu tengok reaksi TV3. Aku percaya Pakatan akan menyerang dan melawan. Kerana apa? Kerana itu cara Anwar. Lawan tetap lawan. Kalau aku ditanya adakah itu cara Anwar menentang balik? Aku menjawab 'Itu memang Anwar Ibrahim. CONFIRMED!". nota kaki: aku memilih tidak menayangkan satu gambar pun kerana aku takut api neraka. Salam Jumaat! |
| You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan