AdukaTaruna |
Pemuda UMNO, KIMMA bantah PDRM hapus saman ekor. Posted: 23 Apr 2011 03:51 AM PDT SEKALUNG tahhniah untuk Saudara Mahfuz Omar merangkap Ahli Parlimen PAS Pokok Sena kerana telah berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk membela hak rakyat terhadap saman ekor di bawah Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE. Hasil gesaan berterusan serta memberikan kesedaran kepada rakyat terhadap saman ekor, maka Pihak Polis yang pastinya di atas arahan kerajaan, akur untuk memansuhkan sistem perangkap had laju yang disifatkan sebagai tidak mendidik rakyat, sebaliknya sekadar mengaut keuntungan. Tiada lagi perangkap laju, secara tak langsung tiadalah lagi saman ekor [klik gambar untuk ke laporan asal berita]. Sebelum ini Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE menggesa orang ramai agar mengabaikan notis saman ekor yang diterima kerana ia bercanggah dengan perlembagaan untuk menyenarai hitamkan pemandu sebelum didapati bersalah oleh mahkamah rujuk sini [Jangan bayar saman ekor]. Gerombolan songkok tinggi tentu antara pihak yang gembira mendengar berita ini. Namun merekalah antara yang paling lantang menentang usaha pemansuhan saman ekor oleh KASE sebelum ini. Sebelum ini gerombolan songkok tinggi mendakwa pihak pembangkang membenarkan pengguna melanggar peraturan dan memandu laju. Malah ada pihak gerombolan songkok tinggi yang mendakwa pembangkang mahu membunuh rakyat dengan menggalakkan kemalangan. Walaupun ini salah satu tanda kerajaan ingin mengambil hati rakyat sebelum mengadakan pilihanraya, namun ia memberikan kelegaan kepada rakyat. ReJaM© "Gerombolan nak sangat bayar saman ekor, buatlah demo depan Balai Polis Shah Alam, bantah pemansuhan saman ekor kah kah kah..." |
Posted: 23 Apr 2011 12:01 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Salam 1 Malaysia. Gua nak info kepada rakan2 yang berminat. Yang nak bisnes baju / pakaian sempena raya ni ke, nak masuk pasar malam ke, nak buat butik ke, nak tolak secara ansuran ala2 brader Pakistan ke. Hubungi gua la kalau berminat. Harga : Berkadar terus dengan kuantiti. Makin banyak, makin rendah per helai. Penghantaran : By bas. Lu kena pikap sendiri di stesen bas. Maklumat penuh setiap penghantaran akan diberikan. Tidak lebih dari RM20 ke mana-mana semenanjung Malaysia. [1]
[2]
[3]
[4]
Sekian untuk 4 item ni dulu. Lain item akan menyusul kemudian. Berminat email gua, atau msg kat FB gua. Email : adukataruna2008@gmail.com Facebook : AdukaTaruna |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan