Khamis, 14 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


Pendedahan RPK tidak memberi kesan pada akuan bersumpah sebelum ini

Posted: 14 Apr 2011 06:06 AM PDT


Pendedahan Raja Petra Raja Kamaruddin yang disiarkan TV3 malam tadi, tidak akan memberi apa-apa kesan ke atas akuan bersumpah (SD) dibuat RPK tiga tahun lalu.
Naib Presiden PKR  Surendran (gambar) berkata, sebarang temu bual atau kenyataan disiarkan dalam mana-mana media tidak boleh digunakan untuk mengubah kandungan SD termasuk dibuat RPK pada Jun 2008.
Semalam, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh PM DS Najib Razak atau isterinya DS Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Namun, RPK  berkata, SD pada 18 Jun 2008 itu dibuat bersandarkan maklumat diperolehi daripada beberapa individu, katanya sambil menegaskan oleh kerana itu perakuan RPK malam tadi adalah bercanggahan dengan SD 2008.
"Jadi temu bual dengan televisyen tidak akan mempengaruhi kandungan atau kebenaran dalam SD kecuali jika wujud unsur paksaan, malah Raja Petra juga telah mengesahkan SD dengan begitu pasti," katanya.
Dalam SD 2008 itu, Raja Petra berkata beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan  dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
Tambah Surendran, sehingga kini masih tiada penjelasan kukuh daripada Najib dan pentadbiran berhubung tuduhan dibuat oleh satu akhbar Perancis, Liberation yang mengaitkan Presiden Umno itu dengan pembunuhan Altantuya dan penjualan tiga kapal selam negara itu.
"Ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan dan telah bertanggungjawab atas pembelian kapal selam itu. Persoalan ini mempunyai kepentingan besar kepada umum. Juga masih tiada penjelasan yang boleh diterima berhubung mengapa syarikat Malaysia menerima pembayaran berjumlah Euro 114 juta dari perjanjian pembelian kapal selam.
"Ini adalah satu perkara yang mengecewakan apabila kerajaan Perancis menyiasat perkara ini, sebaliknya Malaysia pula tidak ambil tahu. Tuduhan-tuduhan ini begitu serius dan akan memberikan kesan serta perlu diwujudkan suruhanjaya diraja bagi menyiasatnya," katanya.
Dalam kenyataan hari ini Raja Petra mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

BN diramal tumbang di Sarawak, Sabtu ini

Posted: 14 Apr 2011 01:08 AM PDT


Zentrum Future Studies meramalkan BN Sarawak akan tumbang pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini apabila BN hanya mengekalkan 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat diramal mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.
Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).
 
Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, kesahihan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrun tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, 
Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.
Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

KENAPA POLIS TAK SIASAT INDIVIDU DALAM DEKLARASI BERSUMPAH RPK

Posted: 13 Apr 2011 05:48 PM PDT


RPK bikin gempak di TV tiga suku malam tadi dan episod 2 akan disiarkan malam ini. Gempak dan mengelirukan (WALAUPUN KOSONG). RPK KATA DIA tidak pernah tuduh DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

SO WHAT.. BETUL LAH RPK TAK TUDUH.. DIA HANYA BUAT REPORT ORANG YANG BERI MAKLUMAT PADA DIA.

RPK memang tak buat tuduhan itu. TIDAK. RPK hanya sekadar penyampai maklumat itu. Cuma RPK menyiarkan maklumat itu kerana tentunya dia yakini kebenaran maklumat yang diterima bahawa Najib dan Rosmah terbabit.



Menurut laporan Utusan Meloya, RPK menerima maklumat daripada beberapa individu iaitu antaranya Azmi Nik Daud, John Pang , penulis blog, Din Merican dan perisik tentera Kolonel Azmi Zainal Abidin.



Kesemua individu yang disebut nama itu berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.





Akuan Bersumpah RPK - Klik gambar untuk besarkan :







"Dalam SD saya, saya bercerita bahawa orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. /klik the read more button below




Amat jelas sekali dalam SD RPK bahagian ke (7) di atas menerangkan bahawa 'tujuan akuan bersumpah ini adalah untuk menggesa kesemua mereka yang telah maklum benar dan mempunyai maklumat (mengenai) perkara ini, tampil ke muka untuk mendedahkan kebenaran tersebut supaya pihak polis mampu melakukan siasatan yang wajar dan rapi terhadap pembunuhan Altantuya Shaaribu".



Utusan melaporkan RPK sebagai berkata , "Pihak berkuasa perlu siasat dan panggil mereka ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) ada di tempat kejadian.



Siapa 'mereka' yang namanya disebut dalam SD RPK itu? Meneliti senarai nama 'mereka' di bahagian (1) itu adalah :



1) Rosmah Mansor, isteri PM Najib
2) Pemangku Kolonel Aziz Buyung
3) Isteri Pemangku Kolonel Aziz, Norhayati, ADC Rosmah.



"Saya tidak cakap, saya tidak buat tuduhan seperti itu. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Saya sebut nama-nama mereka semasa siasatan polis," tegasnya.



Kalau diteliti dalam SD RPK bahagian ke (6), 'Saya sedia maklum, siapa yang memberitahu saya tentang perkara ini (Pembunuhan Altantuya), juga saya sedia maklum bahawa seorang sultan telah diberi penjelasan dan menyedari perkara tersebut; tetapi saya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan maklumat ini (nama Sultan tersebut) selain menyatakan bahawa Perdana Menteri (Abdullah Badawi) dan menantunya telah diserah dengan tangan satu laporan bertulis mengesahkan apa yang telah saya dedahkan.'



Jelas sekarang bahawa tuduhan tersebut datangnya daripada orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh RPK. Beliau hanyalah sebagai menyampaikan maklumat tersebut.



Bahawa bukan RPK seorang sahaja yang menerima makalumat tersebut daripada individu tertentu, Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Badawi dan menantunya juga turut menerimanya melalui penyerahan dengan tangan - in person himself! Malah seorang Sultan yang enggan dinamakan oleh RPK turuk dimaklumkan sendiri oleh pemberi maklumat tersebut.



RPK tiada mempunyai hak untuk menafikan kebenaran maklumat tersebut dan beliau sendiri tidak pernah menafikan kebenarannya kerana pemberi maklumat terlibat telah pun membuat akuan bersumpah mengenai perkara yang dinyatakan dan mereka sanggup menjadi saksi jika dihadapkan ke mahkamah.



Tiada ulasan: