Khamis, 14 April 2011

shalehudin

shalehudin


Kahkahkah...

Posted: 14 Apr 2011 10:00 AM PDT

Ni ceramah Umno... kahkahkah... ramai bangku dari orang... kahkahkah...

Ni ha, baru kita panggil ceramah... apasal senget senget... kahkahkah... dah panas punggung kah... kahkahkah...

Hebatnya Anwar, RPK pun dia kencing... kahkahkah...

Posted: 14 Apr 2011 09:36 AM PDT

Ramai sebenarnya yang terpedaya ngan wayang mainan Raja Petra, kononnya anak raja berjiwa rakyat yang berani menongkah arus, king of blogger... termasuklah aku... haha... Alhamdulillah, hari ini terungkai sudah warna sebenar Raja Petra.

Aku ingatkan si RPK ni cerdik dan bijak, rupa rupanya ngan Anwar pun boleh terpedaya... kahkahkah... Ini bukan fitnah kerana ini diakui sendiri oleh RPK bahawa dia terpedaya dengan janji Anwar Ibrahim...

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

Wallawoiii... RPK oii, kalau nak balik kampung pun, jangan sampai babitkan orang lain pulak... apakah terpaksa mengutuk Anwar camtu sekali semata mata nakkan tiket balik Malaysia ja ka? Kahkahkah... Jangan takut la, muka kau dah masuk TV3 saja, satu Malaysia dah tau... hang mesti senang senang dapat balik punya... kami dah tau arah mana haluan mu... kahkahkah...

Panas, panas... mesti baca nih...

Posted: 14 Apr 2011 07:10 AM PDT

Bn Sarawak Mula Kepanansan . . . .
Oleh Roslan SMS

Hari ini dalam akhbar The Star sisipan Sarwak yang hanya dijual di negeri ini pimpinan BN member amaran kiranya masyarakat Cina Sarawak mengundi calon DAP dan menolak calon SUPP maka kuota Timbalan Ketua Menteri Sarawak nanti akan diberikan kepada wakil bukan Cina.

Jika ini bukan satu ugutan berbau rasis, apalagi?!

Ada pula seorang lagi mengatakan Sarawak bukan majority Cina sebagaimana Pulau Pinang yang boleh melihat DAP menang menjadi Ketua Menteri.

Sekali lagi sentimen perkauman dimain, dan siapa lagi pemainnya jika tidak BN yang tiada modal melainkan politik murahan untuk berhadapan dengan asakkan dari Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 ini.

Ternyata kehadiran calon-calon PR yang lebih berwibawa serta pengekalan calon-calon BN yang sudah tercemar rekod masing-masing mula menampakkan kebimbangan pada kem BN. Kesatuan PR yang dari berbilang parti cuba dipecah-pecahkan dengan menyerang parti-parti komponan PR secara berasingan.

Selepas keputusan PRU Negeri Sarawak ke 9 lalu yang membangkitkan kesedaran politik dikalangan rakyat Sarawak serta kemenangan Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, jelas rakyat Sarawak sudah semakin matang kesedaran politiknya. Walaupun terpisah jauh dengan Laut Cina Selatan namun kemajuan teknologi tidak menghalang rakyat negeri ini untuk turut bangkit menuntut perubahan.

Riuh kem BN Sarawak terpaksa meyakinkan yang Taib Mahmud akan letak jawatan selepas BN menang kembali, jika begitu mengapa tidak bersara sahaja sebelum PRU dan beri peluang kepada tenaga baru.

Dalam kecelaruan dan kebimbangan kem BN Sarawak, jentera PR perlu terus mengasak dan tidak mustahil sesuatu yang luar biasa boleh tercipta tanggal 16 April ini. Dahulu pun semasa Datuk Haris Salleh di bawah naungan BN menghadapi pilihanraya negeri Sabah berhadapan dengan PBS (parti baru pimpinan Pairin ketika itu) tiada pihak yang menyangka pemimpin sehebat Harris boleh jatuh kecundang. Bukan sahaja partinya hampir lenyap tetapi Harris pun turut lingkup di kerusinya sendiri di Tenom.

Oleh itu jangan pandangan rendah kemampuan rakyat Sarawak. Ayuh bangkit dan pelopori perubahan yang bakal merobah seluruh senario politik seluruh Negara.

http://n32.blogspot.com

Gempar!! Anwar perkenalkan ketua pembangkang Dun Sarawak

Posted: 14 Apr 2011 02:00 AM PDT

Taib Bakal Jadi Ketua Pembangkang Dun Sarawak !
Oleh Abdul Rahman Hashim

Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sekali lagi menyatakan keyakinannya bahawa rakyat Sarawak sudah tidak sabar lagi untuk melihat kepimpinan Taib Mahmud ditolak menjelang pilihan raya umum negeri Sarawak 16 April ini, malah beliau juga berkata bahawa Taib akan diumumkan sebagai Ketua Pembangkang DUN Sarawak sebaik sahaja Pakatan Rakyat diisytiharkan membentuk kerajaan.

Beliau menyatakan demikian di pentas ceramah umum DUN Satok di Jalan Patingan dekat Kuching malam kelmarin (11 April) yang dihadiri lebih 2000 orang penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Anwar tiba di pentas DUN N.8 Satok kira-kira jam 10.15 malam selepas beliau berceramah di DUN Batu Lintang yang menurutnya telah dihadiri oleh puluhan ribu penduduk tempatan khususnya masyarakat Cina di sana.

Menurut Anwar, rakyat Sarawak semakin bijak untuk membuat keputusan malah beliau optimis Barisan Nasional Sarawak akan tumbang dalam pilihan raya negeri kali ini, kerana menurutnya pakatan PKR, DAP dan PAS kini semakin digeruni oleh BN.

Anwar juga berkata, pada 17 April nanti Pakatan Rakyat akan membuat pengumuman bahawa Taib Mahmud akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di DUN Sarawak, manakala Najib pula akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana beliau juga yakin kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak akan menjangkit dalam pilihan raya umum di peringkat nasional.

Kenyataan sinisnya itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan reformasi oleh orang ramai yang memenuhi segenap ruang di jalan raya berdekatan dengan bilik gerakan PKR Satok di jalan Patingan.

Sepanjang saya mengikuti gerak kerja kempen kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat, jelas sekali kegelisahan rakyat akar umbi terutama di kalangan rakyat marhain samada Melayu atau Iban/Bidayuh terutama masyarakat Cina di bandar-bandar besar sedang membentuk gelombang tsunami yang bakal melanda BN seperti yang berlaku pada pilihan raya umum 2008.

Apa yang mengejutkan lagi ialah apabila saya terdengar seorang anak muda yang dipercayai penyokong kuat Pakatan Rakyat dari semenanjung yang berada di sini untuk menyokong kempen PKR akan 'stay' lebih lama di Kuching ini, kerana mereka yakin pada 18 April nanti mereka percaya Pakatan Rakyat akan mengangkat sumpah membentuk kerajaan baru di Sarawak.

Anwar berceramah di pentas PKR DUN N.8 Satok

Anwar menjulang tangan calon muda PKR N.8 Satok, Ahmad Nazib Johari

Diantara ribuan penyokong yang mengikuti ceramah Anwar di N.8 Satok.

Gimik DAP untuk merobah Sarawak?
http://locengwangsa.blogspot.com

Taib kencing tak lawas

Posted: 14 Apr 2011 01:00 AM PDT

Patut la kalau Najib ngan Taib dihinggap kencing tak lawas dan muka pun dah naik pucat lesi. Apatah lagi bila tengok pada situasi sekarang ni di mana rakyat Sarawak secara terang-terang menolak BN. Depa dah bagai dirasuk oleh Pakatan rakyat menolak bulat bulat program-program yang dijalankan BN terutama yang melibatkan Taib... kahkahkah...

Tiada lagi ketakutan terhadap ugutan dan gertakan samseng jalanan BN. Rakyat akhirnya akan bebas memilih bakal Ketua Menteri yang mereka sukai asalkan bukan Taib. Kini sindrom asalkan bukan Taib telah melanda Sarawak dan inilah yang membuatkan Najib dan Taib bersengkang mata mendengar laporan SB-SB dan informer-informer mereka hampir setiap malam. Najib dah tak boleh duduk diam... awal pagi lagi sudah bergerak menemui pengundi dan bermanis muka untuk menarik sokongan dan simpati rakyat.

Najib dan BN sebenarnya sudah terlewat kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan lakonan pemimpin BN tue. Dari sehari ke sehari kebangkitan rakyat semakin bertambah dan jumlah yang hadir pada ceramah PR semakin meningkat. Apa yang boleh dilakukan oleh BN ialah memburuk-burukkan PR di dalam media dan meneruskan kerja-kerja menyogok dan mengugut pengundi.

Selain itu tipu muslihat mereka semasa proses pengundian dan perjumlahan juga akan digunakan semaksima mungkin bagi merealisasikan nafsu buas gila kuasa mereka... kita tunggu wayang yang akan dimainkan oleh Najib dan Taib nanti...

Antara Najib dan Taib... kahkahkah...

Posted: 14 Apr 2011 12:00 AM PDT

Siapa lebih bijak berpolitik, Najib atau Taib?
Oleh Wira Arjuna

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengimbau pengalamannya sendiri sebelum menyajikan alasan soal pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud harus mengikut jadual perubahan yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin itu.

Taib malam tadi mengesahkan bahawa beliau akan terus berkuasa untuk beberapa tahun lagi, namun Najib, mungkin kerana peka kepada sentimen rakyat Sarawak tidak mahu memberi pengesahan

Namun Najib harus berpandukan isu pengganti Taib ini kepada pengalaman dirinya sendiri ketika ditabalkan menjadi perdana menteri.

Sejurus selepas BN hilang kuasa di empat negeri dan kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen pada Mac 2008, pemimpin-pemimpin kanan Umno, dengan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan agenda untuk memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Tawaran Abdullah sendiri untuk berundur selepas dua tahun ditolak oleh pemimpin berkenaan. Yang paling lantang mengkritik pelan itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berpeluang menjadi timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri jika Abdullah berundur.

Untung paling besar

Tentunya yang mengaut keuntungan paling besar adalah Najib selaku perdana menteri baru. Seorang lagi yang tersenyum lebar adalah Dr Mahathir, kerana peralihan kuasa itu sekali lagi memberi beliau pengaruh untuk membina masa depan anaknya Mukriz dalam Umno.

Hakikatnya adalah, pelan peralihan dua tahun yang ditawarkan oleh Abdullah ditolak dan Najib dan Muhyiddin diangkat menerajui Umno dan Malaysia pada April 2009.

Ketika itu, tidak timbul soal "rakyat akan terkejut jika ada peralihan mendadak atau pelan menggantikan Taib disusun dengan rapi supaya tidak merencatkan masa depan rakyat dan negara," seperti mana yang dicanang oleh Najib dan Taib di Sarawak ketika ini.

Yang penting bagi Najib dan Muhyiddin ketika itu ialah mengambil kesempatan atas "kelemahan" Abdullah dan merebut kuasa untuk diri mereka sendiri dengan meniupkan sentimen anti-Pak Lah dalam Umno ketika itu.

Di Sarawak, Najib tentunya akur bahawa sebilangan besar rakyat Sarawak mahukan Taib berundur pada kadar segera.

Kehadiran ribuan rakyat di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat sejak 6 April lalu mencerminkan sentimen sedemikian di peringkat akar umbi.

Kuasa mutlak

Meskipun demikian, Taib sekali lagi menegaskan beliau akan terus menjadi ketua menteri untuk beberapa tahun yang akan datang.

Di Sarawak, Taib memegang kuasa mutlak untuk menentukan hala tuju politik beliau dan parti-parti BN di negeri itu. Dr Mahathir sendiri gagal untuk memujuk Taib berundur pada tahun 2000.

Tidak ada apa-apa yang berubah sejak itu.

Hakikat bahawa Najib tidak "berani' mengulas kebingkasan Taib yang menyifatkan tindakan yang diambil oleh Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut al-Kitab sebagai "bodoh" menunjukkan seolah-olah perdana menteri sendiri tunduk kepada telunjuk Taib.

Rakyat amat sangsi bahawa wujud sebarang persetujuan antara Taib dan Najib berhubung pengunduran ketua menteri itu. Ini lebih-lebih lagi apabila Taib masih lantang mengumumkan beliau akan terus berkuasa "untuk beberapa tahun akan datang.".

Jika ada pun sebarang pelan peralihan kuasa, Najib dan Taib harus mendedahkannya kerana rakyat perlu menilai sama ada mereka menerima rancangan sedemikian atau tidak sebelum mengundi pada Sabtu ini.

Pengalaman BN pada masa-masa lalu, membuktikan Malaysia tidak pernah mempunyai pelan peralihan kuasa yang dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Sudah luput

Lihat sahaja bagaimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, malah Dr Mahathir sendiri mengejutkan rakyat dengan persaraan mereka.

Dalam kes Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein, persaraan mereka terikat kepada politik dalaman Umno yang berhubung kait dengan Dr Mahathir.

Dan persaraan Dr Mahathir sendiri didorong oleh kesedaran bahawa jangka hayatnya sebagai presiden Umno sudah luput kerana orang Melayu mulai menolaknya.

Jadi soal pengunduran Taib tidak harus menimbulkan kesangsian bahawa Sarawak akan "kelam kabut" jika beliau berbuat demikian secara mendadak .

Jika Malaysia boleh melalui peralihan kuasa sedemikian, Sarawak tentu boleh!

Kita percaya jika Taib, BN dan Putrajaya tidak mengasuh dan menyediakan pemimpin pelapis untuk mengambil alih daripada Taib sehingga sekarang, maka mereka dengan sendirinya telah gagal melaksanakan amanah rakyat.

Namun yang lebih membimbangkan adalah kenyataan Taib bahawa beliau akan berkuasa untuk beberapa tahun akan datang, bermaksud cengkaman beliau ke atas negeri ini akan berterusan sekurang-kurangnya untuk masa terdekat.M/Kini

Tengok gambar pun dah takut ka? Kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2011 11:00 PM PDT

Akhbar online terpopular, Malaysiakini dah diserang oleh puak puak penakut untuk bertarung secara jantan dan berdepan. Malah puak puak penakut ini juga telah mengarahkan para media yang berselingkuh celah kangkang mereka supaya tidak lagi siarkan sebarang gambar perhimpunan Pakatan.

BN yang kini dilihat semakin goyah menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini, terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana. Ini lah taktik pondan diaorang. Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.

"Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu.

Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9.

Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.

"Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30," kata seorang editor akhbar harian Cina.

"Sejak dua atau tiga hari lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali," kata seorang pekerja kempen DAP.

Terima kasih Taib... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2011 10:00 PM PDT

Taib bakal sempurnakan igauan buruk Najib

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Mulanya, tidak ramai yang meletakkan harapan bahawa perubahan besar bakal berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak. Tumpuan hanya difokuskan kepada beberapa kerusi majoriti pengundi Cina. Masyarakat Melayu-Melanau dan Dayak dianggap sukar untuk mencetuskan reformasi, apatah lagi tsunami politik.

Bumi Kenyalang ini masih dianggap "simpanan tetap" yang selamat buat BN mempertahankan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Isu lebih terpusat kepada personaliti Ketua Menteri, Taib Mahmud, yang sudah 30 tahun bertakhta, dengan kisah menarik tentang kekayaan luar biasa kaum keluarga dan suku-sakatnya.

Turut dibicarakan adalah penindasan berlarutan dalam isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), selain persoalan khazanah negeri yang kaya-raya tetapi tidak mampu menyelesaikan tuntutan mendesak mengenai kemudahan asas dan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat Sarawak. Elit penguasa sesuka hati membolot hasil buminya, manakala rakyat, khususnya Orang Asal terus merempat. Pembalakan memusnahkan kampung halaman mereka. Cukup menyedihkan.

Itu suasana sebelum hari penamaan calon, ketika kempen secara rasmi tidak dibenarkan lagi. Bukan sahaja BN dijangka menang mudah, malah tidak sukar untuk mempertahankan majoriti dua pertiga dan meneruskan "kerja zalim" mereka. Untuk memperolehi 24 kerusi pun, bagi menafikan kemenangan selesa BN, Pakatan Rakyat tidak diberikan harapan tinggi.

Selepas lima hari berkempen, tiba-tiba realiti di Sarawak seperti memberikan harapan baru yang lebih segar. Arus perubahan bukan sekitar masyarakat Tionghua. Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan terpaksa bekejar ke Kuching, menyelamatkan BN yang kian goyah, dengan berkempen di sana sehingga hari mengundi. Selalunya hanya Timbalan Perdana Menteri yang berkampung dan mengetuai kempen.

Najib sebenarnya sudah melanggar tradisi apabila turut berkempen dalam pilihan raya kecil Sibu, Mei 2010. Hasilnya, DAP mencipta kejutan. BN terduduk kalah. Sejak pilihan raya negeri 2006, protes pengundi Cina tidak dapat disembunyikan lagi. Ia kemudiannya berjangkit ke Semenanjung dalam PRU12, Mac 2008. Tidak dipastikan apakah Najib mampu mempertahankan kedudukan BN atau menambah-parahkan lagi keadaan.

Antara tugas penting Najib menjelang hari mengundi adalah untuk meyakinkan pengundi Sarawak bahawa Taib memang akan benar-benar berhenti selepas pilihan raya ini. Jaminan itu bagaimanapun disambut dingin, apatah semasa dilafazkan Taib tidak kelihatan pun di sebelah Taib. Pada November 1995, Taib mengumumkan akan berundur dalam masa lima tahun, tetapi sehingga 2011, iaitu 16 tahun selepas itu, beliau masih berkuku, ceria dan gagah di samping isteri mudanya.

(Dalam tulisannya, pensyarah kanan Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi menukilkan: "Pada suatu majlis rasmi parti, beliau (Taib) memakai baju batik yang lengan bajunya disingsing ke siku, bingkas bangun dan bergerak laju ke rostrum dengan penuh semangat. Dari tempat duduk di barisan bawah menuju ke pentas, beliau seakan-akan melompat. Khalayak dari luar Sarawak khususnya dari media Semenanjung Malaysia agak terkejut dengan kelincahannya.").

Menerusi gambar yang disiarkan Utusan Malaysia, Isnin lalu, semasa Najib berkempen di Stadium MBKS, Kuching, sambutan nampak cukup tidak menggalakkan. Banyak kerusi kosong. Pesertanya pula kelihatan memakai t-shirt yang sama, menandakan mereka bukannya "rakyat jelata" tetapi "penganjur bersama".

Esoknya, dalam program konsert 1Malaysia, di Padang Merdeka, Taib menegaskan hanya akan berundur dalam masa "beberapa tahun lagi". Menarik juga jika mahu dianalisis berapa lama sebenarnya tempoh "beberapa tahun lagi" itu, dalam kiraan Taib? Apatah lagi tahap kesihatan dan kecergasannya, terutama selepas beristeri muda, begitu menakjubkan!

Fokus utama Najib bukan sekadar Sarawak tetapi jauh menjangkaui impak buruk buat BN jika Pakatan sekali lagi mencipta kejutan. Kalaupun tsunami belum mampu membadai pantai Sarawak pada 16 April nanti, namun apa jua momentum yang dihasilkan Pakatan nanti dijangka berupaya membangkitkan semangat baru rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa mereka boleh melakukan perubahan besar dalam PRU13.

Najib pastinya sudah bertungkus-lumus untuk mematahkan keyakinan rakyat yang cukup berbahaya itu. Segalanya telah diperkakaskan untuk menimbus segala momentum PRU12; soalnya, apakah Najib akan melihat begitu saja Taib bakal menjadikan beliau sebagai perdana menteri terakhir daripada BN?

Taib pucat lesi, Najib ketar dagu... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2011 09:00 PM PDT

Buaya pun tak sangka ada buaya dalam air yang tenang... kahkahkah... Tenang tenang pun tapi bergelora dibawahnya siapa yang tahu. Setenang tenang PRU ke 12 dulu nih, ramai tak sangka BN akan tersungkur 4 buah negeri, pertahankan Kelantan dan hilang majoriti dua pertiganya dalam Parlimen Malaysia.

Macam tu la juga dengan apa yang kita tengok dan bakal berlaku di Sarawak bagi PRN ke-10 kali ni. Kempen dah selesai lima hari, tak nampak sebarang gelombang besar walaupun terasa adanya gempa bumi. Tapi dari tinjauan suara rakyat di bawah terdapat satu arus senyap yang bakal memberi keputusan yang mengejutkan. Ini yang dikatakan arus bawah yang kuat takkan menampakkan rupanya dipermukaan air yang tenang malah ada dikalangan petugas parti yang yakin, beberapa kerusi milik PBB bakal terlepas kepada Pakatan Rakyat.

Sarawak ni cukup unik, mereka boleh memakai lambang BN dan PBB, tetapi dalam masa yang sama mereka boleh memakai dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Politik rakyat Sarawak tak mudah diduga, dan silent protes mungkin berlaku dengan Sarawak bakal mengikut jejak Kelantan pada tahun 1990.

Tsunami 2008 juga datang tanpa disangka banyak pihak, dan apakah tsunami itu bakal berlaku di Sarawak kali ini?

Rakyat Sarawak boleh melakukan perubahan...

Video: Najib tak konfiden kat Taib Mahmud... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2011 08:30 PM PDT




Gempar: Video Puteri Umno beri rasuah RM20

Posted: 13 Apr 2011 08:00 PM PDT

Beri rasuah ka bayar fitrah... kahkahkah...
Alaahaii penyokong Umno oii, hangpa tengok la sendiri...
Pihak Pakatan Rakyat ni kalau kalah pun tak pa, cuba lagi...
Sebab dah tau Umno main taktik paling keji dalam sejarah politik negara...

Jangan bagitau Najib, takut dia demam... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2011 07:00 PM PDT

Ikut risikan pemerhati pemerhati yang simpati dengan Pakatan Rakyat, kedudukan BN Sarawak masakini bagai meniti dititi yang rapuh... kahkahkah... Ini bagai disahkan oleh laporan yang menganggarkan Pakatan mampu merampas 19 kerusi, manakala 24 kerusi lagi '50-50'.

Tapi jangan pandang rendah senjata akhir yang ada pada Najib dan Taib Mahmud tu. Kalau senjata depa tu kecik, masakan mereka boleh beristeri besar... kahkahkah...

Memang kempen pilihan raya Sarawak kali ni dianggap paling sengit dalam sejarahnya tapi sokongan pada BN dijangka meningkat di saat-saat sentuhan terakhirnya. Semua kemungkinan boleh berlaku. BN masih ada strategi 'carpet bombing' melalui pengumuman projek segera dan pemberian imbuhan pilihan raya terutamanya di kawasan bandar.

Pakatan tak boleh mendabik dada kerana ia masih diperingkat pertama, kerana berdasarkan trend dalam pilihan raya sebelum itu, bola akan kembali bertukar ke kaki BN semula disaat saat akhir ni. Bacaan semasa SB SB kerajaan menunjukkan, sebanyak 28 kerusi masih memihak kepada BN, 19 mampu dirampas pembangkang dan 24 lagi peluangnya masih '50-50' antara kedua-dua pihak yang bertanding.

Undi Cina kini memihak kepada Pakatan, Melayu dan Melanau masih menyokong BN manakala masyarakat Iban pula mula sedikit demi sedikit berpindah daripada BN kepada pembangkang. NGO pengkaji "kepercayaan politik" Zentrum Future Studies pula mendapati sokongan masyarakat luar bandar kepada BN merosot dari 80 kepada 61 peratus. Manakala kawasan luar bandar, sokongan terhadap parti pemerintah turut menyusut dari 65 kepada 38 peratus sahaja.

Justeru, jika Pakatan mampu mempertahankan menangkis serangan terakhir BN, termasuk kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, sejarah akan berlaku di Bumi Kenyalang. Menurut sumber-sumber Umno pula, setelah parti Melayu itu mula menyuntik jenteranya di pelbagai kawasan, terutamanya di luar bandar dalam beberapa hari kebelakangan ini, mereka yakin, paling tinggi, Pakatan hanya dapat merampas 15 kerusi sahaja.

"Bagaimanapun, tujuh atau lapan kerusi di kawasan bandar memang sudah tidak boleh dipertahankan lagi," jelas sumber-sumber itu.

Thanks Raja Petra... you kick your own butt... haha...

Posted: 13 Apr 2011 06:00 PM PDT

Kes Altantuya: Saya tak pernah tuduh PM, isteri terbabit, kata RPK
by malaysiakinibmwordpress

"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu."

Itu pengakuan pengendali lamanweb Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dalam temubual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini – yang disiarkan dalam Buletin Utama stesen televisyen tersebut malam ini.

Sebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Berikutan adalah transkrip temubual tersebut yang disiarkan dalam lamanweb TV3.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

Kudung kepala Najib... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2011 05:00 PM PDT

Ni yang Najib risau sangat nii... haha... kaya pun susah...

Posted: 13 Apr 2011 04:00 PM PDT

Kita tak boleh perkecilkan nafsu Najib dan Taib Mahmud semata mata kerana dapat menghimpunkan puluhan ribu pendengar dalam setiap ceramah dalam kempen PRN Sarawak ni. Tapi mematahkan ego BN Sarawak kali ini merupakan satu kejayaan manis bagi Pakatan Rakyat. Jangan juga dipandang rendah kemampuan rakyat Sarawak khusunya kerana mereka mampu melakar kejutan besar pada pilihan raya umum negeri (PRN) kali ke-10 ini.

Sentimen isu kekayaan luar biasa Ketua Menterinya, Taib Mahmud dan isu rampasan tanah adat (NCR) yang cukup membelenggu rakyat selama ini memang mengerikan BN Sarawak.

Difahamkan masyarakat di sini sukar menyebut nama Taib Mahmud, sebaliknya menggelarkan Taib sebagai 'Tok Uban' kerana bimbang akan nama tersebut boleh mendatangkan masalah kepada mereka termasuk ugutan dan tindakan luar jangka konco-konco Taib Mahmud... Masyallah.... sampai camtu sekali takutnya rakyat Sarawak terhadap regim Taib Mahmud ni.

Kekayaan Taib Mahmud yang sebenarnya setanding bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan kalangan kroni serta wakil-wakil rakyat BN hidup serba mewah kerana laba kekayaan Taib Mahmud. Taib Mahmud dikatakan memiliki harta bukan setakat di Malaysia amnya dan Sarawak khasnya, malah di beberapa negara lain termasuk di Amerika Syarikat.

Omega... ohh Omega... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2011 03:00 PM PDT

Monolog Omega
Oleh Zolkharnain Abidin

Namaku Omega. Aku bukan seperti orang lain seperti Casio, Tag Heuer, Rado, Rolex, Swatch, Chrocodile atau Puma. Aku sangat istimewa kerana khabarnya, Neil Armstrong memakaiku ketika menjejakkan kakinya ke bulan.

Aku juga disifatkan sebagai jam paling tepat waktunya. Kawan-kawanku yang lain kadang-kadang nyanyuk juga walau pun masih muda. Justeru, aku dikagumi dan sering dijadikan hadiah istimewa terutama kepada pembesar-pembesar.

Akhir-akhir ini, di sebuah negara 'Islam' yang ada kilang arak, namaku sering disebut. Pada mulanya aku kurang pasti sebabnya, bahkan aku merasa pelik. Wartawan sebut nama aku, blogger sebut nama aku, aku sering ditanya kepada Uncle Google.

Menariknya, Uncle Google tidak pernah mengecewakan mereka. Gambar aku dipaparkan. Semua orang puas kerana rupa aku memang menawan. Kebanggaanku bertambah. Kalau dulu aku hanya ditatap oleh orang-orang berada sahaja, kini aku ditatap oleh semua orang.

JKKK, tok penghulu, penarik beca, drebar teksi, tukang sapu, tukang bancuh simen, turut menyebut-nyebut namaku. Memang aku pelik, mengapa semua orang menyebut namaku? Walau pun hidungku kembang-kempis, namun kadang-kadang aku naik meluat kerana ada yang menyebut namaku itu tidak gosok gigi. Mulut busuk.

Sekarang aku menjadi bahan kontroversi. Aku dikatakan ditinggalkan oleh tuanku di bilik yang terpapar dalam video yang dipromosikan oleh 'Tiga Boroi'. Tuanku menafikannya. Isterinya berkata, aku berada di tangannya.

Aku geram apabila wartawan meminta aku ditunjukkan kepada mereka kalau benar aku tidak ditinggalkan di dalam bilik video tiga boroi berkenaan. Tuanku berkata, buat apa ditunjukkan kepada mereka, itu bukan satu keperluan. Beliau hanya bersedia menyerahkan aku kepada polis, itu pun jika diminta.

Aku cuma jam. Aku boleh dipindahkan, dicuri atau disalah letak. Orang boleh curi aku, letak dalam bilik video tiga boroi tu dan macam-macam lagi. Aku tidak boleh buat apa-apa sebab aku tidak punya daya sendiri untuk bertindak.

Apakan dayaku, aku dihadiahkan kepada orang itu. Kalau aku dihadiahkan kepada PM negara 'Islam' sekarang tentu aku tidak berhadapan dengan situasi ini. Atau, setidak-tidaknya, aku dihadiahkan kepada 'First Lady', tentu aku tidak akan menghadapi semua ini.

Namun, kalau aku diberi pilihan, aku tidak mahu menjadi hadiah kepada PM negara 'Islam' itu. Aku tahu dia bukan bersih, cuma dia tidak disiasat. Kalau dia disiasat macam tuanku disiasat, aku percaya rakanku yang dipakai oleh PM itu akan menjadi mangsa seperti aku.

Aaaahh, aku faham mana orang berani siasat PM negara 'Islam' tu. Ya, dia ada kuasa walau pun aku tahu kuasanya akan hilang dalam tempoh terdekat. Aku dengar di Sarawak, PM itu sudah mula ketar lutut kerana sambutan orang ramai kepada tuanku dan rakan-rakannya.

Aku tidak mahu hidup bersama PM negara 'Islam' itu. Aku lebih rela hidup bersama tuanku yang difitnah dan ditohmah itu. Aku lebih rela hidup bersama keluarganya kerana bagiku, seteruk mana pun mereka ditohmah, difitnah, dinista, mereka tetap idolaku.

Aku yakin orang dalam video itu bukan tuanku. Aku kenal benar tuanku. Beliau memang tidak maksum, tetapi aku yakin beliau bukan seperti apa yang ditohmah oleh puak-puak PM negara 'Islam' itu.

Namun aku tetap Omega. Aku bukan siapa-siapa.

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

Tiada ulasan: