Selasa, 12 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


serangan ke atas blog pro pakatan bermula

Posted: 12 Apr 2011 01:18 AM PDT


Sepertimana dilaporkan perakite.blogspot.com beberapa hari lepas, semua blog dan portal pro Pakatan Rakyat akan menghadapi masalah apabila semakin hampir dengan hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak .. sama ada dilencongkan, diserang (hacked) atau sukar dilayari kerana sekatan bandwidth dalam usaha UBN menyekat aliran maklumat kepada rakyat.

Tarikh mengundi masih ada empat hari lagi, namun tempoh tiga hari berkempen inilah yang kritikal bagi sesuatu pilihanraya dan kini UBN dipercayai sedang berusaha menyekat aliran maklumat kepada rakyat menjelang tarikh-tarikh akhir berkempen.
Talian hayat rakyat ini mula disekat agar maklumat tidak diperolehi oleh rakyat kecuali melalui media arus perdana.. yang merupakan pencacai UBN..
Hari ini nampaknya, laman Malaysiakini berhadapan masalah teknikalserius  apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd dikhabarkan mula mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik laman itu.
Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.
Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.
"Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini," kata Premesh

.. KITA BUKAN BODOH NAK UMUMKAN UNDUR DIRI: TAIB

Posted: 11 Apr 2011 10:53 PM PDT


Taib Mamud menunjukkan taring sebenarnya apabila bertegas ketika ditanya wartawan mengenai tarikh beliau akan undur diri sebagai Ketua Menteri maupun menamakan pengantinya, dengan menyifatkan dirinya bukan BODOH untuk mengumumkannya.
Nampak gaya yang dia cakap semalam nak undur diri tu sekadar retorik atau nak kencing PM DS Najib Razak.
Ketika ditanya wartawan di Kucing, TS Taib menyifatkan ia soalan perangkap pembangkang lalu menegaskan bahawa beliau tidak akan dibuli bagi menamakan pengagantinya atau mendedahkan tarih pengundurannya hanya kerana pembangkang mahu mereka berbuat demikian.

"Pembangkang tidak boleh perangkap saya. Kita bukan bodoh. Kita akan lakukan dengan cara yang betul."

"Saya tidak akan tunduk dengan desakan orang yang tidak mampu menguruskan parti mereka sendiri," katanya.

Taib sepanjang pilihan raya negeri kali ini dibidas pelbagai pihak kerana dikatakan sudah berkhidmat terlalu lama, iaitu 30 tahun dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berundur.


Semalam, Taib berkata beliau akan berundur 'dalam beberapa tahun' meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mendakwa ketua menteri itu telah bersetuju menyerahkan jawatannya selepas pilihan raya 16 April ini.

Najib sibuk kempen di Sarawak, ahli Umno sibuk khalwat

Posted: 11 Apr 2011 10:15 PM PDT

TANAH MERAH:  Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin. 


Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT). 

Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan. 

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban. 

"Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan. 

"Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini," katanya. 

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan. (Putera Idaman)

Tiada ulasan: