shalehudin |
- Tujuh posmen kena buang kerja
- Kencing tak lawas
- Berat lagi bahu depa yang memikulnya
- Kes Sarbaini: Keluarga serah bukti petunjuk punca kematian
- Mulut sumbat seks, juboq di kait duri
- Lepaih gempa mai tsunami... kahkahkah...
- Bomoh pun ada, jin tak terkira, samseng pun depa bela...
- Dah panas punggung, cakap pun ikut punggung
- Video: Ku Li kata salah langkah... kahkahkah...
- Nah ambik kau... haha...
- Takkan nak kena kencing lagi kot... aduuhaaiii...
- Gempa bumi landa Sarawak, tsunami 16 April... kahkahkah...
Posted: 12 Apr 2011 11:00 AM PDT Tujuh posmen palsukan kad kredit dibuang kerja April 12, 2011 KUALA LUMPUR, 12 April – Tujuh posmen yang dilapor ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan kad kredit telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta merta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd Datuk Syed Faisal Albar. Beliau yang juga Pengarah Urusannya berkata Pos Malaysia kesal dan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun ia merupakan kes terpencil. "Pos Malaysia Bhd sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan kes-kes dan perbuatan salah laku atau merosakkan surat-surat dan item mel dan tidak memaafkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab di kalangan kakitangan pos," kata beliau dipetik Bernama Online hari ini. Polis dilapor menahan 13 individu termasuk tujuh posmen dan seorang pembantu am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta. Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial ibu pejabat polis daerah Cheras secara berasingan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, dari 1 hingga 9 April lalu. Syed Faisal berkata, Pos Malaysia telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan terus membantu dalam siasatan mereka. Kata beliau, Pos Malaysia akan meningkatkan usaha dalam memantau operasi pengendalian dan penghantaran surat secara berterusan serta meningkatkan langkah keselamatan bagi memastikan surat dihantar dengan selamat. "Kami ingin meyakinkan masyarakat bahawa majoriti kakitangan posmen memiliki sifat taat serta berdedikasi dan menjalankan tugas dengan amanah," katanya. |
Posted: 12 Apr 2011 09:44 AM PDT Patut la kalau Najib ngan Taib dihinggap kencing tak lawas dan muka pun dah naik pucat lesi. Apatah lagi bila tengok pada situasi sekarang ni di mana rakyat Sarawak secara terang-terang menolak BN. Depa dah bagai dirasuk oleh Pakatan rakyat menolak bulat bulat program-program yang dijalankan BN terutama yang melibatkan Taib... kahkahkah... Tiada lagi ketakutan terhadap ugutan dan gertakan samseng jalanan BN. Rakyat akhirnya akan bebas memilih bakal Ketua Menteri yang mereka sukai asalkan bukan Taib. Kini sindrom asalkan bukan Taib telah melanda Sarawak dan inilah yang membuatkan Najib dan Taib bersengkang mata mendengar laporan SB-SB dan informer-informer mereka hampir setiap malam. Najib dah tak boleh duduk diam... awal pagi lagi sudah bergerak menemui pengundi dan bermanis muka untuk menarik sokongan dan simpati rakyat. Najib dan BN sebenarnya sudah terlewat kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan lakonan pemimpin BN tue. Dari sehari ke sehari kebangkitan rakyat semakin bertambah dan jumlah yang hadir pada ceramah PR semakin meningkat. Apa yang boleh dilakukan oleh BN ialah memburuk-burukkan PR di dalam media dan meneruskan kerja-kerja menyogok dan mengugut pengundi. Selain itu tipu muslihat mereka semasa proses pengundian dan perjumlahan juga akan digunakan semaksima mungkin bagi merealisasikan nafsu buas gila kuasa mereka... kita tunggu wayang yang akan dimainkan oleh Najib dan Taib nanti... |
Berat lagi bahu depa yang memikulnya Posted: 12 Apr 2011 09:00 AM PDT Ahmad Sarbaini Mohamed Betoi la macam yang orang tua tua kata tu, berat mata kita yang memandang... berat lagi la bahu kaum keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menanggungnya. Rasa ngilu dan tertekan yang amat sangat apatah lagi kes kematian Allahyarham masih lagi terkontang kanting tak tahu hujung pangkal, telah ada pula cakap cakap yang mengatakan ianya didakwa sebagai membunuh diri. Membunuh diri ni tak baik, tak elok sungguh sungguh dalam masyarakat Melayu terutamanya sebagai seorang Islam. Sebab tu la, aku rasa elok sangat sesapa yang bermulut celupar tu tolong jangan ingat yang Allahyarham ni membunuh diri. Tolong hormat perasaan orang sekelilingnya yang msaih hidup, beri ruang untuk keadilan muncul dan ruang untuk ahli keluarganya menjalani hidup normal macam orang lain juga. |
Kes Sarbaini: Keluarga serah bukti petunjuk punca kematian Posted: 12 Apr 2011 08:20 AM PDT Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed telah menyerahkan bukti kepada polis, yang dipercayai akan membantu menentukan bagaimana penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu ditemui mati di premis SPRM, minggu lalu. Ketika mendedahkan perkara itu di sini hari ini, peguam-peguam keluarga itu enggan berkongsi maklumat apa yang dimaksudkan dengan bukti baru tersebut. "Kami berharap mereka (polis) akan menyiasat perkara ini," kata peguam Ghazali Mohd Ramli pada sidang media di sini hari ini. "Kami tidak boleh mendedahkannya kepada media sebab kami tidak mahu menjejaskan siasatan," kata beliau lagi. Bagaimanapun kata beliau, pihaknya percaya ia akan menentukan sama ada Ahmad Sarbaini membunuh diri ataupun sebaliknya. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Ahmad Sarbaini perlu pergi ke pejabat SPRM jika mahu membunuh diri. Menurut Ghazali, hidup Ahmad Sarbaini dan keluarganya adalah serba kecil dan biasa sahaja. Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 20 orang termasuk ahli keluarga Ahmad Sarbaini, SPRM dan kakitangan KDRM. Polis juga telah menganalisis sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabat SPRM di Cheras termasuk telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbaini. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari kematian Ahmad Sarbaini berkata, pegawai itu telah datang ke bangunan SPRM kira-kira pukul 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Ahmad Sarbaini ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi Rabu lalu, tetapi rakan-rakan rapatnya berkata adalah satu perkara yang mustahil bapa lima anak itu akan membunuh diri. Seorang lagi peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh Gill berkata, dakwaan dalam laporan media kononnya Allahyarham mempunyai kekayaan luar biasa adalah tidak benar. Katanya, keluarganya juga meminta media tidak membuat spekulasi bukan-bukan. Awal petang tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa di sebalik kematian mengejut itu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini mahu individu yang menyebabkan kematiannya didakwa dan dibawa ke muka pengadilan. Sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, tidak mungkin penolong pengarah KDRM itu akan "membunuh diri" seperti mana yang didakwa pihak tertentu termasuk laporan media. "Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat," katanya. Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B. Kematiannya adalah kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Tambah Ismail, tuduhan mengatakan Ahmad Sarbaini "membunuh diri" telah menyebabkan keluarga Allahyarham tertekan dan tidak boleh menerimanya. Malah menurut Ismail, keluarga mereka juga menafikan dengan keras Ahmad Sarbaini telah "membunuh diri". - TMI |
Mulut sumbat seks, juboq di kait duri Posted: 12 Apr 2011 06:02 AM PDT Video seks, fitnah liwat dicipta oleh para konspirator tertentu semata mata untuk mengalihkan pandangan rakyat dari memperkatakan soal soal lain yang lebih penting yang menekan hidup rakyat terbanyak. Umpamanya, harga barangan keperluan yang berlipat kali ganda mahalnya dan juga harga minyak yang dilonjakkan secara diam diam, telah dinafikan dari dibahas awam... takut binasa parti yang memerintah. Laporan jenayah kemersil misalnya bertambah bagai cendawan dimusim hujan, tidakkah ini menggambarkan pendapatan mereka mereka ini sebenarnya jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan keperluan semasa mereka. Mereka mereka yang terlibat ini sebenarnya termakan dengan pujukan jenayah komersil mungkin setelah rasa amat terdesak dengan kesempitan hidup. Bernama hari ini sekali lagi menceritakan kisah kisah dalam lipatan rakyat negara ini yang bergelut dengan nilai wang ringgit yang kian mengecil. Kita tak pernah galakkan rakyat membuat jenayah semata mata memenuhi kehendak kewangan diri tapi tidakkah tekanan ekonomi negara dewasa ini bagai mengundang lebih banyak jenayah perdagangan seperti yang dilaporkan Bernama ini? Seperti dilaporkan, Polis telah berjaya menahan 13 individu termasuk tujuh orang posmen dan seorang pembantu am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta. Lihat saja bagaimana liciknya modus operandi mereka dengan menggunakan posmen bagi memintas kad kredit mangsa dan posmen terbabit akan dibayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit yang berjaya dipintas. Beliau berkata sindiket itu kemudian akan mengeluarkan cip yang ada pada kad kredit asal dan meletakkan pada kad kredit lain. Seterusnya kad kredit asal akan ditampal dengan cip yang palsu sebelum kad kredit itu dipulangkan semula kepada pemilik secara pos. |
Lepaih gempa mai tsunami... kahkahkah... Posted: 12 Apr 2011 03:36 AM PDT Kira kira kita ni rakyat yang bertuah laa... bertuah ngan pasai kita dapat tengok muka muka orang BN pucat lesi kena kejutan tsunami kat Sarawak. Depa baru rasa gempa bumi, memasing dah kalut ke Sarawak kerana takutkan tsunami... kahkahkah... Tak pernah tengok Umno macam ni punya penakut sampaikan semua menteri kabinet dah berhimpun di Sarawak, pertama kali la kita tengok macam ni punya meriah khusunya dalam Pilihanaya negeri Malaysia Timur ( Sabah dan Sarawak ) Duit yang bertaburan ni tok sah kira la, macam daun getah kering... haha... Bagi aku la, Pakatan tak payah susah susah nak menang, takat nafikan majoriti 2/3 depa di Sarawak pun dah lebih dari cukup.. bunuh terus ego BN yang selama ni menganggap Sarawak dan Sabah tu fixed deposit depa... kahkahkah... tapi kalau menang lagi baguih, mampuih teruih BN tuh.... kahkahkah.... Dalam PRN Sarawak ni kita tengok dengan jelas seluruh jentera BN dihalakan kesana dan seluruh jentera kerajaan telah dikerah bagai kaldai Umno. Pemimpin Umno berkempen macam orang sawan babi dan meracau macam mabuk todi... kahkahkah... |
Bomoh pun ada, jin tak terkira, samseng pun depa bela... Posted: 12 Apr 2011 01:26 AM PDT Baru ni kita dikejutkan dengan penemuan beberapa orang yang tak dikenali yang akhirnya dikenalpasti sebagai para bomoh upahan BN Sarawak yang diketuai oleh Taib Mahmud. Rupanya cara kuno jugak yang dipilih oleh BN bagi memenangi hati rakyat. Tak cukup dengan itu, kita digemparkan pula dengan jin jin yang berkeliaran mengacau kampung kampung. Dan jin jin itu pun dikatakan telah dibela menjadi suruhan orang orang BN Sarawak... wah wah... makin celaru politik Sarawak ni nampak gayanya... Tak cukup dengan itu, samseng samseng belaan pula telah dilepaskan oleh golongan mabuk kuasa ni dengan mengugut calon PAS bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang bertanding di kerusi N15 Muara Tuang, Horaini Hamzah (Kak Ani). Ikut kata suaminya, Morshidi Ali seorang perempuan 'yang dikenali' berumur sekitar 50-an datang ke rumahnya pada jam kira-kira 2.30 petang. Wanita tersebut meminta Kak Ani (isterinya) menarik diri dari bertanding dalam PRN Sarawak , dan menawarkan sesuatu habuan. "Dia datang lebih kurang jam 2.30 petang, ke rumah dan membuat ugutan, yang paling menakutkan, dia (wanita itu) berkata, kalau Kak Ani tidak menerima (tawaran menarik diri) jangan menyesal, akibat buruk yang akan berlaku,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline. Sebelum ini, pada 8 April, ketika ditemu ramah oleh Buletinonline, Kak Ani berkata, cabaran yang paling getir sejak berkempen selepas penamaan calon 6 April lalu adalah ugutan yang diterimanya dari pihak lawan. Semalam, 10 April, ia lebih terang dan jelas kerana 'wanita' yang menjadi agen parti lawan itu datang sendiri ke rumah Kak Ani di Tanjung Bundong disini. Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat berdasarkan bukti yang telah 'dirakamkan' ketika wanita datang menawarkan 'habuan' sekaligus mengugut. |
Dah panas punggung, cakap pun ikut punggung Posted: 11 Apr 2011 09:00 PM PDT Kesian kat Taib Mahmud, memang la dia ni dah terasa panas punggung hinggakan bercakap pun ikut punggung. Busuk lagi membusukkan.... kahkahkah... Boleh gelak guling guling bila Taib Mahmud dengan tanpa malunya menyelar Pakatan Rakyat, kononnya sebagai kaca murahan yang berpura-pura menjadi permata tulen sekiranya memenangi pilihan raya negeri 16 April ini. Tanpa dia sedar, sebenarnya dia sendiri telah terjun kedalam lubang taik sendiri dengan kecaman terhadap negeri negeri dibawah teraju Pakatan. Rakyat bukan lagi bodoh macam 30 tahun dulu Taib oii... majoriti rakyat sudah tidak bangang lagi seperti yang diharapkan oleh Taib dan BN pusat... alhamdulillah... Rakyat dah mula sedar apabila sepanjang pemerintahan korup BN Sarawak, tiada mendatangkan apa apa benda pada mereka. Kini mereka sudah pandai dan tahu siapa yang selalu janji kosong. Ni fakta Taib oiii... Selama 30 tahun Sarawak masih ke empat termiskin dalam negara, tetapi negeri di bawah PR baru tadbir dua tahun sudah nampak perubahan kerana Pulau Pinang mencatatkan negeri paling banyak menerima pelaburan daripada negara asing selain memberi pekerjaan kepada rakyat. Ni pun fakta lagi Taib oii... Sarawak, Taib hanya membuka ladang-ladang untuk memberi pekerjaan kepada warga asing, tetapi rakyat sendiri hidup dalam kemiskinan... Panas punggung, cakap pun ikut punggung... kahkahkah... |
Video: Ku Li kata salah langkah... kahkahkah... Posted: 11 Apr 2011 08:33 PM PDT Politik Umno adalah politik longkang... politik korup yang tak dapat diterima lagi oleh majoriti rakyat melainkan monyet monyet belaan yang makan disuap Umno... kahkahkah... |
Posted: 11 Apr 2011 07:54 PM PDT Padan muka rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak yang teringin sangat nak tengok Taib Mahmud letak jawatan dengan segera mesti frust punya... kahkahkah.... Hangpa kena undi Pakatan Rakyat saja kalau nak tengok Taib tu kita humbankan ke laut... kahkahkah... kalau BN menang lagi di Sarawak, jangankan kata beberapa tahun, silap silap pakai mati keras atas kerusi tuh... kahkahkah... ******************************** April 11, 2011 Muka pun dah kecut, dah jadi muka kucing pun dok tak sedar diri lagi... kahkahkah... KUCHING, 11 April – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam "beberapa tahun lagi" - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri. Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini. Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib (gambar), beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya. Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak. Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan. "Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali," kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini. Najib juga hadir sama pada majlis malam ini. Kenyataan Taib itu adalah bayangan pertama peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011. Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini. Malam tadi, dilihat seolah-olah sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya. Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan. Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai. "Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang," kata Najib. Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan "perubahan secara tiba-tiba" akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun," katanya lagi. Najib memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu. Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu. Taib turut menyeru generasi muda agar mempertahankan semangat 1 Malaysia yang subur di Sarawak. Beliau juga mahu hubungan antara Sarawak dengan Semenanjung terus diperkukuhkan dengan sikap politik yang matang. |
Takkan nak kena kencing lagi kot... aduuhaaiii... Posted: 11 Apr 2011 06:37 PM PDT |
Gempa bumi landa Sarawak, tsunami 16 April... kahkahkah... Posted: 11 Apr 2011 04:00 PM PDT 'Gempa bumi' terus melanda Sarawak, tsunaminya 16 April, kata Rafizi KUCHING: 'Gempa bumi dan Puting beliung' dikatakan terus melanda Sarawak yang menyaksikan program-program ceramah anjuran Pakatan Rakyat terus mendapat sambutan hebat dan luar biasa. Malah, jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri, sehingga penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini menyifatkan 'puting beliung' sedang melanda negeri itu. Pengarah Strategi KEADILAN pula menyifatkan ia sebagai gempa bumi- sebelum meletus gelombang ombak besar 'tsunami' 16 April ini iaitu hari penentuan rakyat Sarawak memilih kerajaan baru. "Sambutan yang kita terima sangat baik dalam tempoh bermula kempen sehingga hari ini. Kalau di kawasan bandar, jumlah kehadiran ceramah-ceramah Pakatan Rakyat mencecah 10 ribu hingga 11 ribu orang. Di kawasan bandar gelombang itu sangat jelas malah kutipan untuk pakatan sahaja mencecah berpuluh ribu ringgit," katanya dihubungi Keadilandaily. Secara berseloroh, Rafizi berkata, BN tidak boleh memberikan alasan bahawa jumlah itu disebabkan kehadiran ramai pegawai polis dari cawangan khas, kerana mereka yang hadir turut menderma kepada Pakatan. Malah katanya, kempen Pakatan di kawasan pedalaman turut mendapat sambutan luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Sarawak kali ini. Ia ternyata berbeza pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006 dan sebelumnya- apabila pembangkang dikatakan langsung tidak mempunyai tempat untuk berkempen di kawasan pendalaman. 'Kini apabila pemimpin-pemimpin utama KEADILAN seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Saifuddin Nasution datang ke rumah panjang, tuai rumah atau pemimpin utama rumah panjang membuat upacara istimewa menyambut kehadiran mereka," ujarnya. Kata Rafizi, keadaan itu kini benar-benar menggusarkan Najib sehingga terpaksa berkampung dan membawa satu 'batalion kabinet' ke negeri itu bagi mempertahankan Sarawak dari jatuh ke Pakatan Rakyat. Najib kini dikatakan membatalkan semua programnya di semenanjung untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya negeri itu, yang juga dilihat tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. "Apabila Najib turun berkampung membawa 1 barisan menteri kabinet di sini, ia membawa petanda baik kepada Pakatan," tambah beliau. Katanya lagi, keadaan BN Sarawak yang kini sudah berpecah belah dan bertelingkah sesama sendiri, memberi satu kelebihan kepada Pakatan Rakyat. Malah Taib Mahmud juga dikatakan sudah lagi tidak sebulu dengan tindak tanduk Najib, apabila bertindak memboikot beberapa program yang dihadiri Presiden Umno itu. Ia berikutan desakan Najib supaya Taib berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, selepas pilihan raya tersebut, dan campurtangan Najib yang berlebihan dalam pilihan raya itu. Namun, Rafizi mengingatkan jentera Pakatan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang strategi dan taktik Umno khususnya menjelang saat-saat terakhir pengundian. "Dua hingga tiga hari sebelum hari mengundi mereka akan tabur duit, mereka akan sabotaj untuk mendapat undi. Ini kerana mood rakyat sedang bersama kita. Kita bimbang BN akan menggunakan sepenuhnya 3M- jentera kerajaan, wang ringgit dan media untuk sabotaj Pakatan Rakyat. "Mereka akan gunakan fitnah dan sebab itu jentera kita perlu disusun sebaik mungkin" ujar beliau. Sambutan luar biasa terhadap program Pakatan berlaku di Kuching semalam di mana jumlah hadirin dijangka melebihi 10,000 orang. Jumlah terbesar adalah di Batu Kawah yang dianggarkan tidak kurang daripada 12,000 orang. Tiga pemimpin utama Pakatan rakyat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat Dap, Lim Kit Siang, menyemarak sambutan rakyat Sarawak, sehingga jalan menuju ke tempat ceramah sesak teruk sejauh 6 kilometer. Isu video seks palsu langsung tidak memberi kesan kepada pengundi, malah ketika Anwar menyebut mengenainya, kebanyakan yang hadir tertawa menunjukkan mereka tidak mempercayai tuduhan jahat berkenaan. Dalam beberapa ceramah sebelum ini seperti di Miri, Senadin dan Bintulu, jumlah kehadiran dijangka melebihi ribuan orang, satu angka yang cukup luar biasa bagi situasi rakyat di Sarawak yang selama ini dianggap konservatif BN. Meskipun sesetengah pihak mendakwa , jumlah kehadiran yang begitu ramai belum tentu menjamin kemenangan, namun ia ternyata membangkitkan gelombang dan sentimen rakyat Sarawak yang semakin ghairah untuk menggulingkan Taib Mahmud menjelang 16 April ini. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan