Selasa, 26 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kangkung angkuh bodoh

Posted: 26 Apr 2011 07:35 AM PDT


WarkahDaily – Hebat sangatkah seorang Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak sehingga sanggup merendah-rendahkan institusi pondok iaitu tempat pembelajaran agama diadakan.

Naib Canselor itu dikatakan telah menghina Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak konon MB Kedah itu hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja.

Penghinaan itu dibuat selepas Ustaz Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.

Semalam mahasiswa UUM mendesak Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (Gambar) memohon maaf kepada Menteri Besar Kedah berikutan penghinaan yang dilakukannya.

Lapor Harakahdaily semalam, mahasiswa UUM memandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, Dr Mohamed Mustafa tidak sepatutnya bertindak seperti itu yang jelas menghina Menteri Besar selaku tuan rumah. [Seterusnya di sini]

Amboi... Amboi... Riak sungguh kangkung bernama Mohamed Mustafa yang berjawatan Naib Canselor UUM ni. Fuuhh.... pendidikan dia tinggi, ada Dr dan bergelar professor pulak tu, tapi mentaliti macam haprak. Kangkung betoi la malaun ni....

Kalau sudah kangkung.... itulah mentaliti mereka. Kangkung akan tetap jadi kangkung. Wei... apa hal pulak hang nak merendah-rendahkan MB Kedah. Lu sapa... dia sapa?? Lu cuma kangkung saja.... Hanya layak ditumis dan dicelor-celor buat pejal atau dipatah-patah untuk dijadikan makanan rabbit jer!!

Dia nak bagi atau tak bagi ke rebate untuk cukai tanah kepada UUM, itu hak kerajaan negeri?? Tak yah ler kecoh-kecoh... Tak yah ler marah-marah... Kalau kerajaan negeri dah mau bagi.... pandai-pandailah hangpa guna duit yang kerajaan pusat bagi kat hangpa. untuk hidup. Buktikan la yang kangkung... cekap mengurus dan mentadbir UUM dengan duit yang hangpa ada.

Kerajaan PR Kedah pun bukannya kerajaan yang kaya raya. On top of that.... kena sekat itu, kena sekat ini oleh kerajaan pusat, tapi kerajaan Pakatan Rakyat Kedah masih boleh bertahan dan telah menguruskan kerajaan negeri dan rakyat dengan baik sekali. Siap dapat puji-pujian lagi dengan Jabatan Ketua Audit Negara. Amacam??? Terer, kan??

Kalau dah kangkung.... jangan ler nak divert kebodohan dan kelemahan diri sendiri kepada orang lain pulak. Itulah bezanya dua watak hamba Allah. Sorang.... merendah diri dan sorang lagi, fuuhhh... bukan main angkuh lagi!!

Ha... ha.... ha... Biasaler... Yang angkuh itu..... penjilat UMporNO dan yang merendah diri itu, pembela rakyat!!

Eeee.... ajernya tak mengasi betoi. Nak mintak sedekah dengan orang... tetapi, berlagak sombong dan angkuh!! Pooraahhh!!

Sudah jadi songsang..

Posted: 25 Apr 2011 10:00 PM PDT


Ooo... masa hangpa ingat maklumat SD tu betoi, hangpa sengap jer. But.. sa jer kata maklumat SD tu palsu... macam lipas kudong hangpa mulakan siasatan.

Tu ler.... PDRM ni lebih condong kepada ke
palsuan daripada kebenaran!! Bukti yang agensi penguatkuasaan kita yang sudaj jadi sonsang.

Mengapa ia jadi songsang??

Kerana sistem pentadbiran kita telah disongsangkan oleh para pemimpin yang songsang!!

KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamaruddin kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, pengendali portal 'Malaysia Today' itu disiasat mengikut seksyen itu setelah keterangan diambil daripadanya semasa beliau berada di Bangkok, Thailand, dua hari lepas.

Keterangan itu diambil oleh pegawai polis Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu Raja Petra di negara itu ketika majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) di mana beliau merupakan pengerusinya.

Bakri menambah, pihak polis juga sedang giat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan Raja Petra selain keterangan daripada beberapa individu lain yang berkaitan dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan indentiti individu lain yang telah dipanggil polis.

"Siapa yang telah dipanggil dan berapa orang yang dipanggil itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan dan tumpuan kita sekarang ini adalah untuk menyiasat dakwaannya (Raja Petra)," katanya lagi.

Dalam temu bualnya dengan TV3 yang disiarkan pada 13 dan 14 April lalu, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri. - mStar Online

2232519

Posted: 25 Apr 2011 07:30 PM PDT


Chedet 2232519!! Fuiyooo...!!

Maakk aaihh...Ganteng sekali, Chedet 2232519 masa memuda, ekk?? Sekali pandang, ada iras-iras rupa bapak gua lak, masa Allahyarham memuda dulu.

Ha... ha... ha...

Gambar ni gua cilok daripada blog MiLo SuaM. Thank you...

Wei, mana lu dapat gambar ni ?? Hebat lu!
Hebat...

Cerita penetration

Posted: 25 Apr 2011 05:30 PM PDT


Puak-puak pendakwa kata, lelaki 'Y' dalam kes Fitnah 11 ialah Anwar Ibrahim. Ini kerana kononnya.... DNA Anwar match DNA lelaki 'Y' yang terdapat pada dot.. dot.. dot... di Sayfool.

Jadi... Anwar bersalah ler!! Banyak canteekkk....

Macam mana agaknya DNA Anwar kononnyer boleh berada dalam dot..dot.. dot... Sayfool? Dakwa demer, ada berlaku penetration. Kalau ada berlaku penetration kenapa tiada kesan-kesan kena penetrate... lebih-lebih lagi dalam kes kena dot.. dot.. dot...?? Si Sayfool kata dia dipaksa, kan?? Malangnya, doktor tak nampak pun kesan-kesan kena 'penetrate'.

Aha... apakah puak-puak konspirator menggunakan teknik 'calit dan celup' Calit dari sana dan celup di sini. Lepas tu... kata Sayfool kena 'penetrate' dek Anwar, sebab, kononya ada kesan DNA Anwar. Pada hal.... mungkin dot... dot... dot... Sayfool kena 'celup dan calit' jer... Mereka calit dan celupkan ke dalam dot... dot... dot... Sayfool. BUKAN kena 'penetrate'. Aha... celup dan calit menggunakan simple procedure jer.

Yang nyata nampak ada penetration berlaku, ialah penetration yang dilakukan oleh Sayfool sendiri. Kah... kah.... kah... Si Sayfool penetrate lif. Dia masuk dan keluar lif!! Itu saja penetration yang berlaku. Siap dicapture dalam kamera CCTV lagi you... He went in and out he went!! That's it...

Sayfool masuk lif dengan penuh bergaya dan keluar lif juga dengan elok indah.... smart jer. Tak der rupa orang kena 'penetrate' pun??

Dia masuk dan keluar lif.... tetapi tak der pulak gambar dalam CCTV yang dia masuk atau keluar daripada kondo yang dikatakan tempat berlakunya 'penetration' ke atasnya. In fact, tuan punya kondo pun kata... Anwar berada bersama mereka sepanjang masa dalam tempoh waktu yang mereka dakwa berlakunya 'penetration' ke atas Sayfool. Polis soal siasat tuan punya kondo tetapi mengapa mereka tak dipanggil jadi saksi. Pelik kan??

Apa bukti sahih yang mereka ada bagi membuktikan yang SAYFOOL benar-benar berada dalam kondominuim tersebut?? Rasanya tiada.... Mereka hanya gamble dengan DNA dalam dot... dot... dot.... Sayfool jer. Pendakwa hanya berpegang pada kata-kata dan dakwaan Sayfool saja. Besides that.... nothing!!

Senario wayang Fitnah 11 ini, langsung tak masuk akai. Semacam... plot serta skripnya sudah disusun atur. Obvious sangat, ia satu konspirasi.

Ha... ha... ha... Patutler ler pihak pembela kata si Sayfool pembohong dan penipu tegar!!

Mana tidak dikata dia penipu.... Lihat saja tindak tanduk dan prilakunya sebelum dan selepas dia mendakwa diri dia kena 'penetrate'. Selamber rock jer... [sini]

Sayfool pembohong tegar???

Ha... ha... ha.... 110% setuju sesangat!!

Buang kes!! Buang jer!! Buang jer!!

[Sumber: sini, sini dan sini]

Ku seru namamu...

Posted: 25 Apr 2011 09:49 AM PDT



Fuuhhh.... Ramainya puak-puak Perkasa di ibu pejabat MCA. Mereka berada di sana untuk menyeru nama Utusan bagi memulihkan semula keadaan Utusan Meloya yang sedang nazak nak kojol. Bunyi seruan mantra mereka...

Hidup Utusan!! Hidup Utusan!! Hidup Utusan!!

Itulah yang mereka ratipkan. Ha... ha.. ha... Kesian Utusan. Rupanya ia dah nak mampuss!!

Hei...!! Bukan kesian ler. Padan muka dia ler!!

Kah... kah... kah... Emmm, padan muka dia!!


Mereka juga minta MCA agar jangan main api. Tolong ler MCA... tolong jangan main api. Nanti utusan terbakar hangus dan mampuss!!

Kah... kah... kah... Perkasa desak MCA jangan bermain dengan api kerana takut dan tak mau Utusan Meloya iaitu geng rasis mereka, membakar mampuss akhbar rasis UMporNO.

Rasis lawan rasis... baru kena buku dengan ruas!!

Canteekkkk!!!

[Ceritanya di sini]

Tiada ulasan: