Khamis, 7 April 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Pastikan Bawak Ramai Wartawan Bila di Panggil SPRM

Posted: 06 Apr 2011 10:41 PM PDT

Takziah: bawa Kain Putih kalau di siasat SPRM-Harakah






KUALA LUMPUR, 6 April: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.


Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.


Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.


Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.


"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.


Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.


"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.


"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.


Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.


Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.


Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat.










KESATUAN KASTAM SANGSI SARBANI PERGI KE SPRM TANPA DIPANGGIL – minsider


KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.


Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.


Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.


Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.


Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.


Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.


"Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu," kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

"Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang," katanya.




LSS:Jahanam! sudah kantoi segala kelentong,kes siasat sampai mamposs!pastikan kenyataan ni dan pahamkan betol - betol! Tak tau la esok lusa apa kesatuan Kastam nak kata apa!


INI AKAN BERLAKU:


1 - munkee lidah kontot beri amaran : jangan buat spekulasi
2 - munkee lidah kontot akan kata ini kes dalam siasatan tak boleh komen
3 - munkee munkee lain akan itu sama
4 - munkee akan berkata pembangkang jangan politikkan isu ini
5 - munkee azkan berkata pembangkang tak bertanggung jawab
6 - munkee akan berkata deepak the carpet man tak terlibat lari cukai kah kah kah



NOTA:
datuk norza what story?
kah kah kah

Jangan Lupa Ahad Ini

Posted: 06 Apr 2011 10:13 PM PDT

BANGKITLAH WAHAI ANAK MUDA DAN MAHASISWA

JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT




JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT


Salam hormat,


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada :


Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)


Masa : Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang


Destinasi: KL Sentral - Seremban - KL Sentral


Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara.


Selain menunjukkan rasa protes & ketidak puas hatian terhadap situasi politik negara pada masa kini, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan prekembangan politik yang lebih sihat & konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.


Siri jelajah ini akan bermula dari stesen KL Sentral pada jam 8.00 pagi di mana seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat & kain rentang.


Seterusnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang & mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban. Kemudian, mahasiswa akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa & seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir.


Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat KL Sentral - Seremban yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dari UM,UKM,UPM,UPSI,KUIS,USIM,UIA,UTMKL,UNISEL & UITM ini merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan ia juga merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat.


Terima kasih,


Ahmad Shukri Kamarudin
Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
013- 3676 124

Bila masa India Kutty ni dapat Kakak Debab!

Posted: 06 Apr 2011 09:28 PM PDT

DEEPAK ANGGAP ROSMAH SEBAGI KAKAK - mkini

Setelah sekian lama cuba dijejaki, dengan tidak semena-mena usahawan Deepak Jaikishan muncul bagi menepis dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.

Individu yang didakwa rapat dengan keluarga perdana menteri itu tampil menjelaskan hubungannya dengan Rosmah Mansor yang disifatkannya tidak lebih daripada "seorang kakak.
" Deepak menafikan dakwaan bahawa beliau telah "memburuk-burukkan" Rosmah, seperti yang didakwa penulis blog Raja Petra Kamaruddin di laman Malaysia Today.

Dalam tulisan bertajuk "Carpetman, bagman, toyboy has been bagged" itu, Raja Petra antara lainnya mendakwa bahawa Deepak kini sedang berusaha supaya disukai semula oleh Rosmah



LSS:Appaa???????????? Di sukai semula dek Mama Penguiiin?????? Arghhh!!!!!!!!!!! Tidaakkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Ini lah "statement" paling geli dan paling getik dalam dunia,halamak Mama dah kehilangan seorang adik itam - itam, kutty - kutty..awww!!!!!!! Nampaknya Mama rindukan adiknya yang sudah hilang.


Memang betol yang ke australia tu bukan adik dia!
Adik Mama adalah seekor Kutty dari Madras,Karpetman pon karpetman la! Tapi lagi bahaya kalau dia jadi "toyboy" kalau tak kang terhempap terus mempos tak sempat nak meniaga karpet!

Tiada ulasan: