Khamis, 7 April 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


PAS,PKR dan DAP di Sarawak Tapi Mana UMNO?

Posted: 07 Apr 2011 06:01 AM PDT

Apakah dialog di atas?

Penyokong BN: Kamu ni dari mana?

Blogger: Dari Semenanjung.. Kenapa?

Penyokong BN: Aku mahu tanya, UMNO tu apa?

Blogger: Entahlah.. Ada ke kat Sarawak ni???

Penyokong BN: Tidak ada.. memang tak wujud pun kat Sarawak ni..

Blogger: Hahahahaha.. Kamu tahu itu Pakatan Rakyat???

Penyokong BN: Tahu pasal Pakatan Rakyat tapi UMNO kami tidak pernah tahu pun..

Blogger: Lupakan pasal UMNO...

UMNO mengatakan merekalah yang membantu bumiputera dalam Malaysia. Hanya UMNO yang dapat membela Melayu. Tetapi kenyataan ini hanya sah untuk semenanjung dan Sabah sahaja tetapi tidak berlkau di Sarawak. UMNO tidak wujud langsung dalam negeri Sarawak. Apakah puncanya?

Walaupun PAS, PKR dan DAP sebagai pembangkang tetapi mereka punya nama parti wujud dalam negeri Sarawak. UMNO merupakan parti tertua dalam Malaysia pun tidak pernah wujud dan seratus peratus tidak diterima oleh rakyat Sarawak. Apakah puncanya?

Kasihan kepada UMNO. Hebat di Semenanjung dan Sabah tetapi tidak wujud di Sarawak. Mereka terpaksa berkempen menggunakan komponen Barisan Nasional tetapi tidak dapat mengibarkan bendera UMNO. Apakah puncanya?

Mungkin ada sejarah yang menyebabkan orang Sarawak menolak UMNO di Sarawak atas sebab-sebab yang tidak boleh diterima oleh akal. MEreka mungkin tahu jika UMNO masuk Sarawak maka musnahlah segala hasil bumi, sosial dan ekonomi rakyat negeri Sarawak.

Gambar: Tambang Feri Sarawak RM1 Terlalu Mahal

Posted: 07 Apr 2011 01:18 AM PDT







Tahukah anda tambang feri atau dengan kata lain kadar tol yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat Sarawak dalam menggunakan pengangkutan awam di air? Kadar bayaran bergantung kepada jenis kenderaan dan apakah yang menyebabkan feri ini dijalankan operasinya?

Kadar untuk kelas pertama ialah percuma bagi penumpang, motosikal dan kenderaan SG. Bagi kelas kedua pula kadar yang dikenakan oleh pihak kerajaan adalah sebanyak RM1 bagi motokar, van dan bas mini. Kelas ketiga pula kadar bayarannya adalah RM3 yang mana kenderan yang terlibat adalah lori, pikap dan bas yang kurang dari 8 tan.

Kadar bagi kelas keempat pula melibatkan kenderaan lori minyak dan lori yang melebihi muatan 8 tan akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 manakala untuk kelas kelima pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 yang melibatkan kederaan berat seperti traktor, treler dan jentera berat bagi setiap perjalanan.

Kadar bayaran ini telah diguna pakai semenjak 1 Julai 2004 lagi yang telah diluluskan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya pada ketika itu. Cuba kita kira berapakah hasil kutipan dengan feri tersebut semenjak hampir mencecah 7 tahun pada 1 Julai 2011 ini nanti.

Kenapa harus kita mengira keuntungan tersebut? Tahukah anda bahawa perkhidmatan feri ini ada kaitan dengan kroni bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud? Taib memberikan kepada kroninya untuk menjalankan perkhidmatan feri ini.

Tujuan asal adalah pembinaan jambatan yang menghubungkan dari DUN N.15 Muara Tuang ke perkampungan sebelah. Seramai lebih 2000 penduduk telah mendesak untuk membina jambatan itu namun kuasa yang ada pada Taib pada ketika itu membuatkan penduduk berputih mata.

Taib lebih mendengar pandangan kroninya berbanding dengan penduduk kawasan tersebut. Pandangan dari 60 orang kroninya lebih didengari berbanding dengan pandangan daripada 2000 penduduk temapatan yang mahukan jambatan dibina berbanding perkhidmatan feri yang disediakan.

Perkhidmatan feri itu sebenarnya tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana kawasan tersebut jaraknya hanyalah lebih kurang 100 meter sahaja dari perkampungan seberang. Keadaan air sungai yang tidak menentu menyebabkan perkhidmatan feri tidak dapat digunakan dengan baik.

Perkhidmatan feri akan berjalan seperti biasa sekiranya keadaan air sungai itu pasang dan akan memberi kesan dan impak kepada penduduk jikalau hari itu air surut. Keadaan tergganggu dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh penduduk untuk melalui jalan raya yang mengambil masa 1jam 30 minit.

Sekiranya mempunyai jambatan, ia akan memendekkan masa antara kedua-dua perkampungan itu dari satu jam setengah kepada setengah jam sahaja. Itu sebabnya penduduk mahukan jambatan dan bukannya feri sebagai penghubung.

Feri ini akan tersadai sekiranya air surut dan akan mencekik darah sekiranya air pasang. Maka dengan ini kantung kroni akan bertambah kaya manakala penduduk akan terus dihimpit dengan kesusahan. Bagi mereka, feri lebih penting dari kemudahan untuk rakyat.

Kemungkinan juga, sekiranya mereka membina jambatan maka semua kenderaan akan melalui secara percuma. Sekiranya percuma,kantung BN tidak akan penuh terisi dengan wang maka mereka akan mmberikan kroni mereka untuk menjalankan perkhidmatan feri ini.

Gambar: Bas Sarawak Paling Mahal

Posted: 06 Apr 2011 08:58 PM PDT




Pesatnya pembangunan di negeri Bekas Ketua Menteri Sarawak, pengangkutan seperti bas bagaikan hidup di zaman era 80-an dengan bas yang boleh dikatakan telah uzur untuk beraksi di jalan raya. Adakah bas seperti ini masih selamat digunakan selepas hampir lebih 20 tahun.

Di sini juga, papan tanda tidak banyak kelihatan di Sarawak. Adakah kerana ketiadaan UMNO di Sarawak, maka pembangunan tidak dapat dijalankan. UMNO sebenarnya tidak diiktiraf pendaftrannya di Sarawak. Satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu telah di tolak Sarawak.

Tahniah kepada rakyat Sarawak yang tidak memilih UMNO sebagai parti Melayu mereka. Jika ada UMNO sekalipun, harga tambang bas berkemungkinan lagi mahal dari yang ada sekarang jika dinilai dari kecekapan bas itu berfungsi.

Gambar: Balai Polis Sarawak Paling Canggih

Posted: 06 Apr 2011 05:30 PM PDT





Dilihat dari jauh seperti gerai karnival "Jom Heboh" tetapi rupa-rupanya balai polis yang terletak di bandar Kuching. Beginilah keadaan balai polis di bawah pemerintahan Barisan Nasional selepas 40 tahun lebih memerintah Sarawak.

Kekayaan Taib Mahmud gagal disempurnakan untuk kesempurnaan pihak keselamatan kerana telah disapu bersih oleh Taib. Ketika tinjauan, kebanyakkan bangunan polis terletak seperti deretan rumah kedai dan seperti gerai karnival.

Agak-agak lepas pilihan raya ini, ada lagi tak bangunan polis ini?

Tiada ulasan: