Khamis, 7 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sarawak : Negeri Kaya.. Rakyat Papa.. Nak buat apa??

Posted: 07 Apr 2011 04:50 AM PDT



Setelah berpuluh tahun menjarah harta kekayaan negeri Sarawak milik rakyat untuk mengkayakan sanak saudara dan juga kroninya, hari ini dalam manifesto pilihanrayanya Taib Mahmud dan gerombolannya cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat Sarawak.

Dalam manifesto Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh Taib Mahmud, mereka mengula-gulakan rakyat yang bagi mereka masih buta maklumat hingga tidak menyedari akan kekayaan yang dimiliki oleh Sarawak selama ini..


Barisan Nasional Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya mereka kali ini iaitu mereka akan menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Satu janji untuk terus memperbodohkan rakyat.. janji untuk menafikan selama ini negeri Sarawak memang kaya dengan berbagai sumber asli seperti minyak, gas dan balak..

Malangnya kekayaan negeri itu telah dikaut secara rakus oleh Taib dan Gerombolannya untuk membina harta dunia..

Kini setelah diasak begitu hebat.. barulah mereka berjanji untuk memelihara keamanan setelah gerakan merampas tanah adat milik kaum pribumi secara ganas mereka laksanakan. Baca di (SINI)

Mereka juga berjanji meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan dipertingkatkan setelah berpuluh tahun memerintah.. cuba lihat nasib mereka di (SINI)

Dan mereka juga berjanji untuk Memelihara alam sekitar setelah kebanyakkan hutan dara Sarawak mereka ceroboh dan tarah.. bacalah di (SINI)

Mereka berjanji juga untuk menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak.. setelah anak-anak kaum Penan menjadi mangsa rogol pemandu lori balak yang ditumpang mereka untuk kesekolah.. lihatlah laporannya di (SINI)

Jika sekarangpun negeri Sarawak memang kaya dengan sumber aslinya tetapi rakyatnya masih papa.. apa yang boleh rakyat Sarawak harapkan jika negeri Sarawak menjadi negeri yang terkaya?

Negeri Kaya.. Rakyat Papa.. Nak buat apa???

BN ikrar jadikan S'wak negeri terkaya



Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Pada majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin "hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara."

Manifesto sembilan teras itu diumumkan sehari selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya Sarawak yang dijadualkan pada 16 April ini.

Antaranya:

~Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik

~Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik

~Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan sentiasa dipertingkatkan

~Memelihara alam sekitar, budaya waisan da kepercayaan semua kaum.

~Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

~Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua

~Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

Pada sidang media, selepas pelancaran itu, menteri pembangunan tanah negeri dan juga presiden PRS, Datuk Seri James Masing menafikan adanya motif tersirat di sebalik ketidak-hadiran pemimpin kanan BN lain pada majlis itu.

"Hanya di Sibu Taib ada masa lapang untuk lancarkan manifesto dan kita mesti lancarkannya sekarang. "Itu sebabnya. Tiada penjelasan lain di sebalik itu," katanya kepada wartawan.


Malaysiakini

Suruhanjaya Siasatan Diraja : Anwar didahulukan, Sarbani tak perlu..

Posted: 07 Apr 2011 02:53 AM PDT

Kata Najib "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" tapi dalam kes kematian pegawai Kastam di bangunan SPRM ini menunjukkan kepada kita antara Anwar dan Rakyat, Najib lebih mementingkan agenda untuk menjatuhkan Anwar berbanding untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sehingga seorang Pegawai Kastam terkorban di kawasan bangunan SPRM..

Watak sebenar Datuk Seri Najib Razak terserlah apabila Perdana Menteri itu lebih mementingkan usaha menjatuhkan musuh politiknya berbanding membela rakyat berdasarkan keengganannya mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata demikian mengulas kenyataan Najib yang hanya mahu menubuhkan RCI dalam kes video fitnah, kononnya melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Presiden Umno itu terang-terangan menolak cadangan pelbagai pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan menubuhkan RCI dalam kes melibatkan Sarbani atas alasan kes itu berbeza dengan kes Beng Hock, sedangkan kedua-duanya melibatkan kematian di bangunan SPRM.


"Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak pula membela nasib Sarbani yang mati jatuh daripada bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita mahu kes Sarbani (ke RCI) jika soal siasat yang dijalankan boleh memberi kesan kepada psikologi mangsa sehingga boleh menimbulkan fobia dan trauma. "Jika begini sikap Najib, rakyat akan sedar watak sebenarnya yang tidak membela rakyat tanpa ada kepentingan politik," kata Ahli Parlimen Kuantan itu kepada KeadilanDaily, hari ini.

Fuziah kesal kerana Najib sering menuduh Pakatan Rakyat (PR) suka menggunakan isu perkauman dalam beberapa kes sebelum ini tetapi kini, Umno BN enggan pula membela nasib seorang Melayu - Sarbani.

Dalam kes Beng Hock, Kugan yang mati dalam lokap, Umno Barisan Nasional (BN) cakap kita guna isu perkauman. PR tidak pernah membangkitkan isu perkauman, kerana semua kaum teraniya, kita tolong," kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN berkata, SPRM perlu diletakkan di bawah Parlimen supaya kaedah siasatan dan setiap gerak kerja dapat ditadbir dengan baik dan adil.

"Letak SPRM di bawah Parlimen kerana selagi berada di bawah Perdana Menteri, SPRM tidak akan bebas. Mereka juga perlu tubuh ahli jawatan kuasa khas daripada Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen supaya tahu selok belok prosedur penyiasatan dijalankan.

Dilaporkan, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan semalam, datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibongkar baru-baru ini.

Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.

SPRM sebelum ini mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan 1 April lalu pada jam 1 tengah hari di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan dibawa ke SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan 2 April pada jam 12.30 tengah hari.


Keadilandaily

Najib berlakon di Padungan..

Posted: 07 Apr 2011 02:29 AM PDT

Kempen pilihan raya BN Sarawak mendapat suntikan baru apabila perdana menteri menggempur kerusi panas Padungan yang majoritinya pengundi Cina pada lawatan seharinya.

Dengan dikawal rapi tidak kurang lima pengawal peribadi, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan pekedai di sekitar pasar di Padungan yang sebelum ini dimenangi oleh PKR Namun lawatannya yang diiringi oleh 150 ahli NGO 1Malaysia dan 50 jurugambar akhbar kelihatan sebagai satu lakonan untuk media daripada peluang bermesra dengan rakyat.


Walaupun sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu.

"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya," kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya.

Lawatan itu, termasuk ke sebuah rumah pangsa kos rendah, di mana 80 peratus penghuni Cina. Turut berada di lokasi yang sama adlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Melihat kehadiran setiausaha agung DAP itu, penyokong Najib terus melaungkan '1Malaysia'.

"Saya di kawasan ini. Jadi sebagai tanda hormat, saya datang dan bersalam dengan perdana menteri. "Kami hanya bersalam dan berbual seketika sebelum diganggu oleh suara mereka yang terus bersorak," kata Lim sambil tersenyum.


Malaysiakini

Video Lucah : Khairy, isteri pimpinan tertinggi pun ada - Chegubard

Posted: 07 Apr 2011 12:19 AM PDT

Kata Chegubard "Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara,"

Hmm.. pada pendapat aku.. walaupun ramai diantara kita tahu ada beberapa Video lucah yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN.. tak perlulah kita membalas serangan Video Lucah ini dengan Video lucah juga..


Tak perlulah kita menari mengikut gendang yang dipalu UMNO, kerana kita tahu kebanyakkan dari pemimpin UMNO itu memang kurang moralnya dan demi kuasa mereka sanggup melakukan apa saja berbanding dengan kita yang terikat dengan batas susila sebagai manusia yang punya agama..

Jangan kita merendahkan moral kita hingga sama dengan mereka..

Biarpun dakwaan yang mengatakan ada video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara ini memang benar dan memang ada .. biarkanlah..

Sebagai seorang Islam.. rasanya tak perlulah kita mengaibkan isteri pimpinan tertinggi negara sebegitu teruk.. sikit-sikit tak apa.. pasai akupun menyampah kat dia..


Khairy, isteri pimpinan tertinggi pun ada 'video lucah', kata Chegu Bard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika media di seluruh dunia membincangkan pelbagai isu penting seperti krisis radiasi di Jepun dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, media di negara ini lebih seronok memainkan isu politik berasaskan tuduhan seks dan video lucah.

Menurutnya, masyarakat dunia kini sudah beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan idea, namun Malaysia pula seolah mundur ke belakang dengan politik 'selak kain' yang langsung tidak memajukan pemikiran rakyat.

"Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado politik sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang.

"Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka.

"Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini diedar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang dipos ke rumah," katanya yang mengaitkan penyebaran buku lucah yang mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai, baru-baru ini.

Menurut Badrul, apa yang lebih membimbangkan, anak-anak kecil pula didedahkan dengan bahan-bahan berbentuk lucah tersebut, malah lebih parah ada yang menyimpan dan meniru perbuatan buku lucah berkenaan.

"Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buletin Utama TV3, mana pergi nilai kewarasan manusia? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut," tegas beliau dalam satu kenyataan.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau menganggap tidak salah melakukan sesuatu serangan politik, tetapi ia harus berlandaskan pertembungan idea dan bukan menggunakan politik 'selak kain'.

"Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua
dikutip dan dibakar.

"Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara," ujar beliau.

Justeru itu, katanya SAMM mengajak rakyat menolak politik selak kain dan mendesak agar pemain – pemain utama politik di Malaysia kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat.

"Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," ujar beliau.


Keadilandaily

Budak tadika lebih Cerdik dari Nazri Aziz.

Posted: 06 Apr 2011 09:51 PM PDT

PARIT BUNTAR, 7 April: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal.

Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang 'bukan pakar' untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.

"Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi," katanya ketika ditemui di sini.


Datuk Seri Dr Wan Azizah dipetik sebagai berkata menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menempelak tindakan menteri BN itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana dengan mudah mengenepikan hujah isteri Anwar berhubung penafian tersebut.

"Saya ingin bertanyakan kepada Nazri, kalau pengakuan seorang isteri mengenai susuk badan dalam video itu bukan suaminya, dari siapa lagi kita ingin percaya?" soalnya.

Dalam pada itu, Khalil yang juga Adun Titi Serong membidas ungkapan Nazri yang mengatakan "Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu" sebagai hujah yang tidak boleh diterima langsung dan ini merupakan satu lagi hujah untuk melindungi individu tertentu yang merancang video fitnah itu.

"Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.

"Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini," katanya.


Harakahdaily

Alkitab: UMNO sendiri nodai undang-undang Islam

Posted: 06 Apr 2011 08:32 PM PDT

"Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.


KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan "menodai" undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah "diceroboh" dan "dinodai" oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

"Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

"Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat," katanya.


Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

"Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

"Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini," katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

"Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

"Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai," katanya.

Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.


The Malaysian Insider

Wan Azizah berhak dan wajib bela suaminya..

Posted: 06 Apr 2011 08:15 PM PDT

"Hubungan suami dan isteri adalah satu perjanjian agung yang disaksikan Arasy,"

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai seorang isteri, layak membela suaminya bahkan berhak dan wajib berbuat demikian pada waktu Datuk Seri Anwar Ibrahim, difitnah teruk oleh musuh-musuh politiknya.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Wan Azizah tidak layak megesahkan lelaki dalam video yang dikaitkan dengan Anwar.

Nazri membuat kenyataan tersebut atas alasan akan ada konflik kepentingan memandangkan Wan Azizah adalah isteri Anwar.


Muhammad Nur seterusnya berkata, kenyataan Nazri itu membuktikan Umno gagal mendidik pemimpinnya untuk memahami syariat Islam dengan mendalam.

"Hubungan suami dan isteri adalah satu perjanjian agung yang disaksikan Arasy," tegas beliau.

Bahkan katanya, Wan Azizah merupakan individu yang paling layak berbuat demikian kerana beliau lebih mengenali susuk tubuh suaminya sendiri.

"Selepas hidup bersama lebih 20 tahun, siapakah yang lebih rapat dan mempunyai hubungan lahir dan batin dengan Anwar selain daripada Wan Azizah?" tanya Muhammad Nur.

Muhammad Nur seterusnya berpesan kepada Nazri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal semata-mata kerana sudah kehabisan modal politik.

"Jangan kita habis modal politik, kita bercakap perkara yang bukan-bukan," kata Dr Muhammad Nur.


Keadilandaily

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri..

Posted: 06 Apr 2011 09:13 AM PDT

Dulu Teoh Beng Hock.. sekarang pegawai Kastam pula.. esok atau lusa siapa pula?? Kata orang.."Dead man can't talk..." jadi baca dan fahamilah kenapa ada ayat itu..

KUALA LUMPUR, 6 April – Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.


Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.

"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

"Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi.

"Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

"Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia."

"Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

"Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

"Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

"Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

"Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut.

"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

"SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: