Khamis, 7 April 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Pergimu Akan Tetap Dibela

Posted: 07 Apr 2011 09:08 AM PDT

Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat

Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi. -mk


Ibu pengsan bila lihat jenazah Ahmad Sarbani


Ketibaan jenazah Ahmad Sarbani Mohamed petang ini disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh kira-kira 400 orang yang memenuhi Surau Ar-Rahman, Kelana Jaya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Ada di kalangan mereka yang mengalirkan air mata, malah wanita yang dikenalpasti sebagai ibu kepada Allahyarham turut pengsan untuk beberapa ketika apabila melihat wajah Ahmad Sarbani.

Jenazah yang telah dikafankan itu dibawa daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan tiba dengan kenderaan jenazah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada kira-kira jam 5.10 petang ini.

Sebaik tiba, jenazah Allahyarham diletakkan di hadapan mimbar surau berkenaan dan wajahnya dibuka untuk ditatap buat kali terakhir.

Jenazah itu kemudiannya disembahyangkan oleh jemaah yang turut mengadakan majis tahlil dan bacaan surah Yassin serta solat hajat sebelum itu.

Jenazah berkenaan kini dibawa ke tanah perkuburan Islam di Kota Damansara dan semalam disemadikan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan, satu bedah siasat juga telah dijalankan ke atas jenazah Allahyarham di HUKM dan satu analisis juga dibuat ke atas keputusan bedah siasat berkenaan.

Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan turut disembahyangkan di HUKM.

Ahmad Sarbani ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Ahmad Sarbani yang merupakan pembantu pengarah di pejabat JKDM Selangor berada di pejabat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Terdahulu, imam bagi solat hajat yang dijalankan sebelum itu mengumumkan bahawa solat sunat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk Allah bagi menyerlahkan kebenaran dan menyelesaikan kes berkenaan.

Malaysiakini turut menemui beberapa orang rakan Allahyarham ketika kunjungan di kediaman Allahyarham di Kelana Jaya.

Ada di antara mereka yang datang dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak, untuk menziarahi keluarga Allahyarham.

Ada juga di kalangan mereka yang menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya bahawa kawan sekampung mereka itu telah meninggal dunia.

Salah seorang daripada mereka berkata Ahmad Sarbani adalah seorang rakan yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

"Kami boleh cakap mengenai peribadinya sahaja. Mengenai kes ini, kami tak tahu," sampuk seorang rakannya yang lain.

Sementara itu, seorang guru agama kepada anak bongsu Allahyarham turut menyatakan rasa sedihnya atas pemergian Ahmad Sarbani.

Said Mahmud berkata beliau juga seperti tidak percaya bahawa pegawai kastam itu telah meninggal dunia.



Suaram: Kematian Sarbani desak Putrajaya segera tubuh IPCC


KUALA LUMPUR, 7 April – Kematian kedua individu disiasat SPRM semalam mendesak keperluan rakyat agar menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC), kata Suaram hari ini.

Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed iaitu penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

"Kematian terbaru di SPRM adalah titik tolak terakhir. Rakyat Malaysia mesti menuntut dengan segera penubuhan IPCC," kata penyelaras Suaram Dr Kua Kia Soong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kua, beberapa pertubuhan bukan kerajaan meminta agar pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan, tetapi tidak harus dilupakan bahawa syor agar diadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebenarnya datang daripada Suruhanjaya Diraja Polis pada 2004.

"Ia sepatutnya telah ditubuhkan pada 2006," kata Kua lagi.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini tiada iltizam politik untuk melaksanakan syor Suruhanjaya Diraja Polis itu.

Tambah beliau, kerajaan telah mengetepikan kehendak rakyat dan juga telah membazirkan wang pembayar cukai bagi perjalanan suruhanjaya tersebut.


"IPCC proaktif dalam menyiasat aduan-aduan terhadap polis dan juga agensi-agensi penguat kuasa selain (kes-kes) kematian yang wujud.

"Mereka juga menyiasat apa jua elemen rasuah yang disyaki dalam pasukan polis dan agensi-agensi penguat kuasa meskipun mereka tidak menerima sebarang aduan," kata Kua yang turut menggariskan kes-kes kematian tahanan yang disoal siasat polis.

"Biar saya memperingatkan rakyat, selain dua kematian di SPRM, kematian semasa dalam tahanan polis, ditembak polis, kematian di kem tahanan juga telah dipantau oleh Suaram sejak beberapa tahun lalu," katanya lagi.

Pada 2000, menurut maklumat, tujuh orang mati dalam tahanan polis manakala 33 ditembak mati, 2001 (16 dan 14), 2002 (15 dan 54), 2003 (23 dan 27); 2004 (19 dan 23), 2005 (14 dan 12), 2006 (14 dan 27), 2007 (11 dan 9), 2008 (13 dan 44) dan 2009 (tujuh dan 88).

Selain itu katanya, pada Mac 2007 kerajaan mengumumkan bahawa ada 95 kematian di pusat tahanan Simpang Rengam dari 2000 hingga 2007.

"Pada April 1999, kerajaan mendedahkan ada sebanyak 635 kematian kerana ditembak polis dalam tempoh 10 tahun kebelakangan,"
katanya.

"Selain SPRM, juga ada insiden-insiden tidak diingini dan menyeksa termasuk angkatan tentera (dalam kes enjin jet hilang), tindakan Suruhanjaya Sekuriti ke atas wartawan dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya.

Justeru kata beliau, hanya IPCC yang boleh menyelesaikan isu salah guna kuasa oleh polis dan mana-mana agensi penguat kuasa.

"Di bawah sistem semasa, mahkamah koroner mempunyai keberkesanan terhad disebabkan kualiti hasil siasatan dan bukti yang diketengahkan," katanya lagi.

Kata Kua, sekiranya kerajaan tiada kekuatan politik untuk menangani masalah semasa ini bagaimana pihak berkenaan boleh bercakap mengenai transformasi.

Kua melahirkan pandangan ini ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan di Sarawak bahawa pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Bagaimanapun rakan-rakannya dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung sangsi Ahmad Sarbani pergi ke pejabat SPRM tanpa dipanggil.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai Kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B dijalankan SPRM sejak awal minggu lalu.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, SPRM berkata ia telah menahan kerja dua pegawainya ekoran insiden kematian pegawai Kastam di premis pejabat agensi itu pagi semalam.

Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu.

Kenyataan itu menambah, hasil siasatan dalaman iitu setelah selesai kelak akan dibentangkan di Jawatankuasa Aduan SPRM -TMI

Imej negara di peringkat antarabangsa terjejas teruk akibat daripada tidak profesyenalnya pihak PDRM dan SPRM khususnya di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Sekian lama rakyat telah menuntut agar perhatian serius diberikan terhada kedua-dua agensi ini, tetapi pemerintah dari BN seperti memekakkan telinganya malah memperlecehkan seruan rakyat berkenaan.

Di bawah rejim Najib, terlalu banyak kes misteri sebermula kenaikannya sebagai PM. Bermula dari targedi Altantuya, kemudian rampasan Perak, diikuti dengan siri kematian tahanan polis dan kematian rakyat di pejabat SPRM.

Kes terbaru ini, kematian Allahyarham Ahmad Sabrani tidak akan lagi dibiarkan oleh rakyat.

Rakyat tidak selamanya boleh berdiam diri di atas kezaliman demi kezaliman, kekejaman demi kekejaman.

Kita akan merayu kepada Allah s.w.t. agar diakhirkan pemerintahan UMNO BN ini sesegera mungkin supaya kebenaran dan keadilan itu diletakkan di tempatnya yang wajar. Supaya rakyat di dalam negara ini dapat hidup dengan aman sentosa di bawah rahmat dan keampunan Allah di bawah payung pemerintahan yang baru, Pakatan Rakyat namanya.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ahmad Sarbani. Semuga pemergianmu membuka lembaran baru di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia ini. -GB

Sambutan Hangat Ceramah Pakatan Rakyat Di Sarawak

Posted: 07 Apr 2011 08:31 AM PDT


Sambutan hangat untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat dari penduduk setempat telah mengejutkan semua pihak. Segala jawapan akan diketahui 16 April ini...











Gambar dipetik dari Twitter pemimpin Pakatan Rakyat

Video : Calon Pas Dun Beting Maro Sarawak

Posted: 07 Apr 2011 08:29 AM PDT

Anwar : Tubuhkan S'jaya DiRaja Untuk Altantuya

Posted: 07 Apr 2011 08:10 AM PDT























SHAH ALAM 7 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar menghadapi Suruhanjaya DiRaja bersabit fitnah video lucah tetapi mahu langkah itu diimbangi dengan penubuhan badan yang sama untuk menyiasat isu-isu nasional termasuk pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

"Biar mereka panggil (untuk penubuhan Suruhanjaya DiRaja) (tapi) mereka juga harus adakan Suruhanjaya DiRaja untuk Altantuya,... dan pegawai kastam," Anwar memberitahu wartawan di Shah Alam.

Altantuya mati dibom pada tahun 2006. Dua pegawai polis Unit Tindakan Khas didapati bersalah di atas pembunuhan itu namun penasihat Perdana Menteri Najib Razak ketika itu, Abdul Razak Baginda dibebaskan.

Pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan mendakwa pembunuhan itu membabitkan komisyen pembelian kapal selam daripada sebuah syarikat Perancis namun aspek ini tidak diketengahkan semasa perbicaraan.

Hari ini Anwar merujuk kepada skandal pembunuhan warga Mongolia itu sebagai contoh yang sepatutnya membawa kepada penubuhan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk mencungkil kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya.

Anwar juga menggambarkan bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam jauh lebih penting dan utama untuk ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes itu.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan Jemaah Menteri harus meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat sama ada individu dalam rakaman itu adalah Anwar.

Menurut beliau, kerajaan Umno-BN akan terpalit dengan tuduhan terlibat dalam video seks itu berikutan penafian Wan Azizah.

Kenyataan Nazri itu menerima cemuhan pelbagai pihak kerana dilihat cuba menggunakan Suruhanjaya DiRaja untuk "membersihkan" Umno daripada dikaitkan dengan video lucah itu.

Najib berlakon di Padungan..

Posted: 07 Apr 2011 03:42 AM PDT

Kempen pilihan raya BN Sarawak mendapat suntikan baru apabila perdana menteri menggempur kerusi panas Padungan yang majoritinya pengundi Cina pada lawatan seharinya.

Dengan dikawal rapi tidak kurang lima pengawal peribadi, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan pekedai di sekitar pasar di Padungan yang sebelum ini dimenangi oleh PKR Namun lawatannya yang diiringi oleh 150 ahli NGO 1Malaysia dan 50 jurugambar akhbar kelihatan sebagai satu lakonan untuk media daripada peluang bermesra dengan rakyat.


Walaupun sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu.

"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya," kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya.

Lawatan itu, termasuk ke sebuah rumah pangsa kos rendah, di mana 80 peratus penghuni Cina. Turut berada di lokasi yang sama adlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Melihat kehadiran setiausaha agung DAP itu, penyokong Najib terus melaungkan '1Malaysia'.

"Saya di kawasan ini. Jadi sebagai tanda hormat, saya datang dan bersalam dengan perdana menteri. "Kami hanya bersalam dan berbual seketika sebelum diganggu oleh suara mereka yang terus bersorak," kata Lim sambil tersenyum.

Apa yang bezanya..Yang Pasti dua-dua orang mereka jatuh dari bangunan SPRM..!!

Posted: 07 Apr 2011 03:35 AM PDT

PM: Kes Ahmad Sarbani berbeza dengan Teoh

Kes seorang pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur semalam adalah berbeza dengan kes Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

NONEKatanya, kes itu berbeza kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM.

"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.

"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau telah mengarahkan polis dan SPRM melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional. Beliau juga berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan
segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.

Katanya, ini perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini.

Selamatkan wang negara

Ditanya apakah perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu seperti dalam kes Teoh, Najib berkata biarlah polis menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

azlanBeliau berkata tindakan SPRM melakukan siasatan adalah bagi menyelamatkan wang negara kerana ia adalah sesuatu yang serius.

"Kerajaan nak bersihkan Kastam dan jimatkan wang rakyat. Jika dapat berkas orang yang terlibat, yang untung adalah rakyat. Tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.

"Kita mesti ingat tujuan siasatan itu dilakukan untuk menjimatkan wang rakyat dan (penyelewengan) dah berlaku bertahun-tahun. Ia mesti dihentikan dan (pihak bertanggungjawab) diberkas sama sekali," katanya.

Perdana Menteri berkata mungkin ada sedikit gangguan dalam tugas SPRM berikutan kejadian seperti itu sudah dua kali berlaku tetapi ia perlu diteruskan demi kebaikan rakyat.

NONE"Tindakan ini boleh jimatkan banyak hasil negara. Bila hasil negara bertambah, boleh buat banyak program untuk rakyat," kata Najib.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, Najib berkata pemimpin Pakatan Rakyat sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

Ketepikan soal prinsip

Katanya, Pakatan hanya akan mengambil kesempatan kepada isu yang menguntungkan mereka sahaja.

Perdana Menteri berkata ia jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung kontroversi video seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.

Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar bulan lepas.

Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

"Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

"Yang pelik bila isu ini bangkit, mereka membisu, malah mereka menolak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja," kata Najib

PRK Negeri Sarawak 2011 - Kenali Calon PAS

Posted: 07 Apr 2011 02:08 AM PDT

N22 SEBUYAU

Haji Adam bin Ahid,berumur 62 tahun adalah merupakan anak jati kawasan Sebuyau.Beliau yang merupakan Pesuruhjaya Pas Sarawak menjadi aktivis sepenuh masa bagi Pas Sarawak.Haji Adam telahpun berkahwin dan kini mempunyai empat orang anak.

Pemilihan Haji Adam di kawasan Sebuyau adalah satu pilihan yang tepat, bukan sahaja kerana beliau adalah Pesuruhjaya Pas Negeri,tetapi lebih daripada itu adalah jumlah ahli keluarganya yang agak besar di kawasan Sebuyau. Mengikut Pas Sarawak,Haji Adam mempunyai rantaian keluarga yang agak besar meliputi kawasan Sebuyau,Sebangan,Seruyu,Sungai Apin dan Tebelu.

Selain itu juga,Haji Adam turut dikenali dan mempunyai ramai kenalan dari kaum Cina dan Iban dalam Dun Sebuyau.Dalam Pilihanraya Negeri kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara beliau dengan Julaihi Narawi (PBB) dan calon Bebas,Ali bin Semsu.

Dalam Pilihanraya Negeri pada tahun 2006,N22 Sebuyau yang terletak dalam Parlimen Batang Lupar menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR,Mohamad Akek dan penyandang sekarang,Julaihi.

Julaihi menang setelah memperoleh 3748 undi berbanding Mohamad 1300 undi dengan majoriti sebanyak 2448 undi.Untuk rekod,Sebuyau dianggap sebagai kawasan campuran dengan 58.3% pengundi daripada kaum Melanau dan 37.1% Iban.

N20 Sadong Jaya

Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi berumur 34 tahun mendapat pendidikan di SMB Saint Thomas sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kepimpinan Islam dari Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah.

Pada tahun 2008,beliau bertanding di Parlimen Batang Lupar,menjadi calon tunggal Pas di Sarawak.Dalam pilihanraya tersebut,beliau tewas kepada Rohani Abdul Karim,calon daripada PBB.Buat masa ini,Abang Eddy adalah merupakan Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak,merangkap Pengarah PASTI negeri Sarawak.

Dalam pilihanraya kali ini,Abang Alyanni akan menghadapi saingan tiga penjuru antara beliau dan dua calon lain iaitu Aidel Lariwoo (PBB) dan calon Bebas Mahayudin Wahab.Dun Sadong Jaya dianggap sebuah Dun berpotensi untuk Pas apabila PBB hanya memenangi Dun tersebut dengan majoriti yang rendah pada tahun 2006.

N24 BETING MARO

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus,merupakan seorang anak muda yang menjadi ikon baru Pas Sarawak dalam pilihanraya kali ini.Disenangi oleh banyak pihak,jejaka muda ini mendapat liputan seperti seorang selebriti dan dianggap seperti seorang artis di Beting Maro.

Peguam yang berumur 32 tahun ini berasal dari Sibu,sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.Seperti Haji Adam Ahid,Abang Mat mempunyai rantaian keluarga yang besar di kawasan Beting Maro, meliputi kawasan Beladin,Pusa,Undai dan Semarang.

Anak bongsu daripada tujuh beradik ini mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini menjadi Penasihat Undang-undang kepada Pas Sarawak.Berikut adalah pengalaman kerja dan jawatan yang disandang beliau:

Pengalaman Kerja:

  • Ahli Majlis Tertinggi Hikmah Sarawak
  • NGO
  • Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Penolong Setiausaha)
  • Timbalan Pengerusi Hikmah Bahagian Wilayah Persekutuan
  • Penasihat Undang-undang Sekolah Agama Bandar Baru, Bangi
  • Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Selangor

Jawatan Dalam Parti


  • Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak
  • Ketua Pemuda Cawangan Bandar Baru Bangi, Naib Ketua Pemuda Serdang
  • Sekretariat Pemuda Prihatin – Timbalan Pengerusi
  • Ahli Jawatankuasa Juham Pusat, Instruktur Ilpas
  • Pengerusi Juham Selangor, Exco Pemuda Negeri Selangor


Untuk rekod,dalam pilihanraya umum kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon PBB,Razaili Gapor.


N15 MUARA TUANG

Puan Noraini binti Hamzah,berumur 49 tahun dan berasal dari Kelantan.Beliau yang telah menetap selama 30 tahun di Sarawak kini berkahwin dengan seorang anak jati Muara Tuang.Puan Noraini yang menjadi seorang surirumah separuh masa dan berniaga ini merupakan salah seorang aktivis Pas Sarawak yang aktif.

Wanita yang dikurniakan dua orang anak sebelum ini adalah Bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak, sebelum mengambil keputusan menyertai Pas.

Puan Noraini dikatakan seorang pemidato yang agak baik,dan mempunyai ramai kenalan di kawasan Kuching dan Samarahan.

Dalam Pilihanraya kali ini,beliau akan ditentang oleh adik Ketua Menteri Sarawak,Datuk Ali Mahmud dari PBB.Sepatutnya,beliau telahpun diisyhtiharkan sebagai pemenang di Dun Beting Maro apabila calon PBB gagal mengemukakan penyata kewangan pada tahun 2006.Pun begitu,Ali berjaya menjadi calon setelah menyerahkan penyata tersebut walaupun lewat.


N03 TANJONG DATU

Puan Nani binti Sahari dilahirkan pada 13 September 1966 dan berumur 42 tahun,berasal dari Kampung Pulo,Petra Jaya Sarawak.Mendapat pendidikan di SMK Lumba Kuda,Padungan sebelum menyambung pengajian di UITM pada tahun 1993.

Puan Nani kini bekerja sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak.Sebelum menyertai Pas tahun lalu,Puan Nani merupakan Ketua Wanita PKR pada tahun 2009.Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri dan Ketua Wanita Pantai Damai,Santubong.

Dalam pilihanraya kali ini,beliau akan menghadapi saingan tiga penjuru antara beliau dan dua lagi calon iaitu Tan Sri Adenan Satem dari PBB dan calon Bebas,Gilbert Asson Kulong.Untuk rekod,sebelum ini PKR menurunkan calonnya Sobey Daud di Tanjung Datu pada tahun 2006 tetapi hilang deposit.

Semoga kejayaan cemerlang menanti calon Pas di Sarawak!

'Abang handsome', 'peace' simbol Abang Mat

Posted: 07 Apr 2011 02:04 AM PDT

BATANG LUPAR, 7 April: Masyarakat di Dun Beting Maro bagai dilanda fenomena baru dengan kehadiran calon anak muda PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Pencalonan Abang Ahmad, 32, atau lebih mesra dengan panggilan 'Abang Mat', bukan sahaja ditunggu-tunggu, malah beliau dirai seperti seorang selebriti oleh masyarakat di sini.

Tinjauan Harakahdaily ketika hari pertama beliau berkempen bertemu rakyat semalam memperlihatkan betapa keterujaan rakyat menerima kehadiran beliau sebagai wakil mereka.

Manakan tidak, keluar sahaja dari kereta, beliau terus diserbu tidak kira golongan tua, muda mahupun kanak-kanak yang tidak mahu terlepas peluang bersalam dengan beliau.

Malah, ada sesetengah mereka yang mencium tangan beliau.

Panggilan 'handsome boy', 'Abg Mat handsome' kini mula dijadikan 'trademark' rakyat kepada calon yang berkerjaya peguam ini.

Satu lagi 'trademark' baru yang sedang dipopularkan di peringkat PAS kepada Abang Mat iaitu simbol dua jari iaitu 'peace' yang turut memberi makna calon nombor dua dalam cetakan senarai atas kertas undi.

Ianya juga sebagai melawan simbol satu jari '1Malaysia' yang dipopularkan BN.

Ditanya tentang sambutan luar biasa masyarakat terhadap beliau, Abang Mat berkata beliau terharu dan optimis akan berlaku perubahan besar di Dun ini.

"Alhamdulillah, sokongan tersangat baik...sepupu sepapat saya ramai di sini, kalau nak list tak cukup.

"Saya pun mula risau, sampai ada yang kata, hari ini tampal poster, esok semua hilang sebab masing-masing ambik simpan dalam almari kat rumah," katanya berseloroh.

Dalam pertemuan rakyat dengan beliau juga, didapati masalah tanah antara perkara yang sering diluahkan.

Tidak hairanlah, peguam muda ini sangat diharap sekurang-kurangnya mampu membawa masalah mereka dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

Mengulas sambutan rakyat terhadap PAS, beliau berkata sambutan rakyat itu sangat berbeza berbanding pilihan raya negeri 2006 dulu.

"Kalau 2006 dulu kita nak masuk rumah panjang kereta kita disekat dengan parang, tapi kali ini tuai rumah dia sambut kita, hampar tikar untuk kita," katanya yang petah berkata-kata.

"Tapi sekarang, orang muda pun sokong parti PAS sebab mereka nak sangat perubahan.

"Mereka nak bagi pengajaran kepada kerajaan memerintah," katanya lagi.

Ditanya isu yang akan dibawa sepanjang kempen pula, beliau tidak menolak isu tanah menjadi agenda utama.

Selain itu, beliau juga mahu memperjuangkan isu pendidikan kepada masyarakat di sini.

"Kalau diberi mandat, kita akan bagi ilmu kepada rakyat, bukan seperti BN, bagi duit 5 tahun sekali," katanya.

Mengulas pendekatan kempen pula, beliau yang mempunyai 15 orang adik beradik mahu menggunakan pendekatan mesra keluarga kerana majoriti masyarakat di sini mengenali keluarganya.

"Saya menganggap calon lawan itu, sebagai abang saya. Kita akan kempen dalam bentuk kekeluargaan dan tidak akan serang calon lawan.

"Yang penting, rakyat dahagakan perubahan," katanya.

Pada pilihan raya kali ini, Abang Mat ditentang calon BN, Razaili Gapor.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS mengetengahkan calon daripada kalangan ustaz, Alem Din yang tewas di tangan calon BN Bolhassan @ Ahmad Di dengan majoriti 895 undi. Kawasan Melayu Melanau itu mempunyai keseluruhan 7,868 pengundi. -Hrkh

Hari pertama kempen Pakatan dapat sambut hebat

Posted: 07 Apr 2011 02:03 AM PDT

Kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak bermula dengan baik malam tadi dan majlis anjurannya mendapat sambutan hebat di Kuching, Sibu dan Miri.

NONEDi pusat komersial Premier 101 Kuching, dianggarkan 5,000 orang
membanjiri pusat penjaja untuk mendengarkan ceramah orang kuat pembangkang, termasuk setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Manakala di pusat komersial Boulevard di Miri, dan satu lagi berhampiran Specialist Medical Centre di Sibu, masing-masing dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyifatkannya bukan sahaja satu rekod tetapi juga satu permulaan yang baik bagi Pakatan Rakyat.

Wartawan tempatan juga memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan kepada pembangkang kali ini lebih menggalakkan berbanding dengan suasana pilihan raya 2006.

Di Kuching, tempat perhimpunan penuh sesak, sehingga memaksa penganjur meletakkan pembesar suara dan projektor di kawasan berhampiran untuk memboleh lebih ramai mengikuti ceramah di situ.

kuching dap guan eng signing ubahJelas sekali Guan Eng menjadi tarikan malam tadi, dengan berucap kepada hadirin dalam campuran bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun parti komponen BN,
SUPP, menurunkan beberapa muka baru dengan latarbelakang yang baik, tetapi musuh sebenar Pakatan ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah begitu lama berkhidmat.

"Calon-calon SUPP memang berbakat... di atas kertas, mereka memang layak diundi. Tetapi apa yang kita mesti tanya kepada mereka ialah: Adakah muka-muka baru ini menyokong 'pek mor'?" tanya Guan Eng menggunakan istilah penduduk Cina Sarawak, yang merujuk kepada Taib yang merambut putih.

kuching dap talk first nite"Bolehkah muka-muka baru SUPP ini menjawabnya? Jika mereka kata
'ya', maka mereka akan menyinggung para pengundi. Jika mereka kata 'tidak', ia akan mengecewakan Taib dan akibat adalah lebih buruk.

Guan Eng menyifatkan muka-muka baru SUPP itu sebagai "wain lama dalam botol baru", sambil menambah bahawa "wain lama" adalah "racun' kepada pengundi.

Dia turut menyindir Taib dan timbalannya Tan Sri George Chan, yang juga presiden SUPP, berhubung janji mereka untuk meletakkan jawatan.

"Chan menggunakan muslihat yang sama pada 2006. Adakah dia meletakkan jawatan? Sebaliknya dia kahwin lagi, sama seperti Taib. Adakah anda fikir mereka ingin berundur?" soalnya, sambil disambut gelak ketawa hadirin.

miri dap pkr candidates first niteDi Miri pula, ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata sambutan terhadap ceramah di DUN Piasau kali ini mendapat sambutan lebih baik daripada pilihanraya 2006.

George Chan mempertahankan kerusi Piasau bagi penggal keenam.

Menurut Anthony sejumlah RM10,200 sumbangan berjaya dikutip untuk
mengisi tabung kempen pilihan raya.

Pada mulanya, polis cuba menghentikan ceramah tersebut atas alasan permohonan telah dibatalkan kerana SUPP mengadakan majlisnya di sebuah restoran berhampiran.

miri dap first nite talkBerikutan itu, pihak penganjur menuntut pihak polis bertindak adil dengan menghentikan juga majlis SUPP. Selepas itu, pihak polis beredar dan majlis Pakatan itu diteruskan dengan lancar, walaupun dalam keadaan hujan renyai.

Di Kuching, naib presiden PKR, Nurul Izzah pula mendapat tepukan gemuruh apabila beliau berucap sekejap dalam bahasa Cina, manakala seorang lagi naib presiden PKR, Tian Chua, berjanji Pakatan akan mengembalikan royalti minyak dan gas kepada Sarawak jika ia memerintah negeri itu.

Pantai Miri merupakan salah satu pengeluar gas asli terbesar di Malaysia. Penceramah lain ialah bekas ahli parlimen bandar Kuching, Sim Kwang
Yang dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok

sibu dap first nite talkDi Sibu pula, orang ramai melimpah ke atas jalan untuk mendengar ucapan pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan Kit Siang.

Ucapan Kit Siang tertumpu kepada berita kematian seorang pegawai Kastam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur pagi semalam.

Beliau menggesa penduduk Sibu supaya mengundi calon-calon Pakatan bagi membolehkan agensi-agensi kerajaan dipantau dengan rapi. M'kini

Tangkapan Awam Terhadap Dato T

Posted: 06 Apr 2011 10:27 PM PDT

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
7 April 2011
Tangkapan Awam Terhadap Dato T

Dato T yang terdiri daraipada Tan Sri Rahim Thamby Chik , Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim telah bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 hb Mac 2011.

Kesalahan ini boleh didakwa di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa kepada hukuman penjara 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung perkara ini. Pihak polis seharusnya menangkap dan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut.

Kebocoran maklumat mungkin telah berlaku di mana pihak tidak bertanggungjawab telah upload sebahagian video ini dalam youtube. Rakyat Malaysia sangat kecewa atas masalah yang berlaku. Rakyat merasa kuatir terdapat bermacam-macam lagi masalah akan timbul jika sekiranya ketiga-tiga individu ini tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Di negeri Johor terdapat berpengalaman membuat tangkapan awam keatas penyogok calon PAS Dun Pasir Raja, Johor dalam pilihanraya tahun 2004. Tangkapan ini telah berjaya membawa kes ini ke SPR pada waktu itu. Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.

PRN Sarawak : Bongkar!! Aset Anak Taib Mahmud Lebih RM 1 Billion..

Posted: 06 Apr 2011 10:22 PM PDT

Ketika menamatkan zaman bujangnya, Abu Bekir Abdul Taib (berbaju hitam kiri) telah memilih seorang gadis sebagai isterinya yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan yang boleh kita anggap paling ideal baginya. Keluarga Bekir juga telah meletakkan pengantin perempuan itu untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat CMS. Namun, ini bermakna Datin Sri Shahnaz Majid, yang kini menyaman Bekir untuk menuntut perceraian, tetap kelihatan layak untuk membuat anggaran ke atas nilai anak Taib Mahmud itu – dan isterinya itu kini menuntut RM400 juta!

Menurut peguam yang pakar dalam kes-kes perceraian sebagai mana yang telah ditanya oleh Sarawak Report, si isteri layak menuntut 30 peratus dari kekayaan sepencarian, yang membuat Abu Bekir yang berusia 48 tahun itu seorang jutawan!

Pendedahan seperti ini tidak seharusnya dilakukan memandangkan keluarga Taib Mahmud baharu saja meuar-uarkan berita untuk meletakkan Bekir bertanding di Sadong Jaya, sebuah kerusi Dun yang mereka anggap amat selamat.

Taib dikatakan bercadang untuk meletakkan penggantinya, Bekir di kawasan itu. Malah, Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui akan melawat kawasan tersebut pada 19 Mac ini. Namun, kini para pengundi perlu mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat tambahan bakal calon wakil rakyat mereka itu!

Sikap yang buruk?

Shahnaz, saudara kepada penyanyi terkenal jazz Sheila Majid, dan disukai ramai berkata, Abu Bekir telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya. Menurut beberapa laporan, Shahnaz telah mendakwa suaminya itu pernah menumbuk kepala, muka dan matanya; menerajang rusuknya, dan mencekiknya.

Dia juga mendakwa dirinya pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat dan jijik. Dakwaan ke atas Abu Bekir itu tidak jauh berbeza dengan dakwaan seorang teman wanita Sulaiman Abdul Rahman Taib, adik kepada Abu Bekir, ketika di sebuah bar di KL beberapa ketika dahulu.

Pasangan Bekir dan Shahnaz, berkahwin pada tahun 1992 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun, telah tidak lagi berhubungan sejak 2001. Shahnaz mendakwa, sejak 1999, suaminya jarang pulang ke rumah dan enggan mendengar nasihatnya, sukar dihubungi dan diketahuinya sering aktif berinteraksi dengan perempuan-perempuan lain. Sebaik saja Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita muda berambut perang berketurunan Russia, dia terus mengabaikan Shahnaz dan anak mereka.

Aset-aset Abu Bekir

Namun yang menarik perhatian umum adalah aset-aset milik Abu Bekir dan bagai mana dia memperolehi segala kekayaan yang akan melayakkannya untuk mewakili kawasan berkenaan.Shahnaz mengatakan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report.

Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati. Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera. Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu.

Syarikat CMS

Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud.

Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu).

Bagaimana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS!

Abu Bekir dan saudaranya, Sulaiman, merupakan pemegang utama seterusnya dan kesemua empat orang anak Taib mengawal Majaharta, yang disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar!

Setiap saham kini bernilai lebih 3 ringgit, dan mana-mana wanita yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan akan dengan mudah membuat perkiraan bahawa jumlah saham-saham adalah secara kasarnya RM150 juta. Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan.

Kontrak yang berprofil tinggi

Salah sebuah kontrak yang berprofil tinggi dan mewah yang telah diberikannya kepada ahli-ahli keluarganya adalah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yang baru siap dibina dan telah dijadikan tempat perhimpunan politik BN pada hujung minggu lalu.

Dasar 'kemajuan dan pembangunan' yang telah dicanai oleh Taib telah sebenarnya secara langsung menguntungkan CMS. Projek-projek besar yang lain pula, seperti rancangan SCORE, merupakan 'lembu susu' bagi keluarganya!

Syarikat Titanium Management milik Abu Bekir telah menerima bahagian tanah yang amat luas dari negeri Sarawak beberapa tahun yang lalu, kesemuanya djelaskan kepada kerajaan negeri secara misteri 'payment in kind' (i.e. dalam sebarang jumlah, atau bentuk bayaran)!

Pengiraan yang dibuat oleh Sarawak Report ke atas semua tanah yang diterima oleh syarikat Abu Bekir berjumlah sekitar 70,000 hektar, sama dengan keluasan pulau Singapura, terima kasih kepada keputusan ayahanda Taib yang juga seorang menteri yang mengawal sumber-sumber alam negeri ini.

Setelah tercetusnya persengketaan menerusi mahkamah-mahkamah, maka diketahui umum bahawa tanah-tanah yang diterima Bekir adalah tanah hak orang lain!

Cubaan Ketua Menteri untuk meminda perundangan mengenai tanah NCR telah diperintahkan oleh mahkamah sebagai tidak berteras dan wajar.

Hanya pada minggu lalu syarikat Polar Horizon milik Abu Bekir telah mengeluarkan notis-notis pengusiran ke atas beberapa orang Iban yang pemilik secara sah ke atas tanah NCR, terpaksa berundur setelah peguam KeADILan, See Chee Howe mengheret syarikat tersebut ke mahkamah dan kes itu juga telah disiarkan menerusi Radio Free Sarawak dan juga di mana-mana.

Orang-orang Abu Bekir telah secara lisan memberitau orang-orang kampung bahawa pengusiran itu tidak diteruskan, walaupun tiada sebarang arahan secara bertulis telah diterima.

Dengan bertambahnya bilangan persengketaan tanah, mungkin Datin Shahnaz perlu menyelaraskan semula perkiraannya ke atas nilai-nilai tanah-tanah yang dituntutnya dari suaminya itu dalam mahkamah nanti!

Harta-harta di luar negara!

Mahmud Abu Bekir Taib adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah dan peneraju syarikat Sakto Corporation di Kanada, yang kini memilik harta bernilai berjuta-juta USD. Dia telah menubuhkan syarikat tersebut dengan gandingan saudaranya Jamilah Taib dan bapa-saudara mereka, Onn Mahmud, semasa dia masih sebagai penuntut kolej berusia 20 tahun lagi!

Pada tahun pertama operasinya, syarikat berkenaan telah melabur sebanyak $7 juta untuk membeli 400 buat unit kediaman di Ottawa, di Kanada.

Kini ia memiliki ruang-ruang pejabat, kedai dan kediaman serba moden yang mencecah nilai ratusan ribu dollar. Kemudian, Bekir dilantik sebagai salah seorang Pengarah dan pemegang utama saham dalam syarikat Sakti International yang ditubuhkan di US dalam tahun 1987.

Bekir bertindak selaku presiden dalam syarikat itu sehingga ianya diserahkan kepada adiknya, Sulaiman, yang pada ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di San Francisco. Harta dalam Sakti International dan syarikat-syarikat yang berkaitan di rantau itu bernilai berjuta-juta dollar juga.

Seperti yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini, pegangan secara rahsia ke atas saham-saham itu bermaksud separuh dari saham yang dipegangnya dalam Sakti adalah sebenarnya dipegang bagi pihak bapanya Abdul Taib Mahmud!

Abu Bekir telah sebenarnya diletakkan sebagai saudagar utama dan penjana pendapatan sejak dia berusia 20 tahun lagi kerana kononnya bapanya dilarang oleh undang-undang untuk memperoleh kekayaan dalam apa jua cara sekali pun. Kononnya!

Namun, Taib belum pernah memberikan penjelasan mengapa saham-saham yang besar yang dipegang oleh anak-anak dan saudara-saudaranyanya bagi pihak dirinya itu boleh mencecah sehingga 50 peratus dari keseluruhannya!

Sarawak Cable

Syarikat ini, yang telah dikorporatkan sekitar 1990an, telah lama tidak aktif sehinggalah pada tahun 2008 apabila ianya dilihat hidup semula dengan penuh tenaga setelah mengambil-alih Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd, yang membuat kabel-kabel elektrik.

Di Sarawak Cable Abu Bekir Taib merupakan Pengerusi dan memiliki 36 pertus saham, manakala sepupu bapanya, Hamid Spawi, memiliki 20 peratus.

Harga saham yang terkini, yang diniagakan pada bulan November lalu, bernilai RM1.29. Maka kami boleh anggarkan saham 43 juta dalam pegangan Abu Bekir bernilai sekitar RM55 juta. Apa-apa seharusnya berjalan lancar bagi syarikat itu memandangkan negeri Sarawak kini merupakan pelabur terbesar sebuah projek bersama mereka.

Pada bulan November 2010 mereka diberikan projek mengeluarkan kabel elektrik bertransmisi tinggi yang bernilai RM98.68 juta oleh Sarawak Energy Bhd, sebagai usahasama mereka dengan Sinohydro!

Sudah pasti Abu Bekir tidak mempunyai sebarang masalah memujuk para pengundinya bahawa dia adalah seorang yang sangat kaya dan berpengaruh, suatu langkah yang sering digunakan oleh ahli-ahli politik BN untuk meraih sokongan. Bekir mungkin akan mengikut jejak langkah bapanya yang gemar menghulurkan empat-lima ratus ringgit untuk membeli undi mereka.

Tetapi para pengundi haruslah berfikir sedalam-dalamnya dari manakah Abu Bekir mendapat wangnya dan sama ada hasil dari tanah-tanah NCR rakyat dan harta-harta negeri. Jika ya, maka para pengundi harus mempertimbangkan sama ada mereka mengundi dengan betul untuk mengembalikan kesemua aset-aset rakyat itu!/sr

Pilihanraya DUN Sarawak: PAS Bidas Balaci Umno-APCO No 1!!

Posted: 06 Apr 2011 10:15 PM PDT



Walaupun akan bertanding seperti biasa, PAS masih tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon BN Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud bertanding di DUN Muara Tuang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, perasaan itu ekoran SPR sebagai pengendali pilihan raya mengambil masa terlalu lama, sehingga melewati jam 1 tengah hari untuk mengumumkan keputusannya.

"Kita (PAS) masih tak puas hati kerana masa yang diambil lama sangat.

Biasanya jam 12 sudah boleh umum keputusan (bantahan)," katanya.

Semalam, hasrat PAS untuk menang tanpa bertanding di DUN itu tidak tercapai apabila
bantahan mereka terhadap Mohamad Ali - yang juga adik kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud - tidak tercapai apabila SPR menolaknya.

Walaupun mengambil masa, suruhanjaya itu menjelaskan, menurut rekodnya, Mohamad Ali ada menghantar penyata perbelanjaan kewangannya dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Perkara itu mencetuskan perbicangan di intertet sehingga ada yang menuduh Mohamad Ali sebagai penyandang baru saja mengemukakan penyata itu selepas bantahan dibuat.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang semalam, Mustafa memberitahu, walaupun menerima hakikat terdapat pertandingan, PAS tetap mengarahkan peguam terus meneliti isu yang ditimbulkan itu.

Keputusan penelitian dijangka diketahui dalam beberapa hari lagi sebelum boleh diputuskan tindakan lanjut, tambah Mustafa lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas dakwaan tentang dakwaan-dakwaan di laman blog.

"Itu saya tidak berani hendak katalah," kata pemimpin veteran PAS itu.

Jika bantahan PAS diterima semalam, parti itu akan memecah tradisi dengan kemenangan pertama kali dalam pilihan raya negeri setelah menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang itu pada tahun 2003.

Siasatan Polis Perlu Adil, Jangan Ulangi Kesilapan Siasatan Teoh

Posted: 06 Apr 2011 10:12 PM PDT

Kesatuan Kastam sangsi Sarbani pergi ke SPRM tanpa dipanggil

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM Wilayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

"Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu," kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

"Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang," katanya.

Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan.

"Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi)," kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan.

"Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat," katanya lagi.

Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B.

"Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional," katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B.

"Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik," katanya lagi.

Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada sidang media semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. -TMI


Pastikan siasatan kematian pegawai Kastam adil




Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Salahudin Ayub, berjanji akan mempastikan siasatan yang adil dilakukan ekoran kematian seorang pegawai kanan Kastam pagi ini di perkarangan bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS dan anggota Parlimen Kubang Kerian memberi reaksi segera terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

"Sebagai salah seorang Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak yang berwajib bagi memastikan satu penyiasatan yang adil dapat dilaksanakan dengan segera ke atas kes ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Bagi beliau, kematian seorang pegawai Kastam yang membantu siasatan kes rasuah yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini sangat menyedihkan.

"Sebagai anggota Parlimen, saya akan memastikan ia disiasat dengan cara yang telus dan diberikan penjelasan yang wajar oleh SPRM.

"Kita bimbang, ketika kematian Teoh Beng Hock masih lagi sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, kematian pegawai Kastam ini akan memberikan persepsi yang lebih buruk kepada SPRM," kata Salahudin. (gambar bawah)

Kematian pegawai kanan Kastam yang dikatakan jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM ke gelanggang badminton berhampiran pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur mengejutkan banyak pihak.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak berbayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah Penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu di Klang berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, dia kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya hari ini, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam itu sudah tidak ada.

Mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi, kata Mustafar.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya. -HD

Sama seperti kes Teoh Beng Hock, media arus perdana pula sibuk mengeluarkan berita kononnya "mangsa di dalam keadaan tertekan". Mereka tidak menuduh Allahyarham Ahmad Sarbani membunuh diri secara lansung tetapi secara tidak lansung.

Tindakan cuba melakukan cover-up terhadap kes-kes yang melibatkan agensi kerajaan membuktikan media arus perdana merupakan perosak kepada sistem keadilan dan ketelusan dan jika demikian halnya maka tidak mustahil akan berulang lagi kejadian ngeri ke atas saksi-saksi atau orang kena siasat di pejabat SPRM.

Polis juga perlu adil dan telus. Kesilapan semasa siasatan Teoh Beng Hock tidak wajar diulangi sehingga Inkues dan Suruhanjaya Diraja dibentuk.

Kredibiliti dan integriti polis perlu dikembalikan ke identitinya yang lebih wajar, jika tidak, negara akan terus menerima bencana dan malapetaka yang Tuha sendiri akan campurtangan mendedahkan kebenaran dan keadilan hasil doa orang-orang beriman.

Sebagai orang beriman, kita sering membaca doa-doa ini:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.


Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,



Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81) -GB

Apabila Ketua Hakim Negara MARAH dan hentakkan meja

Posted: 06 Apr 2011 08:03 PM PDT

Saya petik:

[MStar] SHAH ALAM: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi meninggalkan sidang media yang diadakan selepas Majlis Perasmian Mahkamah Khas Jenayah Rasuah di sini pada Rabu, dalam keadaan marah apabila menyangkakan wartawan telah merakamkan visual percakapannya walaupun telah diarah untuk tidak berbuat demikian.

Sebaik sahaja hadir pada sidang media tersebut, Zaki meminta supaya wartawan tidak mula merakamkan visual kerana semua perkara berhubung majlis berkenaan telah terkandung dalam ucapan perasmian yang dibacanya.

Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki melenting apabila beliau mendapati terdapat kamera televisyen yang sedang merakamkan percakapannya.

"Saya dah kata jangan rakam, tetapi kamu tetap rakam," katanya dalam nada yang tinggi dalam bahasa Inggeris.

Beliau juga tidak melayani sebarang pertanyaan para wartawan termasuk berkaitan beberapa prosedur baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun lalu lagi.

Malah pertanyaan seorang wartawan apakah rakaman audio dan transkrip mahkamah boleh diperolehi pihak media juga tidak dijawab Zaki.

Sebaliknya, beliau sekali lagi mengulangi rasa amarahnya kepada media kerana merakamkan visual percakapannya dan menghentak meja sebelum meninggalkan sidang media tersebut.

Wartawan bagaimanapun terus kekal di majlis tersebut untuk menunggu sekiranya Zaki akan kembali menghadiri sidang media berkenaan.

Bagaimanapun, Zaki tidak kembali semula menyebabkan sidang media diadakan tanpa kehadirannya dan digantikan oleh Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin.

Turut menyertai sidang media itu ialah Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, D. Ravindra.

Seorang wartawan turut meminta izin daripada Hisham sekiranya sidang media tersebut boleh dirakamkan oleh kamera wartawan televisyen ekoran kejadian tadi.

Hisham yang memberikan kebenaran untuk merakamkan visual sidang media tersebut turut memberitahu sebenarnya berlaku 'salah faham' dan memohon maaf kepada wakil-wakil media.

"Saya menanggung kesilapan itu," katanya.

Terdahulu, majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad.

Zaki dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan 14 mahkamah khas rasuah akan mempercepatkan pendengaran kes-kes rasuah yang lazimnya mengambil masa yang lama.

P/s: Apa tanggapan anda jika Ketua Hakim Negara bersikap sedemikian?

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/04/apabila-ketua-hakim-negara-marah-dan.html#ixzz1InsgkyKH

TEMPAT PERSEMBUNYIAN KELUARGA TAIB DI LONDON

Posted: 06 Apr 2011 07:57 PM PDT

Hampshire House, 12 Hyde Park Place -
The Taibs occupy the spacious ground floor flat
Bangunan Hampshire House menempatkan flat-flat paling mewah yang mempunyai ruang dalam yang luas yang bersebelahan dengan Hyde Park yang terkenal di dunia. Ianya juga terletak tidak jauh dari Marble Arch dan Oxford Street. Ianya merupakan tempat penginapan peribadi milik keluarga Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud.

Apartmen tingkat bawah yang kerap didiaman oleh keluarga Taib dianggarkan bernilai £8.5 million (RM 43 juta) dengan ruang kediaman seluas 4,000 kaki persegi. Semua ahli keluarga Taib dikatakan kerap mendiami apartmen ini dan berkemungkinan mereka memiliki atau mempunyai akses kepada lebih dari sebuah apartmen, memandangkan ramai mereka dapat menginap di situ pada satu-satu masa.

Singgah di London sebentar dalam perjalanannya ke Mekah
Gracious interiors - worth RM45 million (£8.5 million)

Kami dapat mendedahkan sesuatu yang tidak dilaporkan dalam mana-mana akhbar tempatan di Sarawak pada hari Selasa, semasa Taib bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Haji. Dalam penerbangannya ke Tanah Suci Mekah, beliau didapati melencong ke London terlebih dahulu dan menginap di apartmen mewahnya di Hampshire House.

Sarawak Report mendapati salah satu alasan beliau melencong ke London adalah untuk bertemu dan berkumpul dengan ahli-ahli keluarga sebelum ke Mekah. Kami juga mendapati bahawa sehari sebelum ketibaan beliau, para pekerja di Hampshire House telah melakukan persiapan, dan maklumat yang kami terima, keluarganya telah merancangan untuk mengadakan pertemuan bagi memulihkan ketegangan di kalangan ahli-ahli keluarganya selama ini. Adalah dipercayai juga bahawa pertemuan ini akan mengeratkan persahabatan mereka yang mungkin diketahui oleh para pengundi mereka yang telah mulai bosan dengan mereka, menjelang pilihanraya nanti.

Saudara beliau, Onn Mahmud, yang pernah bertindak sebagai penyelaras perniagaannya, tetapi kemudiannya telah menjauhkan diri dari beliau, telah juga dijemput untuk menghadiri pertemuan keluarga itu. Sejak menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain, Onn kurang menghubungi mereka. Rancangan mengatur pertemuan ini adalah diharapkan supaya setiap ahli keluarga saling maaf-memaafi sebelum mengerjakan Haji ke Mekah. Mereka juga ingin menunjukkan tauladan yang baik kepada para pengundi mereka di Sarawak.

Gracious interiors - worth RM45 million (£8.5 million)
Dilihat di London – Sulaiman Taib

Kami juga mengandaikan Ketua Menteri itu melencong ke Hyde Park kerana beliau dipercayai ingin menemui anaknya. Sehari sebelum ketibaan Ketua Menteri itu di Hyde Park, jurugambar Sarawak Report telah Berjaya merakamkan anaknya yang telah lama menghilangkan diri, iaitu Sulaiman Rahman Taib. Sulaiman tiba di tempat tersebut dengan kereta Mercedes berwarna hitam. Dia kelihatan bergegas masuk ke apartmen itu, yang kami percaya adalah tempat persembunyiannya selama ini.

Sulaiman Taib telah gagal memperlihatkan dirinya di khalayak umum di Malaysia sepanjang tahun lepas, walaupun dia masih seorang ahli Parlimen, di mana 'kehilangannya' telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi. Walau pun umum tertanya-tanya akan kehilangannya, tetapi keluarganya tetap mendiamkan diri dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Dia telah lama tidak menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia atau mengunjungi para pengundinya di kawasan pilihanrayanya, di mana dia boleh dikira sebagai menyalahi tugas dan tanggunjawabnya sebagai penjawat awam yang dibayar gaji yang lumayan menggunkan wang pembayar cukai. Kehilangannya yang dianggap luar biasa itu telah mencetuskan khabar-khabar angin di kalangan umum yang menganggapnya telah meninggal dunia, atau menjalani rawatan penyakit ganjil.

Sarawak Report berasa begitu yakin kerana dapat melakukan khidmat awam dengan mengesahkan bahawa anak Ketua Menteri itu masih hidup, kelihatan sihat dan diandaikan masih mengeluarkan wang gaji menterinya di London. Sebenarnya 'Rahman' dapat ditemui beberapa kali di dalam atau di sekitar London sejak beberapa bulan yang lalu, dan terdapat spekulasi yang mengatakan dia mendapatkan khidmat perubatan yang baik di London, yang tidak terdapat di Sarawak atau Malaysia.

Pekerja Taib menyerang jurugambar kami

Walau pun pada kedudukan sosial yang tinggi dan terkenal, tetapi Taib sekeluarga tetap tidak suka pada cara kami menyiarkan berita mengenai pergerakan mereka, atau mendedahkan harta-harta yang mereka miliki. Rahman Taib yang ternampak jurugambar wanita kami, dan kemudiannya menjelaskan sesuatu kepada para pekerjanya, yang kemudian keluar dari bangunan apartmen tersebut untuk mendekati jurugambar kami itu.

Tidak lama kemudian pemandu keretanya mengasari jurugambar tersebut ketika dia sedang mengambil gambar-gambar penumpang-penumpang wanita yang keluar dari bangunan itu dan masuk ke dalam keretanya. Pemandu Taib telah menangkap leher jurugambar tersebut dan memaksanya memadamkan kesemua gambar dalam kameranya itu sehingga dia diselamatkan oleh seorang yang sedang lalu di tempat itu. Perkara tersebut kini sedang disiasat oleh pihak polis London sebagai kes mendatangkan kecederaan yang disengajakan. Kes seperti ini, walaupun selalunya disembunyikan dari pengetahuan umum di Sarawak, tetap dilarang di UK.

Pada lewat petang hari Selasa, jurugambar berkenaan percaya dia ternampak Ketua Menteri itu bergegas-gegas masuk ke dalam bangunan itu, tidak lama setelah penerbangannya dengan Singapore Airlines mendarat di lapangan terbang Heathrow. Sarawak Report ingin ingin mempelawa sesiapa dari kalangan pembacanya yang memiliki gambar-gambar Ketua Menteri yang lebih jelas semasa beliau masuk atau keluar dari bangunan Hampshire House, 12 Hyde Park Place, dihantarkan kepada kami, dan kami akan berasa bangga untuk memaparkannya untuk tatapan umum.

Siapakah pemilik flat bernilai berjuta-juta pound itu?

Sarawak Report ingin mengetahui dengan lebih terperinci lagi siapakah sebenarnya pemilik flat di tingkat bawah yang kerap didiami oleh keluarga Taib, dan juga merupakan kediaman Sulaiman. Menurut dokumen-dokumen yang terdapat di pejabat Pendaftar Tanah London, harta tersebut dimiliki oleh Sultan Abdul Halim Mu Adzam, salah seorang rakan kongsi Taib dari Malaysia yang pernah menganugerahkan Onn Mahmud dengan gelaran "Datuk".

Hubungan erat kedua-dua keluarga ini, dan siapakah di antara mereka yang memiliki salah sebuah harta yang terkenal di London itu menimbulkan syak wasangka di kalangan umum. Dengan gaji rasminya sebagai Ketua Menteri selama 30 tahun, tidak mungkin Taib mampu memiliki kediaman semewah itu, dan kediaman itu pula hanya sebahagian dari harta-harta yang lainnya. Taib pernah dirakamkan menyebut, "Saya memiliki wang lebih dari yang dapat saya belanjakan".

Ketua Menteri itu juga diketahui kerap menyembunyikan pemilikannya ke atas syarikat-syarikatnya dan juga harta-hartanya dengan meletakkan nama orang lain yang telah bersetuju secara peribadi menyerahkan balik apabila diminta olehnya. Sarawak Report dapat membuktikan beberapa kes di mana beliau meletakkan orang lain sebagai penama untuk memegang saham-sahamnya secara rahsia. Kekeliruan hakmilik rumah-rumah mewah yang diserahkan kepada keluarga Taib oleh Samling di US merupakan salah satu contoh taktik yang telah didedahkan oleh Sarawak Report.

Justeru itu, adakah kediamannya di Hampshire House sebenarnya dimilikinya, tetapi buat sementara waktu didaftarkan menggunakan nama rakannya yang seorang sultan? Jika tidak, dan jika betullah sultan itu yang memiliki kediaman tersebut, kenapakah baginda membenarkan keluarga Taib mendiami rumah tersebut seolah-olah mereka yang memilikinya? Kenyataan dari Ketua Menteri sendiri mengenai perkara ini, dan juga perkara-perkara lain yang melibatkan pemilikan harta yang begitu banyak seperti mana yang telah kami dedahkan selama ini, amatlah kami alu-alukan.

Sumber: 'HIDE PARK' ! – THE TAIBS' LONDON BOLTHOLE

Sibuk dengan video, BN naik harga minyak

Posted: 06 Apr 2011 07:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, : Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar.

Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara.

Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN.

"Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga," katanya kepada Harakahdaily.

Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat.

Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif.

"Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja," katanya.

Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan.

"Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak?

"Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?" soalnya.

Tiada ulasan: