Khamis, 7 April 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Sekitar Pengkebumian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani

Posted: 07 Apr 2011 05:54 AM PDT


PETALING JAYA, 7 April -- Jenazah Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed tiba di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara.

Balu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed iaitu Maziah Manaf (tiga,kiri) menjirus air mawar di pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, dekat sini, hari ini.

Ahmad Sarbani,56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang itu ditemui mati di Tingkat Satu, Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini kira-kira 10.15 pagi semalam.


Kredit : Bernama

Apa Kaitan Pegawai Kanan Kastam Dengan Kematian Sarbani?

Posted: 07 Apr 2011 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendedahan mengejutkan seorang pemimpin DAP telah mendakwa seorang pegawai kanan Kastam berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kematian rakan sejawatnya, Ahmad Sarbani Mohamad.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata dia mendapat maklumat ini daripada ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.

"Mereka berpendapat kematian Sarbani ada hubung kait dengannya (pegawai kanan)," katanya kepada wartawan di Parlimen.

Santiago berkata dia tahu identiti pegawai kanan Kastam tersebut tetapi enggan mendedahkannya buat ketika ini.

Ahli Parlimen Pembangkang itu berkata ia diberi penerangan lengkap oleh agen-agen penghantar kargo, yang rapat dengan Sarbani, Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia.

Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM di Jalan Cochrane semalam.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang yang ditahan SPRM dalam serbuan besar-besaran pada 1 April lalu atas kesalahan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.


Kredit : FMT

Malek Noor Keluar Hospital

Posted: 07 Apr 2011 12:59 AM PDT


IPOH, 7 April -- Bekas juara bina badan Asia Datuk Malek Noor mendukung anak angkat kesayangannya Nik Nur Amalin Aishah Nik Mahmud, 19 bulan, selepas dibenarkan keluar dari Hospital Pantai Ipoh di sini, hari ini.

Malek Noor diserang sesak nafas akibat serangan sakit jantung pada 30 Mac lalu ketika menyertai perlawanan bolasepak Piala Amal Menteri Besar di antara Pasukan Veteran Menteri Besar Perak dengan Pasukan Bolasepak Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, Ipoh.


Kredit : Bernama

Lamaran Perkahwinan Gadis Ini, Bertukar Menjadi MIMPI Ngeri

Posted: 06 Apr 2011 11:59 PM PDT

Gadis ini berdiri di atas keretanya sambil memegang sejambak bunga mawar untuk melamar kekasihnya.

Setelah menghantar pesanan ringkas kepada kekasihnya untuk datang dan bertemu dengannya, gadis tersebut naik ke atas keretanya sambil memegang sejambak bunga mawar.

Di cermin hadapan keretanya tertulis perkataan 'Marry Me'.

Namun, apabila kekasihnya tiba, dia memberikan jawapan yang mengejutkan orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan detik bersejarah itu - kerana ia telah menolak lamaran gadis itu.

Dia berkata: "Sepatutnya sayalah yang harus melamar. Namun, saya sekarang tidak memiliki apa-apa dan saya tidak boleh memberikan anda kehidupan yang baik. Jika anda boleh menunggu saya untuk tiga tahun lagi, ketika saya sudah membeli kereta dan rumah, saya akan melamar anda. "

Peristiwa lamaran romantis itu berlangsung di Universiti Wuhan ketika sambutan perayaan festival bunga ceri.

Anda mungkin menyangka lelaki itu sedang melamar gadis ini, tetapi sebenarnya dia sedang memujuknya selepas menolak lamaran gadis malang itu.

Kredit : Metro

SPRM Jalankan Tugas Untuk Selamatkan Wang Negara : Najib

Posted: 06 Apr 2011 10:29 PM PDT

SANTUBONG: Ketika kes kematian yang berlaku sekali lagi semalam di dalam pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh masa kurang dua tahun selepas kes kematian yang pertama menggemparkan negara, Perdana Menteri Najib Tun Razak terus membela badan pencegah rasuah itu.

Bagaimanapun ia memerintahkan supaya pihak polis dan SPRM untuk melakukan penyiasatan menyeluruh dalam kes kematian pegawai Kastam Ahmad Muhammad Sarbani semalam.

Perdana Menteri berkata insiden itu adalah tragedi yang mengejutkan, tetapi ia berkata bahawa SPRM hanyal melakukan tugasnya "untuk menyelamatkan wang negara".

"Jika kita melihat kejadian (kematian) itu sekali lalu, tentu saja kita merasa seperti itu," jawab Najib ketika ditanya oleh wartawan apakah ia merasakan kejadian itu akan memburukkan lagi imej SPRM yang sudah sedia tercemar.

"Tapi kita harus ingat bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk menyelamatkan wang negara. Kerajaan telah lama berusaha untuk membersihkan Kastam," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Ahmad Sarbani, 56, yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Kredit : FMT 

Baik Najib jawab sarankan SPRM akan dipindahkan ke bangunan aras bawah saja. Tidak perlu bertingkat-tingkat bagi mengelakkan tragedi kes kematian melibatkan JATUH DARI TINGKAT atas berulang. :Author Faethal

Sai Baba, 'DEWA' Yang Sudah Sakit

Posted: 06 Apr 2011 08:32 PM PDT

NEW DELHI - Dewa Hindu Sathya Sai Baba sedang dirawat di hospital dan hidup dengan alat bantuan pernafasan, sementara pengikutnya berkumpul di ashram di India selatan.

The living god yang berusia 84 tahun ini mula dimasukkan ke Sri Satya Sai Institute of Higher Medical Sciences sejak minggu lalu kerana mengalami sesak dada dan paru-paru. Menurut kenyataan hospital Selasa lalu mengatakan dia agak stabil, setelah sebelum itu keadaannya agak kritikal.

Sathya Sai Baba, Dewa Hidup

Sai Baba memiliki jumlah pengikut diperingkat antarabangsa yang ramai, dan penganut-penganut ajarannya berkumpul di ashram di bandar Puttapart, bahagian Andhra Pradesh selatan. Pengikutnya menganggap dia adalah dewa hidup dan mempunyai kuasa sakti yang dapat 'mengeluarkan' benda-benda kecil seperti cincin dan jam tangan dari rambut keriting nya.

Polis sedang berkawal di luar hospital bagi mengelakkan penganut ajarannya daripada berkumpul beramai-ramai untuk mendoakan keselamatan 'tuhan' mereka.

Penganut ajaran Sathya Sai Baba mendoakan kesihatannya

Kredit : AP


Sai Baba inilah yang pernah disebut dalam beberapa buah buku sebagai Dajjal Dari India : Author Faethal

Pasangan Remaja Dirempuh Kepala Air, Seorang Lemas Seorang Hilang

Posted: 06 Apr 2011 05:02 PM PDT

SEREMBAN, 6 April -- Operasi mencari Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Kelang yang hanyut akibat rempuhan 'kepala air' masih diteruskan di kawasan air terjun Gunung Berembun dekat Kampung Baru Pantai di sini malam ini.


Sementara Khairulhiza Khairul,18, dari Mambau ditemui lemas manakala Mohd Halim Shiddik,19, dan Nurul Faezah Noor, 19, dari Kuala Kubu Bahru terselamat.


.
Mohd Rozane Baddarudin, 19, (kiri) dari Kelang belum ditemui, sementara Khairulhiza Khairul, 18, (kanan) lemas selepas dirempuh 'kepala air' di kawasan air terjun Gunung Berembun dekat Kampung Baru Pantai di sini petang tadi.


Rakan-rakan mangsa, Khairulhiza Khairul,18, yang terselamat dari rempuhan 'kepala air' di kawasan air terjun Gunung Berembun dekat Kampung Baru Pantai di sini petang tadi. Mereka terdiri dari Mohd Halim Shiddik, 19 (kanan) dan Nurul Faezah Noor, 19 tahun (kiri) kelihatan bersedih ketika di temui di tempat kejadian


Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Abu Bakar Katain (kanan) memeriksa mayat seorang remaja yang lemas di kawasan air terjun Gunung Berembun dekat Kampung Baru Pantai di sini petang tadi.


Kredit : Bernama

Tiada ulasan: