Khamis, 7 April 2011

Ajijoi

Ajijoi


Kempen Calon Pas N.20 (Abang Eddy Alyanni) di Kg Pelanduk - 7 April 2011

Posted: 07 Apr 2011 07:55 AM PDT

Hari ini bermulanya kempen dari rumah ke rumah di Kg Pelanduk bersama calon Pas, Abang Eddy Alyanni bersama pimpinan kawasan dan juga penyokong.

Alhamdulillah, segala pertanyaan dan kemusykilan penduduk kampung mengenai masalah yang dihadapi mereka mahupun mengenai parti Pas berjaya ditangani dengan baik oleh calon dan pembantu-pembantunya

Pelbagai aduan disampaikan kepada Abg Eddy Alyanni


Bercucuk tanam sebagai penambah pendapatan

Segala ceruk tetap dirempuhi

Demi menyampaikan hasrat murni untuk berkhidmat disini


Sesi jumpa pengundi hari ini menampakkan kesan yang amat baik

Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang percuma juga diberikan

Melawat warga emas yang uzur

Penerangan secara menyeluruh

Sdr Salahuddin Ayub turut serta meninjau keadaan kampung ini

Daif sekali keadaan rumah-rumah dikampung ini


Anak kecil ini harapan negeri Sarawak dimasa hadapan

Bekas takungan air kegunaan penduduk kampung yang berkarat dan membahayakan kesihatan

Bertanya khabar keadaan pembuat sampan

Shafie Afdal tiba dikampung dengan menaiki helikopter

Anak-anak muda kampung hanya perhatikan dari jauh

Shafie Apdal berkempen dengan memburuk-burukkan Tok Guru serta mengungkit kembali sejarah 13 Mei

Orang kampung sempat bergambar dengan helikopter kenderaan Shafie Apdal

Keadaan rumah penduduk kampung yang serba kekurangan lagi susah tetapi dimasa yang sama pak menteri bersenang lenang terbang kesana sini dengan helikopter

sumber foto: facebook Zaleha Mohd Said

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 - Jom kenali calon-calon PAS

Posted: 07 Apr 2011 07:14 AM PDT


N22 SEBUYAU

Haji Adam bin Ahid,berumur 62 tahun adalah merupakan anak jati kawasan Sebuyau.Beliau yang merupakan Pesuruhjaya Pas Sarawak menjadi aktivis sepenuh masa bagi Pas Sarawak.Haji Adam telahpun berkahwin dan kini mempunyai empat orang anak.

Pemilihan Haji Adam di kawasan Sebuyau adalah satu pilihan yang tepat, bukan sahaja kerana beliau adalah Pesuruhjaya Pas Negeri,tetapi lebih daripada itu adalah jumlah ahli keluarganya yang agak besar di kawasan Sebuyau. Mengikut Pas Sarawak,Haji Adam mempunyai rantaian keluarga yang agak besar meliputi kawasan Sebuyau,Sebangan,Seruyu,Sungai Apin dan Tebelu.

Selain itu juga,Haji Adam turut dikenali dan mempunyai ramai kenalan dari kaum Cina dan Iban dalam Dun Sebuyau.Dalam Pilihanraya Negeri kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara beliau dengan Julaihi Narawi (PBB) dan calon Bebas,Ali bin Semsu.

Dalam Pilihanraya Negeri pada tahun 2006,N22 Sebuyau yang terletak dalam Parlimen Batang Lupar menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR,Mohamad Akek dan penyandang sekarang,Julaihi.

Julaihi menang setelah memperoleh 3748 undi berbanding Mohamad 1300 undi dengan majoriti sebanyak 2448 undi.Untuk rekod,Sebuyau dianggap sebagai kawasan campuran dengan 58.3% pengundi daripada kaum Melanau dan 37.1% Iban.

N20 Sadong Jaya

Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi berumur 34 tahun mendapat pendidikan di SMB Saint Thomas sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kepimpinan Islam dari Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah.

Pada tahun 2008,beliau bertanding di Parlimen Batang Lupar,menjadi calon tunggal Pas di Sarawak.Dalam pilihanraya tersebut,beliau tewas kepada Rohani Abdul Karim,calon daripada PBB.Buat masa ini,Abang Eddy adalah merupakan Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak,merangkap Pengarah PASTI negeri Sarawak.

Dalam pilihanraya kali ini,Abang Alyanni akan menghadapi saingan tiga penjuru antara beliau dan dua calon lain iaitu Aidel Lariwoo (PBB) dan calon Bebas Mahayudin Wahab.Dun Sadong Jaya dianggap sebuah Dun berpotensi untuk Pas apabila PBB hanya memenangi Dun tersebut dengan majoriti yang rendah pada tahun 2006.

N24 BETING MARO

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus,merupakan seorang anak muda yang menjadi ikon baru Pas Sarawak dalam pilihanraya kali ini.Disenangi oleh banyak pihak,jejaka muda ini mendapat liputan seperti seorang selebriti dan dianggap seperti seorang artis di Beting Maro.

Peguam yang berumur 32 tahun ini berasal dari Sibu,sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.Seperti Haji Adam Ahid,Abang Mat mempunyai rantaian keluarga yang besar di kawasan Beting Maro, meliputi kawasan Beladin,Pusa,Undai dan Semarang.

Anak bongsu daripada tujuh beradik ini mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini menjadi Penasihat Undang-undang kepada Pas Sarawak.Berikut adalah pengalaman kerja dan jawatan yang disandang beliau:

Pengalaman Kerja:

  • Ahli Majlis Tertinggi Hikmah Sarawak
  • NGO
  • Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Penolong Setiausaha)
  • Timbalan Pengerusi Hikmah Bahagian Wilayah Persekutuan
  • Penasihat Undang-undang Sekolah Agama Bandar Baru, Bangi
  • Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Selangor

Jawatan Dalam Parti


  • Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak
  • Ketua Pemuda Cawangan Bandar Baru Bangi, Naib Ketua Pemuda Serdang
  • Sekretariat Pemuda Prihatin – Timbalan Pengerusi
  • Ahli Jawatankuasa Juham Pusat, Instruktur Ilpas
  • Pengerusi Juham Selangor, Exco Pemuda Negeri Selangor
Untuk rekod,dalam pilihanraya umum kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon PBB,Razaili Gapor.

N15 MUARA TUANG

Puan Noraini binti Hamzah,berumur 49 tahun dan berasal dari Kelantan.Beliau yang telah menetap selama 30 tahun di Sarawak kini berkahwin dengan seorang anak jati Muara Tuang.Puan Noraini yang menjadi seorang surirumah separuh masa dan berniaga ini merupakan salah seorang aktivis Pas Sarawak yang aktif.

Wanita yang dikurniakan dua orang anak sebelum ini adalah Bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak, sebelum mengambil keputusan menyertai Pas.

Puan Noraini dikatakan seorang pemidato yang agak baik,dan mempunyai ramai kenalan di kawasan Kuching dan Samarahan.

Dalam Pilihanraya kali ini,beliau akan ditentang oleh adik Ketua Menteri Sarawak,Datuk Ali Mahmud dari PBB.Sepatutnya,beliau telahpun diisyhtiharkan sebagai pemenang di Dun Beting Maro apabila calon PBB gagal mengemukakan penyata kewangan pada tahun 2006.Pun begitu, Ali berjaya menjadi calon setelah menyerahkan penyata tersebut walaupun lewat.

N03 TANJONG DATU

Puan Nani binti Sahari dilahirkan pada 13 September 1966 dan berumur 42 tahun,berasal dari Kampung Pulo,Petra Jaya Sarawak.Mendapat pendidikan di SMK Lumba Kuda,Padungan sebelum menyambung pengajian di UITM pada tahun 1993.

Puan Nani kini bekerja sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak.Sebelum menyertai Pas tahun lalu,Puan Nani merupakan Ketua Wanita PKR pada tahun 2009.Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri dan Ketua Wanita Pantai Damai,Santubong.

Dalam pilihanraya kali ini,beliau akan menghadapi saingan tiga penjuru antara beliau dan dua lagi calon iaitu Tan Sri Adenan Satem dari PBB dan calon Bebas,Gilbert Asson Kulong.Untuk rekod,sebelum ini PKR menurunkan calonnya Sobey Daud di Tanjung Datu pada tahun 2006 tetapi hilang deposit.

Tiada jambatan, masih bergantung kepada feri

Posted: 07 Apr 2011 07:14 AM PDT


Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil buminya. Namun begitu, kemudahan yang disediakan kerajaan BN masih didapati mundur jauh terkebelakang berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

Sebagai contoh, penggunaan feri masih meluas jika dibandingkan dengan pembinaan jambatan untuk kemudahan rakyat menuju kesatu-satu destinasi.

Pengalaman para blogggers disana mendapati agak sukar untuk ketempat penamaan calon jika menggunakan jalan darat kerana perjalanan dari Kuching ke Sadong Jaya memakan masa 3 jam manakala menyeberangi sungai hanya 1 jam 45 minit sahaja.

Bayangkan jika jambatan dibina bagi menggantikan feri yang memerlukan pengguna terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan giliran serta keadaan air yang pasang surut, memaksa perkhidmatan feri terhenti tidak mengira masa.

Agak malang sekiranya perjalanan waktu malam. Sekiranya waktu kita sampai jam 10 malam, walaupun sudah beratur panjang, feri akan memberhentikan perkhidmatannya. Seorang blogger terpaksa bermalam dihotel murah disitu akibat feri berhenti perkhidmatan kerana air surut.

Sungai Samarahan tidaklah luas sangat, boleh di bina jambatan. Tambang feri untuk sebuah kereta RM1 dan lori pula RM3. Selenggaraan perkhidmatan feri ini dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak.

Beratur panjang menunggu giliran menaiki feri



Ketibaan feri

Jom naik

Keadaan didalam feri

Konduktor feri sedang memungut duit tambang

Orang disebelah sana dah tak sabar menanti



Hari penamaan calon di N.20 Sadong Jaya

Posted: 07 Apr 2011 06:54 AM PDT

Hari penamaan calon di N.20 Sadong Jaya, Sarawak menyaksikan Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi Awang bersama Mustafa Ali, Hassan Ali, Idris Ahmad, Nasruddin Tantawi dan beberapa pimpinan lagi mengiringi calon Pas disini.


Tuan Guru Presiden tiba

Mengiringi calon

Menunggu pengumuman

Pihak SPR membuat pengumuman

Pertandingan tiga penjuru diantara BN, Pas dan Bebas

Ucapan tahniah daripada Mustaffa Ali

Calon, Abang Eddy Alyanni memohon restu daripada Tuan Guru Haji Hadi

Polis Sarawak tidak kenal Presiden PAS?

Posted: 07 Apr 2011 06:31 AM PDT


Peristiwa ini berlaku pada hari penamaan calon di Sadong Jaya, Sarawak. Apabila rombongan daripada PAS hendak masuk ke kawasan penamaan calon tersebut, Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang telah ditahan oleh seorang pegawai polis (2 paku) daripada masuk dengan katanya "maaf pak haji saya tak boleh benarkan masuk, kena tunggu orang sana masuk dulu".

Kata-katanya itu telah disanggah oleh peguam Pas, Sdr Khairuddin, "Ini bukan Pak Haji".

Antara dialog mereka yang didengari oleh blogger Anak Muaallaf tadi...

Polis: " maaf pak haji..saya tak boleh benarkan masuk, kena tunggu orang sebelah sana masuk dulu"

Khairuddin : Ini bukan pak haji..ini tok guru kami..kenapa kami tak boleh masuk? mana undang2 yang menyatakan kami tak boleh masuk? kami parti yang akan bertanding.."

Polis : "nanti saya masuk tanya di dalam.."

Khairudin : "Saya lawyer ..saya tahu undang-undang"

Polis : "Tak boleh ..tak boleh ..saya akan tanya di dalam..(sambil tangannya hendak menyentuh Tok Guru)

Khairudin : (dengan suara keras)..." Jangan sentuh Presiden kami..."

Bila polis itu memusing ke belakang..Seorang sarjan pula berkata boleh masuk..Sarjan ini minta maaf kerana berlaku kekecohan..



Akibat media yang begitu berat sebelah dan tidak mengamalkan demokrasi tulen, inilah padahnya sehinggakan anggota polis yang mempunyai pangkat pun tidak kenal akan Presiden Pas.

Begitu memalukan sekali.


Blogger Perak berkampung di Sarawak

Posted: 07 Apr 2011 06:15 AM PDT


Para bloggers daripada Perak kini berkampung di Sarawak dengan menggalas misi melaporkan kempen calon-calon Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya negeri Sarawak.

Segala laporan mereka meliputi blog dan facebook yang akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa. Setakat ini, kemudahan yang disediakan laman facebook menjadi wadah terpantas untuk mereka melaporkan segala berita dan gambar-gambar kepada warga.

Bagi anda yang tidak mempunyai akaun facebook untuk mengikutinya, saya akan cuba untuk menyiarkan laporan dan gambar-gambar mereka untuk tatapan anda semua.

InsyaAllah, jika masa dan talian internet (agak slow sekarang ini) mengizinkan, kita ikuti apa yang berlaku di Sarawak di dalam blog ini.

Tiada ulasan: