Muslimeen United |
- Terbukti PDRM hanya menjaga kepentingan Umno
- Apa Dah Jadi Ni Cikgu?
- Rakyat Sarawak bersama PAS/Pakatan Rakyat!!!
- SPRM Mandul Untuk Menyiasat Kes Libatkan Pemimpin UMNO BN
- Ku Li : Henti Anak Tiri Negeri Pembangkang, Kembalikan Hak Royalti Kelantan
- Sembelih Burung Enggang, 4 Anggota Tentera Disiasat
- Jangan terpedaya janji 5 tahun sekali
- Pemuda bawa Bob jelajah KT sampaikan mesej PGU100K
- BN guna fitnah untuk kekal berkuasa
- Isu minyak saja sudah cukup memperbodohkan Rakyat
- Pelajar Anak Yatim, 7 Tahun, Dipukul Guru Sehingga Koma
- S'wak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya'
- Wardina Kongsi Tips Latih Anaknya Lekat Solat 5 Waktu.
- Jubah Peninggalan Rasulullah..
- Penduduk 6 kampung mahu tunjuk ‘kemarahan’ kepada Taib Mahmud
Terbukti PDRM hanya menjaga kepentingan Umno Posted: 03 Apr 2011 09:13 AM PDT KLANG : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali. Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain. Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu. - TVSelangor News p/s: Termasuklah makluman KPN yang HANYA BERANI memperakui ketulenan video seks TANPA BERANI memperakui siapa pelakon yang terdapat dalam video berkenaan. Jika siasatan dilakukan terhadap SIAPA PELAKON video seks berkenaan, UMporNO pasti akan kantoi! Itulah yang cuba dielakkan oleh KPN. |
Posted: 03 Apr 2011 09:11 AM PDT Cikgu : Menunjuk Teladan atau Menjadi Perosakkan Fikiran (Akhlak)? Bukan untuk mengaibkan tetapi sekadar renungan dan muhasabah diri. Tugas guru adalah mendidik para pelajar untuk menjadi pelajar sebagai insan yang berguna. Bukan saja menjadikan pelajar baik dalam akademi tetapi baik dari segi akhlak dan moral. Moral dan akhlak guru perlulah terjaga untuk menjaga moral dan akhlak pelajar. Maka tidak heran jika ramai pelajar rosak moral dan akhlak jika keadaan begini terus berlaku. -fariszaz |
Rakyat Sarawak bersama PAS/Pakatan Rakyat!!! Posted: 03 Apr 2011 09:08 AM PDT Presiden PAS bersama rakyat sarawak KOTA SAMARAHAN, 3 April: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat Sarawak agar menjaga perinsip dan maruah diri dan tidak terlalu mudah 'dibeli' dengan sedikit habuan menjelang pilihan raya negeri ini. Berucap sewaktu melancarkan gerak kerja pilihan raya bagi Dun Muara Tuang ,(gambar) malam tadi, presiden PAS itu berkata, rakyat sebenarnya berkuasa memilih pemimpin mana yang baik untuk menjadi wakil mereka dan bukan memelih kerana dibeli. "Rakyat di negeri jangan memilih pemimpin yang cuba membeli kita pada musim-musim (pilihanraya) seperti ini. "Kita mempunyai maruah yang tinggi dan berkuasa menentukan siapa pemimpin yang perlu kita pilih," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Turut hadir dalam majlis perlancaran berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar. Sambil mengingatkan rakyat agar memilih pemimpin yang mampu membangkitkan masalah mereka, Tuan Guru Abdul Hadi berkata Sarawak tidak memerlukan pemimpin yang hanya turun lima tahun sekali untuk menabur janji. Apatah lagi ujarnya, selama BN memerintah di Sarawak, mereka hanya menjaga kroni-kroni mereka khususnya yang rapat dengan Ketua Menteri (KM) Sarawak, Penin Sri Haji Abdul Taib Mahmood. "Kita tidak mahu pemimpin yang hanya muncul lima tahun sekali dan membeli kita dengan menabur pelbagai janji pembangunan. "Negeri Sarawak kaya dengan pelbagi hasil sepeti minyak, balik dan hasil bumi yang lain. Tetapi kekayaan itu hanya berpusing disekitar mereka (BN) dan yang rapat dengan KM," ujarnya. Tambahnya lagi, Sarawak menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia akibat kerakusan pemimpin BN di negeri ini yang mencuri duit rakyat. (Presiden PAS bergambar dengan petugas PAS di Muara Tuang- gambar Rizal Tahir) Sehubungan itu, rakyat nasihatnya, perlulah memilih pemimpin yang amanah dengan harta negeri dan ini dibuktikan oleh pemimpin PAS yang telah memerintah di negeri seperti Kelantan, Terengganu (1999-2004) dan Kedah. Tambahnya lagi, PAS yang dasarnya ialah Islam, memberi jaminan sesekali tidak menganggu hak agama lain untuk mengamalkan amalan agama mereka. "Menjadi dasar PAS yang asasnya Islam, menjamin hak dan amalam agama lain. Islam membenarkan agama lain diamalkan secara bebas tanpa diganggu," ujarnya. -Hrkh |
SPRM Mandul Untuk Menyiasat Kes Libatkan Pemimpin UMNO BN Posted: 03 Apr 2011 09:07 AM PDT Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jatuh ke tahap paling rendah apabila dua pegawainya tersasul dalam satu sidang media mengenai kegagalan suruhanjaya itu menyiasat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud menimbun harta kekayaannya. Sejak akhir-akhir ini, Taib kerap menjadi sasaran pendedahan di Internet mengenai timbunan kekayaan dan pemilikan tanah yang luas di mana banyak laporan telah dibuat kepada SPRM. Dalam satu sidang media bagi membentangkan laporan tahunan dari jawatankuasa aduan SPRM pada 31 Mac lalu, kedua-dua Ketua Pesuruhjaya Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Mohd Nor Abdullah berdepan dengan soalan bertalu-talu dari para wartawan mengenai sikap membisu SPRM berhubung dakwaan yang telah sekian lama dibuat terhadap Taib. Ketika mana Abu Kassim cuba mengelak, reaksi Mohd Nor jelas menunjukkan sikap tidak senang beliau. Kedua-dua mereka memberi mesej bahawa "Taib tidak boleh disentuh, jangan kamu cuba mendesak kami lagi". Kepada soalan daripada para pemberita seperti, sama ada aduan daripada orang ramai telah diterima, sama ada fail telah dibuka, berapa banyak kes, sama ada pendakwaan akan dilakukan, Abu Kassim hanya memberi jawapan-jawapan yang tidak relevan. Beliau berkata, "kita perlu menyiasat semua kes rasuah, kita tidak boleh menolak perlunya penyiasatan, berdiam diri tidak bermakna tidak ada tindakan, dan sebagainya." Apabila datang lagi soalan daripada para wartawan, beliau mengulanginya seperti burung kakak tua: "Apabila ada aduan, kami akan siasat". Mohd Nor, yang duduk bersebelahan Kassim, menyampuk dengan memberi amaran kepada para pemberita supaya tidak bertanya lagi. Nampak jelas, berdasarkan latar belakangnya sebagai hakim mahkamah rayuan, beliau memberitahu para pemberita supaya tidak melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), yang menyebut berita hanya boleh diterbitkan jika terdapat alasan yang munasabah ianya boleh dipercayai. Beliau berkata, "jika kamu soal saya sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Ketua Menteri itu, kamu mungkin telah melanggar Akta tersebut, kerana kamu membuat andaian bahawa Taib terlibat dengan rasuah. "Kamu tidak boleh 'memancing' bukti" "Kamu tidak menyoal saya begitu. Kamu tidak boleh cuba "memancing" bukti. Adakah kamu telah membuat penyiasatan? Selidik kebenaran dahulu, kemudian tanya?," soal Mohd Nor. Tatkala Abu Kassim kelihatan resah untuk menyentuh apa-apa berkenaan Taib, tindakannya itu hanya mengesahkan berita yang sudah pun menjadi pengetahuan umum. SPRM menjadi mandul untuk menyiasat kes yang melibatkan tokoh-tokoh besar dalam Barisan Nasional. Tindakan Mohd Nor yang garang dan berupa ugutan yang bodoh itu terhadap wakil media telah menimbulkan kemarahan orang ramai, yang sebelum ini tidak begitu ambil peduli. Mohd Nor bercakap seolah-olah kita tidak tahu mengenai timbunan bukti-bukti mengenai kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Taib yang dibongkar dan disebarkan melalui Internet. Bukti-bukti tentang salah laku beliau boleh dikumpulkan berjilid-jilid dan begitu terperinci sehingga kita boleh menerbitkan sebuah buku yang tebalnya 2 inci, yang secara rasmi diserahkan kepada SPRM. Laporan yang dibuat hampir setahun lalu hanya membawa kepada sikap membisu dari SPRM. Laporan-laporan tentang dakwaan terhadap Taib, kebanyakannya diperolehi dari laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) yang menceritakan secara terperinci tentang harta kekayaan keluarga Taib yang bernilai berbilion ringgit dalam bentuk hartanah di luar negara, syarikat-syarikat Malaysia dan pemilikan tanah yang sangat luas di Sarawak. Sarawak Report membutirkan secara terperinci, yang sungguh menakjubkan, tentang aset keluarga Taib, lengkap dengan bukti pemilikan yang diceduk dari pejabat pendaftar tanah dan pendaftar syarikat. Mungkin kerana laporan yang terlalu detail ini, di mana bukti-bukti tidak dapat disangkal lagi, membuat pegawai-pegawai SPRM gundah gulana dan kelihatan bodoh di depan orang ramai. Mengenai contoh begitu banyak laporan yang boleh didapati dari Sarawak Report, laman sesawang itu baru-barunya memuatkan pengkalan data dari Jabatan Ukur dan Tanah Sarawak yang mendedahkan bahawa beribu-ribu ekar tanah yang diambil sejak beberapa tahun kebelakang ini. Kebanyakan tanah-tanah itu disalurkan kepada kroni dan keluarga yang rapat dengan Taib dengan bayaran premium yang sangat rendah. Lebih 1.5 juta hektar tanah NCR dirampas Banyak dari tanah-tanah ini, yang berjumlah lebih 1.5 juta hektar, yang berupa tanah adat (NCR), dirampas secara rahsia daripada penduduk pribumi, hingga menyebabkan mereka terpaksa membuat lebih 200 tuntutan dan aduan. Beberapa kes telah didengar di mahkamah yang keputusannya memihak kepada para pemilik tanah itu, dan ini membuktikan terdapat kerja rampasan tanah oleh Taib. Sebagai bukti keluarga Taib menikmati faedah dari rampasan tanah haram ini, nama kira-kira 50 buah syarikat yang terdapat dalam buku daftar Tanah sebagai penerima asal tanah dari negeri itu yang disenaraikan, setiap satu daripadanya ada kaitan dengan keluarga Taib. Satu lagi berita buruk buat Taib ialah pendedahan terhadap "senarai hitam" 49 syarikat di seluruh dunia, yang setiap syarikat itu ada kaitannya dengan keluarga Taib. Senarai ini, yang didedahkan oleh Dana Bruno Manser, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Switzerland, yang berjuang untuk memelihara kepentingan penduduk pribumi Sarawak, menunjukkan 13 dari syarikat ini berpengkalan di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, bakinya di UK dan di tempat-tempat lain di dunia ini. Yang indahnya dari episod rasuah Taib ini ialah Taib sendiri tidak menafikan tentang kewujudan aset kekayaan luar biasa keluarganya. Dalam satu wawancara bersempena kempen siber yang dilancarkan baru-baru ini oleh beliau sendiri bagi menangkis serangan berupa tuduhan terhadap kekayaannya, beliau menyifatkan kekayaan keluarganya akibat dari sifat keusahawanan dan kebijaksaan anaknya Jamilah. Taib menerangkan bahawa apabila beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan pusat tiga dekad lalu, beliau memberi sedikit wang kepada Jamilah untuk membolehkan beliau menjalankan perniagaan di Kanada. Berdasarkan kepintarannya dalam bidang perniagaan, perniagaan itu berkembang menjadi empayar perniagaan bertaraf antarabangsa. Ketika kita masih terkial-kial dalam imajinasi kita bagi menerima hakikat kebenaran cerita Taib bagaimana kekayaan boleh dibina sebegitu pantas, jawapannya terdapat dalam satu lagi wawancara. Untuk mensahihkan ceritanya tentang kekayaan yang dimiliki, Taib menjelaskan bahawa beliau tidak ada pilihan melainkan dengan menjalankan perniagaan di luar negeri 30 tahun yang lalu, ketika mana anak-anaknya sedang belajar, sudah pun menjalankan perniagaan. Konflik kepentingan Beliau berkata, "saya tidak mahu konflik kepentingan ini menghantui saya pada setiap masa. Jika saya menjalankan perniagaan dalam negeri, orang akan berkata, saya menggunakan pengaruh saya untuk mengkayakan diri sendiri, maka kami mengusahakannya di luar negara." Apa jenis penipuan ini! Siapa di Sarawak yang tidak kenal bahawa sebuah konglomerat yang terbesar, menjadi syarikat induk empayar peniagaan keluarga Taib, mendapat kontrak-kontrak yang lumayan, hingga menyebabkan komuniti perniagaan dari negeri itu menjadi marah. Apa jenis penipuan yang secara terang-terangan begini? Bagaimana dapat kita menilai kredibiliti cerita kekayaan berbilion ringgit Taib ini? Dalam menghadapi bukti tentang aktiviti rasuah yang begitu luas ini, Mohd Nor terpaksa membuat ugutan kepada mereka yang bertanya, seolah-olah Taib menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas. Kisah Taib Mahmud ini hanya merupakan salah satu cerita skandal rasuah mega melibatkan pemimpin elit Barisan Nasional yang kerap kali dilindungi oleh institusi penguatkuasa seperti SPRM, polis, Ketua Peguam Negara atau bidang kehakiman. Sandiwara SPRM yang terbaru ini hanya mengesahkan tidak ada yang berubah sungguhpun Perdana Menteri Najib Tun Razak sering mencanangkan tentang reformasi melalui slogan-slogannya. -FMT |
Ku Li : Henti Anak Tiri Negeri Pembangkang, Kembalikan Hak Royalti Kelantan Posted: 03 Apr 2011 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR 3 APRIL : Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri pembangkang dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan . |
Sembelih Burung Enggang, 4 Anggota Tentera Disiasat Posted: 02 Apr 2011 10:44 PM PDT Bagan Datoh: Empat anggota tentera yang menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum seperti tersebar luas dalam lawan web sosial facebook dan blog akhir bulan lalu, disiasat dan didakwa mengikut Akta Tentera dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan semua anggota berkenaan disiasat berhubung kejadian itu. Kelmarin, beberapa akhbar dan laman portal berita tempatan memaparkan satu foto menunjukkan beberapa anggota tentera memegang seekor burung enggang disembelih. Perkara ini bukan saja mendapat bantahan orang ramai dan Persatuan Pencinta Alam, sebaliknya kerajaan negeri turut memandang serius perkara itu. Katanya, siasatan mendapati, seorang anggota berpangkat pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan menemui spesies burung terancam itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas menjadi buruan pemburu lain. "Mereka (anggota tentera) kemudian menyembelih burung itu dan merakam gambar bersama bangkai haiwan itu sebelum menyebarkan di laman web sosial. "Perbuatan itu sangat dikesali dan kita tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikan," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa, Hutan Melintang, di sini, semalam. Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman kesal dengan perbuatan itu dan mahu perkara itu disiasat. -HM |
Jangan terpedaya janji 5 tahun sekali Posted: 02 Apr 2011 10:41 PM PDT KOTA SAMARAHAN, 3 April: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat Sarawak agar menjaga perinsip dan maruah diri dan tidak terlalu mudah 'dibeli' dengan sedikit habuan menjelang pilihan raya negeri ini. |
Pemuda bawa Bob jelajah KT sampaikan mesej PGU100K Posted: 02 Apr 2011 07:48 PM PDT Setiausahanya Wan Faizul Abas berkata, program 'santai' itu dianjurkan bersama dengan pemuda 'bandaraya' Kuala Terengganu yang dimulakan dengan minum pagi di pasar Cabang Tiga dan berakhir di Pasar Besar Kedai Payang. (Gambar kiri - bertemu dengan orang ramai di Pasar Cabang 3 selepas minum pagi di kedai 'sup bebola ikan Nazim'.) "Ia adalah pendekatan bersemuka dengan masyarakat bandar, disamping kita mengedarkan risalah bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno', (PGU), "terutamanya memberi awasan dan kesedaran tentang program Himpunan Kbangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) kali ke-3 yang akan diadakan di Kuala Terengganu Mei depan,"ujarnya ketika ditemui. Wan Faizul berkata, pimpinan PAS negeri Terengganu telah memutuskan PGU kali ke-3 ini di panggil sebagai 'PGU100K' yang mensasarkan 100,000 orang kehadiran ahli, penyokong serta pendokong PAS dan Pakatan Rakyat ke program tersebut. (Gambar kanan - bersama orang ramai di suatu pameran kesihatan di Mydin Mall, disebelah kiri Bob adalah Wan Faizul) Katanya, kedua-dua Himpunan PGU, kali petama di Chukai, Kemaman dan PGU kali ke-2 di Jerteh, Besut, telah berjaya menghimpunkan masing-masing, lebih 50,000 hadirin. "Justeru, pemuda mengambil langkah awal mempromosikan PGU100K, sempena lawatan Bob ke Kuala Terengganu,"katanya. -BO |
BN guna fitnah untuk kekal berkuasa Posted: 02 Apr 2011 07:35 PM PDT |
Isu minyak saja sudah cukup memperbodohkan Rakyat Posted: 02 Apr 2011 07:32 PM PDT TIDAK sukar untuk membaca maksud yang tersirat seperti yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung kenaikan minyak petrol. Petikan Malaysiakini hari ini melaporkan, " Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan. Apabila kita membaca kenyataan dari menteri berkenaan, kita sudah boleh merasakan akan berlaku sesuatu selepas pilihanraya negeri di Sarawak nanti. Menteri ini sibuk menasihati rakyat jangan terlalu bergantung kepada subsidi, tetapi yang mendapat subsidi paling banyak siapa? Menteri ini tidak menasihatkan syarikat-syarikat besar atau GLC yang kini terlalu mewah dengan subsidi kerajaan. Mengapa rakyat yang menteri ini sedar kebanyakannya hidup susah di`bebel'kan dengan subsidi? |
Pelajar Anak Yatim, 7 Tahun, Dipukul Guru Sehingga Koma Posted: 02 Apr 2011 07:31 PM PDT Pelajar dipukul hampir dua jam ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan. Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit. Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu. Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah. "Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin," katanya. Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB. "Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri. "Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan," katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam. Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri. Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu. "Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin. Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini. "Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin," katanya. Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. -HM
|
S'wak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya' Posted: 02 Apr 2011 07:26 PM PDT Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pemerintahan berterusan BN sejak Sarawak mencapai kemerdekaannya pada 1963 telah membantutkan demokrasi dan menafikan rakyat daripada menikmati kemewahan daripada negeri itu yang kaya dengan sumber alam semulajadi. "Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya'," kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam semalam. Gurauan Lim mengenai buaya itu menyaksikan lebih 500 hadirin gelak besar yang dikaitkanya dengan reptilia yang membaham manusia yang terdapat di sungai-sungai di Sarawak dengan pemimpin kerajaan yang korup. "Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu," kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya. Lim kemudian menjadikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai sasarannya dan mempersoalkan keikhlasan janjinya untuk bersara selepas pilihan raya. Hadirin sekali lagi menjerit "Tidak!" apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006. Ketiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian. "Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?" soal Lim. Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa. "Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan," katanya. -M'kini |
Wardina Kongsi Tips Latih Anaknya Lekat Solat 5 Waktu. Posted: 02 Apr 2011 03:50 PM PDT Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda... I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off... I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday... we had a talk... (check note lama) tapi preparation since 6 la... tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat.... she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti.... But it is very important to keep this in mind:- 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar.... ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!" 3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat..... 4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness) 5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun. Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat... i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers... sorang je kat dalam surau tu.... i wanted to pengsan and cry... she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her... i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap"..... cair nya hatiku ini. Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia.... and called nenek at Australia... now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!! And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night..... But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan? -fb wardina |
Jubah Peninggalan Rasulullah.. Posted: 02 Apr 2011 03:49 PM PDT Jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad SAW. Berikut ini foto-foto jubah Nabi Muhammad SAW yang disimpan di dalam peti dengan tutup kaca agar penonton dapat melihat betapa besarnya jubah Nabi Muhammad SAW. yang sampai kini dapat dilihat. dan ditutup dengan kotak kaca. Wallahualam... |
Penduduk 6 kampung mahu tunjuk ‘kemarahan’ kepada Taib Mahmud Posted: 02 Apr 2011 03:47 PM PDT SERIAN: Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka. Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak. "Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini. Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit," katanya kepada KeadilanDaily. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini. Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat. Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh. "Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi," kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu. Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan. "Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya negeri kali ini. Sama ada kami menang atau pun kalah dalam kes itu, keputusan kami muktamad. Kami mahu menghukum Taib dan BN," tegas Daud. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan