Ahad, 3 April 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Sekitar Pengkebumian Seri Bayu

Posted: 03 Apr 2011 04:20 AM PDT

PORT DICKSON, 3 April -- Jenazah Allahyarham Jamaludin Sulik, 45 atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu disembahyangkan di Kampung Telok, Batu 12, di sini hari ini. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira 8.30 malam tadi akibat penyakit saraf.

Jenazah Allahyarham Jamaludin Sulik, 45, atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu di bawa keluar dari rumah untuk disemadikan di tanah perkuburan Kampung Telok, Batu 12, di sini hari ini.

Isteri Allahyarham Jamaludin Sulik, 45 atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad (Erema) menyirami air mawar di pusara suaminya di tanah perkuburan Kampung Telok, Batu 12, di sini hari ini.

Kredit : Bernama

Bahana Cinta Facebook, Isterinya Rupa-rupanya LELAKI

Posted: 02 Apr 2011 11:18 PM PDT

BEKASI - Fransiska Anastasya Octaviany mengaku 'suka-suka' berkahwin dengan Muhammad Umar, warga Bojongsari, Bekasi, Jawa Barat.

"Saya hanya suka-suka saja, habis kehidupan saya hancur dan keluarga di rumah pun tak pernah akur," ujar Fransiska, di Jakarta, Ahad (3/4/2011)

Fansiska mengaku sengaja membuat identiti palsu untuk bernikah dengan Umar. "Habis penduduk di sana memaksa saya menikah, kerana sempat seminggu tidur di rumah Umar. Saya sebenarnya nggak cinta sama Umar," tambah 'wanita' ini.

Fransiska atau nama sebenarnya Rahmat Sulityo

Fransiska bukanlah nama sebenarnya. Fransiska adalah seorang lelaki yang nama sebenarnya ialah Rahmat Sulityo. Dia menikah dengan Muhammad Umar, seorang pekerja kilang di kawasan Cileungsi, Bogor.

Identiti sebenar Fransiska terbongkar setelah suaminya dan penduduk kampung mulai curiga apabila melihat perubahan Fransiska, di dagunya tumbuh janggut dan gaya jalannya umpama lelaki.

Fransiska Anastasya Octaviany atau Icha mengaku bekerja sebagai seorang pramugari ketika berkenalan dengan Muhammad Umar, warga Bojongsari, Bekasi, Jawa Barat.

Perkenalan Fransiska dengan Umar bermula di facebook pada Ogos 2010. Selama perkenalan mereka, Umar tidak menyedari Fransiska adalah seorang lelaki. Fransiska memakai jilbab untuk menutupi identiti sebenarnya.

Daftar perkahwinan di antara Fransiska dan Umar
Foto perkahwinan Fransiska dan Umar

Fransiska menikah dengan Umar pada akhir September 2010. Lelaki yang nama sebenarnya Rahmat Sulityo itu meminta salah seorang temannya untuk mengaku sebagai ibu bapa kandung.
tumbuh jenggot dan jalannya pun bak laki-laki.

Fransiska kini menjadi tahanan polis di Jatiasih, Bekasi, Jawa Barat, kerana tuduhan melakukan pemalsuan identiti.


Kredit : Inilah

Makanan Kegemaran Saya Ialah SOFA, Ya..Kerusi SOFA

Posted: 02 Apr 2011 05:14 PM PDT

Ketika kebanyakan orang lain gemar mengunyah makanan manis seperti kek dan biskut, seorang ibu di Amerika mempunyai kegemaran yang sangat berbeza.

Ibu kepada lima orang anak dari Florida ini ketagihan makanan ringan - jenis mewah, kebanyakan orang biasanya hanya duduk di atasnya untuk menikmati makanan malam mereka.

Adele Edwards gemar mengunyah isi barangan rumahnya - seperti gelang getah dan barangan yang berasaskan getah.

Namun, kelemahannya yang paling besar ialah mengunyah getah polister sofanya!.


Ia mengejutkan, seumur hidupnya, ia telah memakan lapan settee dan lima kerusi, iaitu lebih dari 100kg kusyen.

Doktor telah memberi amaran kepada ibu berusia 30 tahun itu bahawa ketagihannya boleh membunuh, tetapi dia tidak dapat menahan dirinya.

Adele Edwards dipercayai mengalami gangguan, yang disebut Pica, di mana pesakit sering makan benda-benda yang tidak boleh dimakan.

Bahkan baru-baru ini dia terpaksa menerima rawatan kecemasan, sehingga potongan kusyen polister itu dapat dikeluarkan dari ususnya.

Menurut Adele Edwards: "Kalip pertama aku mengenali kusyen bantal adalah ketika aku berusia 10 tahun. Pada mulanya, ia agak pelik (memakannya), tetapi selepas menghisap lebih lama, aku mula menggemarinya. "

Bermula dari saat itu, ia mula sering memakan kusyen dan akan menelan potongannya 'seolah-olah ia gula-gula kapas'.

"Kedengarannya memang aneh, tetapi bagi saya, kusyen itu terasa seperti gula-gula."

Keinginannya yang 'cukup ekstrim itu, boleh mempengaruhi kehidupannya dengan lebih buruk'.

Menurut laman web Challenging Behaviour Foundation, turut ada beberapa orang yang mengalami masalah seperti memakan puntung rokok, bahkan juga najis.

Kredit : Metro

Tiada ulasan: