Ahad, 3 April 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kaum Iban berpaling tadah, tekad untuk menangkan Pakatan

Posted: 03 Apr 2011 08:19 AM PDT

SARAWAK: Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka.

Ini dapat dilihat menerusi sokongan yang melimpah ruah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan di sebuah kampung yang menempatkan Rumah Panjang Bama Nanga Risau Awik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seratok, sedangkan ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan.

"Kalau dulu, nak dapat 20 orang hadir ke program Keadilan, memang susah. Tapi sekarang, dengan notis singkat pun kita berjaya kumpulkan seluruh penduduk kampung.

"Ini melambangkan harapan rakyat Sarawak untuk berubah," kata Ketua Umum KEADILAN itu pada program ramah mesra bersama mereka yang majoritinya berketurunan Iban.

Dalam terik matahari, penduduk Krian berbondong-bondong mengikuti ucapan Anwar

Anwar berkata, masyarakat Iban harus berhenti memberi sokongan kepada BN yang menindas rakyat dengan merampas tanah adat kaum etnik di negeri itu dan memberi peluang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru.

"Sebab apa kita nak ubah, nak perintah? Kita sendiri tahu masalah tanah adat di Sarawak. Tanah orang Ibanlah yang paling banyak dirampas.

"Sebab itu, kita nak angkat wakil rakyat yang amanah. Yang betul-betul merasai, memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Bukannya pemimpin yang hanya tahu berjanji, kemudian ambil balak, ambil tanah orang kampung,' katanya kepada kira-kira 300 hadirin.

Terdahulu, Anwar singgah di Kampung Tuie, Saribas dan turut menerima sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 500 penduduk kampung hadir meskipun ceramah diadakan di kawasan tidak berbumbung dalam cuaca terik.

Dalam ceramah, beliau mempersoal gelagat pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang melakukan jenayah dengan merampas hak rakyat tanpa rasa bersalah.

"Kalau orang Kampuiung Tuie curi motor, kena tangkap. Tapi, kenapa bila orang kaya curi balak, tak kena tangkap. Bahkan dinaikkan pangkat. Ini negeri ada undang-undang. Tak mengapalah kalau Sarawak lambat berbanding Semenanjung, asalkan mereka sanggup berubah," katanya.

DUN Sarawak: DAP umum 10 calon lagi, empat muka baru

Posted: 03 Apr 2011 05:14 AM PDT

SIBU, 3 April — DAP mengumumkan senarai nama 10 lagi calon parti itu yang akan bertanding di kawasan tengah dan utara pada pilihan raya negeri 16 April ini dengan menampilkan empat lagi muka baru, termasuk seorang wanita.

Senarai pertama lima calon bagi kawasan selatan diumumkan di Kuching semalam yang menyaksikan tiga muka baru.

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada sidang akhbar tengah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng, yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek di sini dan mengetuai cabaran negeri untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding dengan pilihan raya negeri 2006.

Laporan Bernama Online menyebut empat muka baru berkenaan ialah Ketua Wanita DAP cawangan Sibu Alice Lau Kiong Yieng yang akan bertanding di DUN Bawang Assan, Yap Hoi Liong di DUN Dudong, Ling Sie Kiong di DUN Piasau dan pengerusi DAP Limbang Leong Kwang Yew di DUN Bukit Kota.

Ling, 28, seorang peguam, dipertanggungjawabkan untuk menentang calon BN iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam di DUN Piasau.

Penyandang Chiew Chiu Sing, ahli perniagaan dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, akan mempertahankan kerusi DUN Kidurong di Bintulu.

Sementara itu, Lau, 29, ahli farmasi yang merupakan anak pemimpin Cina terkemuka dan Presiden United Chinese Association Sibu Datuk Lau Cheng Kiong, ialah calon wanita yang kedua dipilih parti untuk bertanding pada pilihan rayac negeri ke-10 ini.

Sebelum ini, parti menamakan Cristina Chiew sebagai calon untuk DUN Batu Kawah dan mengekalkan penyandang Violet Yong bagi DUN Pending.

Lim juga mengumumkan penyandang Ting Tze Fui, 29, untuk mempertahankan kerusi DUN Meradong yang dimenanginya buat pertama kali dalam pertandingan lima penjuru pada pilihan raya negeri yang lepas.

Calon-calon lain ialah setiausaha publisiti DAP negeri David Wong Kee Woan (Pelawan), pengerusi DAP cawangan Sarikei Dr Wong Hua Seh (Repok) dan penolong setiausaha DAP negeri Fong Pau Teck (Pujut), yang telah bertanding pada pilihan raya negeri dan pilihan raya Parlimen yang lepas tetapi tewas.

Pada pilihan raya negeri 2006, David Wong, 48, bertanding di DUN Bawang Assan tetapi kalah kepada penyandang Datuk Seri Wong Soon Koh daripada BN, manakala Hua Seh, 59, yang bertanding pada pilihan raya Parlimen 2006 di Sarikei, tewas dengan perbezaan 51 undi sahaja kepada calon BN Ding Kuong Hing dalam pertandingan lima penjuru.

Fong, 41, seorang ejen insurans menentang Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam di DUN Piasau pada pilihan raya negeri yang lepas tetapi tewas dengan 3,918 undi.

Semalam, Lim mengumumkan di Kuching senarai nama lima calon DAP bagi kawasan selatan. Mereka terdiri tiga muka baru — Wong King Wei (Padungan), Christina Chiew Wang See (Batu Kawah) dan Leon Jimat Donald (Simanggang) manakala Violet Yong dikekalkan di DUN Pending dan naib pengerusi DAP dan setiausaha parti negeri Chong Chieng Jen (Kota Sentosa).

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP yang bertanding di 12 kerusi telah mencipta sejarah apabila memenangi enam kerusi, kejayaan terbesar pernah dicapai parti itu di Sarawak.

Cawangan Umno bubar, Ranting ke-16 Lembah Pantai ditubuh

Posted: 03 Apr 2011 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umno cawangan Linear City 2 hari ini dibubar berikutan timbalan ketuanya, Mahadi Mohd Nor bersama hampir 20 penyokong beliau meninggalkan parti itu dan menyertai KEADILAN.

Pembubaran cawangan itu diganti dengan penubuhan Ranting baru KEADILAN yang ke-16 dalam Parlimen Lembah Pantai.

Borang penyertaan diserahkan kepada Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai yang juga Ahli Parlimen, Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Mahadi berkata, beliau menyertai KEADILAN kerana yakin dengan komitmen parti itu bersama Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, komitmen itu jelas apabila Selangor yang diterajui pimpinan KEADILAN, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai dasar kebajikan.

"Di peringkat persekutuan, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat menawarkan dasar kebajikan yang jelas melalui agenda Buku Jingga.

"Antara yang menarik perhatian ialah tekad untuk menurunkan harga minyak dan menghapus tol secara berperingkat-peringkat," katanya pada 3 April lalu.

Mahadi juga mengakui Umno walaupun giat mencerca Buku Jingga dengan pelbagai tohmahan tetapi sebenarnya cuba meniru dasar itu secara diam-diam.

Pada masa ini, katanya, Umno hanya mampu meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang melalui gimik politik.

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, Nurul Izzah menegaskan, KEADILAN sedia menerima individu yang komited bagi menjayakan perubahan besar di negara ini.

Turut hadir majlis itu ialah puluhan pimpinan KEADILAN Cabang Lembah Pantai dan masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Teluk Intan Ditahan Polis

Posted: 02 Apr 2011 11:51 PM PDT

Protes Interlok: MP antara dua ditahan di Batu Caves

KUALA LUMPUR, 3 April — Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran dari DAP dan aktivis MS Arjunan yang mengadakan protes membantah novel kontroversial Interlok ditahan polis tengah hari tadi.

Kempen di pekarangan Batu Caves itu adalah sebahagian protes diadakan sejak lebih sebulan lalu membantah Interlok daripada digunakan sebagai buku teks sastera di sekolah menengah kerajaan.

Dalam mesej Twitternya, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata: "YB Mano Teluk Intan dan M.S. Arjunan dari (NGO) Tamil Students ditahan di Batu Caves kerana mengadakan demonstrasi menentang Interlok. Kata tidak buat BN."

Keluar parti, Najib dibohongi dengan angka palsu

Posted: 02 Apr 2011 11:48 PM PDT

PULAU PINANG: M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu.

"Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti," kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran.

"Kita tidak pernah menerima makluman atau permohonan keluar parti sebanyak yang didakwa Segaran," kata Sim kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam.

Segaran ketika ini mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dan tewas di tangan Sim pada persaingaan pemilihan parti tahun lalu.

Mengulas lanjut, Sim menganggap Segaran sebagai ahli politik penipu kerana pernah membuat kenyataan kepada media untuk kekal bersama KEADILAN walaupun tewas pada proses pemilihan parti.

Beliau berkata, ia tidak membawa kesan kerana ahli parti terutama kaum India di Bayan Baru mengetahui sejarah Segaran yang memang gemar melompat parti demi kepentingan karier politiknya.

Malah, katanya, Cabang Bayan Baru menjadi lebih kukuh dan boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi bertolak ansur dengan ahli parti yang mendatangkan masalah.

"Kita berasa lega kita sudah bebas dari berada dekat dengan sampah sebegini," katanya.

Najib Jadilah PM Yang Berwibawa

Posted: 02 Apr 2011 09:00 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

SUDAH dua minggu isu video lucah bergentayangan di seluruh negara. Semua orang sudah tahu termasuk budak-budak Tadika. Mereka terpinga-pinga dan jadi keliru tentang isu ini. Pemimpin politik negara ini ada dalam video lucah? Bingung. Saya yakin sudah ramai yang menontonya secara haram. Mereka dipanggil seorang demi seorang termasuk (mungkin) ulama?

Ini adalah satu strategi. Tayangan dibuat secara selektif dan eksklusif. Mereka yang menonton akan bercakap mengikut persepsi dan agakan mereka. Ia juga mengikut mood dan selera mereka.


Kalau mereka kebetulan membenci tokoh yang ada dalam video itu akan ditokok tambahkan. Akan diperpanjangkan mengikut selera amarahnya. Manakala kalau kebetulan yang menontonya itu bersimpati kepadanya, dia akan mendiamkan diri saja kalau benar wajah dalam video itu tokoh berkenaan. Tentu mereka akan mengurut dada dan menangis mengenangkan apa yang berlaku.

Saya juga merasakan bukan saja isu video berkenaan sudah melata ke seluruh dunia, mungkin sudah sampai ke Altartika tetapi mungkin kliknya juga sudah pun 'sedia' untuk ditayangkan secara umum. Tunggulah, tidak esok, lusa tidak lusa tahun depan ia akan ditayangkan. Pasti. Saya yakin pihak penerbit, pengedar dan pembikin hanya menunggu masa saja. Tidak timbul lagi mereka takut kerana 'permit tayangan' sudah pun diperolehi.

Saya selalu katakan ada dua kesukaan manusia, memberi tahu kepada orang ramai apa yang dia tahu dan ingin mengetahui sesuatu dan memburunya. Kalau ia ada cerita ia akan bisik atau bikinkan you tube dan sebarkan. Kalau tidak tahu, dia akan bertanya dan mengorek situ dan sini sehingga diperolehi apa yang diinginikan itu.

Hari ini sudah berbagai tafsiran ke atas video berkenaan. Masih samar siapa yang menjadi pelakunya. Tetapi yang menyebar dan mengambil tanggungjawab sudah jelas. Siapa Datuk T sudah pun jelas dan tidak usah diceritakan lagi mengenai latar belakang dan sejarahnya.

Setelah dua minggu cerita video ini sudah 'mencepuahkan' minda rakyat negara ini saya tertanya sendiri kenapa Perdana Menteri Najib Razak masih mendiamkan diri. Belum terdengar ke telinga saya ulasan dari perdana menteri mengenai isu berkenaan.

Tidak seperti isu DNA baru-baru ini Najib mendesak Anwar menyerah sample DNA kepada mahkamah. Tetapi berlainan dengan isu video lucah ini. Najib sok menjadi alim mengenai hal ini. Kenapa? Apakah mendiamkan diri juga salah satu tektik dan strategi?

Sebagai PM Najib tidak boleh duduk diam. Dia perlu bercakap dan mengulasnya. Sebab ia bukan isu personal antara seseorang dengan seseorang. Tetapi sudah menjadi isu umum. Polis pun sudah menyiasat dan mengesahkan akan ketulenan video berkenaan. Najib perlu ingat bahawa dirinya adalah hak dan kepunyaan dua entiti ataupun pihak. Satu hak Umno dan satu lagi hak rakyat. Najib mesti membelah dua jasa dan jiwanya.

Atas kapasiti presiden Umno Najib boleh melakukan apa saja untuk ahli dan penyokong parti itu. Tetapi untuk rakyat beliau kena perlakukan dengan adil dan saksama. Tindakan sebagai ahli politik kena dibezakan dengan tindakan sebagai pemimpin negara.

Apakah dengan mendiamkan diri Najib tidak mahu orang menuduh dia terlibat? Kalau itulah pendiriannya ia adalah salah besar. Apapun mengenai isu video ini kerana ia bermotifkan politik Najib tidak boleh mengelak dari memperkatakannya. Semakin dia menyepikan diri semakin orang mempersoalkan keikhlasannya.

Kalau mengikut perkembangan terbaru, kes video lucah ini semacam akan dibawa ke mahkamah. Kata Ketua Polis Negara, Ismail Omar kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara. Peguam Negara akan menentukan sam ada hendak dakwa atau tidak. Tidaklah pula saya arif siapa yang akan didakwa. Apakah orang bertanggunjawab menyebar, membikin, menonton atau watak-watak yang ada dalam video berkenaan.

Saya ingin memberi pandangan sedikit kepada Najib kalau-kalau hendak dengar. Rasanya baik beliau campur tangan mengenai isu video berkenaan. Dalam hal ini Najib yang ada kuasa penuh boleh menggunakan kuasanya. Tidak payah Najib kata dia berkecuali kerana dunia tahu sejauh mana dan sebanyak mana kuasa seorang perdana menteri. Kata Abdullah Badawi selepas menjadi PM, banyak benda yang sebelum itu dia tidak tahu, kemudian tahu.

Setelah isu ini sudah panas dan hangat, elok kalau Najib mengambil sikap menghentikan isu video berkenaan. Sama ada ia melibatkan Anwar atau tidak, wajar ia dihentikan. Alasannya perkara itu menjijikkan. Dalam perhatian saya adalah silap kalau isu ini diperpanjangkan kerana ia tidak memberi banyak manfaat kepada Najib dan politik BN sendiri. Makin dimainkan makin menimbulkan kemaharan.

Isu video itu bukan seperti filem Ali Bapa Bujang Lapok, Do Re Me, Labu Labi atau pun Ibu Mertuaku. Filem-filem itu tidak jemu ditonton kerana nilai seni dan klasiknya. Tetapi cerita video lucah ini amat menijik dan menyemakkan dan mencepuahkan minda. Apakah seorang PM seperti Najib mengizinkan perkara seperti ini?

Rasanya kalau Najib ingin tampil sebagai seorang pemimpin berwibawa, dilihat berakhlak dan mempunya integriti serta sukakan kepada kedamaian, inilah masanya. Beliau perlu berbudi dan berjasa dalam hal ini untuk dirinya sendiri. Beliau bangkit dan berkata sepatah, hentikan isu video lucah ini kerana ia tidak menguntungkan sesiapa baik di dunia maupun di akhirat. Kalau Najib berani berbuat begitu darjah dan markahnya akan melonjak.

Kalau Najib bingkas berbuat demikian saya yakin penghormatan kepada beliau makin tinggi, dan darjatnya juga sebagai pemimpin tenang dan matang makin menyerlah. Saya rasa bukan saja rakyat terbanyak menyanjungi langkah Najib itu tetapi dari kalangan pembangkang juga.

Isu video lucah ini peluang untuk Najib membina imejnya. Sikap begitulah saya rasakan ia termasuk dalam ciri tranformasi hendak dilakukan Najib. Biarlah kalau orang mengatakan usaha menghentikan itu Najib sebagai penakut tetapi hakikatnya tindakan itu adalah afdal dan alua' dari sisi rakyat yang cintakan perdamaian.

Ingat dan insaflah seorang perdana menteri bukan saja menjaga kepentingannya dan kumpulannya tetapi juga memeliharaan kepentingan dan kumpulan rakyat seluruhnya. Najib akan dikenang kalau ia berani melakukan sesuatu yang diluar pemikiran mereka yang desperate. Beranikah Najib? Sesekali apa salahnya kalau kita sepakat menyusun jari membuka pintu syurga auntuk ummah kita.

http://msomelayu.blogspot.com/

Catatan Anwar Sepanjang Di Sarawak

Posted: 02 Apr 2011 08:30 PM PDT

Kini sudah hari ke lima saya di Sarawak. Tiba pada petang hari Selasa, 29hb Mac yang lalu, acara diatur khusus bagi menyuntik semangat kepada para pendokong dan pastinya demi meyakinkan rakyat Sarawak untuk berani melakukan perubahan.

Tiga hari ini, saya mula menjelajah termasuk ke kawasan pedalaman yang merangkumi penduduk Iban, Bidayuh dan juga Melayu. Sambutan penduduk antaranya di Riit Mawang, Tabuan Melayu dan Kampung Tarat Rayang ternyata hangat dan mengalakkan. Saya tegaskan kepada mereka, manakala mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, elit pemerintah terus memunggah kekayaan negeri dengan merampas tanah adat, mengagihkan khazanah balak, dan membahagikan kontrak di kalangan mereka.

Rakyat Sarawak kini dapat menghidu betapa Barisan Nasional mula terdesak. Pemrintah terpaksa menggunakan pihak berkuasa menghalang saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya dari terus berceremah menyampaikan maklumat yang tepat. Misalnya di bilik gerakan Kampung Sinjan, DUN Semariang dan Kampung Petingan, DUN Satok, pihak polis mengganggu saya dari terus berceramah. Alhamdulilah ianya tidak menghalang rakyat Sarawak untuk terus mendengar agenda Perubahan yang ingin kami sampaikan.

ANWAR IBRAHIM

Tolak Politik 'Jembalang Dan Hantu' Barisan Nasional!

Posted: 02 Apr 2011 08:00 PM PDT

Kenyataan Akhbar

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat (JPr DPPP) menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan parti selain Barisan Nasional sebagai 'jembalang dan hantu yang bermulut manis' adalah kenyataan paling bodoh daripada seorang pemimpin negara.

JPr DPPP hairan bagaimana kenyataan ini boleh timbul daripada pemimpin tertinggi negara. JPr DPPP mengingatkan, tidakkah Muhyiddin tahu bahawa Barisan Nasional adalah 'jembalang dan hantu' yang dia sendiri maksudkan. Bukankah BN yang menawarkan pelbagai janji manis yang bertujuan mengelabui mata pengundi Sarawak, dan setelah menang pilihanraya mereka sekali lagi hilang umpama hantu dan jembalang tanah. Sifat jembalang dan hantu yang suka menghisap darah rakyat adalah sifat BN sejak dulu hingga kini.

Tan Sri Muhyiddin cuba mengajar rakyat Sarawak erti demokrasi ala BN iaitu hanya BN sahaja layak memerintah negeri Sarawak. Selain BN, parti tersebut perlu ditolak dan tidak layak memerintah negeri dan negara. Inilah mentaliti 'budak sekolah rendah' yang ada dalam pemikiran pemimpin BN. Sedangkan demokrasi sebenar mengajar rakyat erti kebebasan memilih parti dan kepimpinannya. Menyekat kebebasan rakyat dari berfikir dan memilih parti yang mereka sukai adalah suatu tindakan yang tidak bertamaddun.

Sepatutnya Muhyiddin berkempen menerangkan jasa dan sumbangan BN. Ataupun beliau memberikan janji BN kepada rakyat Sarawak untuk kesekian kalinya. Pakatan Rakyat telah memberikan janji 100 hari memerintah dalam Buku Jingga. Soalnya, apakah janji seterusnya BN kepada rakyat Sarawak? Sudah 50 tahun negara diperintah BN, dan sudah acapkali rakyat dijanjikan dengan pelbagai janji 'melangit' menjelang pilihanraya.

BN sebenarnya masih mengamalkan cara demokrasi lapuk serta ketinggalan zaman. Sebab itu mereka sering kali mengeluarkan kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat ketika berkempen dan bercakap seolah-olah rakyat buta dan bodoh.

Kali ini, biarlah rakyat menjadi hakim dan menentukan masa depan mereka sendiri. Jangan dimomokkan dengan politik ugut seperti ini. Politik 'jembalang' dan 'hantu' sudah tidak laku dalam pilihanraya DUN Sarawak kali ini.

Disediakan oleh;

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR

Pengarah Pilihanraya

Dewan Pemuda PAS Pusat

PAS, PR perlu kikis label parti bermusim

Posted: 02 Apr 2011 07:30 PM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Menepati ramalan berbagai pihak, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak untuk penggal kesepuluh dijadualkan berlangsung dua minggu lagi. Tarikh itu hampir menggenapkan tempoh lima tahun untuk penggal sekarang. PRN Sarawak yang lalu diadakan pada 20 Mei 2006.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 16 April, manakala penamaan calon pada 6 April nanti.


Meski pun proses penamaan calonnya belum berlalu, bahkan kesemua parti bakal bertanding belum memuktamadkan nama-nama calon yang akan dipertaruhkan, bahang pertarungan itu telah pun dirasai. Masing-masing pihak bukan sahaja memperkemas segala persiapan yang patut, malah telah mula mempertajamkan serangan psikologi kepada parti lawan.

Sudah tentu dalam keadaan parti-parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat, terutama dengan SNAP, ruang untuk BN mengorak langkah ke arah kemenangan dirasakan lebih mudah. BN bukan sahaja bergerak selaku parti pemerintah negeri, malah turun dengan segala keperluan dikerah kerajaan Pusat.

Sebab itu belum pun tarikh berkaitan PRN itu dimuktamadkan, rakyat Sarawak sudah pum mula dicurahkan dengan berbagai nikmat 'segera'. Sudah ada jalan raya dibina, rumah dan jambatan dibaiki, bekalan air diusahakan, dan berbagai lagi tindakan yang tiba-tiba berjalan lancar.

BN sekali lagi cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa ia pemerintah yang prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat. Seolah-olah kesemua wakil rakyat BN selama ini telah berkhidmat dengan baik dan berusaha keras menangani serta menyempurnakan keperluan penduduk di kawasan masing-masing.

Betapa kesemua masalah yang menghimpit kehidupan seharian rakyat selama bertahun sebelum ini, tetapi tidak diambil peduli untuk diselesaikan, seakan tidak timbul lagi. Sedangkan itulah hakikat yang dibuktikan di sebalik kehadiran berbagai projek 'segera' oleh berbagai jabatan dan agensi kerajaan menjelang berlangsungnya PRN ini.

Logiknya, kalau kesemua atau sebahagian besar keperluan rakyat telah dipenuhi dan dilayani dengan sebaiknya selama sepenggal lalu, apa perlunya BN melonggokkan keprihatinannya di saat ini?

Malangnya, itulah yang setakat ini kekal menjadi modal paling bagus buat BN. Lebih memudahkan BN memanipulasi kuasanya ialah apabila berdepan golongan pengundi yang sukar membezakan manakah usaha yang betul-betul membela kepentingan mereka dan manakah yang dibuat semata-mata untuk memancing undi.

Berdasarkan keputusan beberapa siri pilihan raya umum dan PRN lalu, rakyat nampaknya belum sampai ke tahap mampu memikirkan betapa kehadiran projek segera itu sebenarnya suatu persendaan terhadap mereka. Bahawa BN seolah menggula-gulakan rakyat dengan limpahan kebaikan setiap kali berlangsung pilihan raya semata-mata demi meraih sokongan.

Itulah masalah utama setiap kali negara kita berdepan mana-mana pilihan raya. Bahawa tahap pemikiran pengundi kita masih belum matang. Mereka, terutama golongan luar bandar dan tidak begitu terdedah kepada maklumat lebih adil, akan hanya mengiyakan apa juga yang disuakan BN kepada mereka.

BN bijak memanipulasi sentimen pengundi setempat untuk menganggap BN sebagai penjaga mereka selama ini. Akuilah setakat ini BN dianggap berjaya mewujudkan persepsi dalam masyarakat untuk melihat parti-parti pembangkang sebagai "orang luar".

Sentimen itu nampaknya sangat membugar dalam suasana PRN Sarawak kini. Bukankah itu intipati kenyataan pemimpin BN yang melabelkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai "jembalang dari Semenanjung"?

Setelah menggambarkan hanya BN yang selama ini turun padang, bergaul mesra, mengambil tahu dan menyelesaikan keperluan rakyat, ia melontarkan pula persoalan di minda rakyat, di manakah parti-parti pembangkang selama ini?

Bukankah itu antara persoalan yang dilontarkan sebagai senjata utama BN dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini? PR, khususnya PAS dianggap sebagai parti bermusim yang hanya turun menemui rakyat ketika berlangsungnya sesuatu pilihan raya. Sedangkan, BN mendakwa ia selaku kerajaan sentiasa berada bersama rakyat sepanjang masa.

PR, sama ada PAS, DAP mahu pun KeADILan tentu berdepan suasana sukar sekiranya dakwaan BN itu benar. Sekiranya para pemimpin kita memang jarang turun padang, tidak begitu kerap bermesra dengan rakyat bawahan dan sukar dilihat turun menyelesaikan apa-apa yang diperlukan penduduk, bagaimana mungkin kita menepis label diberikan BN itu?

Untuk itu para pendukung, terutama kepimpinan parti kita perlu mengorak langkah lebih bermakna merakyatkan perjuangan. Jadikan agenda mendampingi rakyat sebagai gerakerja utama, bukan hanya dipentas ceramah, tetapi di rumah dan di sawah.

Usaha menghulurkan kebajikan kepada rakyat jangan menunggu bergelar parti pemerintah. Sedangkan berbuat baik kepada orang itulah senjata utama menundukkan hati mereka.

Menjadi tabiat manusia, mereka akan lebih mudah menerima dan bersetuju dengan apa yang dicakap atau dibuat seseorang yang lebih mesra dan lebih terbiasa dengan mereka. Kalau lima tahun sekali, baru menjengah mereka, bagaimana kita harapkan mereka akan bersama mendukung perjuangan kita.

Mungkin agak terlewat untuk PR dan PAS memperbetulkan hakikat itu dalam menghadapi PRN Sarawak. Namun kita masih ada banyak masa sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13

Pakatan Rakyat bakal menambah kerusi di Sarawak

Posted: 02 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh Aspan Alias

Sarawak dalam delima politik yang sangat nyata. Delima ini juga di rasakan oleh barisan kepimpinan pemerintah kerana tidak ada siapa yang boleh memberikan kenyataan yang tegas yang Sarawak akan masih sebagai Sarawak yang kita kenali selama ini. Kepimpinan masa depan Sarawak masih menjadi persoalan ramai samada parti yang memerintah sekarang ini akan masih serupa dengan apa yang telah di alami oleh rakyat negeri itu setelah pilihanraya negeri pada 16 hb nanti.

Taib Mahmud yang telah memerintah Sarawak selama 3 dekad telah mengenepikan secara sistematik semua 'budding leaders' yang mucul dan mereka semua telah hilang dari arus perdana politik negeri itu walaupun mereka muncul kemudian dari kemunculan Taib. Ramai pemimpin-pemimpin negeri itu telah tampil tetapi mereka kemudian bersara dan keluar dari barisan kepimpinan bersama Taib kerana Taib tidak pernah berniat untuk membentuk barisan kepimpinan lapisan jika beliau bersara.

Pemimpin seperti Affendi Norwawi, Daniel Satem, Abang Abu Bakar, Bujang Ulis, dalam ramai lagi pemimpin-pemimpin ini sudah tiada kerana mereka merupakan barisan yang 'last-in, first out' dan Taib terus bermaharajalela sehingga mengakibatkan kekosongan kepimpinan yang nyata di negeri itu.

Sekarang desakan rakyat untuk mengundurkan diri sedang memuncak dan jika Taib bersara sekarang ini sudah pasti Sarawak akan terjerumus di dalam perebutan kuasa kepimpinan yang kuat yang akhirnya akan memecahkan dominasi keluarga Taib khususnya dan PBB amnya. PBB sekarang ini sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat merbahaya dan parti alternatif lah yang akan mendapat munafaat kerana isu kepimpinan ini. Dalam kata yang lain Taiblah sebenarnya yang membina kekuatan parti-parti pembangkang dengan terus menerus duduk di puncak kepimpinan negeri kenyalang ini.

Walaupun Taib telah memberitahu umum yang beliau akan bersara selepas pilihanraya ini, rakyat sekarang tertany-tanya siapa pula penggantinya? Apabila disebut Dato Seri Awang Tengah sebagai pengganti, ramai secara spontan berkata 'dia tu kerjanya cari wang sahaja. Awang Tengah tidak akan mampu menyatukan Sarawak dan beliau akan lebih rakus dari Taib.

Budaya menebang hutan belantara telah menjadi semakin berluas-luasa dan kegiatan rasuah tidak ada kesudahan. Orang-orang Dayak sudah nampak bagaimana mereka di letakan di tahap kemiskinan terus terusan supaya mereka akan menjadi kaum yang sentiasa mengharapkan upah mengundi di dalam setiap pilihanraya. Begitu juga kaum Iban. Tetapi kesedaran ini sudah mula berputik dan ramai di antara pengundi Dayak dan Iban sudah sedikit sebanyak tahu cara bagaimana untuk mengajar kepimpinan yang rasuah, iaitu melalui pilihanraya sahaja….tidak ada jalan yang lain.

BN berbangga dengan kemenangan pilihanraya kecil di Semenanjung akhir-akhir ini dan berkeyakinan rakyat telah kembali memberikan sokongan kepada BN. Tetapi apa yang tidak di tonjolkan ialah, di dalam siri 15 pilihanraya kecil BN dan PR tidak ada apa-apa kekalahan dam kemenangan.

BN telah berjaya menawan dua kerusi dari Pakatan, iaitu di Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas. Tetapi kita jangan lupa BN telah kehilangan 2 kerusi penting kepada PR iaitu Parlimen Sibu dan Parlimen Kuala Terengganu. Tiga belas kerusi yang lain kekal kepada penyandang masing-masing samada dar BN atau PR.

Jika kita andaikan pada 16 hb nanti di Sarawak akan di adakan 71 pilihanraya kecil serentak kita akan menyaksikan berapa kerusi pembangkang yang akan ditawan olih BN dan berapa pula kerusi BN yang akan ditawan oleh pembangkang. Berapa kah di antara 8 kerusi pembangkang yang akan ditawan oleh BN dan berapa pula di antara 63 kerusi BN yang akan ditawan oleh pembangkang.

Ada 29 kerusi yang sangat panas dalam pilihanraya ini iaitu di kawasan-kawasan Dayak dan Iban dan kebarangkalian BN di kalahkan di dalam beberapa kerusi di antara 29 itu adalah besar.

Jika pembangkang mampu untuk meraih tambahan kerusi di dalam pilihanraya ini dan BN tidak mampu mengurangkan jumlah kerusi pembangkan daripada 8 kesemuanya, dari segi moralnya BN sesungguhnya telah tewas. Untuk menafikan kuasa 2/3 di dewan Undangan Negeri Sarawak pembangkang hanya memerlukan kemenangan di 24 kerusi sahaja.

Jika DAP memenangi semua 15 kerusi yang telah diperuntukan oleh pembangkang, PKR dan SNAP hanya perlu untuk memenangi 9 kerusi sahaja lagi untuk menafikan kemenagan mutlaK BN seperti yang dialaminya selama ini. Jika situasi ini berlaku di dalam pilihanraya ini maka BN terpaksa mencari jalan untuk membina kembali keyakinan kepada kepimpinan samada di Sarawak, atau lebih-lebih lagi di peringkat Persekutuan.

Penambahan kepada penolakkan Taib di Sarawak adalah juga penolakkan kepada kepimpinan persekutuan. Sepertimana yang telah dicadangkan oleh blog ini acapkali dahulu, kita terpaksa memulakan negara baru dengan cara dan sistem politik yang baru dengan kepimpinan yang baru yang lebih 'magnanimous' dengan pengalaman yang luas dalam menghadapi rakyat yang kian hari kian berfikir.

Kita terlalu bangga dengan kemenangan politik selama ini, tetapi kita lupa yang akhirnya kita bukan dikenang kerana kemenangan atau kalah di dalam peperangan atau politik. Sebaliknya kita akan dikenang samada kita berjaya atau tidak untuk memperkuatkan nilai 'spiritualism' di dalam politik dan pentadbiran sesebuah negara itu.

Nilai ini memang sudah ada di dalam politik negara kita selama ini tetapi telah terhakis sejak 3 dekad yang lalu. Rakyat sudah mula nampak yang nilai yang di sebutkan itu sudah mula bercambah di kalangan pari-parti alternatif seperti PAS dan DAP.

Jika di sebut perkara ini ia akan menambah kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong pimpinan yang berkuasa pada hari ini. Marah macam mana sekali pun keadaan itu tetap wujud dan sesiapa boleh duduk di dalam 'state of denial' terus-terusan. Itu merupakan hak masing-masing untuk memilih.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Dimanakah keutamaan anda, wahai pemimpin politik?

Posted: 02 Apr 2011 06:00 PM PDT

Oleh Markus Lim

Senario politik di Malaysia nampaknya tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan oleh si pelaku dan dalam konteks ini, pemimpin politik semakin hari semakin menjadi-jadi hinggakan ada yang mula mempertikaikan kebenaran disebalik kesemua kontroversi yang dicetuskan itu.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat dan amarah mereka terhadap pergolakan politik negara yang ketika ini bertumpu kepada skandal liwat 1, liwat 2 dan terbaru pula seks video membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur.

Individu yang menjadi tumpuan utama ketika ini sudah tentulah Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dikatakan mirip orang yang dimaksudkan dalam video seks itu. Persoalan sama ada pemimpin berkenaan terbabit dalam amalan yang terkutuk bukan hak saya untuk menentukannya tetapi pihak polis untuk membuat siasatan.

Tetapi apa yang melucukan dalam perkembangan terbaru ini adalah kesanggupan ramai pemimpin politik yang tidak sepatutnya kena-mengena dengan skandal itu untuk tampil ke hadapan memberi kenyataan. Tak kurang juga yang memberikan penghakiman awal-awal lagi bahawa pemimpin itu dan ini perlu dihukum seolah-olah mereka sudah tahu segala-galanya.

Kumpulan pemimpin sedemikian begitu ghairah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh para wartawan. Yang pastinya, kepenatan tidak pula kelihatan pada air muka mereka.

Alangkah baiknya jika setiap pemimpin politik di negara kita bersikap sedemikian. Bermakna rakyat tidak perlu berdemonstrasi atau pergi ke pusat khidmat wakil rakyat untuk merayu bantuan daripada Ahli Parlimen mereka.

Tahap penumpuan dan iltizam pemimpin-pemimpin politik ini terhadap skandal seks yang cukup panas ini wajar dipuji dan diberi perhatian serius. Perwatakan inilah yang kita mahukan daripada seorang Ahli Parlimen, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Bagaimanapun, tumpuan yang saya maksudkan itu bukanlah tumpuan kepada skandal seks tetapi kepada usaha meneruskan pembelaan rakyat tanpa mengira kaum dan masa. Apa yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin politik kita nampaknya tidak kena pada tempat dan masanya.

Ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhempas-pulas mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan rakyat, ada segelintir pemimpin berkepentingan pula memilih untuk tidak mengendahkannya.

Seks dan percaturan politik kejam bagaikan satu resipi yang dimestikan untuk mematikan musuh politik mereka walau dengan apa cara sekalipun. Pendek kata, matlamat menghalalkan cara seperti yang dianjurkan oleh Niccolo Machiavelli. Dunia politik seolah-olah tidak dapat hidup tanpa elemen-elemen tadi.

Adanya elemen-elemen tadi menjadikan sesuatu episod atau plot politik yang dicanangkan itu lebih menarik, mendebarkan dan suspen. Namun dengan bersikap sedemikian rupa, bukan sahaja pemimpin politik yang kita sering panggil sebagai Yang Berhormat telah mengkhianati amanah rakyat yang diletakkan pada mereka bahkan juga undi rakyat sebenarnya tidak perlu untuk mereka terus berkuasa.

Tidak usah sampai ke peringkat itu, wahai YB sekalian! Laksanakanlah tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan sebaik mungkin. Bersikaplah sebagai seorang pemimpin politik yang gentleman dan bersih. Ingat, jawatan yang disandang sekarang bukanlah milik anda segala-galanya tetapi sekadar pinjaman sementara di muka bumi.

Biarpun rakyat tidak begitu mengerti apakah yang sedang berlaku dalam skandal-skandal politik semasa, tetapi apa yang pasti gerak-geri pemimpin tetap diperhatikan dengan rapi.

Reaksi mungkin tidak berbangkit sekarang namun senario yang serupa tidak boleh diperkatakan ketika di peti undi nanti. Sebagai seorang penjawat awam yang profesional, tunjukkan dan buktikan kepada yang lain bahawa pemimpin politik negara kita adalah profesional.

Justeru, apabila masa untuk seseorang pemimpin politik memberi kenyataan, barulah berbuat demikian. Bukannya memberi komen semata-mata untuk menagih publisiti ataupun mempunyai motif untuk membalas dendam terhadap seteru politik yang dibencinya.

Apa yang berlaku selama ini membabitkan pemimpin politik adalah kebanyakan daripada mereka, jika pun bukan semua yang memberikan keutamaan yang salah dalam tindak-tanduknya.

Ketika ini, Malaysia menjadi bahan ketawa kepada masyarakat di peringkat antarabangsa. Daripada menggembleng tenaga membangunkan negara, perkara-perkara yang kurang penting jadi keutamaan.

Jika trend ini berlarutan, perasaan hormat rakyat terhadap pemimpin politik akan semakin terhakis. Mungkin selepas ini, tiada lagi rakyat yang berminat untuk menjadi seorang pemimpin politik yang ikhlas dan bersih melainkan mereka yang hanya berminat menyertainya kerana duit!

Hentikanlah segala karut-marut yang berlaku sekarang!

Markus works in research now but was a journalist with Utusan Malaysia

Sumber Malaysia Insider

Hanya calon boleh menang pilihan BN

Posted: 02 Apr 2011 05:30 PM PDT

lOleh Kadir Dikoh

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako di Kuching, Rabu lalu, ramai ingin bersalam dengannya termasuk mereka yang bukan ada kaitan secara langsung dengan mesyuarat yang akan dipengerusikannya di situ.

Mesyuarat itu adalah bagi tujuan memperkemas jentera pilihan raya empat parti komponen Barisan Nasional (BN) tetapi tumpuan utama adalah bagi menyaring senarai calon untuk bertanding di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 April ini.


Malah, dikatakan ada cubaan untuk menyerahkan "sampul surat" kepada Timbalan Perdana Menteri, tanpa diketahui isi kandungannya sama ada melobi untuk jadi calon atau mengemukakan permasalahan rakyat pada peringkat bawah dan sebagainya.

Di dalam blog, Facebook atau perbualan biasa di kedai kopi kini lebih menjurus kepada soal calon. Apakah A akan dipilih mempertahankan kerusinya dan mengapa pula B tidak dicadangkan, sedangkan populariti A menurun dan B menjadi pilihan rakyat.

Ada juga persoalan mengapa nama C dicadangkan, sedangkan C bukan anak tempatan tetapi D, anak tempatan tidak dikemukakan namanya. Menurut sumber, ini menyebabkan di sesetengah kawasan hingga ada tiga atau empat nama dicadangkan untuk saringan lanjut.

Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyebut yang beliau cuma mahu "winnable candidate" iaitu calon yang boleh menang, untuk dicadang dan dicalonkan sama ada dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Formula Perdana Menteri itu terbukti memberi kesan apabila BN menang dalam pilihan raya kecil di Galas (Kelantan), Batu Sapi (Sabah), Tenang (Johor), Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang).

Kita percaya dan yakin Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membawa bersamanya senarai calon "winnable" itu dalam pertemuan dengan Najib. Menurut sumber, Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri dijangka mengumumkan senarai calon itu di Ibu Pejabat PBB, esok.

Inilah yang lazim dilakukan menjelang 48 jam sebelum hari penamaan calon Rabu depan. Menjelang hari ini dan esok, sudah pasti bakal calon yang sudah "diluluskan" oleh Najib sudah diberitahu untuk membuat persiapan terakhir.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati kriteria utama menjadi pilihan rakyat ialah ketokohan calon, kewibawaan, mesra rakyat, calon yang dilihat bersih dan mampu membawa pembangunan selain berkelayakan," kata penganalisis politik, Dr Jeniri Amir.

Tetapi katanya, apa yang lebih mengejutkan ialah kecenderungan wakil rakyat yang lebih suka untuk menabur janji, dengan purata sekurang-kurangnya 15 janji seperti projek tidak ditunaikan antara pilihan raya negeri lalu (2006) hingga sekarang.

Beliau berkata, rakyat tidak suka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang sombong dan rakyat masih mahu mengekalkan nilai tradisional iaitu seseorang wakil rakyat yang suka datang menjenguk sewaktu ada kematian atau majlis perkahwinan.

"Inilah yang dikatakan sebagai 'sentuhan kerakyatan' (common touch). Satu lagi faktor ialah anak tempatan bagaikan tidak dititikberatkan sangat jika seseorang itu mampu membawa pembangunan," katanya.

Bagaimanapun, pemerhati berkata, di sesetengah tempat persoalan mengenai anak tempatan memang dikehendaki dengan alasan hanya anak tempatan yang tahu denyut hati penduduk di kawasan yang diwakilinya.

Kelmarin, Najib menasihatkan pemimpin BN supaya jangan terlalu formal dan mengikut protokol ketika bersama rakyat, sebaliknya sentiasa merendah diri.

Menurut Perdana Menteri, sikap mementingkan protokol ketika bersama rakyat boleh mewujudkan tembok pemisah antara mereka, sekali gus menyebabkan BN gagal mempertahankan kuasa kerana dalam sistem demokrasi kuasa mutlak terletak di tangan rakyat.

Nasihat Najib ini perlu diambil iktibar oleh pemimpin sama ada pada peringkat atasan atau bawahan.

Tentu ramai masih ingat "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008 apabila rakyat "memberontak" dengan menunjukkan perubahan sikap apabila mempamerkan jangkaan dan pandangan berbeza terhadap kepemimpinan negara.

Justeru, seperti kata Najib, pemimpin BN perlu berubah mengikut selera rakyat hari ini kerana generasi sekarang mahukan perubahan. Yang perlu ialah transformasi, bukan reformasi.

Faktor ini jugalah yang perlu diambil kira dalam pemilihan calon. Jika ramai pemimpin atasan sudah berusia melebihi 60 tahun dan 70 tahun, pilihlah muka baru di kalangan generasi muda berusia 30-an dan 40-an untuk memberi keseimbangan dan menyegarkan keadaan politik.

Berdasarkan statistik semasa, pengundi muda yang bakal mengundi 16 April nanti terdiri daripada 100,000 masyarakat Cina, 71,000 Melayu dan 140,000 lagi adalah Bumiputera lain.

Malah, 27 peratus daripada golongan belia itu berusia 21 hingga 30 tahun dan 73 peratus berusia 31 hingga 40 tahun. Apa yang membimbangkan, seperti kata pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir ialah generasi muda berusia 31 hingga 40 tahun ini kebiasaannya antipembangunan.

Oleh itu kerajaan perlu menyediakan program jangka panjang kepada mereka seperti peluang pekerjaan dengan pendapatan lebih baik. Ini juga termasuk menampilkan calon seusia atau segenerasi dengan mereka.

Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan bahawa golongan berusia 31 hingga 40 tahun ini sebenarnya bukan antipembangunan, sebaliknya kumpulan yang mahukan perubahan dilakukan sama ada dalam politik kepartian atau pentadbiran kerajaan.

"Saya berharap BN menampilkan ramai calon muda kali ini supaya ia memberi nafas baru dan menyegarkan barisan kepemimpinan negeri," kata seorang pemerhati. — Berita Harian

Adegan paling tak ranjang

Posted: 02 Apr 2011 05:00 PM PDT

Oleh Hishamuddin Rais

Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.


Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.

Liputan meluas

Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!

Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.

Long shot

Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.

Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.

Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."

Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.

Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.

Pesta filem di Cannes

Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.

Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.

Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.

Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.

Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.M/Kini

Penduduk 6 kampung mahu tunjuk ‘kemarahan’ kepada Taib Mahmud

Posted: 02 Apr 2011 04:30 PM PDT

Kebencian rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud semakin meluap-luap

SERIAN: Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka.

Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak.

"Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini. Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit," katanya kepada KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini.

Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat.

Anwar sentiasa disambut, dilayan selaku pahlawan Bumi Kenyayang

Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh.

"Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi," kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu.

Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan.

"Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya n

Sokongan penduduk pedalaman Sarawak meningkat – Anwar

Posted: 02 Apr 2011 04:08 PM PDT

KUCHING: Sambutan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak terhadap Pakatan Rakyat semakin menggalakkan sekalipun polis terus-terusan cuba menyekat rakyat dari menghadiri ceramah.

Dalam kunjungan dan kempen yang masuk hari kelima, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapati acara yang diatur bagi menyuntik semangat pasti menyakinkan rakyat Sarawak supaya berani membuat perubahan.

"Saya mula menjelajah termasuk ke kawasan pedalaman yang merangkumi penduduk Iban, Bidayuh dan juga Melayu.

"Sambutan penduduk antaranya di Riit Mawang, Tabuan Melayu dan Kampung Tarat Rayang ternyata hangat dan mengalakkan," kata Ketua Umum KEADILAN itu dalam blognya, hari ini.

Penduduk Sarawak mahu bersama-sama Anwar dalam memartabat perjuangan rakyat.

Anwar mengingatkan rakyat Sarawak yang mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedangkan elit pemerintah memunggah kekayaan dengan merampas tanah adat, mengagih khazanah balak dan membahagi kontrak sesama mereka.

"Rakyat kini dapat menghidu betapa Barisan Nasional (BN) mula terdesak. Pemerintah terpaksa menggunakan pihak berkuasa menghalang saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya dari terus berceramah menyampaikan maklumat yang tepat.

"Misalnya, di bilik gerakan Kampung Sinjan, DUN Semariang dan Kampung Petingan, DUN Satok, polis mengganggu saya dari berceramah. Alhamdulilah, ia tidak menghalang rakyat Sarawak untuk terus mendengar agenda Perubahan yang ingin kami sampaikan," katanya.

Tiada ulasan: