Jumaat, 29 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sumpah?? Pooraahhh!!

Posted: 29 Apr 2011 06:56 AM PDT


Heboh hari ini kisah si Eskay bersumpah laknat. Riuh rendah 1Malaysia dalam berita-berita di media-media arus perdana. Tapi itu tak menghairankan kita sebab mereka sememangnya media penyebar fitnah puak-puak UMporNO.

Tapi... yang aku geram ialah sikap dan tindak tanduk sesetengah pihak daripada sebelah Pakatan Rakyat terutamanya AMK Keadilan, yang sibuk sama ambil pot pasal sumpah laknat si Eskay. Apa hal korang ambil pot dan kecoh-kecoh... Dah tahu sumpah tu satu lagi sandiwara terdesak mereka, tapi... yang korang sibuk tu apasal?? Patutnyer.... bolayan jer mereka. Mampuih pi depa!!

Ini tidak.... sibuk nak halang si lahanat tu daripada bersumpah. Dia nak bersumpah... mampuih pi da. Kita dah bertegas... video porno itu ialah fitnah mereka untuk aib dan jatuhkan Anwar. Kita juga dah bertegas bahawa pelakon porno dalam video itu bukan Anwar, so... mengapa nak ambil pot pasal sumpah tersebut?

Sepatutnya, tunjuklah yang sikap firm kita dan keyakinan kita. Mereka nak bersumpah... itu hal mereka. Kita tak usah menyibuk. Hisy... bikin malu jer si Syamsul ni!!

Itu hal bangang, geng-geng si Syamsul. Satu hal lagi adalah tentang lawak The 3 Munkees. Kononnya... mereka memakai baju kalis peluru masa angkat sumpah. Weh... apa hal pulak pakai baju kalis peluru?? Ada yang buat joke, kata... mereka ni takuuut. Takut kena petir dan rentung!! Aha, tau takut!! Kah... kah.. kah..

Entah-entah mereka nak bikin ceriter sensasi, kononnya mereka, menerima ugutan bunuh. Bang!! Bang!! Bang!! Dan... of course ler mereka akan cuba create persepsi, kononnya ugutan itu datangnya daripada pihak yang kena fitnah. Siapa lagi??? Geng-geng Anwar ler yang akan dapat nama busuk....

Satu lagi yang syiuk nyer.... walau pun banyak alim ulama' dah kata, bahawa dalam kes fitnah seks ini, sumpah yang digunapakai oleh si laknat tu, tidak selari dengan ajaran Islam, tetapi JAWI telah merestui tindakan si laknat tu. Ciittt.... apa punya samdol ler si JAWI ni!! Setengah masak punyer JAWI!! Dan, pihak polis pula, chewah..... siap beri perlindungan kepada lahanat The 3 Munkees tersebut. Polis jadi bodyguard sang munkees.... Pelindung penjenayah porno!!

Sumpah sudah selesai... Tapi, malangnya... penyiasatan polis masih belum dapat merungkaikan kes fitnah ini. Anwar ke, bukan?? Hotel ke, kondo?? Amoi pelajar atau pelacur Cina?? Nak dakwa The 3 Munkees ke..., tak nak?? Very the celaru lah!!

Sebenarnya.... susah mereka nak kencing kita. Sebab, banyak petunjuk-petunjuk yang menguatkan bukti bahawa pelakon porno itu bukan Anwar. Satunyer..... bahagian yang BOROI tu!!!

Hello Mat Boroi... ?? Siapa kamu??

Hello PDRM....you tentu sudah tau, kan??

Dedahkan!! Dedahkan!! Dedahkan!! Apa tunggu lagi??

[Sumber:sini]

Hantu Tisu

Posted: 29 Apr 2011 02:44 AM PDT


Drama porno edaran The 3 Munkee Production, ada unsur-unsur mistik di dalam plot nya. Mengikut pengamatan blogger MiLo SuaM... sedang aksi panas berlangsung, dipercayai sekor hantu, yang konon ada gene Siam, turut berada bersama-sama dua pelakon tersebut.... asyik memerhatikan pelakuan mereka.

Setelah tamat adegan yang merupakan klimax bagi babak tersebut.... hantu tersebut telah meminta tisu daripada pelakon jantan tersebut. Dan tak lama selepas itu.... kelihatan tisu dibuang ke lantai dari arah hantu itu bertengek. Pelik.... Buat apa hantu itu dengan tisu, ekk?? Hantu menangis ke tengok aksi panas tersebut?? Atau, hantu syok sorang-sorang??

Eh.. hantu boleh nangis dan syok ke??

Wallahua'lam..... Kah.... kah... kah...!!

Bagi menjawab soalan tadi, itu kita kena tanya sendiri dengan hantu tersebut?? Persoalannya sekarang, siapakah gerangan hantu tersebut. Eeeee... Suspens nyer...

Ek ele.... Tak suspens.... Itu hantu kepala hitam mata empat!!

Plawok.... Plawok..... Plawok.... Plawok....!!

Ngapa?? Tak caya??
Bukan ke, si Eskay dah mengaku yang dia ada bersama pelakon jantan pada masa itu, maka... dengan begitu kacang sekali, orang boleh teka siapa hantu tersebut. Hantu sendiri dah bukak mulut bersuara. Kata dia....


Maka hantu itu, 110%, ialah..... si Eskay sendiri.

Oooo.... patut ler hantu tu mintak tisu?? Tapi... hantu tu nangis atau syok terlampau??

Cer teka!! Cer Teka!! Cer Teka!!

[Sumber: Sini dan sini]

Muka orang kena sumpah

Posted: 28 Apr 2011 09:10 PM PDT

Soksek... soksek... orang pompuan tentang kes fitnah video seks Anwar yang aku dengor, buat aku terpikir.......

Demer mengumpat malaon lahanat 3 ekor tu. Aku diam jer mendengor, nak tengok pandangan suri-suri rumahtangga tu. Antara perkara menarik yang disoksek-soksekkan adalah tentang si Eskay yang nak bersumpah.

Demer kata Eskay bodoh. Apa ke jadahnya dia nak bersumpah... Biarkan jer lah polis, rakan subahat mereka yang buat pengesahan. Kah... kah... kah... Polis Mehsia kat professional?? Ater jangan bior demer makan gaji buta. Haram tau!! Itu baru bodoh pertama.

Bodoh kedua si eskay adalah kerana kejahilan dan kebangangan dia dalam bab nak bersumpah ni. Apa ke jadah nyer merelakan diri menjadi barua 2 ekor malaon tu untuk bersumpah. Si Rahim Thamby Kecik pun bangang sama. Ada le pulak sumpah, boleh wakil-wakilkan pada barua dia jer.. Weh... mana mau nyer!!

Hisy... dia ni sama ada betoi-betoi bangang atau buat-buat bangang.... Entah-entah, takut udah termakan sumpah, kot?? Sebab tu... bangang ya Rabbi!!

Yang paling best adalah apabila para suri rumahtangga tu kata....

Mana dia berani nak bersumpah, sebab entah-entah memang dah termakan sumpah kot? Cer tengok muka dia.... cengkung semacam jer... Macam orang ada penyakit. Tak ada seri langsung....

Ini yang buat aku terpikir... Cer tengok muka Rahim Thamby Kecik di atas tu?? Ada ke rupa muka orang dah termakan sumpah atau banyak kena sumpah???

Emmm... Entahler. Wallahua'lam.

Tapi, yang pasti muka itu memang sudah dimamah usia. Malangnya, pelik... usia sudah tua tapi masih tak insaf-insaf lagi. Rumah sudah kata pergi dan kubur sudah melambai-lambai suruh mari.... Apa tak ingat mati ke??

Weh... mana ada manusia yang boleh tongkat dunia. Apabila tiba masanyer, kita akan pergi jua mengadapNYA. Oleh itu, biarlah mati kita dengan cara yang aman dan tidak terseksa....

Bertaubatlah.... Semoga segala dosa-dosa kita diampunkanNYA, kerana sesungguhnya, DIA-lah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...

[sumber]

Sumpah ala The 3 Munkees

Posted: 28 Apr 2011 07:26 PM PDT


Bahawasa nya saya, salah sekor The 3 Munkees,
mewakili all the 3 Munkees, bersumpah...
Bla-bla-bla...

Kah...kah... kah....

Obviously, salah sekor munkee itu....
munkee yang kena cucuk idung.
Cer teka, sapa munkee bangang itu??

Kah... kah... kah...

[cerita di sini]

Fuuhh... Terkojut den!! Dahsyatnya...

Posted: 28 Apr 2011 10:08 AM PDT

Dari pukul 6.00 petang semalam 27 April... entah apa ke suey nyer, rumah teman tak dapat akses internet. Sama ada modem atau rowter yang 'kong'. Jenuh.... F3M godek itu dan ini. Rowter....ok. So... bermakna modem yang rosak.

Frust gilerr.... Sepanjang malam semalam sampai ler ke petang ini... terlopong ler tak boleh nak surf internet. Pagi tadi, buat repot di Telekom.Mereka janji nak hantar technician untuk cari masalahnya tapi tunggu punyer tunggu, technician mereka tak datang-datang repair, sampai ler ke petang. Giler... gilerr... kalau tak der internet.

So... F3M pergi ke kedai dan beli satu modem. Kalau technician datang nanti dan perkhidmatan internet dipulihkan... modem yang baru dibeli itu boleh dijadikan spare, sekiranya berhadapan dengan masalah yang sama di lain masa.

Aha... rupanyer cerita video seks Anwar bikin gempar dengan ter-release-nyer sebahagian lagi babak porno dalam bideo tersebut. Astaghfirullahalazim.... dahsyatnyer hati perut puak-puak penyebar fitnah ini...



Namun... rasanya dengan terdedahnya video kedua ini, ada hikmahnya juga. Sebab.... daripada gambar-gambar yang diambil daripada bideo tersebut... semakin JELAS bahawa pelakon lelaki tersebut BUKAN Anwar. Nyata.... semua ini satu konspirasi politik untuk menamatkan riwayat politik Anwar Ibrahim, musuh nombor 1 Piem 1Malaysia dan juga UMporNO.

Nak 'bunuh' Anwar secara gentleman melalui saluran politik mereka tak mampu, jadi terpaksa guna cara keji iaitu fitnah lucah. But.... too bad cara ini pun nampaknya tak berkesan. Mereka gagal meyakinkan dan mempengaruhi rakyat bahawa Anwar itu seorang yang rendah dan hina moralnya.

Terbukti kini, puak-puak penfitnah dan yang sewaktu dengannya.... merekalah manusia yang mempunyai moral yang paling hina. Kalaulah polis dan sistem kehakiman kita bebas.... dah lama dah puak-puak ini kena. Mereka masih bebas kerana mereka dilindungi oleh tangan-tangan ghaib yang bersekongkol dengan fitnah dan konspirasi ini. Itu persepsinya rakyat sekarang. Munkee 3T dilindungi!!

Tiada ulasan: