Jumaat, 29 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Sumpah Laknat Eskay..

Posted: 29 Apr 2011 02:21 AM PDT

Ketika menayangkan Video lucah itu kepada umum langsung beliau tidak terfikir akan dosa dan pahala.. tetapi setelah Video lucah tayangannya itu dipertikaikan dan kenyataannya sendiri mula bercanggah beliau memilih untuk melafazkan sumpah laknat untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Melayu..

Perlu diakui walaupun Mufti Perak ada berkata "Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah..." buat masyarakat Melayu dari Saluran 1 dan sedikit dari Saluran 2 amat yakin dengannya..

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.


Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.









Ketua Pembangkang masuk Hospital...

Posted: 29 Apr 2011 01:22 AM PDT

mStar telah melaporkan, Ketua Pembangkang itu telah dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth selepas mengadu sesak nafas di rumahnya , awal pagi Khamis..

Bagaimanapun beliau bukanlah Ketua Pembangkang di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim tetapi adalah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, dan jika ditakdirkan beliau meninggal dunia sekalipun tiada PRK akan berlaku ..


Azhar Dimasukkan Ke Hospital
Oleh WINNIE YEOH

GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang sepatutnya menghadiri sidang Dewan pada Jumaat selepas digantung enam bulan dimasukkan ke hospital.


Azhar, 65, dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Penaga, awal pagi Khamis.

Beliau dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini beberapa jam selepas keadaannya dilaporkan stabil.

Azhar yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi kemudiannya dipindahkan ke wad pesakit biasa.

"Saya mengalami masalah pernafasan dua hari lalu akibat jangkitan di bahagian paru-paru.

"Saya akan menghadiri sidang Dewan bermula Selasa jika doktor mengesahkan kesihatan saya bertambah baik.

"Jika saya masih belum sihat, Dr Hilmi Yahaya (Teluk Bahang) akan mengambil alih tugas selaku Ketua Pembangkang buat sementara waktu," katanya.

Pada Isnin, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga tetap mempertahankan pendiriannya untuk mengkritik polisi pentadbiran yang diamalkan pemimpin DAP di negeri itu.

Menurutnya, beliau akan terus mengkritik corak pemerintahan kerajaan negeri yang disifatkan sebagai 'politik perkauman ala Ketua Menteri Lim Guan Eng'.

Azhar turut digantung daripada menghadiri sidang Dewan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Pulau Pinang mendapati beliau bersalah kerana mengeluarkan kata berbaur hasutan dalam persidangan pada Mei tahun lalu.


mStar

Takut disambar Petir? Sumpah Eskay dibatal di saat akhir?

Posted: 29 Apr 2011 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sumpah laknat yang mahu dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul di sini, dibatalkan di saat-saat akhir.

Pengerusi Masjid yang dikenali sebagai Abdul Razak Hussien, memaklumkan perkara itu di mimbar masjid selesai solat jumaat tadi.

Sebelum ini Eskay dilaporkan mahu membuat sumpah laknat berkenaan, yang diselar ramai pihak khususnya golongan agamawan kerana tidak mengikut hukum syarak yang digaris dalam Islam.


Shazryl yang dikatakan mahu melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, dikatakan turut 'mewakilkan' sumpah itu bagi pihak bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.


Berita diatas dari Keadilandaily, manakala berita dibawah pula dari The Malaysian Insider..

Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat 'Datuk T' batal

KUALA LUMPUR, 29 April — Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang "Datuk T" — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan "Datuk T" itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: "Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik."

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

Dalam kenyataan SMS, Shazryl seterusnya berkata, apakah zaman Nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila penentang kemungkaran liwat dan zina dibenarkan dan penegak kebenaran ditentang.

"Tunggu petunjuk dari Allah," katanya.

Video Lucah Full Version sila lihat di SINI

Posted: 28 Apr 2011 09:21 PM PDT

Najib pernah berkata semua pihak perlu menghormati undang-undang negara ini "Apa saja yang kita muatkan dalam laman web dan Facebook dan sebagainya akan menyentuh perasaan pihak lain. Kita ada undang-undang kita, pihak berkuasa seperti MCMC perlu ambil tindakan sewajarnya.

"Mereka yang menyalahi undang-undang dan memuat apa-apa pengisian yang boleh bersifat keterlaluan sama ada dari segi menyentuh sensitiviti agama lain patut diambil tindakan," - Sumber dari SINI

Pagi ini Malaysiakini melaporkan

Akhirnya klip papar aksi seks muncul di Internet

Lebih banyak klip video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube.


Empat klip tersebut - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara.

Ini adalah bahagian ketiga daripada video seks tersebut yang dibocorkan di internet, tetapi tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru itu memaparkan aksi seks.

Bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.

Video memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut.

Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang. – sepenuhnya sila baca di SINI

Jadi dimana Bapak Menteri yang menjaga SKMM? Apakah perlu dibuat aduan terlebih dahulu bari SKMM akan bertindak?

Jika begitu laporkanlah di (SINI) dan kita tungu dan lihat berapa puluh tahunkah akan diambil oleh SKMM untuk menyiasat dalang yang memuatnaikkan video tersebut ke Youtube..

Tidakkah tindakan mereka yang memuatnaik video tersebut ke laman Youtube kelihatan mencabar pihak Polis? Jelas mencabar kewibawaan pihak Polis kerana ketika pihak Polis menyatakan akan menyiasat akan kejadian memuat naik video clip "Papa Nurul Izzah Part 11" mereka dengan angkuhnya pula memuatnaikkan 4 lagi klip video tersebut kelaman Youtube.

Memandangkan aku jelas berada di pihak Pakatan Rakyat.. jika aku menyiarkan empat video klip tersebut didalam Blog ini, aku yakin malam ini aku akan bermalam dilokap Balai Polis Bandar Perda kerana tiada keistimewaan yang diberikan kepada penyokong Pakatan Rakyat..

Dan keistimewaan dikecualikan dari tindakan undang-undang itu hanya terdapat atau diberikan kepada pihak yang menyokong UMNO.. oleh itu saksikanlah video tersebut di blog penyokong UMNO ini..

Sila klik di sini… Panglima Harimau

Cabaran Bodoh dari Soi Lek buat PKR..

Posted: 28 Apr 2011 08:33 PM PDT

Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu..

Selama ini pun PKR tak mengharapkan undi dari Soi Lek tu untuk menang di beberapa Kerusi Parlimen dan juga DUN.. jadi apa perlunya PKR menyahut cabaran bodoh dari Soi Lek itu?? Lainlah kalau satu undi dari Soi Lek itu akan membolehkan PKR/PR terus menguasai Putrajaya...

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu.

KUALA LUMPUR, 29 April — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.


"Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR," kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.

"Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka," kata beliau.

Dalam video bertajuk "Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara", bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.

"Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.

"Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan," katanya.

Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.

"Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini," katanya lagi.

Malah dalam video 84 saat itu, Dr Chua juga mengingatkan bahawa agenda politik PAS ialah mempromosikan Islam.

Pandangan Dr Chua ini muncul beberapa hari selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April di mana BN hilang di kesemua kerusi majoriti Cina.


The Malaysian Insider

Bukan Hantu lah Bro.. tapi Eskay..

Posted: 28 Apr 2011 05:00 PM PDT

Milo Suam dalam satu entrynya telah mempersoalkan akan kehadiran seseorang yang dianggap sebagai hantu di dalam bilik sebuah hotel ditengah-tengah ibu kota atau menurut polis sebuah kondominium dipinggir kota ketika rakaman aksi seks seorang lelaki yang didakwa sebagai Anwar Ibrahim sedang berjalan..

Antara tulisan Milo Suam didalam entrynya yang bertajuk "Gempar! Hantu muncul dalam video seks part 2" ialah "Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. Rujuk gambar-gambar di bawah

Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang berbogel menuju ke bilik air



Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu. artikel penuh sila baca di SINI

Benarkah bilik tempat rakaman video lucah itu dijalankan berhantu?

Ketika difasa permulaan pendedahan video lucah tersebut kepada umum kononnya untuk menzahirkan kebenaran, salah seorang dari 'Three Stooges' itu iaitu Eskay telah mendakwa beliau telah terjumpa video tersebut didalam sebuah perakam yang kononnya tersimpan didalam laci meja solek di dalam bilik itu..

Kononnya beliau telah diarahkan ke bilik itu untuk mengambil seutas jam tangan jenis Omega yang dipakai bersama dengan kad pendaftaran bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa jam itu 'Ori' oleh lelaki tersebut.

Eskay gagal menemui jam tersebut tetapi setelah terlihat wayar berselirat di belakang meja solek itu menuju ke lacinya, beliau mengumpil laci tersebut lantas menemui video atau tape didalam sebuah perakam yang tersorok didalam laci itu.

Cerita dari sebuah blog yang dulunya penyokong kuat PAS Kelantan tetapi beralih arah setelah dipecat dari jawatannya mengatakan Eskay tidak boleh melihat kandungan didalam video itu dan hanya boleh melihatnya setelah dibantu oleh seorang rakan tiga hari kemudian.

Itu cerita Eskay diawal pendedahan untuk menzahirkan kebenaran kononnya, beliau berkata beliau terjumpa video itu..

Cerita diawal pendedahan itu amat berbeza dengan apa yang dinyatakannya kepada TV3 seperti yang tersiar dalam bulletin utama 28 April.

Menurut apa yang disiarkan oleh TV3 "Kata Datuk Shazryl Eskay, beliau berani bersumpah kerana beliau turut berada di tempat kejadian.

"Saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya berada di lokasi juga dalam paparan itu. Demi Allah, tindakan kami semata-mata untuk menzahirkan kebenaran bukan sekali memfitnah atau memenuhi kepentingan pihak tertentu atau peribadi." - TV3

Jadi… bukanlah hantu yang turut berada didalam bilik itu.. Tapi Datuk Shazryl Eskay..

Pengakuan yang menjelaskan kepada kita bahawa pelaku aksi lucah itu mempamirkan aksi seksnya kepada Eskay untuk dirakam dan adalah mustahil Eskay yang turut berada sama didalam bilik itu sehingga meminta tisu untuk mengesat apa yang patut tidak menyedari terdapatnya wayar yang berselirat dibelakang meja solek itu…

Aku ulang kenyataan dan persoalan yang ditimbulkan oleh Milo Suam.. Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim, logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama..

Tiada ulasan: