A Mum Of Three Mohd |
- Kaki putaq alam
- They just want CHANGE la dumbo!!
- No offence. Hiburan petang
- Apa kelas nyer jika......
- Bapak borek anak rintik
- Alo...Tengok cermin. Siapa bawa virus 'rasis'??
Posted: 19 Apr 2011 09:06 AM PDT Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Mukhriz... Mukhriz.... Mukhriz Mahathir, awat la hang jadi lagu tu. Jangan jadi kaki putaq alam. Hilang kredibiliti... lenyap integriti sebagai seorang YB. Malu chek oooiii..... YB bermakna Yang Berhormat. Kalau dah jadi kaki putaq alam... sapa nak hormat hang. Yang Berhomat boleh bertukar jadi Yang Bacul!! ALOR SETAR, 19 April — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebaliknya kata beliau (gambar), kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar. "Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000. "Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta," katanya pada sidang media di sini. Dipetik laporan Bernama Online, Azizan berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta. UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung, namun permohonan mereka ditolak. "Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu," katanya. Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut. "Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh," kata Azizan. Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008. "...tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan. "Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun," katanya. Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam. "Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus," katanya. - MI |
They just want CHANGE la dumbo!! Posted: 19 Apr 2011 05:00 AM PDT Ungrateful?? Rasis?? Kah..kah.. kah..kah... Alo... alo.... They have had enough of Barisan Nasional. They just want CHANGE!! CHANGE for the betterment of all the people and the nation. Mereka mahukan politik baru dan Malaysia Baru!! Is that too difficult to absorb?? Dumbo... SHAH ALAM 19 APRIL : Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng tidak melihat pengundi Cina sebagai 'tidak berterima kasih' atau memberontak terhadap Barisan Nasional (BN) sebaliknya sebagai pemangkin perubahan rakyat. Wong berkata pengundi Cina teguh berdiri dibarisan hadapan bagi menuntut perubahan lantaran muak dengan pemerintahan BN yang gagal memberikan keadilan bukan saja kepada kaum Cina, malah semua kaum di Sarawak. "Mereka berada di barisan hadapan untuk perubahan. Ia bukan satu revolusi. Tidak adil untuk kata mereka sengaja melawan arus. Kaum Cina dimarginalisasi oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan walaupun menyumbang banyak kepada perkembangan ekonomi negeri. "Hakikatnya, kaum Cina turut sedar Iban, Bidayuh, minoriti Dayak lain serta Melayu Melanau turut dilupakan Kerajaan Pusat. Jadi tiada niat jahat untuk kaum Cina melangkah ke hadapan walaupun Kerajaan kata sebaliknya. Kita (Rakyat Sarawak) sudah menderita dengan penindasan Kerajaan ini dan seuatu perubahan perlu dilakukan," kata Wong ketika dihubungi TV Selangor hari ini. Media arus perdana yang diketuai akhbar kawalan UMNO, Utusan Malaysia menyatakan sokongan pengundi Cina yang semakin meningkat terhadap DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 adalah bukti mereka 'tidak berterima kasih' dan 'tidak setia' kepada Barisan Nasional. Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad menuduh pengundi Cina Sarawak sebagai terpengaruh dengan politik Rasis DAP. Malah komponen BN Sarawak SUPP yang didominasi kaum Cina tumbang persis parti MCA pada Pilihan Raya umum lepas. Wong yang juga ADUN Bukit Assek sejak 2006 menyatakan hal ini hasil percaturan politik rasis BN yang seringkali dimainkan oleh akhbar Utusan. Beliau mempersoalkan mengapa BN sebagai gabungan pelbagai parti tidak pernah melihat Pakatan Rakyat sebagai entiti yang memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama di negara ini. "Kami, DAP bersama PKR dan PAS di Pakatan Rakyat. Sebagai entiti politik kami boleh bekerjasama dengan baik. Saya tertanya-tanya kenapa Utusan gagal melihat perkara ini. Pemimpin BN pun tak boleh lihat perkara ini. "Kami tak memainkan isu perkauman. Kami, sebagai entiti mahu Kerajaan pastikan tidak ada isu perkauman di Sarawak, bukan sahaja di Sarawak tapi di Seluruh Malaysia," kata Wong lagi. Justeru beliau menyelar peranan Utusan yang nyata tidak senada dengan apa yang dilaungkan BN bahawa mereka adil dan tidak bersifat perkauman. "Utusan seperti yang saya lihat tidak layak menjadi akhbar. Utusan sudah dikenali banyak memainkan isu perkauman tetapi kerana ia milik (salah satu parti) BN, pemimpin BN membiarkan hal ini, "Saya sedar dan risau dengan politik penipuan dan perkauman yang dibawa akhbar ini tapi tiada seorang pun pemimpin BN yang mempunyai kesedaran untuk menegur kenyataan seperti ini," ujar beliau- TVS NEWS |
Posted: 19 Apr 2011 03:00 AM PDT Layaaann..... |
Posted: 19 Apr 2011 01:30 AM PDT Jawapan kepada mengapa terdapat banyak sangat kangkung di universiti-unversiti di Mehsia sudah terjawab. Jawapan ini diberikan oleh Profesor Dr Syed Husin Ali . Kekadang rasa pelik... mereka ini mempunyai pencapaian akademik yang tinggi melambung tetapi imej dan minda mereka macam kangkung. No guts... no otak and no akai...!! Kangkung-kangkung ini tidak setanding dengan prof-prof di luar negara yang ada mind dan pendirian sendiri. Mentaliti mereka jauh lebih ada classnya jika dibandingkan dengan kangkung-kangkung di sini. Kangkung-kangkung ni bikin malu negara jer!! Minda mereka terkongkong dan dikongkong. Kekadang terfikir juga.... apalah mereka ini rakyat yang benar-benar merdeka?? Prof-prof serta para pensyarah yang berjaya mendapat anugerah kangkung ini ialah mereka yang lebih mempunyai hawa nafsu duniawi daripada memikirkan consequences yang akan mereka terima di akhirat nanti. They'll do anything demi kedudukan, jawatan, pangkat serta kesenangan hidup di dunia. Glomour dunia beb!! Dunia kekal di sana.... belakang kira!! Aha.... ini dia jawapan kepada mengapa banyak kangkung di IPTA-IPTA di Mehsia?? Ek ele.. apa kelasnya jika SB yang diberi kuasa untuk memilih siapa yang layak jadi pensyarah?? KUALA LUMPUR: Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik. Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam. "Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya. "Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya. Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan," ujarnya. Menurut Syed Husin, selain pensyarah, pihak polis cawangan khas turut mempengaruhi keputusan dalam pelantikan seseorang profesor Emeritus, yang dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan. "Bahkan lebih buruk lagi diketahui bahawa SB campur tangan dalam hal perlantikan Profesor Emeritus. Gelaran ini diberi kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas ia bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik. Menurutnya, terdapat kes di mana seorang bekas profesor yang terkenal dibatalkan gelaran Profesor Emeritus oleh sebuah universiti ulung di Malaysia kerana disekat SB. "Badan-badan akademik dalam Universiti itu bersetuju mengaugerahkan gelaran ini kepada bekas Profesor berkenaan. Akan tetapi, apabila sampai ke peringkat Lembaga Universiti, campur tangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerah," katanya. [sumber] Ha...ha... ha... Begitu ceritanyer. Patutler banyaknya kangkung di IPTA-IPTA sekarang ni. Ater kalau dah jadi kangkung.... senang ler dibuat sayor atau di'celor-celor buat pecal' oleh kerajaan UMporNO/BN Walau bagaimanapun.... alhamdulillah, ada juga para akademik kita yang tidak mendapat anugerah 'kangkung' ini. You people really ada guts!! Kepada mereka.... bravo kerana menjadi rakyat yang benar-benar merdeka... dari segi jasad, jiwa dan minda!! |
Posted: 18 Apr 2011 11:00 PM PDT Pinda kertas siasatan, DPP diarah bela diri April 19, 2011 SHAH ALAM, 19 April — Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan bekas timbalan pendakwa raya, Md Azar Irwan Mohd Arifin, 32, membela diri atas tuduhan meminda minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek kes dadah, dua tahun lepas. Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membangkitkan elemen-elemen pertuduhan dan membuktikan kes prima facie terhadap Md Azar. Mahkamah menetapkan 7 dan 8 Jun ini untuk Md Azar membela diri, lapor Bernama Online. Md Azar didakwa menulis arahan di dalam kertas siasatan supaya Quah Guat Chin, Wong Kok Seng dan Low Teck Seng dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) Akta yang sama, sedangkan dua daripada mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. Dia yang didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat menyelamatkan suspek daripada seksaan undang-undang berbuat demikian di pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor di tingkat empat, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, antara pukul 3.15 petang hingga 5 petang pada 12 Mac 2009. Md Azar didakwa mengikut Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.- MI Ha... ha.. ha... Siapa boss dalam Jabatan Peguam Negara/Pendakwaan?? Handal sungguh Tok Guru di Jabatan tu... Anak-anak buahnya pun, cepat betul absorb contoh teladan yang diberikan oleh Tok Guru mereka. Bravo!! Excellente!! Betoi apa yang orang-orang tua kita kata.... Kalau guru kencing berdiri... anak murid pulak kencing berlari. Hancuusss-mancusss sistem kehakiman kita. Inilah sistem yang bakal diwarisi oleh generasi kita yang akan datang. Anda mahu ini berlaku?? Nauzubillah..... Sebab itu ia menjadi tanggung jawab kita untuk ubah sistem yang diterajui oleh mereka yang haprak dan tak amanah ini. Ubah sebelum barah ini menjadi lebih parah. Ya... Ubah. Selamatkan Malaysia!! |
Alo...Tengok cermin. Siapa bawa virus 'rasis'?? Posted: 18 Apr 2011 09:12 PM PDT Semalam aku letih dan ngantuk sangat... jadi aku tak der mood nak komen tentang kenyataan daripada seorang mantan PM kita.. Hari ini, kitorang cuti... sebab besday Sultan, jadi... dapat rest 1 hari di rumah. So... nak ambik kesempatan ini untuk tulis hal yang tertangguh semalam. Baca apa dia kata.... "Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP" [sini] Ater... kalau orang Cina Sarawak selama ini bagi undi pada SUPP tak per pulak. Tak rasis ke?? Ater... SUPP tu, bukan ke Chinese-base party walau pun di dalamnya ada ler segelintir ahli pribuminya, macam juga DAP. Bezanya.... SUPP di Sarawak dan DAP di seluruh Malaysia. Rakyat Sarawak sudah muak tinggal di bawah tempurung. SUPP ialah parti politik di bawah tempurung. Rakyat Sarawak kini sudah maju ke depan dalam politik. They don't want to stay local. They want to go nasional. Sebab tu... mereka mula beri sokongan pada DAP. Mengapa sekarang apabila orang Cina Sarawak beralih sokongan pada DAP maka, timbul pulak tuduhan rasis. When a 'bapak rasis' bercakap..... jangan kita ambil pot sangat. Ini jenis yang 'sour grapes' bercakap.... dia jer yang betoi. Pedulikan. After all.... DAP adalah sebahagian anggota Pakatan Rakyat yang rakan kongsinya ialah PKR dan PAS. Hok gagasan ini, jauh lebih mesra kaum daripada hok sebelah orang tua tu. You know why....?? Becoz... mereka berjuang atas landasan keadilan tanpa mengira kaum dan agama. Dan ia mula diterima oleh rakyat. Oleh itu, tak timbul isu DAP bawa politik perkauman ke Sarawak, wal hal UMNO, MCA serta MIC.... tiga komponen teras Barisan Nasional, jauh lebih bersifat rasis daripada DAP. Setelah SUPP kecundang, baru ler timbul soal rasis. Batu api!! Pooraahhh!! Sebenarnya.... puak-puak yang ber-origin rasis ni, takut akan sokongan rakyat yang semakin meluas kepada corak politik baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Status quo penguasaan politik mereka di Sabah dan Sarawak semakin goyah. Rakyat di sana semakin dapat menerima sistem politik dua parti. BN is getting less popular. Instead.... sistem dua parti pulak is getting more and more popular!!! Yeaaahhh.... Thank you Allah!! [sini dan sini] Dan, oleh sebab politik Barisan Nasional, berlandaskan politik rasis maka.... mereka mula rasa insecure. Politik rasis sudah semakin ditolak. Dan... cengkaman mereka pada kuasa semakin longgar. No 110% gerenti yang Sabah dan Sarawak akan terus kekal menjadi 'fix deposit' kepada BN di Semenanjung. Ooooo..... tak sanggup mereka nak menghadapinya!!! Lantas... si tua itu, cuba bermain dengan isu rasis untuk menakut-nakutkan kita. Eleh.... tak laku dah. Tak takut pun. Boleh blah!! Emmm.... kalau BN hilang kuasa, alamatnya nyawa si tua pun dalam bahaya. Serangan jantung mungkin berlaku!! Arghh.... tak sanggup aku..!! Ooopppss!! 'Aku' tu.... dia ler, si tua tu!! Sebab itu, seluruh rakyat Malaysia mesti bersatu untuk membangkitkan satu lagi gelombang tsunami yang dahsyat agar api pada bara rasis yang sering ditiup-tiup oleh Barisan Nasional khususnya UMporNO akan terpadam, once and for all. Say No to Madey!! Say NO to Racism!! Say No To UMporNO!! Say No to Barisan Nasional!! But..... SAY YES TO PAKATAN RAKYAT!!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan