Senyum Tangis Sendu |
- Polis! Cepat Siasat
- Apabila Rakyat Jadikan UMNO/BN Syaitan..
- Terbaru Najib Takut Dengan Emel
- Cepat Tengok: Buah atau Zakar
- Anak Tumbuk Bapa
- Maut Dilenyek Dua Kereta
- Melaka Pusat Seks Mahasiswa
Posted: 19 Apr 2011 08:47 AM PDT Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan) hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap satu laman sosial Facebook yang didakwa menghina institusi Sultan dan rakyat Kelantan. Presidennya Datuk Dr. Noordin Ab Razak berkata, laman itu yang menggunakan nama "Sulaiman Ali Sulaiman" telah mengeluarkan kenyataan yang mengutuk Sultan serta negeri Kelantan secara khususnya. "Mengeluarkan kenyataan yang bersifat mengutuk kelakuan Sultan juga memperlekehkan Kelantan sebagai negeri yang mundur adalah satu penghinaan bagi kami yang mewakili negeri serta rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Wangsa Maju di sini hari ini. P/s; Polis kena cepat bertindak terhadap mereka yang menghina Sultan dan Rakyat Kelantan. Mereka jangan hanya jadi juara tangkap ahli politik pembangkang sahaja. Kena telus. Jangan jadi kuda tunggangang |
Apabila Rakyat Jadikan UMNO/BN Syaitan.. Posted: 19 Apr 2011 05:48 AM PDT Terlalu bangangkah pihak kerajaan tidk mahu mendengar luahan rakyat berkaitan dengan projek Lynas? Adakah manusia ini telah disumpah menjadi syaitan? Keluhan rakyat tidak dihiraukan dan menjadikan rakyat sebagai korban radioaktif. 'Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia' ditubuhkan hanya beberapa minggu lepas - dalam bulan Mac - di tengah-tengah rasa takut menular terhadap keracunan radiasi dari operasi loji tersebut, yang didakwa penentangnya, bakal menjadi kenyataan. Pada laman Facebooknya, Lynas menegaskan yang bahan mentah yang akan diproses di Lamp - yang dibawa dari kawasan perlombongan Mount Weld di Australia Barat - 'mempunyai paras rendah semula jadi torium yang 50 kali lebih rendah daripada amang timah yang diguna oleh Asia Rare Earth'. Pekerja pelabuhan Kuantan, Mr.M (bukan nama sebenar), 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3km dari tapak Lamp, berkata syarikat tersebut membawa bahan mentahnya dari Australia hanya untuk diproses di situ. "Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut... Ada yang tak kena...," tambahnya. Mr.M, bapa kepada enam orang anak, mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5km dari loji Lynas. "Bila anda sebut 'radioaktif', penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang," katanya. Mr.M berkata dia telah menghadiri satu ceramah di mana penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan penduduk yang masih lagi mengalami keracunan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia. Mr. K, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana dekat situ, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan kawasan sekitarnya. Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan dekat tempat tinggalnya telah menjunam. P/s: Jangan jadikan rakyat korban untuk kepentingan semata-mata. Mana mampusnya slogan Rakyat Didahulukan? |
Terbaru Najib Takut Dengan Emel Posted: 19 Apr 2011 01:14 AM PDT Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Akaun e-mel itu akan membolehkan perhubungan langsung dan selamat antara rakyat dan kerajaan. Ia sebahagian daripada perkhidmatan portal kerajaan sepusat. Portal web itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad, antara lain menyediakan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian. P/s: Najib tidak percaya dengan emel yang ada sekarang dan sebab itulah beliau buat emel untuk rakyat Malaysia. Ini bukan kerana sayang atas sebab slogan 1Malaysia tetapi takut dengan anasir luar dan cuba menyempitkan minda rakyat. |
Posted: 18 Apr 2011 11:34 PM PDT Pelik tapi benar. Gambar di atas adalah buah yang mirip seakan-akan zakar lelaki. Inilah antara kejadian yang diluar permikiran manusia yang tidak dapat dicapai oleh manusia yang bergelar makhluk. |
Posted: 18 Apr 2011 09:45 PM PDT KAJANG: Nasihat diberikan seorang bapa kepada anaknya yang berkelakuan liar dibalas si anak dengan balingan topi keledar dan satu tumbukan di muka menyebabkan lelaki berusia 49 tahun itu cedera di kening dan terpaksa menerima rawatan di hospital. Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi semalam di rumah mereka di Taman Bukit Mewah di sini dan sumber polis berkata, perbalahan antara dua beranak itu bermula dengan pertengkaran akibat salah faham. Menurutnya, selepas si ayah menasihati anak lelakinya yang berusia 20-an itu, berlaku pertengkaran di antara mereka selama kita-kira 10 minit. "Kemuncaknya, si anak naik berang lalu membaling topi keledar ke arah ayahnya, namun ayahnya sempat mengelak. Tidak puas hati dengan keadaan itu, anak terbabit bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka bapanya hingga cedera di kening," katanya |
Posted: 18 Apr 2011 07:26 PM PDT KANGAR: Seorang petani hanya mampu melihat seorang remaja maut di depan mata apabila usahanya memberi amaran kepada sebuah kereta daripada melanggar mangsa yang tercampak ke tengah jalan gagal, malam kelmarin. Mangsa, Hassan Basri Osman, 19, maut di tempat kejadian apabila dilanggar dua kenderaan selepas motosikal dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Datuk Ali, berhampiran Kampung Tok Kuning, dekat sini, kira-kira jam 8 malam. Rakannya, Rosli Jabar, 18, pula berjaya diselamatkan daripada lemas selepas terperosok bersama motosikal ke dalam parit yang berair. Kedua-dua remaja terbabit berasal dari Kuala Perlis. Petani, Abdul Rahim Ayob, 54, berkata dia cuba menahan sebuah kereta dari arah Kangar ke Kuala Perlis dengan melambai-lambai cahaya telefon bimbit untuk menghalangnya daripada melanggar remaja yang ketika itu dalam keadaan parah selepas dilanggar kenderaan pertama tetapi gagal. "Akibat perlanggaran itu, saya melihat mangsa tergolek di bawah kenderaan itu. |
Posted: 18 Apr 2011 05:21 PM PDT Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan 'parti pakaian seragam kolej.' Berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan. Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik. Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur. P/s: MELAKA MAJU 2010. 2011 MELAKA... |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan