Anak Sungai Derhaka |
- Skandal Seks Menteri Kabinet bakal dibukukan??
- Mengapa PKR hanya mampu menang 3 dari 49 kerusi yang ditandingi?
- Zambri.. Masaalah Banjir di Teluk Intan bila nak selesai?
- Undi Cina Bukan Membuta Tuli, Tapi Demi Perubahan
- Bukannya Melayu yang dipinggirkan di Pulau Pinang tapi UMNO.
- Utusan Malaysia pertahan tulisan Awang Selamat
- 'Datuk UMNO' yang ditangkap Khalwat didakwa hari ini..
- PRN Sarawak: PR Menang Bermaruah, BN Menang Dengan Rasuah
- Pasca-PRU Sarawak : Taib Sindir Najib?
- Dari PRN Sarawak ke PRU13, PR Sila ambil perhatian!!
Skandal Seks Menteri Kabinet bakal dibukukan?? Posted: 19 Apr 2011 08:41 AM PDT Buku bertemu ruas kali ini... "Jika Rais 'Anak Jantan', bukan 'belut yang licik' atau 'Menteri yang hilang akal', maka beliau sewajarnya mengheret punca pendedahan awal Skandal tersebut iaitu Migrant Care, Tenaganita, Rocky Bru dan sebagainya. Sabahkini.net hanya menyiarkan berita tersebut berdasarkan siasatan rapi dan tidak akan berganjak daripada fakta," ujar Mutalib M.D Oleh: VIVIEN SAKUNTALA (Koresponden Sabahkini.net di Jakarta) DIKHABARKAN bahawa penulis kontroversi, Mutalib M.D akan menerbitkan sebuah buku terbaru berhubung Skandal Seks seorang Menteri Kabinet Malaysia dan kini masih berada di luar negara mengumpul bukti dan alibi sensasi. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada buku tersebut mencerita Skandal Seks Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim yang melibatkan Pembantu Rumah Tangga (PRT), Robengah, atau tokoh lain. Kisah Rais disebarkan secara meluas di Sabahkini.net sehingga Rais bertindak memfailkan saman pada 10 Februari lalu. Kelmarin, Peguam Rais, Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini, namun ketika dihubungi melalui email, Mutalib menyatakan beliau tidak mempedulikan saman yang difailkan Rais kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis dan menyalahgunakan prosiding mahkamah. "Beban bukti terletak pada Rais kerana beliau harus membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak merogol Robengah sebagaimana yang didakwa Robengah kepada Koresponden Jakarta Post, Migrant Care dan Tenaganita. Saya hanya melaporkan apa yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya dan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Apakah Rais mahu menembak pembawa berita?," tanya Mutalib dalam emailnya. Mutalib turut menolak dakwaan Rais sebelum ini bahawa pihak pembangkang sengaja mahu menjatuhkannya melalui artikel fitnah kerana beliau adalah Ahli UMNO di Parlimen Silam dan Rocky Bru adalah pemimpin akhbar Pro-Kerajaan. Tambah Mutalib lagi, oleh kerana Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat laporan polis pada 5 Januari 2011 di Balai Polis Seremban, melalui laporan bernombor 000357/11, namun sehingga kini polis masih belum menyelesaikan siasat. "Sehubungan itu, saya tidak mahu mengganggu atau mempengaruhi siasatan polis dengan melayan karenah 'menteri yang cacat akal' tersebut kerana telah menyalahguna kuasa dan kedudukannya untuk mengheret para blogger yang menjadi 'Whistleblower' ke mahkamah sebelum polis menyelesaikan siasatan," kata Mutalib yang menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah tidak melayan saman Rais yang telah ditetapkan pada 6 Mei 2011 selagi siasatan polis belum diumumkan kepada umum. Tambahan pula, kata Mutalib, sebagai pegawai awam iaitu menteri yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat, Rais tidak boleh diwakili oleh peguam sendiri melainkan Peguam Negara Malaysia atau dengan izin Peguam Negara. Mutalib menjelaskan beliau hanya akan melayan saman Rais sekiranya Polis Seremban telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut; sama ada untuk mendakwa Rais atau para blogger yang mendedahkan Skandal berkenaan. "Yang boleh menentusahkan sama ada kes jenayah rogol berlaku ialah mahkamah. Jika kes ini dibawa ke mahkamah, maka amat baik untuk rakyat dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia; kerana saya berpeluang untuk mensapena Migrant Care, Tenaganita, SAMM, Robengah, Adik Robengah, Rakan Robengah, Kedutaan Indonesia, malah Rais dan isterinya sebagai saksi untuk berkata benar di mahkamah," ujar Mutalib yang tidak akan tunduk kepada desakan demi desakan Rais agar artikel mengenai beliau dikeluarkan daripada arkib Sabahkini.net yang boleh diakses pada bila-bila masa. Mutalib menegaskan, 'CCTV' Tuhan tidak pernah padam, sekalipun Rais telah berusaha memadamkan semua bukti yang boleh mengaitkan beliau dengan Robengah dan menggunakan kedudukannya untuk mengheret para blogger ke mahkamah, kononnya untuk membersihkan nama beliau yang dikotorkan melalui skandal berkenaan. "Jika Rais 'Anak Jantan', bukan 'belut yang licik' atau 'Menteri yang hilang akal', maka beliau sewajarnya mengheret punca pendedahan awal Skandal tersebut iaitu Migrant Care, Tenaganita, Rocky Bru dan sebagainya. Sabahkini.net hanya menyiarkan berita tersebut berdasarkan siasatan rapi dan tidak akan berganjak daripada fakta," ujar Mutalib M.D yang sedang menyiapkan sebuah Video Klip berhubung isu berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi Rais di Mahkamah kelak. Ketika ditanya sama ada buku Skandal Seks yang disiapkannya mengenai Rais atau menteri lain, Mutalib mengatakan bahawa, "Tunggu siap percetakan dan pendedahan penuh eksklusif. Saya tidak mahu komen buku yang belum diterbitkan." Sebelum ini Mutalib telah menerbitkan dua buah buku Skandal Seks Orang Ternama berjudul VIP dan YB serta 23 judul lagi yang belum diterbitkan. Mutalib juga adalah penulis buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Di Sewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir dan lebih 20 buku lain. Kes Skandal Seks Orang Ternama: 'YB' kini sedang disiarkan secara bersiri di Sabahkini.net kerana buku yang dicetak telah habis dijual dan Sabahkini.net memperoleh hak untuk menerbit buku berkenaan dalam versi e-book dan ada pihak yang telah berjumpa Mutalib untuk mengadaptasi Skandal Seks berkenaan ke layar perak. Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu. Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu. Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?' dan 'PKR cabar Rais sumpah laknat' dipaparkan pada 3 Januari lalu. Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul 'Rais Yatim seperti belut bodoh' dan 'Video pengakuan rakan Robe Ngah' di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini. Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) telah membuat laporan polis terhadap Rais dan ekoran daripada itu, Penyelaras SAMM, Norazizi A Aziz telah menulis surat kepada Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Seremban pada 7 Mac 2011 berhubung kedudukan laporan polis yang dibuat pada 5 Januari 2011. Berikut adalah sedutan surat beliau. Tarikh : 7 Mac 2011 Kepada; Insp. Zuraidah Bte Abd. Hamid Ibu Pejabat Polis Daerah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur Saudara ; MERUJUK KEPADA LAPORAN SAYA BERTARIKH , (NO REPORT: SEREMBAN/000357/11) Pada tarikh 05 Januari 2011 yang lepas, saya telah membuat laporan bernombor Seremban/000357/11. Laporan ini bagi tujuan mendesak satu siasatan kepada pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan YB Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan & Kesenian dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia. Dalam laporan tersebut kami sediakan dokumen lampiran dan saya sendiri telah memberikan kerjasama dalam memberikan rakaman percakapan selama sejam lebih (anggaran: dari jam 1130 pagi hingga 1245 tengahari). Seperti yang pihak tuan janjikan akan segera bertindak atas laporan ini dan akan memberikan maklum balas mengenainya namun sehingga kini tiada maklum balas. Tuduhan ini merupakan tuduhan serius. Jika benar tindakan wajar yang serius harus diambil kerana nama yang dikaitkan bertaraf menteri iaitu kedudukan atau kedudukan yang strategik negara. Jika tidak benar polis juga harus tampil membersihkan nama yang dikaitkan dengan penjelasan yang munasabah dan mencari sumber dokumen 'palsu' tersebut. Dengan polis mendiamkan perkara ini maka ia seolah sesuatu yang tidak kena. Imej negara dan institusi pelaksana hukum boleh tercalar dengan persepsi cuba melindungi tuan-tuan besar. Kes ini amat sensitif khasnya dalam keadaan hubungan negara yang sering tegang. Kami tampil membuat laporan atas kesedaran anak muda yang ingin melihat keadilan tergegak. Kami tidak mahu kes ini hanya dijadikan modal politik sahaja tanpa tindakan konkrit ke arah melaksana keadilan. SAMM boleh sahaja menimbulkan kes ini dan laporan polis tersebut dalam siri pilihanraya kecil yang diadakan tetapi kami memilih untuk mensenyapkan kerana mahu kes ini dilihat bukan dari segi kepentingan politik semata - mata. Saya mohon respon terbuka PDRM mengenai laporan kami. Sekian dan terima kasih. Norazizi A. Aziz Penyelaras SAMM |
Mengapa PKR hanya mampu menang 3 dari 49 kerusi yang ditandingi? Posted: 19 Apr 2011 05:26 AM PDT Oleh: MSK Awal bulan March 2010, masa tu Fuziah Salleh masih lagi menjadi Pengarah Pilihanraya PKR, aku diminta untuk membantu PKR Sarawak membuat persediaan menghadapi PRN Sarawak. Team kami hanya bertiga. Hj. Ismail sebagai Pengarah Operasi, Kak Aishah Lamsah sebagai Pengarah Gerakkerja dan aku dari Unit Data. Sebulan sebelum berlepas, Fuziah Salleh meneyerahkan kat aku Daftar Pemilih Sarawak yang terbaru pada masa itu. (Setakat Disember 2009). Itu saja modal aku kalau nak buka temberang. Pasal politik PKR Sarawak, aku tak tau. Dan aku tak mau tau. Aku bukan buat kerja untuk individu, tetapi untuk parti. Prinsip aku ialah…kalau nak menang perlu ada kekuatan diri, bukan diatas kelemahan orang lain atau menumpang kekuatan orang lain. Kalau di Semenanjung, PKR boleh menumpang kekuatan jentera Pas, tapi di Sarawak…Pas pun lemah. Dan bila tiba di Kuching, aku dapati..PKR Sarawak lebih teruk dari yang aku jangkakan. PKR Sarawak mempunyai ramai pemimpin yang professional, tapi mereka ini terpaksa tunduk kepada warlord yang terdapat di Sarawak. PKR Sarawak berpecah kepada 4 kem. Pertama kem Haji Baha (Calon Tupong). Kedua, kem Dominique Ng.(Padungan) Ketiga kem Abang Zul (Saribas) dan keempat, warlord Iban yang masing-masing mahu jadi taiko. Itu sebabnya mengapa Baru Bian dipilih menjadi Pengerusi PKR Sarawak walaupun dia dari minoriti Orang Ulu. Hari pertama bengkel, hanya dihadiri oleh orang-orang dari kem Haji Baha dan kem Iban. Baru Bian juga ada disana. Dan satu perkara yang menarik bagi aku ialah, mereka memperkenalkan diri sebagai bakal Calon. Fuiyo!! Serius bro!! Kerusi tu depa punya!! Aku tanya kat depa, macam mana kalau mereka tidak terpilih sebagai calon dalam PRN nanti? Depa jawab depa akan tetap jadi calon. Kalau tak dapat jadi calon PKR, depa akan jadi Calon Bebas. So, bagi kepimpinanan PKR Sarawak, wala' kepada parti adalah perkara terakhir. Dan mereka telah buktikan!! Ramai dari pemimpin PKR Sarawak dalah dari SNAP ataupun yang kena reject dari PBB. Oleh kerana mereka ini melompat dari SNAP masuk PKR, mereka tidak dipanggil 'katak'. Haji Ismail memberikan taklimat tentang jentera dan strategi manakala Kak Aishah menerangkan tentang gerakkerja yang perlu dibuat. Bila tiba giliran aku, aku menerangkan tentang bagaimana hendak mengenali pengundi. Simple saja. Aku tak ada persediaan yang perlu dibuat lebih awal. Aku cuma bawa software dan selebihnya dibuat secara impromptu. Dan hari itu aku ambil DUN Ba' Kelalan sebagai contoh untuk mengisi slot aku yang dipanggil 'Step-by-Step to Win An Election'. Dan aku minta Baru Bian membantu aku, sebab itu kawasan dia. Soalan pertama: "Do you want to win?" Kalau jawapannya 'Yes", aku teruskan. Kalau setakat nak meningkatkan undi…nak berdakwah…dan menegakkan demokrasi…go to hell. To contest is to win. Kalau masuk bertanding dan mengharapkan kekalahan, go to hell. Kemudian perkara kedua; Memahami gelanggang pertarungan. Kalau nak bertanding, tapi nama kampung pun tak tau. Nama rumah panjang pun tak tau, itu untuk calun payung terjun. Nak menang..lambung buah dadu. Tapi kalau nak jadi wakil rakyat, kena faham segenap pelusuk kawasan, kenal setiap Tuai Rumah, dan kenal setiap pengundi. Ini Sarawak, bukan Petaling Jaya. Aku tak pernah pergi Ba' Kelalan, tapi aku ada data siapa dan berapa pengundi baru di Bario, Semadoh atau Sukang. Berapa ramai pengundi muda bawah 40 tahun di rumah panjang di Long Sebangang. Aku tau nama mereka, aku tau tarikh lahir mereka. Yang diperlukan hanyalah bagi petugas parti pergi berjumpa mereka. Dan jangan tunggu bila dah pilihanraya baru nak buat kerja ni. Dan tahniah kepada Paul Bian, pengurus kempen Baru Bian. Aku tau dia buat kerja sebab dia terus menghubungi aku selepas bengkel. Dan itu sebabnya mengapa aku begitu yakin PKR boleh menang di Ba' Kelalan sebab depa buat kerja. Sebelah malam, aku dijemput oleh Team Dominique Ng ke rumahnya. Ada kenduri. Dan kami pun pergi walaupun Haji Baha marah. Haji Baha tak bagi kami berbaik-baik dengan Dominique. Esok paginya, gambar kami keluar dalam suratkhabar. Yang tu pun jadi modal politik untuk kepimpinan PKR Sarawak!! Teruk Fuziah kena marah. Perempuan comel yang berdiri ditengah-tengah itu ialah Zulhaidah, calon PKR Lambir. So, Dominique juga punya kekuatan sendiri. Apabila Dominique disingkir dari Padungan, bukan Padungan saja yang terkesan, tetapi merebak hingga ke Sibu dan Miri. Itu sebabnya mengapa aku tak menaruh harapan bagi kawasan bercampur yang ditandingi PKR, sebab ramai yang kecewa bila Dominique disingkir. Dan Dominique sendiri adalah contoh mengapa aku kata tidak ada orang PKR Sarawak yang sedia wala' kepada parti. Penyingkiran Dominique ada kaitan dengan hubungan Haji Baha dengan Azmin. Tambahan pula Dominique tidak menyokong Azmin semasa Pemilihan PKR 2010. Dan politik Azmin ialah dia akan mencantas sesiapa saja yang tidak menyokongnya. Macam politik Umno. Sila sambung bacaan anda di SINI (Malaysia Times) |
Zambri.. Masaalah Banjir di Teluk Intan bila nak selesai? Posted: 19 Apr 2011 04:18 AM PDT TELUK INTAN: Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN) selesaikan segera masalah banjir yang sering melanda bandar Teluk Intan sejak sekian lama. Dalam satu kenyataan akhbar beliau berkata masalah tersebut telah berlanjutan sejak bertahun-tahun dan sehingga kini tiada sebarang langkah jangka panjang yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut. "BN sering melaung-laungkan bahawa mereka adalah pembela rakyat tetapi dalam isu yang kritikal ini mereka gagal ambil tindakan untuk membendung masalah banjir yang menyusahkan penduduk setempat terutama peniaga kedai. "Setelah saya mendapatkan nasihat daripada pakar perunding bidang pengairan dan saliran, kos untuk mengatasi masalah banjir ini ialah RM100 juta, membabitkan kerja-kerja mendalamkan sungai dan meninggikan tebing sungai. "Sebagai kerajaan pusat yang mempunyai peruntukkan berbilion ringgit dan sering menghabiskan jutaan ringgit untuk projek yang tidak berfaedah seperti penganjuran 'Formula One' dan 'Monsoon Cup', apakah masalah besar bagi mereka untuk selesaikan masalah banjir yang saya kira lebih penting?", tanya Manogaran. Manoharan juga menyindir kerajaan dengan berkata bahawa sekiranya kerajaan atasi masalah banjir di Teluk Intan, beliau tidak mengharap sebarang "credit" atau penghargaan daripada mereka. "Mungkin mereka tidak mahu laksanakan projek pencegahan banjir di Teluk Intan kerana mereka takut sekiranya projek itu berjaya maka saya yang akan dapat "credit" daripada penduduk Teluk Intan. "Tidak mengapa jika saya tidak mendapat sebarang "credit". BN boleh canangkan di seluruh Malaysia bahawa itu adalah projek mereka. Saya tidak kisah asalkan masalah banjir yang membelenggu penduduk Teluk Intan dapat diatasi", kata Manogaran. Manogaran juga membidas Umno Perak khususnya Umno Teluk Intan yang juga gagal membela nasib orang Melayu di Teluk Intan. " Saya juga ingin bertanya kepada Umno yang kononnya mengaku sebagai pembela bangsa Melayu tetapi kenapa mereka juga gagal untuk menangani masalah banjir yang turut melanda Kampung Bahagia dan Kampung Air Hitam yang merupakan kampung Melayu. Melayu juga dianaktirikan "Tidak mengapa jika tidak membantu orang bukan Melayu tetapi kenapa orang Melayu juga mereka anak tirikan? Saya minta pemimpin Umno jenguk sendiri betapa daif dan susahnya kehidupan orang Melayu di Kampung Bahagia. "Ada seorang mak cik di Kampung Bahagia meneruskan kehidupan harian makan dengan makanan yang disedekahkan oleh jiran. Malah rumah usang beliau tidak mempunyai tandas dan beliau terpaksa kongsi tandas jiran', keluh Manogaran. Manogaran juga turut mendedahkan lebih 300 rumah di Kampung Kilang Beras Padi tidak mempunyai alamat dan semua surat dilonggokkan oleh posmen di sebuah rumah di dalam sebuah plastik besar. Manogaran meminta BN mahupun Umno ketepikan fahaman politik demi kepentingan rakyat dan turun padang untuk menyelami masalah rakyat dan seterusnya mengatasi masalah tersebut. "Jangan hanya jenguk rakyat miskin tegar ini ketika musim Hari Raya dan sekadar memberikan sumbangan kuih raya dan kain sarung," bidas Manogaran. Free Malaysia Today |
Undi Cina Bukan Membuta Tuli, Tapi Demi Perubahan Posted: 19 Apr 2011 01:52 AM PDT SHAH ALAM 19 APRIL : Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng tidak melihat pengundi Cina sebagai 'tidak berterima kasih' atau memberontak terhadap Barisan Nasional (BN) sebaliknya sebagai pemangkin perubahan rakyat. Wong berkata pengundi Cina teguh berdiri dibarisan hadapan bagi menuntut perubahan lantaran muak dengan pemerintahan BN yang gagal memberikan keadilan bukan saja kepada kaum Cina, malah semua kaum di Sarawak. "Mereka berada di barisan hadapan untuk perubahan. Ia bukan satu revolusi. Tidak adil untuk kata mereka sengaja melawan arus. Kaum Cina dimarginalisasi oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan walaupun menyumbang banyak kepada perkembangan ekonomi negeri, "Hakikatnya, kaum Cina turut sedar Iban, Bidayuh, minoriti Dayak lain serta Melayu Melanau turut dilupakan Kerajaan Pusat. Jadi tiada niat jahat untuk kaum Cina melangkah ke hadapan walaupun Kerajaan kata sebaliknya. Kita (Rakyat Sarawak) sudah menderita dengan penindasan Kerajaan ini dan seuatu perubahan perlu dilakukan," kata Wong ketika dihubungi TV Selangor hari ini. Media arus perdana yang diketuai akhbar kawalan UMNO, Utusan Malaysia menyatakan sokongan pengundi Cina yang semakin meningkat terhadap DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 adalah bukti mereka 'tidak berterima kasih' dan 'tidak setia' kepada Barisan Nasional. Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad menuduh pengundi Cina Sarawak sebagai terpengaruh dengan politik Rasis DAP. Malah komponen BN Sarawak SUPP yang didominasi kaum Cina tumbang persis parti MCA pada Pilihan Raya umum lepas. Wong yang juga ADUN Bukit Assek sejak 2006 menyatakan hal ini hasil percaturan politik rasis BN yang seringkali dimainkan oleh akhbar Utusan. Beliau mempersoalkan mengapa BN sebagai gabungan pelbagai parti tidak pernah melihat Pakatan Rakyat sebagai entiti yang memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama di negara ini. "Kami, DAP bersama PKR dan PAS di Pakatan Rakyat. Sebagai entiti politik kami boleh bekerjasama dengan baik. Saya tertanya-tanya kenapa Utusan gagal melihat perkara ini. Pemimpin BN pun tak boleh lihat perkara ini., "Kami tak memainkan isu perkauman. Kami, sebagai entiti mahu Kerajaan pastikan tidak ada isu perkauman di Sarawak, bukan sahaja di Sarawak tapi di Seluruh Malaysia," kata Wong lagi. Justeru beliau menyelar peranan Utusan yang nyata tidak senada dengan apa yang dilaungkan BN bahawa mereka adil dan tidak bersifat perkauman. "Utusan seperti yang saya lihat tidak layak menjadi akhbar. Utusan sudah dikenali banyak memainkan isu perkauman tetapi kerana ia milik (salah satu parti) BN, pemimpin BN membiarkan hal ini, "Saya sedar dan risau dengan politik penipuan dan perkauman yang dibawa akhbar ini tapi tiada seorangpun pemimpin BN yang mempunyai kesedaran untuk menegur kenyataan seperti ini," ujar beliau TVS News |
Bukannya Melayu yang dipinggirkan di Pulau Pinang tapi UMNO. Posted: 19 Apr 2011 12:24 AM PDT BAYAN LEPAS, 19 April: Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak dipinggirkan sebagaimana dakwaan pembangkang. Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pemimpin Umno dan BN yang senantiasa mengkritik setiap usaha kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu di sini. Beliau berkata, sehingga ini konflik yang timbul adalah bikinan Umno dan BN yang tidak dapat menerima hakikat mereka adalah pembangkang yang sah. Katanya, sejak tiga tahun pemerintahan kerajaan negeri, masalah tanah perkuburan di Jelutong yang telah sekian lama tidak dapat diselesaikan semasa BN menerajui negeri ini, telah berjaya diatasi apabila kerajaan negeri membeli sebahagian dari tanah tersebut untuk diperuntukkan sebagai tanah perkuburan di Jelutong. "Manakala para huffaz mendapat pengiktirafan setiap tahun dari kerajaan negeri. Ini tidak pernah dilakukan sebelum 2008 yang lalu. Peruntukan untuk hal ehwal agama Islam turut ditambah sejak 2008 dari RM12.5 juta sehinggalah kepada RM63.21 juta dalam tahun 2011. "Kampus dari dua buah universiti terkenal di Timur Tengah akan diwujudkan di Pulau Pinang tidak lama lagi bagi memberi kemudahan kepada pelajar yang ingin mendalami ilmu mereka dalam bidang agama Islam dan juga penyelidikan," katanya lagi. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, turut menyeru pemimpin Umno dan BN supaya menjadi pembangkang yang baik dan bermoral di negeri ini. Menyentuh mengenai premis perniagaan milik peniaga Melayu yang dirobohkan, beliau berkata, masalah itu bukan perkara baru kerana ia turut berlaku semasa era pemerintahan Umno dan BN sebelum ini. Harakahdaily |
Utusan Malaysia pertahan tulisan Awang Selamat Posted: 19 Apr 2011 12:17 AM PDT PETALING JAYA: Utusan Malaysia hari ini mempertahankan pendiriannya melalui rencana bertajuk 'Bukan rasis tetapi strategi' tulisan pengarang Zulkiflee Bakar dengan memetik kata-kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di lobi Parlimen semalam. "Itu hanya idea, kita lihat akhbar The Star, mereka juga bercakap mengenai pelbagai sentimen dalam lanskap politik negara. Kita lihat juga akhbar berbahasa Cina. Saya pantau laporan mereka mengenai sentimen politik negara adalah begitu teruk sekali. "Bagaimanapun kita perlu memberikan semua akhbar-akhbar ini ruang kerana mereka tahu landskap politik negara yang kini bukan sahaja telah berubah, malah jauh lebih berbeza daripada sebelum ini." Awang Selamat dalam artikelnya yang diterbitkan pada hari Ahad menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengendahkan pengundi masyarakat Cina kerana mereka menyokong parti pembangkang DAP di dalam pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung pada hari Sabtu. Dalam hujah mempertahankan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Zulkiflee menulis bahawa Awang Selamat tidak menyatakan BN perlu menolak undi Cina, sebaliknya mencadangkan berdasarkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak ke-10, BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Zulkiflee turut menyoal keistimewaan masyarakat Cina sehingga tiada sesiapapun boleh mengupas atau memberi pandangan terhadap tindakan mereka. Mengulas lebih lanjut, Zulkiflee menulis bahawa penulisan di dalam akhbar Cina lebih memperlihatkan sifat perkauman berbanding tulisan Awang Selamat yang bersifat pandangan semata-mata. "Sesiapa juga yang mengikut ruangan 'Dari akhbar Cina' dalam Utusan Malaysia akan mendapati betapa rasisnya sesetengah tulisan sehingga ada antara tulisan itu memperlekehkan usaha kerajaan, menyindir orang Melayu dan memburukkan bekas-bekas pemimpin negara." Hujah Zulkiflee seterusnya ialah pola pengundian masyarakat Cina sejak beberapa pilihan raya kecil lepas seperti Hulu Selangor, Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau memperlihatkan bahawa masyarakat Cina tidak menyokong BN. Justeru itu adalah wajar bagi BN mencari strategi baru seperti yang dicadangkan Awang Selamat dan bukannya 'terus merayu dan dipenuhi permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP'. Zulkiflee menulis bahawa cadangan Awang Selamat untuk 'mencari kaedah baru menghadapi kemungkinan kehilangan sokongan pengundi Cina tidak bersifat perkauman sebaliknya adalah berlandaskan realiti landskap politik negara yang semakin berubah.' Beliau turut membidas sesetengah pihak yang melatah bahawa Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bersifat perkauman namun pihak-pihak diam seribu bahasa apabila akhbar-akhbar Cina dan portal berita pro-pembangkang menerbitkan kenyataan yang berbaur perkauman. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak akan dianugerahkan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena dengan hari keputeraan baginda ke-83 hari ini. Free Malaysia Today |
'Datuk UMNO' yang ditangkap Khalwat didakwa hari ini.. Posted: 18 Apr 2011 08:40 PM PDT Tajuk aku tulis 'Datuk UMNO' pasal bila berita tentang seorang Datuk ditangkap berkhalwat di sebuah Hotel di Batu Feringgi disiarkan oleh TV3 aku telah bertanya kepada beberapa pemimpin UMNO yang aku kenal.. Bila aku tanya siapa Datuk itu.. mereka jawab Datuk UMNO saja pasal mereka pun tidak pasti lagi siapa Datuk itu.. Beliau telah ditangkap oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik. - berita berkaitan sila baca di SINI Timbalan Ketua Setiausaha KBS didakwa berkhalwat GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan (gambar), 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu. Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama. Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.- Berita Harian Berita sebelumnya dari Lidah Rasmi UMNO.. Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini. Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu. Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai. Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya. Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan. Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat. Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.- Lidah Rasmi UMNO |
PRN Sarawak: PR Menang Bermaruah, BN Menang Dengan Rasuah Posted: 18 Apr 2011 08:20 PM PDT KUALA LUMPUR 19 APRIL : Senator Dr Syed Husin Ali menyatakan, tiada salahnya mengucapkan tahniah di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sarawak namun jangan sesekali memperkecilkan prestasi Pakatan Rakyat (PR). Dr Syed Husin berkata demikian semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam. Dr Syed Husin berkata, beliau amat berbesar hati kerana dapat menyertai perbahasan itu dan berpeluang membuat sedikit ulasan berhubung kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Ke 10 Sarawak, Sabtu lalu. "Sepanjang pagi tadi beberapa orang mengucap tahniah kerana kemenangan BN di Sarawak. "Tiada salah mengucapkan tahniah, akan tetapi agak kurang enak didengar kerana pada masa sama diperkecilkan pula prestasi Pakatan," ujarnya selaku Ahli Dewan Negara yang mewakili PKR. Menurutnya, seorang teman daripada Umno bertanya kepadanya mengapa beliau tidak mahu mengucapkan tahniah di atas kemenangan perikatan itu, bagaimanapun Dr Syed Husin berkata beliau tiada masalah mengucap syabas. Akan tetapi, beliau ingin mengingatkan bahawa PR berjaya meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi sekali ganda sekali gus meraih undi popular BN "Lebih penting lagi kami berjaya menurunkan 8 peratus undi yang diperolahi BN dari 63 ke 55 peratus. "Benar BN mendapat lebih dua pertiga kerusi, akan tetapi ia gagal memperolehi dua pertiga undi," ujarnya. Dr Syed menambah, ini berlaku walaupun Umno-BN menggunakan keseluruhan jentera kerajaan dengan memperalat media arus perdana serta mengugut melalui SB juga menaburkan wang dan seterusnya tidak henti-henti menggunakan isu fitnah sodomi dan video seks. "Saya teringat kepada sebuah tweet yang saya terima, berbunyi: Pakatan menang dengan maruah, BN menang dengan rasuah. Ingatlah, Sarawak bukan lagi fixed deposit BN," ujarnya. TVS News |
Pasca-PRU Sarawak : Taib Sindir Najib? Posted: 18 Apr 2011 06:29 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 April — Isu peralihan kepimpinan yang menjadi bahan kempen dan langkah Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan "tergesa-gesa" mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak dilihat akan mencetuskan hubungan pascapilihan raya negeri "mesra renggang" antara Putrajaya dan kerajaan negeri itu, kata beberapa penganalisis. Malah penganalisis politik melihat tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan memenangi pilihan raya negeri Sarawak kerana ingin "menempelak" Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri. "Ya . . . ya . . . beliau mahu tunjukkan beliau masih layak dan tengok keputusan beliau masih layak dan beliau masih boleh jadi ketua menteri," kata Prof Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman. "Pada pandangan saya, beliau cuba menempelak dan menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau masih mendapat sokongan dua pertiga, sokongan masih tinggi dan layak untuk menjadi ketua menteri," katanya. BN memperoleh 55 kerusi iaitu lebih dua pertiga walaupun mengalami kemerosotan sebanyak tujuh berbanding keputusan 2006. Malah, parti pimpinan Taib iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang di kesemua 35 yang ditandingi iaitu kemenangan 100 peratus berbanding parti-parti lain. Kata beliau, kemungkinan krisis antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak akan berterusan sekiranya Taib memutuskan untuk tidakberundur — walaupun sebelum ini diperkatan peralihan kuasa akan berlaku. Malah Taib telah berjanji akan berundur "sekitar pertengahan penggal ini" dan akan menggunakan kesempatan sebelum bersara itu untuk membentuk kepimpinan barisan kepimpinan baru yang mantap. "Ia (krisis) boleh terjadi, namun ia bergantung kepada rundingan yang akan dibuat selepas ini. Mungkin hubungan akan terjejas jika Taib masih berkeras untuk tidak berundur. "Mungkin kalau dia (Taib) secara tiba-tiba cakap tidak mahu berundur atau buat-buat lupa akan janjinya, namun tindakan dia mengangkat sumpah itu menunjukkan dia tidak mengambil berat terhadap keprihatinan Perdana Menteri," kata Ahmad Nidzammuddin. Jelas beliau, Najib selaku Pengerusi BN juga tidak boleh terlalu berkeras mendesak Taib agar berundur kerana ia boleh menyumbang kepada perpecahan parti itu. "Perdana Menteri tidak boleh paksa sangat. Jadi kena bermain cara selamat supaya tidak wujudkan keadaan yang bahaya kepada BN sebab Taib bukan dari Umno . . . dia dari PBB sebab itu dia berani (melawan). "PBB adalah komponen BN yangkuat, kalau Najib masih desak dan paksa nanti dibuatnya PBB keluar habislah BN sebab itu Najib tak boleh berkeras sangat dengan Taib. "Sebab itu, Najib terpaksa akur dengan keputusan itu. Kalau Taib kata tidak mahu, maka Najib kena ikut dan terpaksa tunggu keputusan Taib nanti," katanya. Ahmad Nidzammuddin juga tidak menolak tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas BN menang dua pertiga kerana "bimbang" tidak akan dilantik memegang jawatan itu lagi. Kabinet kerajaan negeri dibentuk semalam dan majlis angkat sumpah diadakan dengan lapan anggota sedia ada dikekalkan. "Itu tak dapat pastikan (angkat sumpah segera), mungkin ada perundingan untuk desak melantik ketua menteri baru, dia (Taib) mungkin sudah dapat rasa tekanan itu dan malam itu juga dia terus minta untuk angkat sumpah segera. "Ini bermakna dia membayangkan kalau dia lambat mungkin akan ada perundingan pihak tertentu untuk orang lain dilantik menjadi ketua menteri yang baru . . . sebab itu dia cepat-cepat angkat sumpah, dia bimbang akan ada orang lain akan ambil alih jawatan itu. "Mungkin dia juga bimbang pihak atasan akan pujuk atau desak dia agar undur diri sebab itu dia desak untuk angkat sumpah pada malam itu juga," katanya. Kata pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), keputusan Taib itu menyebabkan banyak pihak termasuk BN "terkejut" kerana tidak menyangka angkat sumpah dibuat pada malam keputusan pilihan raya — ketika wakil rakyat dan jentera pilihan raya menyambut kemenangan di kawasan masing-masing. "Ramai orang yang tertanya-tanya kenapa mesti buat pada malam itu? Orang tengah sibuk di kawasan masing-masing tapi dia boleh cepat angkat sumpah pula," katanya lagi. "Mengikut undang-undang dia boleh angkat sumpah tapi dari sokongan parti beliau harus faham . . . masa beliau sudah terlalu lama, beliau patut beri peluang kepada muka baru, zaman beliau sudah berlalu," katanya. Tambah beliau, langkah Taib itu akan memberikan impak kepada BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Saya ada dengar tentang betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu dia berundur kerana beliau (Najib) memikirkan tentang kepentingan Sarawak yang mana rakyat suka dapat ketua menteri yang baru, macam satu masalah kalau tak nak berundur. "Jadi Perdana Menteri dalam keadaan serba salah, keadaan beliau (Taib) itu sepatutnya sudah berundur, BN dapat menang dua pertiga pun kerana bantuan kerajaan pusat," katanya. Tegas Ahmad Nidzammuddin, langkah Taib itu juga akan menyebabkan beliau menjadi liabiliti kepada BN. Justeru, beliau berkata Taib perlu memberikan tarikh bila akan berundur daripada jawatan itu. "Bila tak bagi masa orang ragu-ragu, berapa kali cakap akan berundur tapi tidak, Perdana Menteri nak berundur demi menyelamatkan BN supaya beliau tak jadi liabilti dan untuk juga hadapi pilihan raya umum. "BN masih berasa bimbang akan pilihan raya umum ke-13 di Sarawak nanti, jadi beliau perlu berikan tarikh bila akan berundur supaya ia akan menyakinkan orang ramai," katanya. Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 yang berakhir Sabtu lalu. Malah Pakatan Rakyat menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan. Selain itu, Najib juga telah mengumumkan peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri itu, namun Taib menegaskan hanya akan berundur beberapa tahun lagi. Pendapat Ahmad Nidzammuddin itu disokong Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin sambil menambah, adalah wajar Taib memberikan satu tarikh yang tepat untuk beliau berundur. "Orang akan lihat janji kata akan bersara, beliau (Taib) tak ada pilihan selain kotakan janji kalau tidak akan beri kesan kepada BN nanti . . . isu Taib sangat beri kesan kalau tak letak jawatan seperti yang dijanjikan. "Saya ingat ia penting kotakan janji, kata akan letak jawatan jadi beliau kena kotakan janji, sama ada letak jawatan atau tidak... jika tidak ia akan beri kesan dan jadi liabiliti kepada BN nanti," katanya. Jelas Ghazali, beliau juga percaya tindakan Taib itu dibuat kerana kemungkinan akan ada calon lain yang lebih berkelayakan untuk memegang jawatan ketua menteri bagi menggantikannya. "Ia agak luar biasa sebab seolah-olah tak sempat nak tunggu esok, kemungkinan ada calon lain dan ada desakan orang lain akan jadi ketua menteri. "Apa yang dilakukan agak luar biasa kerana nak kata BN dan Pakatan Rakyat 50-50 tidak, sudah pasti BN pegang teraju pemerintahan . . . jadi tidak perlu nak gesa-gesa, mungkin ada calon lain sebelum itu berlaku segera dilantik sebagai ketua menteri," katanya. Bagaimanapun Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata peralihan kuasa itu akan dibuat selepas Taib membentuk Kabinet dalam kerajaan negeri Sarawak. "Dia akan buat peralihan kuasa maksudnya selepas bentuk Kabinet baru akan buat peralihan kuasa. "Peralihan kuasa itu akan berlaku cuma akan bentuk Kabinet dulu, siapa pengganti akan buat selepas ini, tindakan itu (angkat sumpah) adalah satu tindakan yang betul," katanya. Ini kerana jelas Samsul Adabi, Taib adalah individu yang layak untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri ekoran kejayaan PBB memenangai kesemua 35 kerusi yang ditanding parti. Malah, sebagai Presiden PBB, kata beliau Taib adalah individu yang tepat dipilih sebagai ketua menteri sebelum sebarang peralihan kuasa dibuat. "Pertama dari segi kesegeraan angkat sumpah itu diutamakan untuk bentuk kerajaan dan dia masih mengetuai kerajaan negeri kerana parti dia menang semua kerusi berbanding parti lain dalam BN. "Jadi peralihan kuasa itu akan berlaku selepas Kabinet baru dibentuk bukan selepas dia menang," katanya. The Malaysian Insider |
Dari PRN Sarawak ke PRU13, PR Sila ambil perhatian!! Posted: 18 Apr 2011 09:53 AM PDT Satu analisa tentang jumlah Kerusi Parlimen yang boleh diperolehi PR jika beberapa faktor di selesaikan oleh seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi yang kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD Oleh : Shaharul Shafie Berakhirnya musim "panas" di Sarawak, kini beralih kepada teka-teki bilakah akan pula terjadinya musim "panas" seluruh negara. Mungkinkah pilihanraya umum akan datang diadakan semasa musim panas di Malaysia? Seandainya di Malaysia ada musim panas atau summer sepertimana di negara-negara hemisfera utara, mungkin PRU diadakan pada bila-bila masa di antara bulan Jun sehingga Ogos tahun ini. Petandanya sudah sedikit nampak sepertimana di masa lalu, apabila guru-guru besar dan para pengetua menerima surat untuk menyegerakan apa-apa bentuk ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Maklumlah sekolah-sekolah kenalah ditutup beberapa hari bagi memberi peluang kepada penyediaan menjelang hari mengundi dan proses mengundi. Bagi penulis, tidak kisahlah bilakah PRU13. Ini kerana penulis yakin perkara ini pastinya membuntukan pemikiran Perdana Menteri yang disayangi ramai, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Bukannya senang untuk Najib meletakkan tarikh atau tempoh lebih-lebih lagi melihat faktor "kemenangan" di Sarawak yang mempunyai beberapa persoalan-persoalan yang tersirat di sebalik kemenangan itu. Selain faktor persepsi pengundi, yang turut memburukkan peluang BN di peringkat Pusat pastinya ialah untuk mengadakan pilihanraya sebelum keadaan ekonomi dunia memasuki fasa pra-gawat setelah lebih dua tahun berada di peringkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil. Kelemahan ekonomi mikro dan kadar pengangguran meningkat mampu terus menggugat BN Pastinya kitaran ekonomi akan ada naik dan turunnya. Hanya bila-bila masanya graf ekonomi negara selaras dengan ekonomi dunia pasti kembali menunjukkan penguncupan. Apabila ini berlaku, kebanyakan kerajaan di dunia ini mampu tumbang jika pilihanraya diadakan semasa penguncupan ini berlaku. Di Malaysia, penguncupan ekonomi pastinya melibatkan para peniaga yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina. Meskipun kini makro ekonomi nampak bagus, boleh dikatakan 70 peratus kaum Cina sudah pun menolak kerajaan BN, bagaimana pula jika ekonomi semakin menguncup, lebih teruk lagilah sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN). Pada PRU 1999, kemenangan BN di bawah mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah disebabkan oleh kemampuan beliau mengemudi ekonomi negara menghadapi tempoh kemelesetan ekonomi ketika itu yang menyebabkan kaum Cina menyokongnya secara berpadu. Hanya pengundi Melayu yang dilihat beralih sokongan kepada parti pembangkang ketika itu seperti PAS dan PKN (nama dulu untuk PKR). Situasi Umno kehilangan undi Melayu itu jelas nampak apabila negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS sementara di Kedah Umno dan PAS hanya berselisih dua kerusi dan PAS menawan banyak kerusi di dalam DUN Pahang serta Selangor. Kini, isu sedunia yang turut melanda negara yang menyebabkan kejatuhan Tunisia dan Mesir serta mengganggu gugat kestabilan banyak negara Arab ialah isu pengangguran tegar. Di Malaysia meskipun makro ekonomi adalah baik, kini seramai 300,000 pemuda dan bekas pekerja yang terpaksa dihentikan bekerja oleh syarikat-syarikat yang mula menggunakan sistem automasi teknologi maklumat bagi mengurangkan keperluan kepada tenaga buruh Malaysia. Jumlah 300,000 ini kebanyakannya ialah pengganggur graduan Melayu yang kebanyakannya mengharapkan pekerjaan dan pastinya kemarahan mereka sukar dibendung dan mampu ditunjukkan di dalam bentuk kertas undi. Pakatan mampu menambah sehingga 10 kerusi Parlimen dari Sarawak Dengan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai "deposit tetap" BN, kini ternyata sudah tidak lagi berikutan keputusan pilihanraya DUN Sarawak yang dilangsungkan dua hari lepas. Di negeri Sarawak, Dewan Rakyat memiliki 31 kerusi dan di Sabah pula 25 kerusi. Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi tersebut manakala selebihnya lagi iaitu 2 kerusi milik DAP. Melihat kepada keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak, ia memberikan gambaran jelas jika dilihat undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berpotensi besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Sarawak kepada DAP dan PKR dalam PRU nanti. Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU 13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP. Manakala di bawah Parlimen Sibu, dari 3 kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis. Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR) di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperolehi oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719. Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika ada perpindahan pengundi Bumiputera Islam? Kita menjangkakan BN boleh kembali merampas Sibu jika persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melibatkan kerusi DUN Dalat di bawah Parlimen Mukah yang bersebelahan dengan Parlimen Sibu dengan DUN Nangka yang kebanyakannya pengundi Melayu. Jika SPR dapat melakukan strategi persempadanan ataupun perpindahan pengundi dengan memasukkan sedikit kawasan DUN Dalat yang juga bermajoriti Melayu-Melanau sekurang-kurangnya 1,000 ke 2,000 pengundi ke dalam DUN Nangka di bawah Sibu, pastinya BN mampu merampas Sibu semula walaupun dengan majoriti yang kecil. Selain DUN Dalat, satu lagi DUN di bawah Parlimen Mukah ialah DUN Balingian yang ditandingi sendiri oleh Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud. Oleh itu, dengan penjelasan yang diberikan penulis mengenai strategi yang mungkin dilakukan oleh SPR sebelum PRU akan datang, semoga PR perlulah mula berhati-hati dan mengambil perhatian. Walaupun DAP berhadapan kemungkinan kehilangan Sibu berdasarkan trend pengundian dua hari lepas, di dalam PRU akan datang, DAP masih boleh meningkatkan usaha bagi merampas Bawang Assan atau menutup jurang majoriti. Setiausaha Agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh menewaskan calon DAP, Alice Lau dengan majoriti 1,808 pada PRN minggu lepas berbanding dengan majoriti beliau perolehi sebanyak 2,504 semasa PRN 2006. Apa yang penulis andaikan di sini ialah mengambil konsep penjumlahan kesemua kerusi DUN di bawah sesuatu kerusi Parlimen bagi membayangkan kemungkinan di dalam PRU akan datang. Namun begitu, andaian begini tidak semestinya benar kerana setiap pengundi berhak memilih calon masing-masing yang mungkin berbeza parti di dalam setiap kertas undi DUN dan Parlimen. Memang tidak dinafikan, ramai pengundi yang memilih parti-parti yang lain di setiap kertas undi DUN dan Parlimen tetapi majoritinya lebih memilih parti yang sama mewakili mereka sama ada di Parlimen mahupun di DUN terutamanya di Sarawak. Namun begitu. kaedah penjumlahan ini adalah satu bentuk kaedah ramalan yang boleh difikirkan sebagai perancangan dan juga amaran bagi menyediakan pelan bertindak. Lima kerusi parlimen Sarawak dalam tangan DAP sahaja Dengan keputusan PRN Sarawak yang terbaru ini, dengan kaedah penjumlahan ini, DAP mampu merampas sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti. Yang pastinya DAP boleh merampas kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri dengan majoriti besar dan mudah tetapi mampu merampas Parlimen Bintulu dengan majoriti kecil. Bagi Parlimen Stampin, PR telah memenangi dengan besar di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR. Di Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek. Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN. Sementara itu, kedudukan "kelabu" bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006. Yang menarik di Bintulu ialah, DUN Jepak adalah penempatan Melayu Bumiputera Islam dan DUN Kemena lebih ke pedalaman dihuni oleh pengundi Bumiputera bukan Islam. Jumlah pengundi berdaftar di Jepak dan Kemena jika dicampurkan adalah menyamai jumlah pengundi berdaftar di Kidurong sendiri yang kebanyakannya kaum Cina yang tinggal di bandar Bintulu sendiri. PKR boleh tambah empat kerusi Parlimen tetapi tentangan sengit dijangkakan Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di 3 kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang boleh dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN. Namun begitu, keadaan nampak lebih mudah di Parlimen Selangau dengan pengundi berjumlah hampir 22,000 orang yang menempatkan DUN Tamin dan Kakus. Meskipun PKR tewas di kedua-dua kerusi itu yang dimenangi oleh PRS/BN yang penduduknya bermajoriti bumiputera bukan Islam, fakta menarik ialah kemampuan PKR mengurangkan majoriti BN di kedua-dua DUN tersebut jika dicampur dari 5,229 undi pada PRN 2006 kepada hanya 1,894 undi pada kali ini. Lagi menarik ialah ketika PRU 2008, Parlimen Selangau ini dimenangi BN tanpa bertanding melalui calonnya Joseph Entulu Belaun. Melihat situasi ini, PKR berkemampuan bertanding di sini di dalam PRU 13 nanti. Yang istimewa juga mengenai Parlimen Selangau ialah di sinilah terletaknya empangan Bakun yang menjadi kontroversi membabitkan penduduk Penan dan Orang Ulu. Isu Empangan Bakun dan AlKitab memang sah mengurangkan undi BN kali ini di pedalaman Empangan ini sebenarnya terletak di sempadan dengan satu lagi kerusi parlimen pedalaman iaitu Parlimen Kapit yang menempatkan dua lagi kerusi DUN iaitu Pelagus dan Katibas. Kerusi Pelaguslah yang dimenangi oleh satu-satunya calon Bebas di dalam DUN Sarawak kali ini manakala calon BN di Katibas menang dengan majoritinya dikurangkan dari 3,332 undi (PRN 2006) kepada 2,256 undi. Sebenarnya majoriti ini boleh dikurangkan lagi sehingga 1,359 undi sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru di antara BN, SNAP dan PKR. Begitulah juga keadaannya di Pelagus sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan Bebas, jika dikira undi yang diperolehi oleh semua calon pembangkang akan mendapat hampir 7,000 undi dan calon BN dari PRS hanya mendapat 3,000 undi. Sekiranya dalam PRU akan datang, parti-parti pembangkang boleh mengelakkan situasi pertandingan banyak penjuru, maka Parlimen Kapit juga dengan mudah boleh ditawan PR. Sememangnya dalam PRN kali ini, isu Penan dan Bakun sebenarnya banyak merubah undi penduduk di Parlimen Selangau dan Kapit yang sebelum ini dilihat menyokong PRS/BN. Dari tinjauan jumlah pengundi yang keluar mengundi di DUN Kakus,Tamin,Pelagus dan Katibas yang masing-masing mempunyai dua DUN terletak bawah Parlimen Selangau dan Kapit yang berjumlah 30,268 pengundi. Jumlah undi popular diperolehi oleh BN ialah 14,593 undi manakala pembangkang(termasuk undi PKR, PCM, SNAP dan Bebas) ialah 15,675 undi. Ini bermakna dalam PRN kali ini, pengundi Bumiputera bukan Islam sebenarnya telah beralih dengan banyaknya dari BN kepada pembangkang ekoran isu Bakun dan juga isu penggunaan nama Allah dan AlKitab kerana rata-ratanya beragama Kristian. PKR juga mampu berikan tentangan tetapi sengit sekali di dalam Parlimen Lawas, di mana terletaknya kerusi DUN Be'kalalan yang dimenangi oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan satu kerusi lagi, DUN Bukit Sari yang kebanyakannya adalah Melayu berketurunan Brunei. Bukit Sari dimenangi oleh calon Melayu dari PBB/BN. Pertandingan sengit dijangkakan di Lawas kerana komposisi Parlimen ini ialah 60 peratus pengundi Melayu yang majoritinya dari DUN Bukit Sari dan 40 peratus adalah kaum Iban/Dayak yang kebanyakannya dari Be'kalalan. Namun, jika Baru Bian boleh menunjukkan ketrampilannya di DUN Sarawak yang mungkin dipilih sebagai Ketua Pembangkang baru di DUN Sarawak(meskipun PKR hanya menang di 3 kerusi sahaja), kotak-kotak undi kaum Iban/Dayak di Bukit Sari boleh beralih arah kepada PKR beserta pertambahan sokongan dari kaum Bumiputera bukan Islam sendiri di kerusi DUN Be'kalalan sendiri. Walaupun menang 2/3 kerusi DUN Sarawak, ternyata BN menang membentuk kerajaan dan memperolehi kuasa eksekutif,namun sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini, PR perlulah menang "bergaya" atau menang "motivasi" meskipun kalah mengejar kuasa. Keputusan PRN kali ini jelas bertepatan dengan ramalan penulis di dalam artikel sebelum ini "Jika PR kalah pun, biarlah bergaya". Hanya penulis tidak tepat ialah dalam artikel itu, penulis telah meramalkan BN gagal memperolehi 2/3 majoriti. Keputusan DUN Ngemah dan DUN Telang Usan hasil tiada kesepakatan pembangkang Penulis ada juga menulis ketidaksepakatan pembangkang terutamanya di antara PKR dan SNAP pasti memberikan masalah terutamanya perpecahan undi di sesetengah kerusi. Contohnya seperti DUN Ngemah yang sebelum ini disandang oleh Presiden PCM, Gabriel Adit Demong yang tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PCM yang lain iaitu Adeh Demong. Bagi DUN Ngemah, terdapat pertandingan 5 penjuru yang akhirnya dimenangi oleh calon PRS/BN, Alexander Vincent apabila memperolehi undi sebanyak 2,361 undi. Namun begitu, jika ditambah kesemua yang diperolehi oleh calon-calon pembangkang yang lain, jumlahnya ialah 2,871 undi. Dengan ini, jika pertandingan ini adalah 2 penjuru, pastinya parti pembangkang sudah mampu menambah satu lagi kerusi di DUN Sarawak, tidak kiralah dari PCM, SNAP ataupun PKR. Satu lagi contoh hasil daripada ketidaksefahaman PKR dan SNAP berlaku di DUN Telang Usan yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara BN, SNAP, PKR dan Bebas. Disebabkan perpecahan undi, calon BN menang dengan 3,597 undi. Tetapi tahukah anda dengan menjumlahkan undi yang diperolehi oleh SNAP, PKR dan Bebas, jumlah undi pembangkang adalah lebih 4,000 undi. Jika pertandingan dua penjuru, maka parti pembangkang mempunyai kelebihan bagi menduduki kerusi DUN Telang Usan. BN menang tetapi presiden-presiden komponen BN semuanya hilang majoriti BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi walaupun majoriti yang diperolehinya jatuh dengan banyaknya, maka PR boleh mendabik menang kerana "menang" moral di dalam melakukannya. Antaranya ialah di DUN Tarat, BN mendapat majoriti sebanyak 1,995 undi jika dibandingkan dengan 3,256 undi dalam PRN 2006, DUN Asajaya BN mendapat majoriti 4,489 (dulu 5,063), DUN Lambir mendapat 1,521 majoriti (dulu 2,834) dan banyak lagi DUN yang majoriti telah turun. Ini termasuklah penampilan PAS di dua kerusi DUN iaitu Beting Maro dan Sebuyau yang berjaya menurunkan majoriti BN. Di Beting Maro, majoriti diturunkan sehingga 391 undi (dulu 895) manakala di Sebuyau, majoriti terkini ialah 2,276 (dulu 2,448). Pemimpin-pemimpin kanan parti yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden komponen BN Sarawak juga mengalami penurunan yang banyak di kerusi masing-masing. Selain dari Presiden SUPP yang menjadi "gergasi" yang tewas di DUN Piasau, kesemua Presiden parti komponen BN Sarawak mengalami penurunan majoriti. Antaranya ialah di DUN Pakan, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan memperolehi majoriti 1,197 undi sedangkan dalam PRN 2006 mendapat 1,763 undi. Di DUN Baleh pula, Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing memperolehi majoriti 3,898, turun hampir 1000 undi dari 4,802 undi. Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Alfred Jabu dari PBB juga mengalami penurunan jumlah majoriti undi dari 2,677 kepada 1,916 undi pada PRN kali ini. Taib Mahmud hilang 25 peratus penyokongnya dalam PRN 2006 kali ini Yang mengejutkan juga ialah Ketua Menteri sendiri, Taib Mahmud yang mengalami penurunan yang agak banyak di DUN Balingian. Sepertimana yang kita ketahui, majoriti pemenang dikira dengan mengambil jumlah undi diperolehi oleh pemenang dan ditolak dengan jumlah undi diperolehi calon yang mendapat undi kedua tertinggi. Di Balingian berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara Taib, PKR dan Bebas. Majoriti diperolehi Taib kali ini ialah 5,154 undi iaitu kurang 572 undi jika dibandingkan dengan majoriti dalam PRN yang lepas iaitu 5,726 undi. Namun begitu, jika undi yang diterima oleh calon PKR ditambah dengan calon Bebas(kedua tertinggi) di Balingian, secara harfiahnya majoriti sebenar di antara pengundi BN dan pembangkang, Taib sendiri telah mengalami penurunan majoriti sehingga 4,283 undi. Ini bermakna Taib telah hilang 1,443 pengundi atau 25 peratus daripada pengundinya sebelum ini semasa PRN 2006. Perpaduan PR Sarawak adalah isu utama kena diselesaikan Banyak kesilapan dan masalah yang timbul di dalam PRN kali ini di pihak PR terutamanya PKR. Tidak dinafikan PAS masih jauh lagi diterima di Bumi Kenyalang dan di masa hadapan kerusinya boleh ditandingi oleh calon dari PKR berbangsa Melayu atau Bumiputera Islam. DAP terus mengungguli lebih dari 70 peratus undi kaum Cina di semua penempatan atau kotak undi Cina. Masalah SNAP dan PKR haruslah diselesaikan sebelum tibanya PRU ke 13. Isu kekayaan Taib, empangan Bakun dan AlKitab masih lagi relevan untuk digunakan oleh pembangkang dalam PRU akan datang terutamanya untuk merebut kerusi Parlimen di Sarawak. Hanya perlu pastikan usaha mengurangkan berlakunya pertandingan lebih dari 2 penjuru di kawasan-kawasan penempatan pedalaman mampu meningkatkan kemampuan PR bagi member tentangan sengit untuk merampas sehingga 10 kerusi Parlimen daripada BN di samping mengekalkan 2 kerusi Parlimen kini dipegang melalui DAP di Kuching dan Sibu (berdasarkan penjumlahan undi peringkat DUN). Jika sentimen yang sama berlaku di kalangan pengundi Cina berterusan sehingga ke dalam PRU 13 di Semenanjung Malaysia di samping menumpukan usaha menarik undi kaum Melayu di Semenanjung bagi mengekalkan status kedudukan parlimen hari ini, ditambah dengan pertambahan kerusi dari Sarawak ke kantung PR, maka harapan BN memperolehi semula 2/3 majoriti di peringkat Parlimen sekali lagi boleh dinafikan PR. Jika ramalan ini mampu berlaku dengan kegagalan BN menambah kerusi di Parlimen, pastinya perpaduan di dalam BN sendiri boleh bergoyah. Oleh itu, bagi menghadapi PRU13, PR perlu meletakkan usaha menarik semula pengundi Melayu di Semenanjung menyokongnnya dari kalangan orang muda serta bijak menyelesaikan tuduhan-tuduhan yang melibatkan peribadi beberapa pemimpin pembangkang, isu tadbir urus di negeri-negeri PR, pengunduran pemimpin-pemimpin lama PR dan menyepadukan kempen melalui media baru mungkin mampu meletakkan BN di dalam keadaan "lebih panas" dari biasa. * Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan