Ahad, 24 April 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ini Sebabnya Setiausaha Agung PAS Tiba-Tiba Jadi Kecut Dengar Suara Azmin Ali

Posted: 24 Apr 2011 09:26 PM PDT

by Helme Hanafi

Ramai yang pelik tengok Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali tiba-tiba tarik hand brake kenyataannya mengenai isu hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya lelaki dalam klip video itu sah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan apa sebab kalau fikir logik akal, memanglah PAS yang sering heboh ia parti Islam perlu kaji semula hubungan dengan PR dan Anwar kalau sahih lelaki dalam klip video itu orang yang PAS lantik sebagai ketua pembangkang.
Sebabnya tak kan PAS nak bersekongkol dengan kemungkaran hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
Orang ramai akan persoalkan mana dia Islam yang diperjuangkan PAS selama ini, kalau sanggup pejam mata pada satu kemungkaran semata-mata sebab nak menang pilihanraya.
Sebenarnya soalan wartawan Agendadaily dalam sidang media di ibupejabat PAS itu adalah seperti kata orang inggeris[I] natural question [/I]yang pasti menjadi pertanyaan setiap orang.
Kata orang bodoh sangat wartawan kalau tidak tanya soalan itu kerana semua orang nak tahu apa jawapan PAS. Kalau kita tengok balik video jawapan Mustapha itu, jelas apa yang dimaksudkannya.
Malah jawapan Mustapha adalah jawapan yang lojik yang juga sepatutnya menjadi natural answer.
Jelas sekali pentabir utama PAS itu tidak mahu komen berdasarkan andaian tetapi jika benar itu Anwar, PAS sebagai parti politik akan duduk bincang semula. Apa salahnya dan apa dosanya beliau bagi jawapan yang lojiknya pasti semua orang akan jawab.
Soalnya kenapa Mustapha tiba-tiba beliau kata melenting, siap ugut hendak saman media-media yang siar berita tersebut.
Sedangkan bukan sahaja media arus perdana yang siar, boleh kata semua agensi yang hantar wartawan dalam sidang media PAS pagi Jumaat lalu itu tulis benda yang sama. Ini termasuk portal portal berita pro pembangkang, sebab apa semua wartawan siar perkara sama? Sebab itulah yang Mustapha ucapkan.
Cuma mungkin Mustapha atau lebih mesra orang panggil "Cikgu Pha" baru tersedar kenyataan itu dibuat dalam sidang media mengenai Muktamar PAS yang dijadual diadakan pada Jun nanti.
Itupun setelah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali buat bising dalam twitter. Suara Azmin kira samalah macam suara Anwar. Apakah sebuah parti Islam hanya berani tunjuk hero membelasah parti lawan yakni UMNO dan BN tetapi menikus dan jadi kelam kabut mendengar suara Azmin.
Tak salah Azmin buat bising kerana menjadi tanggongjawabnya nak jaga big bosnya. Peliknya PAS kecut semua sendi dan urat saraf nak bercakap ( jika benar) ada kemungkaran depan mata.
Ada pemerhati politik yang menilai rasa seram sejuk ini timbul kerana sekarang kebetulan dekat Muktamar PAS.Kali ini ada pemilihan sekali.Semua jawatan utama parti terbuka untuk pertandingan dan mesyuarat PAS di kawasan-kawasan akan bersidang termasuk mencalonkan pemimpin-pemimpin untuk pemilihan ini.
Ada implikasi besar pada Cikgu Pha jika beliau dilihat 'anti Anwar dan PR' di musim-musim begini. Bukan saja Cikgu Pha, mana-mana pemimpin PAS pun tidak mahu dilihat begitu.
Alasannya mudah, lepas Anwar dipecat pada 2 September 1998, ramai penyokong beliau yang kecewa menyertai PAS beramai-ramai. Ketika itu belum ada PKR lagi. PKR atau dulu PKN hanya dilancarkan pada 1 April 1999.
Gerombolan pertama penyokong Anwar yang marah dengan pemecatan beliau masuk atau aktif semula dalam PAS seperti Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus bahkan Datuk Dr Hassan Ali.
Itu yang kita nampak, yang kita tak nampak, ada ribuan lagi, kebanyakkannya dari golongan profesional yang ada jiwa islam yang masuk ke cawangan-cawangan PAS di seluruh negara. Masa berlalu, selepas 13 tahun, mereka ini mula menggantikan kepimpinan PAS di cawangan dan kawasan masing-masing.
Ramai yang sudah jadi Yang Dipertua PAS Kawasan bahkan ada yang sudah masuk ke negeri juga Pusat. Dalam kata lain, gerombolan penyokong Anwar yang berada dalam PAS kini menguasai jawatan-jawatan strategik yang membolehkan mereka mengundi dan menentukan pemimpin parti itu.
Golongan ini komited dengan PR.Bagi mereka untuk PAS menggantikan UMNO tidak ada cara lain melainkan dengan PR. Rata-rata mereka yang selalu digelar 'golongan profesional' ini masih merasakan Anwar sebaik-baik pemimpin untuk 'gam' hubungan PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Golongan ini yang ditakuti oleh ramai pemimpin PAS senior macam Cikgu Pha, kerana kedudukan golongan ini makin kukuh di peringkat kawasan masing-masing. Jadi kalau Cikgu Pha, [I]react [/I]berlebihan kata kenyataannya diputar belit, kita seharusnya faham situasi beliau.
Silap cakap di musim pemilihan ini boleh jadi malapetaka kalau tak kena cara handle.
Tambah orang macam Cikgu Pha, yang orang kata, kalau bersalam dengan beliau serupa bersalam dengan Haji Hadi, lagilah susah.
Sebab itu, sebelum panjang cerita, cepat-cepat salahkan media. Lagi nampak macam serius kalau hantar surat peguam, harap-harap boleh jadi hero di masa genting begini.
 - Agenda Daily

Liwat II - Pendakwa gagal bukti kes prima facie - Karpal

Posted: 24 Apr 2011 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.
Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.
Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.
Berikut kronologi perbicaraan:

8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.
9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.
9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.
9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.
9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.
"Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri." katanya.
9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.
"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan."
9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.
"Terdapat bukti prima facie pada akhir kes pendakwa. Jika keraguan wujud, pembela tidak sepatutnya dipanggil."
"Pendakwa telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, dengan menentukan unsur-unsur
percanggahan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum."
9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.
"Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda
pertuduhan tersebut.
9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.
"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan," katanya.
10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.
10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.
Dia memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.
10.05 pagi: Peguam pembela membangkitkan beberapa hujah tentang kelakuan seksual tetapi ini tidak boleh dilaporkan kerana bukti Saiful diberi secara tertutup.
Karpal menambah selepas kelakuan seksual, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik itu selama  20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.
10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.
10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.
"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti," Karpal.
10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.
'Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," tambah beliau.
10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.
10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.
10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.
10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil,  kes pendakwaan itu perlu ditolak.
Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12137

Siapa dibelakang Drama RPK di Bangkok

Posted: 24 Apr 2011 08:51 PM PDT

Behind the scenes: ex-PKR man who is anti-Anwar, anti-RPK, anti-Kalimullah, anti-Nor Mohd Yakcop, anti-Malaysian Insider, and friend of Mukhriz

JMM president Azwanddin Hamzah (left), a PKR turncoat, with Mukhriz Mahathir in March at the launch of a new television programme aimed at improving Indonesia-Malaysia relations. Mukhriz features prominently in more than 12 photos at the JMM web site
by uppercaise
The pressure group Jaringan Melayu Malaysia, headed by a former member of Parti Keadilan Rakyat, is behind the police report that led to the Bangkok cat-and-mouse game between the police and Raja Petra Kamarudin. It had sought police action on an alleged moves in 2009 to block Najib Razak from taking office as prime minister.
It cited allegations that RPK is said to have made, as reported by the Utusan Malaysia in its article on RPK's interview with TV3. JMM had demanded that the police investigate the alleged "conspiracy", that the police interrogate four people named by RPK, and that action be taken about libellous statements being made about Najib.
The report was lodged on April 14. On Friday, blogger Din Merican was interrogated at federal police headquarters for three hours, the Star reported. Din was one of four people mentioned by RPK as having knowledge of the move to block Najib.
The police action was about the so-called conspiracy and not about the statutory declaration that RPK made in 2008 that an informant, since revealed to be an army officer, had implicated Najib's wife and two army officers in the murder of Altantuya Shaariibuu. RPK has repeatedly asked that these allegations be investigated. Instead he himself was accused of criminal defamation.
Jaringan Melayu Malaysia is headed by Mandarin-speaking businessman Azwanddin Hamzah, 36, of Ampang. A member of Parti Keadilan for 10 years and a member of the Keadilan Youth central exco, he left the party for Umno in 2008, together with Keadilan Youth leader Ezam Mohd Noor.
In February last year, he campaigned against Malaysian Insider, and vowed he would get the site shut down. He also called for action against former New Straits Times Press deputy chairman Kalimullah Hassan and two others whom he accused of financing the web site from funds obtained from a government contract. Azwanddin also demanded explanations from the ministry of finance and asked second finance minister Nor Mohd Yakcop to explain his relationship to Kalimullah.
Azwanddin leading a demonstration against Malaysian Insider for being "traitors" to the country. Photo: Faezah Ismail.
Earlier this year at a high profile ceremony, Azwanddin announced a television programme Antara Dua Garisan to be co-produced with Indonesian stations and aimed at improving bilateral relations. The weekly 30-minute programme, involving interviews with 12 political and national leaders of both countries, is to be aired from June, over a year, according to the group.
Mukhriz Mahathir, son of the former premier and deputy trade minister, was guest-of-honour and is featured in more than a dozen photos at the web site. Other ministers featured are Zahid Hamidi, the defence minister, and Sharizat Jalil, the women's minister.
Azwanddin has also accused PKR leader Anwar Ibrahim of supporting Raja Petra and private investigator P Balasubramaniam, who now lives in exile in India after making sensational allegations linking Najib Razak with the murder of Altantuya Shaariibuu. He has also accused Kalimullah of helping Raja Petra to leave the country, and letting Raja Petra live in his London apartment. (Kalimullah has denied these allegations, and Raja Petra has revealed that he lives in Manchester.)

Penduduk roboh jambatan protes lapuran polis SPRM tak diendahkan

Posted: 24 Apr 2011 08:33 PM PDT


Kuching: Kecewa apabila bantahan, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat terhadap pembalakan di tanah mereka tidak mendapat perhatian, penduduk 10 kampung di Tebedu, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, semalam mengambil tindakan sendiri meruntuhkan jambatan dibina syarikat itu.
Jambatan itu dipercayai dibina syarikat pembalakan untuk merentasi Sungai Suhu bagi mengeluarkan balak dari kawasan berkenaan.
Penduduk Kampung Temong Bengan, Kampung Temong Putah, Kampung Temong Mura, Kampung Temong Mawang, Kampung Darul Fallah, Kampung Darul Huda, Kampung Tepoi, Kampung Semunti, Kampung Sebekar dan Kampung Sebuhang kini merayu campur tangan pihak berkuasa menghentikan pembalakan di kawasan tanah mereka sejak pertengahan tahun lalu.
Wakil penduduk, Mani anak Marin, 47, mendakwa syarikat pembalakan bukan saja mengambil balak di hutan berhampiran kampung, malah dusun durian serta sawah padi mereka turut dirosakkan.
Kehidupan mereka kini tidak lagi selesa apabila air sungai yang selama ini menjadi sumber kegunaan harian kini tercemar teruk apabila air yang dulunya jernih kini bertukar kekuningan.
Mani mendakwa penduduk tidak tahu hutan berhampiran kampung itu diteroka syarikat pembalakan, sehinggalah mendengar deruman enjin jentera menjalankan kerja menolak tanah untuk membuat jalan, Jun tahun lalu.
"Selepas diselidik, kami dapati kerja pembalakan dijalankan di hutan itu dan apabila disoal, pekerja syarikat balak mendakwa mereka menjalankan kerja yang sah selepas mendapat kebenaran bertulis lima ketua kampung di kawasan itu," katanya.
Bagaimanapun, penduduk musykil kerana tidak pernah dimaklumkan mengenai kegiatan itu, malah ketua kampung juga tidak pernah membawa mereka berbincang.
Penduduk yang tidak berpuas hati kemudian mendapatkan surat perjanjian itu ditandatangani lima ketua kampung yang membenarkan kawasan hutan seluas 4,125 hektar diteroka syarikat pembalakan yang berpejabat di Batu Tiga, Kuching.
Penduduk kemudiannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat namun diugut.
Berikutan itu, Mani berkata penduduk membuat laporan polis di Balai Polis Tebedu dan Serian serta membuat laporan kepada SPRM.
"Namun hingga kini, tiada tindakan diambil terhadap syarikat itu, malah kerja pembalakan semakin rancak dilakukan. Siapa yang tidak marah jika ratusan pokok durian, buahan-buahan lain, pokok tapang ditebang dan dijadikan kayu balak.
"Lebih menyedihkan apabila sawah padi kami turut dirosakkan apabila mereka membina jalan balak melaluinya," katanya.
Mani mendakwa ketua kampung mengambil sikap lepas tangan.
"Kami terpaksa bertindak sendiri kerana kami sedar masalah kami ini tidak diberi perhatian. Sampai bila kami harus menunggu... adakah hingga hutan kami musnah dan semua tanah kami musnah barulah hendak bertindak," katanya. -BH

Tanpa seurat benang ketika serbuan dilakukan ...

Posted: 24 Apr 2011 05:34 PM PDT

PUCHONG: Tiga wanita yang asyik menunggu pelanggan di sebuah premis perniagaan urutan kaki bertempiaran lari memanjat tingkap dan meniti papan iklan ketika diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang dalam operasi di Jalan Kenari, Puchong Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 10.30 malam itu, seramai 10 wanita warga China ditahan bersama tiga lelaki termasuk penjaga dan dua pelanggan.

Difahamkan, premis urutan kaki itu turut menawarkan pelacur kepada pelanggan dengan bayaran tambahan RM100 untuk sekali perkhidmatan.

Ketika serbuan, seorang wanita tanpa seurat benang leka mengurut pelanggan hingga tidak sempat menyarung semula pakaiannya. Premis terbabit mengenakan bayaran RM55 bagi urutan kaki dan kepada yang inginmendapatkan perkhidmatan 'istimewa' perlu membayar tambahan RM100.

Urutan 'istimewa' itu hanya diberikan kepada pelanggan berminat yang dibincangkan di dalam bilik bersama tukang urut terpilih.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata semua wanita yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 372 kerana melacur.
Menurutnya, serbuan itu diketuai Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, Cif Inspektor Roslin Mohamad Isa. - mymetro

Drama Bangkok Raja Petra - PDRM berlarutan

Posted: 24 Apr 2011 08:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April — "Drama Bangkok" melibatkan Raja Petra Kamarudin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterusan sehingga lewat petang ini dengan kedua-dua pihak bertukar-tukar SMS menanti sama satu lain berhubung usaha pihak berkuasa itu untuk mendapatkan kenyataan blogger kontroversial tersebut.
PDRM menghantar anggotanya ke Bangkok untuk bertemu dengan Raja Petra semalam, tetapi usaha itu tidak menjadi kenyataan selepas beliau tidak mahu kenyataannya diambil di Kedutaan Malaysia.
Raja Petra  hanya bersetuju jika keterangan diambil di hotel beliau tinggal.
Peguam dan isteri Raja Petra khuatir ia sebagai satu helah untuk menahan beliau dan dibawa balik ke Malaysia.
Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim menulis bahawa beliau telah memaklumkan kakitangan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Abdul Hamid Bulat yang Raja Petra bersedia untuk diambil keterangan di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang ini (6 petang waktu Malaysia).
"Pada pukul 1.26 tengah hari waktu Bangkok hari ini, saya menghantar SMS berikut kepada Hamid: 'Engku (Raja Petra) dan saya akan berada di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang untuk memberi kenyataan kepada ACP Aziz. Tq'," kata Haris dalam maklumat terkini di blognya, petang ini.
Dalam maklumat dikemaskinikan kemudian, Haris berkata seorang lagi peguam Raja Petra, Amarjit Sindhu menerima SMS daripada Hamid mengatakan bahawa pihak polis masih menunggu untuk mengambil kenyataan blogger itu di pejabat kedutaan.
"Marina, RPK dan saya menunggu di lobi hotel dari (pukul) 5 hingga 5.30 petang. Tiada polis (datang). (Jadi) kami bertolak untuk makan malam," kata Haris dalam maklumat mutakhir.
Blogger kontroversial itu berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.
Raja Petra telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok agar pergi ke pejabat misi di ibu negara Thailand untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai semalam, kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia semalam.
Bagaimanapun maklumat portal Malaysia Today dan blog Haris pagi tadi berkata, Raja Petra tidak memberikan sebarang kenyataan kepada polis sehingga 2 pagi tadi.
Kenyataan semalam menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula.
Tulisan Raja Petra tengah hari tadi menyebut polis mahu mengambil kenyataannya ekoran aduan berhubung laporan Utusan Malaysia susulan temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.
Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu.
Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.
Sehubungan itu kata Raja Petra, akuan bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.
Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama -TMI

Tiada ulasan: