Ahad, 24 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NS ADA HARAPAN UNTUK DITAWAN, ANWAR JANGAN HAMPAKAN RAKYAT NS

Posted: 24 Apr 2011 08:35 PM PDT

Anwar Macam Shah Rukh Khan

Malam tadi saya sekeluarga anak beranak pergi menghadiri satu ceramah anjuran PKR Cabang Seremban di Taman Bukti, Ampangan, Seremban. Ceramah diadakan sempena perasmian bangunan baru pejabat PKR Seremban. Penceramah yang dijemput adalah YB Dato' Sri Anwar Ibrahim dan YAB Ustaz Azizan Razak (Menteri Besar Kedah).

Ramai betul orang yang hadir, berbondong-bondong datangnya. Kalau Hj Ibrahim Yusof dalam ceramahnya biasa dia menyebut "mombibih-bibih dek ramai eh". Bak kata orang yang buta datang berpimpin, yang pekak datang bertanya, yang tua datang bertongkat. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang sendirian dan juga ada yang datang bersama kawan-kawan.

Saya terjumpa Mahat bersama isterinya dari Johol dan juga Mohd Barr yang datang anak beranak dari Simpang Durian. Mohd Barr ni pula bawa anak kecilnya. Bininya baru lepas bersalin dan baru sahaja habis pantang. Saya jumpa abang Karim dari Jempol, siap bawa petai sekali untuk jualan.Juga terjumpa dengan Awie dengan kawan-kawanya dari Tampin. Terserempak juga saya dengan bapa saudara saya ALI yang datang bertiga bersama kawan-kawan UMNO nya.

Boleh dikatakan dari seluruh pelosok rantau Negeri Sembilan ini datang lah nak mendengar ceramah DSAI. Apabila di beritahu sahaja bahawa DSAI tidak dapat hadir untuk memberikan ceramah, maka ramailah yang datang itu kecewa. Ramai juga yang tak puas hati kenapa Anwar tak boleh hadir. Sahabat saya Pak Usop datang dari Temerloh tujuan nya nak berniaga dan juga mendengar ceramah Anwar. Pak Usop berkata dengan saya kalau macam ni lah sambutan rakyat Negeri Sembilan untuk ceramah Anwar habis BN di Negeri Sembilan kali ni.

Apa tidaknya jalan sesak / JAM / Macet berbatu-batu. Saya terjumpa dengan Imam Hj Zainal (seorang imam masjid di Senawang), saya tanya dengan dia "Mana kereta Imam?" Jawabnya "Nun…hujung sanun, yang habih penghujung, sosak bonar, tak ado parking" kata Imam Zainal. Begitu lah hebatnya sambutan orang Negeri Sembilan untuk ceramah Anwar. Ramai yang datang nak melihat wajah Anwar dan nak mendengar suaranya bercakap. Walaupun macam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan pada Anwar, tapi orang tetap datang nak tengok Anwar. Orang tak peduli!!!

TETAPI malam tadi Anwar tidak hadir. Ada orang kata dia pergi Sarawak. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebatnya. Maka habis lari lah orangramai. "Dah lah Anwar tak datang, hujan lobat pulak" kata sahabat saya Amin yang datang bersama isterinya dari Tengkek, Batu Kikir. Saya percaya kalau Anwar datang malam tadi walau macamana lebat pun hujan orang tak akan lari atau berganjak, seperti mana Anwar datang ceramah di Rahang dahulu dalam hujan orang tak bergerak, terpaku terus walaupun baju basah.

Kalau di Negara India sambutan begini hanya diterima oleh artis macam Shah Rukh Khan sahaja. Tapi di India rakyatnya gila tahap gaban, kok tak datang atau tak muncul lah si Shah Rukh Khan ini ada yang sampai nak bunuh diri. Di India Shah Rukh Khan ni dah jadi macam dewa mereka. Di Malaysia ni tak adalah orang nak buat sampai macam tu sekali. Orang Malaysia terutamanya orang-orang Pakatan Rakyat mereka boleh berfikir dengan bijak dan rasional TETAPI Dato Sri janganlah selalu tak datang YO!! Hampo dan kecewo orang kampong seado alah eh……/orangklawang.blogspot

AC MIZAL BARU MASUK UMNO SUDAH BELAJAR MEMFITNAH?

Posted: 24 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APA kita mahu kisah `tokeh gelang' atau Pelakun dan Pengacara AC Mizal mahu sertai Umno kerana dengan wataknya yang masih kekal sekarang tidak mungkin beliau boleh bersama PAS. Apatah lagi dengar khabarnya bisnes gelang beliau sudah lingkup dan riuh rendah suatu ketika bahawa AC menjual gelang tipu.

Samada AC mahu masuk Umno untuk menyambung rezekinya atau sememangnya jiwa beliau jiwa sekular, itu pun kita tidak kisah. Tetapi, apabila AC mendakwa bahawa pernah ditawarkan menyertai parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi maka tembelang AC kita boleh faham. Ertinya, AC setaraf juga dengan Presiden KIMMA yang juga dilaporkan pernah memberitahu ditawarkan jutaan ringgit sekiranya menyertai parti pembangkang.
Nasib Baik Tak
Masuk PAS....


Malaysiakini menyebut, " Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan (Malaysiakini).

Pelik juga, banyak sangatkah duit pembangkang untuk membeli mamak penebar roti canai KIMMA dengan artis seperti AC ini? Tidak pula disebut parti mana yang banyak sangat duit mahu membeli mereka berdua. Apa sangatlah pengaruh AC sehingga pembangkang sanggup keluar duit derma orang ramai untuk membelinya. Cuba tanya bekas pelakun dan pencipta lagu Bob Lokman berapa juta dia dapat? Silap-silap Bob Lokman akan kata semenjak beliau menyertai PAS, duit poket beliau yang banyak dikorbankan untuk membantu perjuangan Islam di negara ini.

AC bersama isterinya Amylia menyerahkan borang memasuki Umno di dalam program Jom Masuk Umno di Ipoh kelmarin. Kenyataan kununnya beliau ditawarkan oleh pembangkang dengan jawatan tinggi adalah satu kenyataan membodek secara murahan. Apa jawatan tinggi yang pembangkang mahu tawarkan kepada artis seperti AC ini? Presiden? Ketua AMK atau Ketua Pemuda PAS? Jika mahu cari makan tidak salah, tapi jangan sampai buat cerita karut yang menunjukkan diri sendiri itu teramat bodoh.

Jangan perasan diri itu hebat sangat sampai parti pembangkang sanggup beli. Sudah berapa ramai artis yang telah menyertai Pembangkang tetapi tidak seorang pun yang sanggup merendahkan darjatnya seperti yang telah dilakukan oleh AC. Populariti beliau di dalam seni hiburan sekarang pun sudah merosot, mungkin itulah sebabnya beliau mahu cipta populariti sebodoh itu.

Di dalam keadaan sekarang, dengan tingkah laku beliau sebagai artis kini memang wajar beliau berada di dalam Umno kerana program maksiat dengan Umno mana boleh dipisahkan. Bukankah anjing sahaja yang suka makan bangkai?/wfauzdin.blogspot.com

AZMIN - MUSTAPHA `BERPERANG' ANGKARA MEDIA UMNO, SIAPA BODOH SEBENARNYA?

Posted: 24 Apr 2011 08:16 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA `berperang' lagi dua tokoh di dalam PR ini di antara Azmin Timbalan Presiden PKR dengan Mustapha Ali Setiausaha Agung PKR. Semuanya angkara media berlidah Syaitan yang kaum Cina sendiri sudah tidak mempercayainya. Hanya kaum Melayu sahaja sebilangan yang masih `beriman' dengan Utusan yang meloyakan itu.

Semuanya bermula apabila kenyataan Mustapha Ali berkaitan pandangan PAS terhadap DS Anwar di dalam isu video seks disiarkan oleh akhbar pencacai tersebut. Kenyataan Mustapha yang disiarkan oleh akhbar porno tersebut menyebabkan Azmin Ali melenting kerana kenyataan tersebut seolah-olah tidak menghormati DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan PKR sendiri selaku sekutu PAS di dalam PR. Kenyataan yang membuatkan Azmin melenting ialah apabila Mustapha Ali menyebut bahawa PAS akan mengkaji hubungannya di dalam PR setelah siasatan kes video seks itu selesai.

Di dalam Harakahdaily pula kemudiannya, Mustapha Ali menafikan beliau bermaksud sedemikian dan beliau meminta akhbar porno berkenaan memohon maaf atau bersedia untuk diambil tindakan kerana memutarbelitkan kenyataannya. Ini bererti Mustapha Ali tidak berkata seperti yang dilaporkan itu.

Di dalam Malaysiakini hari ini, Mustapha Ali membidas Azmin Ali kerana mempercayai akhbar berkenaan yang diketahui kepunyaan Umno. Mustapha Ali menasihatkan Azmin agar lebih mempercayai media lain seperti Harakah. Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Malaysiakini).

Saya tertanya juga, mengapa Azmin percaya kepada laporan dari akhbar kepunyaan Umno tersebut? Dan lebih penting lagi, jika Mustapha Ali tidak mahu sesiapa mempercayai akhbar berkenaan atau mana-mana media pro Umno, mengapa media seperti itu dijemput atau dibenarkan hadir di dalam sidang medianya? Jika beliau bertanya mengapa Azmin tidak menyemak kenyataan beliau di dalam Harakah atau Harakahdaily, persoalannya mengapa kenyataan beliau lewat disiarkan sedangkan media pro Umno terlebih dahulu menyiarkannya? Mungkin inilah kelemahan media rasmi PAS yang selalu ketinggalan dan `slow' di dalam menyiarkan sesuatu isu. Tidak hairanlah jika ramai di kalangan kita yang lebih awal mengetahui sesuatu berita itu melalui media lain seperti Malaysiakini.

Saya pernah menulis betapa sepatutnya semua pimpinan PR jangan memberi ruang kepada mana-mana media yang kerapkali menipu atau suka memutarbelitkan kenyataan demi kepentingan pihak tertentu. Jika ini tidak dilakukan, bayangkan seorang Timbalan Presiden PKR boleh terperangkap dengan media haprak ini, apatah lagi rakyat biasa.

Bagi saya, Azmin Ali pun silap kerana cepat melatah dan terperangkap dengan media yang beliau sendiri kenal betapa busuknya lidah syaitan ini. Mustapha Ali pula salahnya besar juga kerana melayani media pro Umno seperti itu tetapi tidak mahu sesiapa mempercayai media yang beliau layani itu. Pelik betul kedua-dua tokoh ini./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: