Isnin, 25 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Datuk Mustafa Ali bahaya kepada perpaduan Pakatan

Posted: 25 Apr 2011 12:53 AM PDT

PETALING JAYA: PKR menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berhubung isu video seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang sebagai berbahaya dan menggugat perpaduan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias mendakwa tokoh veteran PAS itu mempunyai agenda sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbahaya itu.

"Dia (Mustafa) masih berminat lagi dengan UG (kerajaan perpaduan). Dia juga masih menyimpan dendam terhadap (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali.

"Beliau bercakap tanpa berfikir, bercakap ikut suka tanpa sempadan" katanya ketika dihubungi hari ini.

Kindle 3G Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Beliau diminta mengulas kenyataaan media Mustafa mengenai isu video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Beberapa media melaporkan Mustafa sebagai berkata bahawa PAS akan menentukan pendirian parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan polis berhubung isu video seks ini selesai dijalankan.

Bagaimanapun, beliau menafikan mengeluarkan kenyataan itu sebaliknya mendakwa media sengaja memutar belit kenyataannya.

Dalam Sinar Harian semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

"Apa kata kalau pemimpin PKR juga membuat kenyataan seperti ini terhadap PAS dan DAP. Sebab itu kita berhati-hati apabila membuat komen terhadap PAS dan PKR. "Saya nasihatkan Datuk Mustafa supaya jangan terperangkap dengan BN," tambahnya.

Bekas Ketua AMK, Feriz Musa ketika mengulas berkata, isu tersebut perlu dihentikan segera sebelum merebak. Katanya, polemik dua pemimpin besar Pakatan Rakyat itu tidak perlu dipanjangkan.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Anwar Perlu Dibebaskan

Posted: 24 Apr 2011 11:38 PM PDT

Kredibiliti Saksi Serta Sampel Bukti Yang Meragukan-Anwar Patut Dibebaskan

Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Antara lain, Karpal berkata, hujah saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan dia dipaksa.

Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.

Berikut kronologi perbicaraan:

8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.

9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.

9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.

9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.

"Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri." katanya.

9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan."

9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.

"Terdapat bukti prima facie pada akhir kes pendakwa. Jika keraguan wujud, pembela tidak sepatutnya dipanggil."

"Pendakwa telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, dengan menentukan unsur-unsur
percanggahan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum."

9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.

"Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut.

9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan," katanya.

10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.

10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.

Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.

Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama 20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.

10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.

10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti," Karpal.

10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.

'Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," tambah beliau.

10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.

10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.

10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.

10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil, kes pendakwaan itu perlu ditolak.

Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Fitnah Liwat Kedua : Penggulungan Bermula (TERKINI)

Posted: 24 Apr 2011 07:35 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar penggulungan kes fitnah liwat kedua membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguambela Karpal Singh memulakan pengulungan bagi pihak tertuduh.

Karpal dalam hujahnya berkata, pada hari kejadian bertempat di unit kondominium Desa Damansara, pengadu yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan berpeluang untuk meninggalkan lokasi sebelum Anwar dituduh memaksa beliau melakukan seks luar tabii tanpa rela.

Namun kata Karpal, Saiful mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Kata Karpal pengadu sebaliknya hanya menuruti permintaan Anwar walaupun beliau mengakui dipaksa tertuduh.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Seterusnya Karpal berkata, adalah penting bagi mahkamah untuk mengambilkira kredibiliti testimoni saksi yang diperhatikan tidak konsisten.

Katanya, sebarang bukti atau kenyataan lisan yang tidak kukuh harus ditolak mahkamah.

Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Saiful Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Laporan lanjut menyusul.....

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani

Posted: 24 Apr 2011 05:29 PM PDT

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

Kindle 3G Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan "Datuk T" terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

"Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T".

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

"Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

"Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

"Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

"Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu," kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

"Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan," kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat," tambah beliau. -TMI


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Jangan Mimpi Kangkung Umno Ni Nak Minta Maaf

Posted: 24 Apr 2011 05:25 PM PDT

NC UUM Digesa Mohon Maaf

Alor Setar - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (gambar) digesa memohon maaf terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri

Desakan itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) berikutan kenyataan lantang Dr Mohamed Mustafa yang menyifatkan Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, DPPNK memandang pandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, beliau tidak sepatutnya bertindak seperti itu," katanya.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Muhammad Sanusi yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri berhak terima atau tolak permohonan rebat cukai tanah.

"Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Dr Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan Negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta.

"Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan," katanya.

Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan isu cukai tanah dan bekalan air di UUM dibangkitkan oleh Dr Mohamed Mustafa, memandangkan KPT sebelum ini tidak pernah mempersoal pembayaran cukai tanah terbabit.

Menurutnya, kewibawaan Azizan untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tidak harus dipertikaikan, berikutan beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang IPT.

"Azizan pernah menjadi Ketua Jabatan di UKM, selain antara pengasas UIA dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Beliau juga yang memperluas program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh program kepada 42, malah membina kampus induk di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Dari Email 1Malaysia, baik bagi wi-fi percuma

Posted: 24 Apr 2011 07:47 AM PDT

Kerajaan Malaysia patut meniru langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan Wi-Fi percuma kepada keseluruhan rakyat bukannya memperkenalkan Email 1 Malaysia yang mempunyai motif tersendiri untuk menyelamatkan kedudukan syarikat Tricubes Berhad yang terumbang ambing.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof menegaskan, perbelanjaan RM50 juta wang rakyat demi kroni tidak boleh diterima lagi bahkan patut dihukum dengan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang kerana lebih cerdik menggunakan wang kerajaan untuk sesuatu projek.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan email 1 Malaysia. Ia berubah-ubah dari projek kerajaan kepada inisiatif swasta. Media pula mendedahkan syarikat Tricubes Berhad adalah syarikat yang hampir bankrap dan dikaitkan dengan adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak melalui Kumpulan CIMB.

Agensi kerajaan yang menggunakan email ini pula akan dikenakan caj 50 sen satu email yang akan diperolehi oleh Tricube sedangkan sebelum ini ia hanya percuma dan tidak akan menggunakan wang rakyat.

Kindle 3G Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Sejak pengumuman ini, saham Tricubes telah naik mencanak di Bursa Malaysia kepada angka yang tidak pernah dicapainya sebelum ini.

"Jika nak sangat bagi jalur lebar untuk meningkatkan prestasi negara lebih baik bagi Wi-Fi percuma pada rakyat bukanya email 1 Malaysia. Lagipun ramai rakyat dah ada email sendiri termasuk remaja atau pelajar sekolah. Kita rasa Wi-Fi amat penting kerana ia dapat mengurangkan kos penggunaan internet sepertimana sekarang ia menjadikan syarikat telekomunikasi bertambah kaya buat keuntungan, " terang Yusmadi (gambar) ketika ditemui di majlis Hi-Tea di Nans Food Court, Taman Serdang, Kepala Batas baru-baru ini.

Lagipun katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengongkong rakyat terutamanya golongan pemuda agar memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada untuk meneruskan tranformasi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu sebelum menjelangnya tarikh piliharanraya Sarawak.

Selain mempunyai motif yang tersirat barangkali cara itu merupakan taktik Barisan Nasional (BN) melebarkan proganda dan dakyah kepada sasaran dengan lebih mudah terus ke dalam komputer yang mendaftar dengan email 1 Malaysia.

"Dengan kewujudan email yang dipantau oleh kerajaan lebih mudah untuk mereka menyebarkan propaganda bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " tambahnya.

Program khas sempena perlantikan Adnan sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Azmin Ali, Ketua Perhubungan KeAdiLan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husain. - hrkh


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Jawatan Apa Agaknya Yang Ditawarkan Pembangkang Kepada Tokey Gelang Penipu Ini? KahKahKah

Posted: 24 Apr 2011 05:33 AM PDT

AC Mizal pilih Umno, tolak sertai pembangkang

Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya...

"Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari Ipoh.

Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

- Bernama

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’

Posted: 24 Apr 2011 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut.

"Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.

"Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology - includes Special Offers & Sponsored Screensavers
"Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat. Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.

"Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka," katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.

Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut.

Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional.

"Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

"Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan," katanya.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Polis juga menyatakan rakaman itu dikenalpasti dilakukan di sebuah kondominium.

Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12051

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Peguam syaki polis mahu tahan Raja Petra, dibawa ke Malaysia

Posted: 24 Apr 2011 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April — Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi.

Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu.

"Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan," kata Haris dalam entri blognya hari ini.

"Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan.

"Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan," kata Haris lagi.

Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir.

"Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting," katanya lagi.Kata Haris, Raja Petra "seperti biasa" berdegil tidak mahu menerima nasihat, sebaliknya mahu pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil kenyataan atas tanggapan bahawa bertujuan membantu siasatan berkaitan individu-individu yang dinamakan dalam temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.

Raja Petra pernah diambil keterangan mengenai SDnya tiga tahun lalu.

"Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadirin juga berhujah agar Raja Petra tidak pergi ke kedutaan. 'Jika anda pergi ke sana, mereka akan menahan anda,'" katanya lagi.

Kata Haris lagi, Amarjit mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Raja Petra jika masih berdegil untuk pergi ke kedutaan.

"Marina (pula) berkata jika dia pergi, dia akan menempah tiket untuk keluar dari Bangkok malam itu juga (semalam). Akhirnya Raja Petra berlembut," katanya.

"Keempat-empat kami pergi bertemu dengan (kakitangan kedutaan, Abdul) Hamid (Bulat) dan RPK memberitahunya bahawa dia bersetuju untuk pergi ke kedutaan tetapi Marina, Amarjit dan saya tidak bersetuju kepada urusan ini dan serahkan kepada Hamid untuk memujuk mereka.

"Saya memberitahu Hamid bahawa tiada apa yang dia (Hamid) boleh kata untuk memujuk kami daripada (berubah) pendirian kami," kata Haris.

Haris seterusnya berkata, dia memberitahu Hamid bahawa Amarjit dan dia telah menasihatkan Raja Petra, yang telah menerima nasihat agar tidak pergi ke kedutaan.

"Kami memberitahu bahawa RPK akan memberikan kerjasama penuh dan kenyataannya kepada polis di hotel di mana dia dan Marina tinggal," katanya.

Haris berkata, Hamid memberitahunya bahawa dia akan kembali ke kedutaan dan akan membawa pegawai-pegawai polis ke hotel.

"Dengan itu, RPK, Marina, Amarjit dan saya menuju kembali ke hotel.

"Sekitar 10.15 malam, Hamid, ACP Aziz dan seorang lagi pegawai yang memperkenalkannya sebagai Tony, berada di hotel. Tony, saya dimaklumkan kemudian bahawa adalah pegawai polis bertugas di kedutaan," katanya lagi.

"RPK, Amarjit dan saya bertemu dengan mereka di lobi hotel," katanya.

Kata Haris, anggota polis terbabit cuba memujuk agar kenyataan diberikan di kedutaan sambil menimbulkan aspek status penerimaan di mahkamah jika kenyataan tidak diambil di kedutaan.

"Kedua-dua Aziz dan Hamid memberi jaminan bahawa RPK akan dilepaskan sebaik sahaja kenyataan diambil. Amarjit dan saya tidak tertarik dengan jaminan mereka dan tidak diyakinkan untuk menasikatkan RPK agar datang ke kedutaan untuk memberi kenyataan," katanya.

Malah Haris juga menulis dia telah meminta Aziz mengenai bentuk kesalahan disiasat, di mana kenyataan diperlukan daripada RPK.

"Dia menjawab bahawa ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan. Saya bertanya apa itu (yang dimaksudkan)," kata Haris sambil berkata. "Aziz kemudian berkata ia berkaitan dengan kenyataan palsu."

Haris menambah, dia bertanya sama ada ia berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual TV3 atau SD pada 2008.

Haris juga berkata, Amarjit juga bertanya untuk melihat laporan polis dibuat, yang menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan.

"Aziz berjanji untuk menunjukkan (salinan) laporan itu di kedutaan jika kami mengikut mereka ke sana.

"Kedua-dua Amarjit dan saya dengan segera menerima tawaran tetapi menekankan bahawa RPK akan kekal berada di hotel manakala kedua-dua kami akan pergi ke kedutaan untuk melihat kandungan laporan polis," katanya lagi.

"Aziz juga cuba membuat pusingan 'U'. Kami menekan untuk melihat laporan polis bagi membolehkan kami menasihati RPK jika selamat untuk hadir di kedutaan. Akhirnya Aziz berlembut," katanya.

Mereka pergi ke pejabat kedutaan sekitar 11 malam.

"Di sini (kedutaan) kami dimaklumkan bahawa Aziz tiada salinan laporan polis dan sedang menunggu satu salinan dari KL.

"Ini adalah pengesahan pertama yang serius bagi kami berdua, Amarjit dan saya bahawa keseluruhan urusan mahu mendapatkan kenyataan RPK di kedutaan adalah untuk membolehkan beberapa agenda lain.

"Mengapa pegawai penyiasat datang ke Bangkok untuk menyoal siasat seorang saksi bagi satu kemungkinan (perbuatan) jenayah dan tanpa salinan aduan polis bersamanya. Keseluruhan adalah jelik," katanya lagi. - TMI


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Mustafa minta Azmin jangan percaya media perdana

Posted: 24 Apr 2011 04:24 AM PDT

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata timbalan presiden PKR, Azmin Ali tidak seharusnya melenting dan dengan mudah mempercayai apa yang dilaporkan dalam media arus perdana berhubung ulasannya mengenai kes video seks.

Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, kata Mustafa, hanya mahu memecah-belahkan gabungan Pakatan Rakyat.

Kindle 3G Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
"Lihat laporan dalam media bukan milik Umno atau BN seperti Harakah dan yang lainnya, yang lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan memberi gambaran yang lebih jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Tiada ulasan: