MiLo SuaM |
Gempar! Hantu muncul dalam video seks part 2 ! Posted: 27 Apr 2011 07:30 PM PDT Jelas sekali pendedahan video aksi seks lelaki mirip Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan pendedahan video rakaman seks Presiden MCA, Chua Soi Lek beberapa tahun lalu. Pihak yang bertanggung jawab mendedahkan video rakaman aksi seks Chua Soi Lek, bertindak menyebarkan video tersebut terus ke pengetahuan umum untuk menjatuhkan beliau, kerana yakin bahawa orang di dalam video seks tersebut adalah Presiden MCA itu. Namun Datuk T tidak berani mendedahkan terus video seks rakaman lelaki mirip Anwar Ibrahim, kerana bimbang kepincangan demi kepincangan video tersebut akan terbongkar apabila ia dikaji oleh orang ramai. Lihat sajalah, bagaimana klip video sedutan pertama sebelum ini menunjukkan kepincangan yang jelas dari segi janggut si pelakon video seks, rujuk sini [Janggut Anwar]. Sebelum ini juga, MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana video seks bahagian ke dua membongkarkan bahawa gaya rambut pelakon video seks sangat berbeza dengan Anwar Ibrahim yang muncul di mahkamah pada keesokkan harinya, rujuk sini [Video seks Anwar part 2]. Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. Rujuk gambar-gambar di bawah.
Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah. Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim, logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama. Barangkali pencacai gerombolan songkok tinggi akan mengatakan ada seekor makhluk halus (hantu) yang melontarkan tisu di dalam video tersebut. Maka Datuk T harus membuktikan ada seekor hantu muncul di dalam video seks ini dan melontarkan tisu itu, jika benar Anwar Ibrahim terlibat melakukan adengan seks kah kah kah. ReJaM© "Kantoi, kantoi, kantoi dan kantoi..." |
Video Seks Anwar Ibrahim bahagian kedua! Posted: 27 Apr 2011 05:28 AM PDT Hari ini kita dapat melihat sambungan seterusnya video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim yang heboh sejak 31 Mac yang lalu. Apa yang jelas, video kedua ini telah membongkar lagi penipuan Datuk T (sebut Datuk Temberang). Sebelum ini MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana penipuan video ini terbongkar apabila lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video seks tidak memiliki janggut, sebaliknya, Anwar Ibrahim pada keesokkan harinya muncul di mahkamah dengan janggut yang lebat rujuk sini [Janggut Anwar]. Kali ini satu lagi penipuan terbongkar apabila rambut lelaki mirip Anwar Ibrahim ternyata jauh berbeza dengan Anwar Ibrahim yang sebenar. Lihat gambar di bawah. Anwar muncul di mahkamah pada keesokkan harinya (22 febuari 2011) dengan potongan rambut yang jauh berbeza dengan lelaki di dalam video seks (rambut flat top macam askar). Maka Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim menggunakan pelebat rambut yang berkesan untuk memanjangkan rambut dalam tempoh semalaman atau membuktikan Anwar memakai rambut palsu di mahkamah. Untuk menyaksikan video yang dimaksudkan klik sini [Video seks Anwar Part 2] ReJaM© "Kepada ketiga-tiga Datuk T, selamat bercuti di penjara Sungai Buluh..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan