Blog-list Malaysia |
- Selepas Polis Ambil Kenyataan Untuk Video Seks Part 1 Di Kucing, Papagomo Seperti Kebal
- Mendedah Kepincangan Video Seks Anwar Ibrahim
- Video Sex..Akhirnya ANDA SENDIRI BUAT KEPUTUSAN.. ANWAR @ TIDAK..!!??
- Video Seks Bahagian Kedua: Polis Patut Tangkap Papagomo
- Mana Hilangnya Tali Pinggang Anwar dalam Video Seks Tu?
- Nurul Izzah: Itu bukan Anwar
- Mana Janggut Anwar??
- Sah Bukan Anwar
- Perut Anwar Ke Ni.. Macam Perut Parpukari Saje..
- Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin
- Patut La Ayaq Tak Dak.. Warga UUM Mandi 8 Kali Sehari..
- Khir Toyo Dakwa Cina Nak Hapuskan Hak Orang Melayu
Selepas Polis Ambil Kenyataan Untuk Video Seks Part 1 Di Kucing, Papagomo Seperti Kebal Posted: 27 Apr 2011 10:02 PM PDT Video Lucah : Papagomo direstui Polis? Desakan demi desakan terus dibuat oleh Kedailan terhadap pihak polis untuk bertindak namun ianya terus dipandang sepi.. adakah Ahli-ahli Keadilan ini bukan rakyat Malaysia? Sedangkan mereka juga termasuk aku sendiri membayar cukai pendapatan untuk digunakan oleh pihak kerajaan UMNO/BN untuk membiayai seluruh jentera kerajaan.. Video Fitnah: Polis restui blogger Umno-BN KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat. "Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?," "Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.com Rafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis. "Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya. Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim. "Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya? "Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan. "Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan," kata Surendran. http://www.keadilandaily.com/?p=12398 / Greenboc |
Mendedah Kepincangan Video Seks Anwar Ibrahim Posted: 27 Apr 2011 06:28 PM PDT |
Video Sex..Akhirnya ANDA SENDIRI BUAT KEPUTUSAN.. ANWAR @ TIDAK..!!?? Posted: 27 Apr 2011 10:04 AM PDT |
Video Seks Bahagian Kedua: Polis Patut Tangkap Papagomo Posted: 27 Apr 2011 09:56 AM PDT Video Seks Papagomo Promosi fitnah papagomo dan rakan blogger dajjal Umno telah sampai ketahap gaban.Ini berlaku setelah video bahagian pertama tempohari gagal meyakinkan rakyat mengenai fitnah kepada Anwar Ibrahim. Polis patut tangkap papagomo dan rakan rakannya kerana telah menyalahi undang undang dan arahan Polis. Kes video seks masih dalam siasatan Polis , kenapa maarop maarop tu boleh siarkan dalam internet? dari mana depa dapat? siapa yang bagi kat depa tu? Timing pulak waktu perdana ,mula di upload ke youtube pukul 1.30 tengahari? guna nama samaran orang jawa? Segala lidah lidah setan Umno tv1,sampai tv9 bukan main hebat tambah promosi fitnah, dari mana depa dapat bahan tu semua? Jika Polis masih tidak mahu tangkap semua yang tidak mematuhi arahan Polis itu,apa guna undang undang yang sedia semua itu? Ataukah Polis yang memberikan pita video kepada papagomo dan segala media di Malaysia ini? Baca seterusnya di sini |
Mana Hilangnya Tali Pinggang Anwar dalam Video Seks Tu? Posted: 27 Apr 2011 07:35 AM PDT |
Posted: 27 Apr 2011 06:14 AM PDT Nurul Izzah Anwar - naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar - sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks - sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini - bukan bapanya. Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu. Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini. "Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini. |
Posted: 27 Apr 2011 06:04 AM PDT |
Posted: 27 Apr 2011 05:46 AM PDT |
Perut Anwar Ke Ni.. Macam Perut Parpukari Saje.. Posted: 27 Apr 2011 05:24 AM PDT |
Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin Posted: 27 Apr 2011 05:23 AM PDT SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan. Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet. " Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T," kata Saifuddin kepada TVSelangor. " Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau. Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah. " Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka," kata beliau. Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl menyerahkan DNAnya untuk "memperketatkan" fakta kes. Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan. Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir. Gadingan 'Datuk T" iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana "mahu menyelamatkan negara" . Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk "membinasakan" kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman. Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun. Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gadingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang. " Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri," kata Saifuddin. Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. " Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, " kata Saifuddin. Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani. Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku. |
Patut La Ayaq Tak Dak.. Warga UUM Mandi 8 Kali Sehari.. Posted: 27 Apr 2011 02:28 AM PDT Warga UUM pengguna air tertinggi di dunia? ALOR SETAR, 25 April – Secara purata seorang rakyat Malaysia menggunakan 230 gelen air sehari dan seorang rakyat Kedah menggunakan 250 gelen air sehari. Namun secara purata seorang warga Universiti Utara Malaysia (UUM) menggunakan 340 gelen air sehari! Demikian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Dato' Azdmi Din dalam sidang media di pejabatnya berhubung kajian yang dibuat oleh syarikat air itu terhadap UUM. Menurutnya, berlaku pembaziran sebanyak 462 ribu gelen air sehari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan kuantiti itu adalah terlalu tinggi. Menurutnya, pengiraan dibuat secara teknikal berdasarkan jumlah pengguna sebenar dan mengukur tahap jumlah air yang sepatutnya dibekalkan. "Maknanya warga UUM berjumlah 33,037 jiwa itu memerlukan air sehari secara normalnya hanya 8 juta liter padu sahaja sedangkan hari ini mereka secara purata setiap orang menggunakan 340 gelen sehari berbanding penduduk Kedah secara normal menggunakan 250 gelen dan penduduk Malaysia sebanyak 230 gelen sahaja sehari," katanya. Menurutnya, anggaran penggunaan yang efisien di UUM yang diperlukan kampus itu cuma berjumlah 8,260 juta liter padu sehari. Ia sudah mencukupi untuk penggunaan normal tanpa mengambil kira penyusutan (non revenue water) disebabkan kebocoran paip. Katanya, oleh kerana pihak UUM mengatakan mereka memerlukan air lebih, biarlah isu ini dibincang dari aspek pembaziran penggunaan. Katanya, SADA menghormati institusi ini sebagai universiti yang terkenal di Utara dan dengan ikhlasnya menghulurkan kerjasama berikutan UUM merupakan pengguna air terbesar di Kedah. "Kita akan bekerjasama untuk melihat apa-apa kelemahan yang ada di UUM. Kita cari jalan tengah perbalahan tidak akan menyelesaikan apa-apa," katanya. ~WARTA KEDAH~ |
Khir Toyo Dakwa Cina Nak Hapuskan Hak Orang Melayu Posted: 27 Apr 2011 02:09 AM PDT SHAH ALAM 27 APRIL : Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo mendakwa kempen 1 Melayu 1 Bumi adalah jawapan orang Melayu kepada usaha kaum Cina memperkasakan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Khir merujuk kepada kemenangan besar DAP menawan 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April lalu. "Ramai orang bukan Cina, terutamanya bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan lebih merupakan sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik orang Cina melalui DAP bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keistimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia," kata beliau dalam blognya hari ini. DAP menegaskan bahawa corak pengundian menunjukkan kemenangan besarnya di Sarawak tidak berpaksi kepada undi Cina sahaja. Sebalikny parti itu juga mendapat peratusan sokongan membanggakan daripada kaum Bumiputera di negeri itu. Susulan pilihanraya negeri itu, Utusan Malaysia mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi untuk menyatupadukan orang Melayu dalam memperjuangkan agenda kaum itu. Bagaimanapun cadangan itu tidak diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencanang slogan 1Malaysia. Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno seperti Naib Presiden Zahid Hamidi menyokong cadangan Utusan itu. Khir hari ini turut memberi sokongan kepada gerakan 1Melayu untuk menyatu padukan orang Melayu. Beliau turut mempertahankan Perkasa yang akan melancarkan kempen 1 Melayu 1 Bumi Sabtu ini di Alor Setar. "Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?" tanya Khir. Menurut Khir, soal slogan 1 Melayu 1 Bumi itu boleh dianggap perkauman atau tidak, bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut. Jika konsep itu bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. "Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia," tambah beliau.- TVS |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan