Khamis, 28 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kes Teoh: Pegawai SPRM Tidak Bekerjasama Dan Kerap Tukar Cerita

Posted: 28 Apr 2011 12:40 AM PDT

RCI sekongkol dengan SPRM, dakwa adik Teoh

Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan saksi adalah 'konsisten'.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.

Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah "supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti selaras."

"Saya lihat tidak ada sesiapa pun dalam SPRM yang bercakap benar, (ini) amat jelas. Jika tidak ada sesiapa melakukan pembunuhan, tidak perlu tutup. Ini amat jelas semasa inkues juga," kata Lee Lan kepada wartawan selepas prosiding ditangguhkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Malah wartawan yang meliputi prosiding RCI sejak ia bermula pada 14 Februari lalu juga tidak dimaklumkan mengenai perubahaan jadualnya sehingga pagi ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei setelah semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.

Beliau berkata pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil ADUN Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.

Bercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.

Namun, katanya sekiranya saksi belum selesai memberi keterangan, suruhanjaya akan dilanjutkan seperti yang telah ditetapkan iaitu pada 25 Jun depan.

Seramai 18 saksi yang terdiri daripada 15 pegawai SPRM dan tiga pegawai syarikat telekomunikasi telah dipanggil memberi keterangan bermula Isnin lalu (25 April).

Sementara itu, adik perempuan Teoh iaitu Lee Lan (bawah, kanan), memberitahu pemberita beliau tidak berpuas hati dengan pihak suruhanjaya kerana tidak menyatakan mengapa bapanya, Teoh Leong Hwee perlu hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya pada 4 Mei ini.

Beliau hadir bagi yang hadir pada prosiding ini kerana menemani rakan mendiang abangnya, Mandy Ooi.

"Kenapa bapa saya perlu memberi keterangan dalam suruhanjaya sedangkan beliau telah ditemu bual oleh pakar psikiatri secara tertutup di sebuah bilik di kompleks mahkamah di Kuala Lumpur, pada 15 April lalu.

"Bapa saya juga terpaksa datang jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur dan saksi-saksi seperti kami bukannya 24 jam perlu bersedia untuk datang ke suruhanjaya kerana kami perlu mengambil cuti," katanya kepada pemberita dalam bahasa Mandarin ketika ditemui di luar bilik suruhanjaya.

Mandy, yang merupakan bekas rakan sekerja Teoh di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sepatutnya memberi keterangan di suruhanjaya hari ini tetapi diminta untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.- Bernama



Pegawai SPRM Didapat Mengubah Cerita Banyak kali

Seorang lagi pegawai SPRM ditegur "menukar ceritanya beberapa kali" sewaktu memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam.

Penolong Penguatkuasa SPRM Klang Zulkefly Aziz, 44, disoal oleh peguam Bar Council, Cheow Wee.

"Mengapa awak tidak bagitahu polis awak pulang ke rumah pukul 3.15 pagi?" soal Cheow, yang menyatakan Zulkefly sebenarnya meninggalkan bagunan SPRM Selangor pada 6.59 pagi.

Cheow menyatakan catatan masa Zulkefly meninggalkan pejabat SPRM tertera di rakaman CCTV.

Zulkefly pada awalnya menyatakan beliau ke surau di tingkat 13 Plaza Masalam, Shah Alam, untuk tidur dan telah tidur di situ dari 3 pagi hingga 6 pagi pada Julai 16, 2009.

Ditanya oleh Cheow, Zulkefly menyatakan beliau menyedari kesilapan di dalam kenyataannya seminggu selepas ia direkodkan.

Pengerusi Suruhanjaya Diraja James Foong kemudian menegur Zulkefly kerana tidak membetulkan kesilapan itu.


"Kenapa awak tak bercakap hal yang sebenarnya? Awak berada di dalam rakaman CCTV. Awak sedar kesilapan awak tetapi awak tidak membetulkannya sehingga ke hari ini. Sudah dua tahun," kata Foong.

Foong berkata Zulkefly kelihatan takut dan Foong bertanya kepadanya jika ada apa-apa yang berlaku pada malam itu, dimana Zulkefly menjawab: "Tak ada-apa yang berlaku."

Pesuruhjaya Dr Mohd Hatta Shaharom menanya Zulkefly : "Apakah kerana kecuaian atau anda terlupa?"

Zulkefly menjawab: "Ia kecuaian, saya rasa."

Beliau berkata dia kembali ke pejabat SPRM Klang jam 10 pagi pada 16 Julai selama dua jam di dalam biliknya sebelum balik ke rumah.

Zulkefly berkata dia telah pergi ke situ selepas meninggalkan Plaza Masalam untuk merakam kad masuk kerja sebelum pulang.

Namun, kemudiannya, Zulkefly mengakui dia tidak masuk ke pejabat pada 10 pagi sepertimana yang dsebutkan pada mulanya, menyebabkan timbul pertanyaan.

"Adakah apa-apa yang berlaku dari jam 3 pagi hingga 6pagi? Kenapa anda berbohong? Jika anda balik rumah, kata anda balik rumah," kata Foong, dimana Zulkefly menjawab tak apa-apa yang berlaku.

Dia mengakui yang yang dia tidak merakam kad perakam sewaktu meninggalkan pejabat SPRM Klang pada 16 Julai dan bersetuju dengan Hatta dia tidak memaklumkan kepada ketuanya.

Tekanan Mental

Pesuruhjaya Abdul Kadir Sulaiman juga memberi komen terhadap kenyataan Zulkefly: "Sebab anda datang ke mari untuk untuk membantu kami bagaimana Teoh mati. Masalahnya sekarang kita rak menemui jawapan dari kami. Kemungkinannya ialah kamu tahu perkara atau kamu melihat apa yang yang berlaku sebab kamu kerap menukar cerita. Bagitahu kami perkara yang sebenar."

Pesuuruhjaya T Selventhiranathan juga mempersoalkan kenyataan Zulkefly berbeza-beza.

"Anda tidak mahu terlibat dengan apa yang berlaku pada malam itu? Kenapa cerita anda terlalu pelik?" tanya Selventhiranathan, dimana Zulkefly berkata: "Tak ada apa yang berlaku".

Ditanya mengenai soalsiasat yang lakukan ke atas saksi-saksi, Zulkefly berkata soalsiasat sedemikian jarang dilakukan pada sebelah malam.

Dia bersetuju dengan Cheow bahawa meletakkan saksi di dalam bilik dengan ramai para pegawainya dan merampas telefon bimbit adalah satu bentuk siksaan mental.

Apabila ditanya oleh peguam SPRM Masri Daud, beliau memberitahu Suruhanjaya dia tidak cuba untuk sembunyikan apa.

Zulkefly juga berkata tiada keperluan untuk menggunakan kekerasan ke atas suspek kerana bahan bukti berkolar putih berkolar putih kesemuanya bersifat dokumentari.


Ulasan GB

Kita dapat melihat bahawa saksi-saksi yang terdiri dari pegawai-pegawai yang dipanggil untuk memberi keterangan JELAS tidak memberi kerjasama malah kebanyakannya berdiam diri - seolah-olah diajar supaya bersikap demikian untuk menyembunyikan kebenaran.

Misalnya seorang penolong penguasa SPRM, Mohd Ashraf, 27, iaitu saksi ke-20, tidak dapat menjawab kesemua soalan yang diajukan oleh pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud mengenai kelulusan peruntukan yang ditandatangani oleh Teoh yang menggunakan cop anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf tidak dapat mengingatinya dengan berkata: "Saya tak ingat, sebab suara Teoh perlahan tetapi apabila kami meminta alamat e-mail Teoh, dia menulis di atas kertas.

erkara itu turut disokong bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang kelihatan kesal dan kecewa dengan tindakan Mohd Ashraf yang enggan memberi kenyataan sewajarnya.

"Kenapa tak ingat... ini perkara penting kita tak mahu tunding jari kepada sesiapa. Kita hendak yang benar tapi kamu menjadikan perkara ini sebagai ''anti-klimaks''. Kalau benda yang penting kamu tidak ingat adakah kamu memerlukan 20 minit untuk mengingat kembali?" kata Abdul Kadir.

Begitu juga Penolong Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sarawak, Raymond Nion Anak John Timban ditegur oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock, Tan Sri James Foong Cheng Yuen kerana tidak memberikan jawapan yang konsisten ketika disoal oleh peguam Majlis Peguam.

Beliau menyifatkan tindakan pegawai SPRM itu tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal kerana sebagai pegawai, mereka seharusnya lebih peka dalam apa jua keadaan yang berlaku di persekitaran mereka.

"Kamu sudah lama bekerja di SPRM, tetapi apabila disoal tentang sesuatu perkara, semuanya kamu tidak tahu... kamu merupakan pegawai yang berpengalaman dan mustahil kamu tidak ingat apa yang berlaku di pejabat SPRM pada malam 15 Julai 2009 hingga pukul 6 pagi, keesokannya sedangkan kamu berada di pejabat pada waktu itu," katanya.

Perlu diingatkan bahawa Sekretariat suruhanjaya pernah mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor.

Sebelum ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja mendedahkan bahawa Asisten Superintenden Mohd Ashraf Mohd Yunus juga menonton pornografi menggunakan komputernya awal pagi 16 Julai 2009 selepas menyoal siasat Teoh.

"Raymond Nion... akses laman pornografi, filem, muzik," kata pegawai penyiasat khas suruhanjaya Michael Leslie Squires dalam laporannya.


Kini seorang lagi pegawai SPRM yang bertindak mencurigakan apabila kerap menukar cerita sewaktu disoal oleh Suruhanjaya DIraja Siasatan.

Menjadi semakin jelas kepada rakyat kini bahawa pegawai-pegawai SPRM ini adalah orang-orang yang terlibat dengan kematian Teoh, jika tidak mengapa mereka lebih banyak bertindak BERDIAM DIRI dan KERAP MENUKAR CERITA?

Pegawai-pegawai yang dipanggil untuk memberi keterangan JELAS tidak memberi kerjasama malah kebanyakannya berdiam diri - seolah-olah diajar supaya bersikap demikian untuk menyembunyikan kebenaran.

Suruhanjaya Diraja Siasatan sepatutnya telah MENYEDARI hal tersebut dan telah dapat mengenalpasti siapa pembunuh Teoh Beng Hock!

Dan kes kematian Ahmad Sarbani akan melalui jalan ceritanya yang serupa. Camkanlah nanti.


Adakan Kamar Seks Untuk Banduan

Posted: 27 Apr 2011 11:30 PM PDT

Polis Medan sediakan kamar seks

MEDAN: Pihak berkuasa polis di sini berhasrat membina kamar seks di lokapnya bagi memberi peluang kepada tahanan lelaki dan wanita menyempurnakan tugas sebagai suami atau isteri pada pasangan masing-masing.

Ketua Polis Medan, Tagam Sinaga berkata, kamar itu akan dilengkapi televisyen dan dijaga petugas bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.

"Bagi tahanan yang ingin menggunakannya, mereka perlu membuktikan bahawa mereka dan pasangan sudah menikah, seperti buku nikah dan kad pengenalan keluarga," katanya.

Dekan Fakulti Ilmu Sosial dan Politik Universiti Sumatera Utara, Profesor Badaruddin berkata, dengan adanya kamar seumpama itu, sudah pasti tahanan yang mempunyai isteri atau suami tidak terganggu fikiran mereka. - Agensi

Ulasan GB

Sebelum ini GB pernah pertanyakan apakah penyelesaian terhadap isteri-isteri banduan yang kerap ditangkap kerana melakukan khlawat/maksiat kerana suaminya telah berada di penjara.

Mungkinkah penyelesaiannya ialah seperti yang dilakukan di Medan tersebut?

Kes Khalwat Ahmad Azhari Bang Bang Boom Akan ke Pendakwaan

Posted: 27 Apr 2011 10:00 PM PDT

Kes Khalwat Pengacara Akan Ke Pendakwaan

KAJANG: Fail siasatan kes khalwat pengacara Bang Bang Boom, Ahmad Azhari Mohamad Ali dengan seorang isteri orang telah dilengkapkan dan akan dihantar ke bahagian Pendakwaan Syariah Selangor untuk tindakanlanjut.

Sumber dari Bahagian Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di sini, mengesahkan perkara itu pada Rabu.

Sekiranya pihak pendakwaan berpendapat terdapat kes terhadap Ahmad Azhari, pengacara tersebut boleh didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika disabitkan bersalah, Ahmad Azhari boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanyasekali.

Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu pihaknya akan mengeluarkan surat untuk mengarahkan pengacara itu hadir ke pejabatpenguatkuasa bagi menyambung jaminan ke atas dirinya selepas gagal berbuat demikian pada Selasa.

Ahmad Azhari, 28, disiasat atas kesalahan berkhalwat yang dikatakan dilakukan di sebuah apartmen yang terletak di Ampang, dekat sini pada Oktober 2010.

Pada 15 Oktober 2010, Ahmad Azhari mengakui bahawa dia telah hadir ke pejabat agama untuk tujuan soal siasat pada 4 Oktober 2010.

Dia juga mengakui bahawa dia berada di tempat kejadian untuk membantuwanita tersebut mengemas barang kerana akan ke Kota Kinabalu, Sabah dan menafikan ada melakukan perbuatan yang melanggar hukum agama. -mstar


Pengacara Bang Bang Boom di tangkap khalwat

Pengacara program Bang Bang Boom!, Ahmad Azahari Mohamad Ali, 27, bersedia menerima hukuman daripada Mahkamah Rendah Syariah Kajang berhubung kes khalwat melibatkan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah apartmen di Ampang, dua minggu lalu.

Dia yang telah dipanggil untuk disoal siasat pada 4 Oktober lalu dan sedang menunggu perbicaraan di mahkamah."Saya mengaku saya berada di tempat kejadian dan ini merupakan satu kesilapan saya.

"Kes tersebut dijangka akan dibicarakan pada tahun hadapan. Saya juga telah memberikan keterangan di mahkamah dan bersedia menerima apa sahaja hukuman dan denda yang dikenakan selepas ini," katanya ketika sidang media program Bang Bang Boom! musim keenam di Sri Pentas TV3, di sini, Khamis.

Ekoran daripada itu, Azahari turut memohon kepada penonton supaya sentiasa memberikan sokongan kepada program Bang Bang Boom! dan mengetepikan masalah yang di hadapinya itu.

Malah dia juga mampu menghadapi kes tersebut dengan baik tanpa mempengaruhi karier seninya.

"Saya harap penonton dapat membezakan antara soal peribadi saya dan rancangan yang saya kendalikan, Bang Bang Boom!. Saya mahu penonton terus menonton dan memberikan sokongan kepada Bang Bang Boom!.

"Saya akui pertama kali melalui saat seperti ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran serta lebih berhati-hati lagi selepas ini. Kes ini merupakan yang pertama dan pastinya yang terakhir dalam hidup saya," ujarnya.

Dalam pada itu, penerbit program tersebut, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim berkata pihak produksi masih memerlukan khidmat Azahari pada masa akan datang dan tiada tindakan yang diambil walaupun insiden tersebut sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya.

"Saya akui apabila soal kerja, kita tidak akan campurkan hal peribadi dan fokuskan tentang kerja. Lagipun, Azahari tiada masalah dengan kami. Jadi, kami hormati setiap masalah yang berlaku melibatkan peribadinya," jelasnya.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu mengemas barang di rumah wanita itu yang mahu ke Kota Kinabalu, Sabah. – mstar



Penggal Parlimen Capai 3 Tahun, Tiada Pilihanraya Kecil Selepas Ini

Posted: 27 Apr 2011 08:45 PM PDT

Penggal Parlimen Genap Tiga Tahun, Tiada Lagi Pilihan Raya Kecil Parlimen

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas Khamis memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak diadakan," katanya kepada BERNAMA pada Rabu.

Beliau berkata perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.

Tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

"Sepertimana Parlimen, PRK juga tidak boleh lagi diadakan bagi DUN dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan berakhir, kecuali ada keperluan khas" katanya.

Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

"Jika speaker memaklumkan kepada SPR situasi di mana kerajaan sedia ada tidak boleh lagi membentuk kerajaan kerana hilang majoriti dalam dewan, PRK boleh diadakan.

"Tetapi setakat ini situasi ini tidak pernah berlaku. Walaupun di Dewan Rakyat kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga, tetapi masih mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008, sebanyak 16 PRK telah dijalankan, iaitu empat bagi kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

Perincian perbelanjaan bagi setiap pilihan raya kecil ialah

Permatang Pauh (RM409,000),
Kuala Terengganu (RM325,416),
Bukit Gantang (RM460,971),
Bukit Selambau (RM318,000),
Batang Ai (RM391,700),
Penanti (RM514,600),
Manik Urai (RM548,003),
Permatang Pasir (RM461,367.93),
Bagan Pinang (RM449,485),
Hulu Selangor (RM1.2 juta),
Sibu (RM1 juta),
Batu Sapi (RM1.290 juta),
Galas (RM1.047 juta),
Tenang (RM1.1 juta),
Merlimau (RM755,000) dan
Kerdau (RM915,000).

Ditanya persediaan SPR untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Abdul Aziz berkata badan itu belum bersedia sepenuhnya sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

"Pilihan raya umum ini perkara serius, banyak benda yang perlu kita sediakan, kita harap tidaklah diadakan secara mengejut-mengejut.

"Kita perlukan masa. Pilihan raya umum bukan perkara main-main, ia perkara serius dan banyak yang perlu kita lakukan," katanya tanpa menjelaskan maksud 'masa terdekat'.

Bagaimanapun beliau meminta masyarakat umum tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum memandangkan kerajaan masih mempunyai banyak masa sebelum tempoh mandatnya berakhir.

"Kerajaan sekarang ada tempoh dua tahun lagi sebelum mandat berakhir pada April 2013, biarlah kerajaan sekarang mentadbir negara, mereka ada lima tahun," katanya.

Warga UUM Pengguna Air Tertinggi Di Dunia?

Posted: 27 Apr 2011 06:30 PM PDT

Secara purata seorang rakyat Malaysia menggunakan 230 gelen air sehari dan seorang rakyat Kedah menggunakan 250 gelen air sehari. Namun secara purata seorang warga Universiti Utara Malaysia (UUM) menggunakan 340 gelen air sehari!

Demikian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Dato' Azdmi Din dalam sidang media di pejabatnya berhubung kajian yang dibuat oleh syarikat air itu terhadap UUM.

Menurutnya, berlaku pembaziran sebanyak 462 ribu gelen air sehari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan kuantiti itu adalah terlalu tinggi.

Menurutnya, pengiraan dibuat secara teknikal berdasarkan jumlah pengguna sebenar dan mengukur tahap jumlah air yang sepatutnya dibekalkan.

"Maknanya warga UUM berjumlah 33,037 jiwa itu memerlukan air sehari secara normalnya hanya 8 juta liter padu sahaja sedangkan hari ini mereka secara purata setiap orang menggunakan 340 gelen sehari berbanding penduduk Kedah secara normal menggunakan 250 gelen dan penduduk Malaysia sebanyak 230 gelen sahaja sehari," katanya.

Menurutnya, anggaran penggunaan yang efisien di UUM yang diperlukan kampus itu cuma berjumlah 8,260 juta liter padu sehari. Ia sudah mencukupi untuk penggunaan normal tanpa mengambil kira penyusutan (non revenue water) disebabkan kebocoran paip.

Katanya, oleh kerana pihak UUM mengatakan mereka memerlukan air lebih, biarlah isu ini dibincang dari aspek pembaziran penggunaan.

Katanya, SADA menghormati institusi ini sebagai universiti yang terkenal di Utara dan dengan ikhlasnya menghulurkan kerjasama berikutan UUM merupakan pengguna air terbesar di Kedah.

"Kita akan bekerjasama untuk melihat apa-apa kelemahan yang ada di UUM. Kita cari jalan tengah perbalahan tidak akan menyelesaikan apa-apa," katanya.

~WARTA KEDAH~


Video Seks: Kenyataan Anwar Akan Dirakam Hari Ini

Posted: 27 Apr 2011 05:30 PM PDT

Polis rakam kenyataan Anwar Hari Ini

Seorang pegawai dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman akan merakam kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

Kenyataan pertama Anwar dirakamkan bulan lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Menurut kenyataan parti itu petang semalam, kenyataan Anwar akan dirakamkan oleh 'DSP Shanmugamoorthy' pada jam 2.30 petang di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Anwar selepas kenyataannya dirakamkan, kata kenyataan itu. -mk


Klip video seks terus belenggu Anwar

Klips video seks terus membelenggu Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, apabila beliau diminta polis untuk merakamkan kenyataan tambahan pada hari esok (hari ini), di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square. Sementara itu, bahagian kedua klip video seks selama 1 minit dan 47 saat telah dimuatkan ke dalam laman internet, Youtube, tengahari tadi.

Bagaimanapun, klip video kedua yang dinamakan "Papa Nurul Izzah Part II" ini telah dialihkan dari Youtube, pada kira-kira jam 6.45 petang tadi. Bahagian pertama dengan masa yang sama, iaitu 1 minit 47 saat telah dimuatkan ke dalam Youtube pada 4 April 2011, selepas penayangannya kepada media pada 21 Mac 2011 di Seri Carcosa Negara.

Keluarga Anwar termasuk isterinya Wan Azizah Wan Ismail, anak sulungnya Nurul Izzah Anwar dan bapa mertuanya Wan Ismail telah mengadakan sidang media pada 5 April, menafikan bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, setelah menontonnya.

Dalam satu kenyataan tadi, PKR memaklumkan kepada media bahawa "pasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah memohon untuk merakamkan kenyataan tambahan daripada Anwar Ibrahim berhubung laporan polis beliau pada 22 Mac 2011 di IPD Dang Wangi ke atas individu-individu yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video lucah di Carcosa Seri Negara. Individu-individu ini juga telah mengedarkan kenyataan bertulis kepada para wartawan dengan fitnah bahawa Anwar merupakan individu di dalam video lucah tersebut serta mengugut beliau supaya bersara dari politik."

Kenyataan Anwar akan dirakamkan oleh DSP Shanmugamoorthy pada hari Khamis (28 April 2011), jam 2.30 petang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya. Satu sidang media akan diadakan oleh Anwar sebaik kenyataan beliau selesai dirakamkan. -MR




Lagi Penjelasan Bahawa Itu Sah Bukan Anwar!

Posted: 27 Apr 2011 03:30 PM PDT

Serupa tapi tak sama... -blog.marhaen.info

Berita Harian edisi 21 April 2011 menyiarkan satu berita di bawah tajuk:

Sepadan Anwar: Agensi penyiaran Korea Selatan guna proses biometrik analisis video seks

KUALA LUMPUR: Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Itu apa yang dilaporkan oleh Berita Harian...

Mari kita guna BioMATAriks kurniaan Allah untuk untuk membuat perbandingan dua gambar berikut....



Gambar sebelah kiri dipetik daripada video yang dirakamkan pada 21.02.2011
manakala gambar kanan dirakam pada 22.02.2011, sehari selepas itu di
perkarangan mahkamah selepas tamat sesi perbicaraan kes Liwat2.

Anda gunakan BioMATAriks pun sudah memadai tanpa perlu dihantar hinga ke Korea atau Jepun atau pun ke Mongolia untuk membuat analisis....

Kredit gambar: Lai Ee (Facebook)


Mana Hilangnya Tali Pinggang Anwar dalam Video Seks Tu? -bloglistpolitik.blogspot.com









Clearer shots from 2nd snippet of sex video vindicates Anwar
Written by Sheela Sri Jaya, Malaysia Chronicle

Opposition Leader Anwar Ibrahima nd his family must feel vindicated when the second snippet of the sex video implicating him hit the Internet on Wednesday. This time, the shots of the man said to resemble Anwar was clearer and it is now evident it could not have been him.

Not only was the physique of the broad-shouldered man much bulkier than the slim and fragile 63-year old Anwar, a shot that showed part of his face gave away the plot.

The facial features were different, the cheeks were too puffy and the man's neck was too thick, with rolls of flesh not evident in Anwar's. Only the hairline was similar.


The 1.46-minute snippet of the 21-minute video was entitled Papa Nurul Izzah Part II. It was uploaded at 1.30pm on YouTube but has since been removed for its sexual content.

It is believed the clip shows the final portion of the tape. The man was captured putting on his trousers.

The first snippet was released on April 4, two days before nominations for the Sarawak state elections were held. That clip has also been removed by YouTube.

The sex video fiasco hit the nation on the same day the Sarawak legislative assembly was dissolved, paving the way for the state's 10th election.

However, prompt checking by PKR investigators revealed that the hotel conference room used by the Datuk T trio who 'discovered' the tape had been booked by aides of former Malacca chief minister Rahim Thambi Chik and the bill paid by Perkasa treasurer Shauib Lazim.

That forced the trio who included business Shazryl Eskay Abdullah to confess they were behind the pornographic screening at the Carcosa Seri Negara hotel, which is illegal in Malaysia and punishable with jail terms of up to 5 years.


The three men said they wanted to expose Anwar's unsuitability to be prime minister and demanded his resignation within a week. They had shown the tape to selected journalists and PKR elected representatives, whom they urged to defect to the BN.

Despite the public confession and the breach of the law, the police have delayed charging the men or making any arrests. Instead, they have called on Shazryl to furnish his DNA, prompting speculation that the move was aimed to pressure Anwar into giving his DNA as well.

Anwar has denied involvement in the video. Speculation is rife that his political nemesis Prime Minister Najib Razak and the Umno elite had hatched the conspiracy to discredit him.

"I don't see why they want his DNA. The police should just focus on the part where the law has been broken which is the screening of the pornographic material in public," PKR vice president N Surendran told Malaysia Chronicle.

"Who are the police really serving – the Malaysian nation and public by punishing crimes and upholding the rule of law or the Barisan Nasional/UMNO political masters to dance to their latest tune to use the police to plumb to the lowest dregs of gutter politics in the history of Malaysia?" asked DAP adviser Lim Kit Siang in a statement to the media. -malaysianindian1.blogspot.com

Semua Kata Itu Bukan Anwar. Cuma Fitnah Dari Datuk T Dan UMNO

Posted: 27 Apr 2011 08:10 AM PDT

Nurul Izzah: Itu bukan Anwar

Nurul Izzah Anwar - naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar - sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks - sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini - bukan bapanya.

Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu.

Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini.

"Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini. -mk


Klip kedua video seks muncul, Eskay beri sampel DNA

Sedutan klip dari blog papagomo yang muncul tengah hari tadi.


KUALA LUMPUR, 27 April – Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik pada Rabu di dalam laman 'Youtube' dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari ini, lapor Bernama Online.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Terdahulu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu.

"Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata beliau akan mengadakan satu sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu. -TMI



Ulasan GB

Baru sebentar GB sudah ulas. Petikan:

Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.

Lihat:



Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar.

Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim!


Ternyata Sah: Ia Bukan Anwar Ibrahim

Posted: 27 Apr 2011 05:30 AM PDT

Video Seks Bahagian Kedua Muncul Di Internet

PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video yang dipercayai mirip pemimpin pembangkang disiarkan menerusi laman youtube petang Rabu.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun youtube wakparjosudorno.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera.

Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.

Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.

Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'. -mstar


Video seks bahagian kedua di Youtube

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

Malaysiakini difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan Malaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.

Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T" mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok. -mk



Ulasan GB

Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.

Lihat:



Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar.

Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim!

Rasuah Pilihanraya Iban, SUPP Berbohong Kata Bayar Gaji

Posted: 27 Apr 2011 04:00 AM PDT

Pemantau pilihan raya pertahan dakwaan beli undi

Pemantau pilihan raya Sibu (SEW) hari ini menempelak SUPP yang mendakwa parti berpangkalan di Sarawak itu pada Isnin lalu sedang membayar gaji kepada pekerja Iban yang berkumpul di pejabatnya.

Sebaliknya, SEW mengulangi dakwaannya bahawa SUPP terbabit dengan pembelian undi berdasarkan apa yang mereka saksikan dan wawancara dengan lebih 10 orang masyarakat Iban di lokasi pada hari kejadian.

Penyelaras kumpulan itu, Boney Wong, yang menjalankan siasatan dengan seorang lagi rakan memberitahu Malaysiakini mereka melawat kaawasan berkenaan dan berbual dengan lebih 10 orang sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mereka yang ditemui tidak pernah menyebut mereka dibayar gaji daripada SUPP ataupun mereka bekerja untuk SUPP ketika pilihan raya.

"Apa yang mereka beri tahu kami ialah mereka dapat (bayaran pendahuluan) RM100 sebelum hari mengundi dan jika calon BN menang, setiap seorang akan mendapat bayaran tambahan RM400.

"Jadi mereka datang ke pejabat SUPP untuk mendapatkan baki wang setelah diminta berbuat demikian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Boney berkata ada juga mereka yang memberitahu SEW bahawa jika calon BN menang, semua pengundi berdaftar boleh menuntut 'baki' RM400 dengan membawa kad pengenalan mereka.

"Kebetulan, ada seorang wanita yang mengeluarkan segulung wang kertas RM100 dari begnya dan mula mengagihkan wang berkenaan kepada rakan-rakannya."

Katanya, wanita berkenaan tidak menyedari kehadiran anggota SEW dan terus mengagihkan wang tersebut tanpa berselindung.

Menurut Boney lagi, tindakan wanita itu selaras dengan apa yang dicerita oleh mereka yang ditemu bual di sana.

"Kami pertahankan pendirian berkenaan kerana ini ialah apa yang kami saksikan."



Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan'

Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memantau keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang. -mk




Ulasan GB

Bukankah ia terang lagi bersuluh satu perbuatan sogokan wang (rasuah) pilihanraya?

Mengapa SPR berdiam diri apabila ianya dilakukan oleh kompnen Barisan Nasional?

Kenapa Eskay Saja Yang Beri Sampel DNA Kepada Polis?

Posted: 27 Apr 2011 02:50 AM PDT

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata, beliau diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga memberi keterangan tambahan bagi membantu siasatan kes video seks itu.

"Saya secara sukarela sudah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara di sini.

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lalu apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik , Shazryl Eskay dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku terbabit dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan polis dan menafikan dirinya pelaku dalam video seks itu. - BERNAMA


Ulasan GB

Ada tiga orang yang dikaitkan dengan Datuk T. Selain dari Eskay, sepatutnya DNA Rahim Tamby Chik dan Shuaib Lazim juga diambil. Sebab ketiga-tiganya mengaku sebagai trio Datuk T.

Demi menjaga integriti dan kredibilit nama pasukan polis, polis perlu telus dan adil di dalam siasatan ini.


Tiada ulasan: