Rabu, 27 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Lagi profile Facebook hina Islam jom report!

Posted: 26 Apr 2011 07:12 PM PDT

Selepas kejayaan kita menutup profile-profile, serta fanpage-fanpage yang menghina Islam sebelum ini, dengan cara melaporkannya kepada pihak pengurusan Facebook secara beramai-ramai (berjamaah). Hari ini ReJaM© nak mintak tolong para pembaca untuk melaporkan sebuah lagi profile yang menghina Islam dan Rasulullah.

Sebagai makluman, jika kita melaporkan sesebuah page itu dengan cara yang sama (laporan yang sama), Facebook akan menutup profile yang dilaporkan itu dengan lebih cepat. Di bawah ini cara melapor, sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan.



Dah faham? Ok, untuk mula melaporkan sila klik sini [Facebook]

ReJaM© "Terima kasih atas sokongan anda, semoga usaha kecil ini dikira sebagai satu kebaikan..."

Wanita Islam Sabah terpaksa masak babi kerana terlalu miskin

Posted: 26 Apr 2011 03:14 PM PDT

Kalau di televisyen, radio dan surat khabar, setiap hari rakyat Malaysia disuap dengan berita-berita propaganda, kononnya hanya Barisan Nasional sahajalah yang pandai memerintah Malaysia. Hanya Barisan Nasional sajalah yang membawa kemajuan kepada rakyat. Parti-parti lain hanya akan menjahanamkan negara.

Tapi realitinya, Negeri Sabah yang ditadbir berpuluh tahun oleh Barisan Nasional, adalah Negeri paling miskin dan mundur di Malaysia. Hal ini disahkan sendiri oleh Bank Dunia, rujuk sini [Sabah Miskin]. Kerana itu TV3 suku sudah berhenti daripada menyiarkan berita Kelantan negeri mundur, kerana Negeri paling mundur adalah Negeri Sabah. Kalau tidak setiap hari TV3 jadi agen penyebar propaganda Kelantan mundur.

Kemunduran Negeri Sabah sebenarnya jauh dari apa yang anda dan ReJaM© bayangkan. Kemunduran Negeri Sabah sampai ke tahap darurat yang tak pernah terjangkau oleh akal kita. Sehinggakan wanita Islam sanggup bekerja di restoran bukan Islam, memegang dan memasak babi, malah diberikan makanan yang tidak halal semasa bekerja.

[Gambar hiasan]

Menitik air mata ReJaM© menyaksikan hal ini disembunyikan oleh media-media pengampu kerajaan semata-mata untuk menjaga imej "tuan" mereka. Saudara kita di Sabah, kerana terlalu miskin terpaksa merendahkan diri ke tahap paling hina, sedang pemimpin hanya pandai menyebarkan propaganda merekalah pembawa kemajuan.

Kisah rakyat bawahan yang susah disembunyikan, sebaliknya media-media kerajaan sibuk menyiarkan kisah video seks setiap hari untuk memperbodohkan orang kampung, makcik-makcik dan pakcik-pakcik felda. Orang kampung yang tiada maklumat inilah harapan kerajaan gerombolan songkok tinggi untuk terus berkuasa.

Kepada gerombolan songkok tinggi, pemimpin kamu akan terus menipu dan memperbodohkan kamu, manakala kamu pula akan terus lena dibuai propaganda. Malah kamu bangga diperbodohkan...


Baca selanjutnya [Sabah Kini]


ReJaM© "Di mana Barisan Nasional Kuat, Di situ rakyat melarat!"

Berita sedih AdukaTaruna berhenti menulis kah kah kah!

Posted: 26 Apr 2011 01:10 PM PDT

Walaupun perlawanan antara Manchester United dan Schalke belum lagi habis, jangkaan gua Manchester United kelab bola pujaan Najib Tun Razak mesti menang punyer! Sebab Man U dah sumbat dua bijik gol ke gawang Shakle. Maka blogger kontroversi, AdukaTaruna terpaksa berhenti menulis. Dia nak berhenti menulis apa gua pun tak tahu, sebab, setahu gua dia taip je blog die tu kah kah kah.

[sila klik gambar untuk ke blog beliau]




RentaP© "Laptop lu nak jual tak bro? Ada orang nak beli kah kah kah..."

Email 1 Malaysia, projek curi duit rakyat!

Posted: 26 Apr 2011 09:55 AM PDT

DARI awal gua dah cakap email satu Malaysia ni memang projek menghabiskan duit rakyat. Projek curi duit rakyat untuk dimasukkan ke dalam kantong anak beranak Ketua Gerombolan Songkok Tinggi.

Mana ada Perdana Menteri dalam dunia ni yang sanggup buat projek bangang macam email satu Malaysia ni bhai, kecuali ada kepentingan dan terkantoi di situ. Email free berlambak-lambak boleh dapat kat internet, boleh pulak PM buat-buat bebal luluskan projek email 1 Malaysia.

Rakyat bawah macam gua dan lu orang semua kena kencing sampai basah kuyup, konon ini Tricubes Syarikat adik Najib yang dah nak terlungkup nak buat amal labur RM50 Juta untuk kerajaan. Syarikat sendiri pun dah nak terlungkup, lagi nak bagi sedekah dekat kerajaan? Berakal ke tak berakal orang yang percaya tu?

Sebelum ni, pemimpin gerombolan songkok tinggi membela Najib kononnya satu sen haram pun duit rakyat tidak akan digunakan untuk email 1 Malaysia [TwitterNajib]. Khairy Jamaluddin siap panggil PEMANDU Little Napoleon tu beb, keh keh keh [TwitterKJ].


Akhirnya bangkai gajah gagal ditutup dengan rambut Bik Mama. Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, sendiri mengaku duit rakyat akan mengalir masuk ke kantong Tricubes, melalui projek email bodoh satu Malaysia pada kadar RM0.50 sekali hantar email.



Gua nak cakap elok-elok pun dah tak mampu dah bila berhadapan dengan gerombolan pembawa virus bebalisme macam ni. Gua terpaksa maki hamun puak-puak pembawa virus bebalisme. Macam biasa lu orang boleh tengok puak-puak bangga dijangkiti virus bebalisme kat bawah komen ni kejap lagi. Lagi teruk kena bodoh lagi bangga keh keh keh.

RentaP© "Satu lagi projek di bawah Sapu Malaysia! Rakyat didungukan, kroni diutamakan!"

Tiada ulasan: