Rabu, 27 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Eskay beri polis sampel DNA

Posted: 26 Apr 2011 11:59 PM PDT


Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, - seorang daripada anggota 'Datuk T' yang terbabit dalam menayangkan video seks telah memberikan sampel DNA miliknya kepada polis bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA," katanya.


Eskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang 'relevan dengan kes berkenaan'.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan soalan mahupun jawapan yang diberikan, sekadar memberitahu ia bagi 'memperkuatkan kes itu'.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

JANGAN SERAH KEDAH KEPADA PENYAMUN

Posted: 26 Apr 2011 11:51 PM PDT

Amanah Saham Kedah merudum tapi Lembaga Pengarah sentiasa KENYANG

Di masa pemerintahan BN, elaun setiap orang Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) ialah sebanyak RM20-RM25 ribu setahun. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima bonus raya RM3,000 seorang.

Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato' Mahdzir Khalid, Dato' Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato' Ghazali Ibrahim, Dato' Ahmad Sudin, Dato' Bakri Hj Ali Mahamad, Dato' Mohd Akhir Shafie dan Dato' Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno.

Keputusan memberi elaun RM20,000 seorang tercatat dalam minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/2006 bertarikh 10 Disember 2006.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Ini bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 pada 30 Jun 2007 yang memutuskan tiada ganjaran pengarah dibayar bagi tahun berakhir 31 Disember 2006. Manakala pembayaran imbuhan raya bagi tahun 2007 tidak diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah.

Penetapan ganjaran kepada Ahli Lembaga Pengarah hendaklah berasaskan kepada prestasi keuntungan yang diperolehi syarikat pada tahun kewangan tersebut, tapi mereka sudah tetapkan ganjaran pada tahun 2006 lagi, sebelum tahun kewangan berakhir.

Begitulah perangai para pemimpin UMNO mengagihkan duit PKB. Walaupun Amanah Saham Kedah yang diuruskan oleh PKB sahamnya jatuh merudum sedak diniagakan, pelabur tanggung rugi tapi ahli lembaga pengarah tetap kenyang memanjang.

http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/04/amanah-saham-kedah-merudum-tapi-lembaga.html

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

TV3 Edit Rakaman Raja Petra

Posted: 26 Apr 2011 10:48 PM PDT

TV3 potong interbiu dengan saya: RPK

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa belaiu 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Selepas dua siri interviu dengan Raja Petra disiarkan dalam
buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya.

RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmen yang disiarkan pada 13 April.


"Ia adalah interviu (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?" soalnya dalam temuramah video Skype dengan Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas.

Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri forum anjuran Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM). Beliau adalah pengerusi MCLM dan gerakan itu mendakwa laporan itu telah diputarbelit.

Beliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana
interviunya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah.

"Mungkin TV3 patut diminta menyiarkan keseluruhan perenggan," katanya sambil menambah tanggungjawab itu terletak di bahu penyiar berkenaan untuk menjelaskan perkara tersebut.

Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah: Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan.  - mkini

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Oleh Kerana UUM Miskin, Kedah Timbang Bayar Cukai Tanah Secara Ansuran

Posted: 26 Apr 2011 09:46 PM PDT

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) menasihatkan pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak mengeluarkan kenyataan tidak tepat kepada media berhubung isu cukai tanah kampus itu.

Katanya, UUM perlu cermat dalam kenyataan mereka kerana kerajaan negeri Kedah sentiasa membuka ruang perbincangan dan bersedia menimbang untuk membenarkan universiti itu membayar cukai tanah secara ansuran.

"Sebaiknya janganlah pihak UUM membuat kenyataan yang tidak tepat kepada media," ujarnya kepada media di Wisma Darul Aman semalam.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Menurut beliau, pihaknya bersedia menimbang semula permohonan rebat cukai tanah daripada kampus itu sekiranya mereka berhasrat untuk membuat permohonan baru.

Tambahnya, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebat pada Jun 2009 namun selepas merujuk kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) permohonan itu terpaksa ditolak.

"Pihak UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincang dengan PTG dan dibawa masuk mesyuarat Exco permohnan itu tidak berjaya. Jika UUM bercadang buat permohonan semula, kita sedia timbang," katanya.

Beliau berkata, setiap tahun Kerajaan Negeri menerima RM31 juta bayaran cukai tanah daripada Kerajaan Persekutuan meliputi pebagai bangunan milik kerajaan pusat termasuklah UUM.

Menurutnya, keluasan tanah tapak UUM ialah 2,155.2 ekar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi.

"Rebat yang UUM dapat selama dua tahun 2006 hingga 2008 UUM hanya perlu membayar sebanyak RM100,000 setahun dan tindakan oleh kerajaan dahulu menyebabkan rakyat Kedah kerugian RM1.6 juta setahun namun Kerajaan Negeri akur kepada perjanjian.

"Hal ini adalah biasa kerana selama ini, menjadi tanggungjawab kita untuk membayar hutang-hutang yang dibuat oleh kerajaan terdahulu," katanya.

Beliau turut menasihatkan pihak UUM agar mematuhi perjanjian asal iaitu membayar nilai cukai RM1.7 juta kerana tempoh rebat telah berakhir.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Datuk Azdmi Din dan Pengarah PTG Datuk Muhamad Nor Raffie. - hrkh

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

YB 'Pundek'

Posted: 26 Apr 2011 08:05 PM PDT


Inilah rupanya ADUN yang mencarut di sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan pada 26 April 2011. Sudahlah negara kita telah dipornokan oleh trio yang masih bebas bersiar, kini negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional pula telah dibenarkan untuk mencarut sesuka hati.

Perkataan yang digunakan oleh ADUN Barisan Nasional ini adalah berbunyi "pundek" dan ianya bermaksud alat sulit wanita dalam bahasa tamil.


Baca berita penuh di sini

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Dedah Atau Tidak Sama Saja.. Pelakunya Tetap Anwar Ibrahim

Posted: 26 Apr 2011 06:08 PM PDT

VIDEO SEKS : POLIS AKAN DEDAH SI PELAKU SEKIRANYA PERLU – berita hairan

Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini hari ini.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Video: Kerajaan Negeri Kelantan bantu Peneroka Felda tuntut Hak Milik dan Geran Tanah

Posted: 26 Apr 2011 07:48 AM PDT




KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Parti Komponen BN Terus Hilang Keyakinan

Posted: 26 Apr 2011 07:11 AM PDT

Gerakan tak yakin langsung BN boleh dapat undi Cina semula

Meskipun Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat.

Sebaliknya Ahmad diberitahu jalan tunggal mendapatkan sokongan bukan Melayu, tidak kira daripada masyarakat Cina atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat.

Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
"Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.," katanya,

"Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak."

Dalam laporan Bernama semalam, Ahmad berkata Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar," katanya.

Baljit juga berkata kerajaan mesti serius menangani gejala rasuah dan kronisme jika ingin mendapatkan sokongan bukan Melayu semula.

"Lakukannya dalam semangat 1Malaysia sebenar... ia tidak harus semata-mata retorik atau kata-kata manis. Dalam hal rasuah, tangkap ikan yang besar dan bukan yang kecil sahaja."

Malaysiakini

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

PERKASA Terdesak Hingga Terpaksa Jual Nama Menteri Besar Kedah

Posted: 26 Apr 2011 06:31 AM PDT

ALOR SETAR – Rakyat Kedah digemparkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) menyatakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan hadir ke Perhimpunan PERKASA di Stadium Suka Menanti 30 April ini.

SMS itu adalah seperti berikut, "Perhimpunan Melayu Kedah…pada 30April 2011 jam 3.00 petang di Stadium Suka Menanti Alor Setar, datang beramai. Kita gabungkan tiga pemimpin besar Melayu di satu pentas, YBhg Tun Mahathir, YAB Ustaz Azizan, YB Ibrahim Ali. DEMI KEDAULATAN MELAYU."

Setiausaha akhbar YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Helmi Khalid berkata, hebahan itu adalah tidak benar sama sekali dan Menteri Besar langsung tidak terlibat dengan perhimpunan ini.


Hebahan ini secara tempiasnya juga untuk menjatuhkan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan dan sebagai propaganda pembangkang mengaitkan beliau dengan PERKASA.

"Ustaz Azizan tak akan hadir sama sekali untuk sertai perhimpunan itu dan ini adalah taktik pembangkang untuk kaitkan beliau dengan PERKASA.

"Diminta rakyat jangan percaya dengan propaganda ini," ujar beliau ketika dihubungi untuk mengulas isu ini.

Setiausaha politik YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor turut menafikan hebahan ini.

"Tajuk perhimpunan itu adalah Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara, jadi mereka guna nama Ustaz Azizan untuk tarik orang ramai datang, ataupun jika beliau tak hadir maka isu lain timbul seperti Ustaz Azizan tak sokong Melayu, kalau hadir pun ada isu juga," jelas beliau.

Ekspo Perdagangan Melayu PERKASA Kedah bertemakan Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara akan diadakan pada 29 April hingga 30 April di Stadium Suka Menanti dan ucaptama perhimpunan disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.- WartaKedah

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Lagi Cerita Syarikat E-Mail Bodoh

Posted: 26 Apr 2011 06:22 AM PDT

SYARIKAT E-MAIL BODOH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…INI SYARIKAT E-MAIL BODOH…. kah kah kah…

kah kah kah…EMAIL DARI SYARIKAT KAPIR YANG MAKAN BABI DIBERI PERCUMA…. kah kah kah..

kah kah kah…SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA ISLAM YG TUNGGANG TUNGGIT KENA BAYAR 50 SEN…. kah kah kah…

kah kah kah… SYARIKAT MELAYU ISALAM BUMIPUTERA INI DAH NAK BANGKRAP…. kah kah kah…

kah kah kah…MINTA PROJEK DARI KERAJAAAN…. kah kah kah..

n portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung


woit.. JANGAN LAH BUAT KERJA TIPU MELAYU…. kah kah kah…

woit… BUAT LAAA KERJA HALAL…. kah kah ka

kah kah kah… CARI ROTAN DALAM HUTAN PUN KERJA HALAL…. kah kah kah

kah kah kah…JUAL BAJU KEDAI BUNDLE PUN KERJA HAHAL….kah kah kah..

woit…. TAK PAYAH LAAA PERGI UMRAH SEDEKAH SEDEKIH BULAN PUASA… kah kah kah…

kah kah kah...TAK PAYAH LAA NAK BERI MAKAN ANAK YATIM...KERJA MENIPU... kah kah kah..

kah kah kah…LETIH DENGAN MELAYU PEMALAS LAGI PENIPU INI…. kah kah kah

woit… BILA CHINA MARAH KATA CHINA TAK PATRIOTIK…. kah kah kah..

kah kah kah…BILA CHINA MARAH KATA CHINA TAK BERSYUKUR…. kah kah kah..

kah kah kah…TAPI KERJA MENIPU…CARI KONTREK KERAJAAN…kah kah kah..

woit…CUKUP… HENTIKAN PROJEK TIPU MELAYU INI… kah kah kah

Dicilok dari Tukar Tiub

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Di Malaysia Peguam negara Lebih Berkuasa Dari PM

Posted: 26 Apr 2011 05:13 AM PDT

Kuasa Peguam Negara Lagi Besar Dari Perdana Menteri?

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.

Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.

Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara . Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.

Kindle 3G Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.

Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang, tidak kira jika pertuduhan itu menyimpang daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu.

Semalam Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abideen mengesahkan kuasa mutlak pendakwaan di tangan Gani apabila beliau berhujah pada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zainal mengaku dalam laporan polisnya, pengadu Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau DIPAKSA melakukan hubungan seks itu.

Namun, Peguam Negara menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwa Anwar atas tuduhan kononnya beliau dan Saiful melakukan seks luar tabii secara SUKARELA.

Yusuf memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Anwar di bawah apa juga undang-undang.

Malah, mengikut Yusuf, sekali pun Saiful "menukar" ceritanya, ia tidak menjejaskan pendakwaan selagi ada "bukti" untuk menyokong tuduhan itu.

Begitu besar kuasa yang ada pada Peguam Negara. Persoalan yang lojik yang akan ditanya oleh rakyat adalah apa jadi dengan laporan polis Saiful bahawa beliau dipaksa melakukan perbuatan itu?

Bagaimana fakta penting ini boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara…jika benar motif utama beliau adalah menegakkan kebenaran semata-mata, demi memberi keadilan kepada pengadu dan tertuduh.

Namun persoalan ini tidak akan dijawab, kerana Peguam Negara tidak bertanggung jawab kepada Parlimen.

Tidak ada ruang untuk rakyat atau wakil rakyat memperinchi hubungan Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri dan kaitannya dengan keputusan-keputusan pendakwaan yang dibuat.

Pada tahun 1994, Peguam Negara ketika Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil keputusan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik atas alasan "kurang bukti" beliau melakukan jenayah itu terhadap gadis berusia 15 tahun.

Sebaliknya yang didakwa adalah Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dipenjara 18 bulan kerana mendedahkan perlakuan Rahim.

Tan Sri Mohtar adalah juga Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk tidak mendakwa Rahim atas tuduhan rasuah RM40 juta, sekaligus menolak segala bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh Badan Pencegah Rasuah.

Jelas kuasa Peguam Negara adalah mutlak. Pejabat Peguam Negara menggunakan pertimbangan sendiri yang "rahsia dan agak istimewa" tetapi tidak menjanjikan ketelusan dan keadilan serta kesamarataan yang menjadi tonggak prinsip keadilan.

Rekod tiga Peguam Negara terakhir, Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar dan Gani tercemar kerana cara mereka menggunakan kuasa-kuasa mutlak yang diberikan kepada mereka.

Mereka dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang mahu menjayakan agenda sempit politiknya.

Contohnya peranan Abdul Talib dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984.

Dalam kes Anwar, Gani menjadi sasaran utama kerana dituduh membawa pendakwaan yang rapuh dalam fitnah liwat pertama pada tahun 1998 dan ulangannya pada masa sekarang.

Rasanya tidak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang untuk memperinchi rekod Gani. Dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim, pengawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Anwar bahawa Gani mereka-cipta bukti dalam kes Ketua Pembangkang adalah dalam pengetahuan umum.

Anehnya, dakwaan-dakwaan itu tidak pula mengundang sebarang pendakwaan daripada Gani, walaupun ia memberi tamparan hebat kepada kewibawaan pejabat Peguam Negara.

Pada tahun 1998, peguam kepada Datuk S.Nallakarupan, Manjeet Singh Dhillion mendedahkan Gani menuntut supaya Nalla merekacipta bukti terhadap Anwar kononnya Nalla membekalkan pelacur kepada Anwar.

Berikut petikan surat rasmi yang dihantar oleh Manjeet kepada Peguam Negara ketika itu Datuk Mohtar :

"That in exchange for a reduction of the present charge to one under the Arms Act he wanted Nallakaruppan to co-operate with them and to give information against Anwar Ibrahim, specifically on matters concerning several married women. Dato Gani kept changing the number of women and finally settled on five, three married and two unmarried. That he would expect Nallakaruppan to testify against Anwar in respect of these women."

Terjemahan: Bahawa sebagai syarat untuk mengurangkan tuduhan (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) kepada Akta Senjata Api beliau mahukan Nalla memberi keterangan terhadap Anwar, khususnya membabitkan beberapa wanita yang bersuami. Datuk Gani mengubah-ubah jumlah wanita yang harus dinyatakan oleh Nalla dan akhirnya mahukan Nalla memberi keterangan supaya Anwar mengadakan hubungan dengan lima wanita, tiga yang bersuami dan dua lagi belum kahwin.

Hanya Datuk Mohtar tahu kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana membuat tuduhan begitu serius terhadap Gani.

Hanya Gani tahu kenapa beliau sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Manjeet ketika itu, mahupun sekarang.

Mohtar sudah pun meninggal dunia namun Gani masih hidup dan malah mempunyai lebih kuasa sekarang untuk mempertahankan kewibawaan dan keluhuran kerusi Peguam Negara yang disandangnya.

Seseorang pengamal undang-undang, tidak kira sama ada pendakwaraya, peguambela atau hakim tidak boleh menghalalkan matlamat dengan apa cara pun.

Keadilan hanya boleh ditegakkan apabila pengamal undang-undang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak menjadi sebahagian daripada agenda politik mana-mana pihak.

Setiap tindakan yang diambil haruslah konsisten dan bebas daripada sebarang telunjuk pemerintah, jika tidak keluhuruan sistem undang-undang itu pasti tercalar dan ternoda sehingga sukar disucikan semula.

Apa yang jelas ialah pejabat Peguam Negara kini disifatkan sebagai cabang pemerintah yang begitu berkuasa dan kebal daripada perincian rakyat. Tindak-tanduk Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat mahupun Parlimen.

Keruntuhan badan kehakiman mana-mana negara berakar umbi daripada keputusan-keputusan pendakwaan oleh Peguam Negara yang dicemari dengan pertimbangan politik kerajaan memerintah. Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.

Begitu juga keluhuran sistem keadilan akan sentiasa terpelihara jika Peguam Negara melihat diri beliau sebagai penjawat awam (public servant) dan bukannya kakitangan kerajaan dengan maksud yang sempit. - tvs

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Kisah Keajaiban Sperma Dalam Lubang Jubur Saiful Bukhari

Posted: 26 Apr 2011 01:59 AM PDT

Isu Sperma Hanya Mainan Umno, Kata Anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tetap mempertahankan pendiriannya berhubung jangka hayat sperma yang didakwa ditemui di bahagian dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, fakta saintifik membuktikan bahawa spesimen yang didakwa sperma itu tidak dapat hidup lebih daripada 72 jam walaupun disimpan di dalam peti sejuk.

Namun begitu pendakwaraya mengenepikan fakta tersebut dalam mahkamah agar hakim memberi tumpuan kepada tuduhan perlakuan liwat yang dianggap tidak wujud sama sekali.

"Sementara ini nampaknya pendakwa menjadi alat politik Umno. Memainkan isu sperma (air mani) walaupun keterangan dalam mahkamah terbukti yang dikatakan mani itu, 96 jam tidak berada dalam peti sejuk dan dalam mana-mana dokumen sains tidak boleh bertahan. Tapi semua itu dipadamkan supaya jadi isu politik murahan," jelas Anwar

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Bercakap kepada pemberita selepas selesai menghadiri sesi penghujahan kes fitnah kedua hari ini, Anwar menjelaskan sperma yang ditemui pada Saiful 26 Jun 2008 hanya diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia empat hari kemudian iaitu pada 30 Jun tahun yang sama.

Justeru beliau menyifatkan tindakan mengaitkan dirinya dengan "Lelaki Y" seperti yang diberitahu pendakwa semalam merupakan cara untuk Perdana Menteri Najib Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN) mempertahankan kedudukan mereka.

Anwar seterusnya mengingatkan agar Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah tidak tunduk kepada tekanan politik sekaligus mampu mengabaikan fakta dan undang-undang semata-mata untuk menamatkan karier politik beliau.

"Tapi perkara ini diketepikan sama sekali dan saya harap ianya tidak diketepikan oleh undang-undang dan fakta oleh hakim. Namun setakat yang saya faham Umno hanya boleh bertahan dengan menggunakan media mereka untuk memburukkan tanpa mengambil kira etika, moraliti, fakta atau undang-undang," katanya lagi.

Hakim Zabidin menetapkan 16 Mei sebagai tarikh penentuan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela diri atau membebaskan beliau daripada tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.

Ketua Pembangkang itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam Karpal Singh dalam hujahnya semalam berkata pendakwaraya gagal membuktikan wujudnya kes terhadap Anwar memandangkan terdapat banyak keraguan yang ditimbulkan berdasarkan keterangan saksi dan bahan bukti.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Tiada ulasan: