Selasa, 26 April 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Syeikh Sudais Terkeluar Dari AhliSunnahWaljamaah Dan Tak Ada Permit

Posted: 26 Apr 2011 07:47 PM PDT

Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,
Mesti anda terkejut baca tajuk diatas,saya juga terkejut bila baca kenyataan dari seorang pegawai kanan JAKIM.
Keliru dan mengelirukan,kenyataan ini kalau keluar dari seorang ustaz biasa saya tak terkejut tapi kalau betullah ucapan Ustaz Zamihan seperti dilaporkan oleh malaysianinsider.com,ianya sesuatu yang amat malang.

Dibawah adalah laporan dari malaysianinsider
Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syakipegawai Jakim
KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan."
Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar "Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah" bertemakan "Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai."

Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.

"Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

"Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima," kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada "membangkitkan" nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.

"Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.

"Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah," katanya.

Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah.

"Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.

"Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.

"Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam," katanya.

Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.

"Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

"Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar," katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.

Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.

Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.

"Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan.

Khutbah beliau bertajuk "Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa" diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul. [themalaysianinsider.com]

-ijoks2009-
Saya berharap laporan malaysianinsider ini tidak tepat ,jika betul seperti apa yang dilaporkan
malang bagi ummat islam di Malaysia kerana JAKIM mempunyai seorang pegawai kanan yang merasakan dirinya serba betul dan tidak boleh menerima pandangan yang berbeza dari dia.
Adakah dia mengira ilmunya lebih tinggi dari Sayaikh Sudais sehingga dengan biadap mengkritik seorang ulama' yang dihormati seluruh dunia Islam itu yang juga tetamu negara.

Semasa saya belajar kat sekolah dulu,ustaz saya cakap,fahaman yang terkeluar dari ahlisunnah waljamaah,ertinya fahaman sesat dan membawa keneraka .Adakah bermakna Ustaz JAKIM ni nak kataSyeih Sudais juga sesat.Adakah orang yang selama ini bersolat diMekah berimamkan Syaikh Sudais tidak sah solatnya.Kenyataan begini  boleh memporakperandakan ummah bukannya menyatukan ummah.


Cari N3 lama-lama disini

Menjawab Tuduhan Musuh

Posted: 26 Apr 2011 12:07 AM PDT

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai golongan ateis yang berani menghina Islam dengan mengeluarkan hujjah-hujjah kononnya Islam adalah agama khayalan dan tidak saintifik.Kita boleh membaca tulisan mereka melalui pelbagai blog dan laman web yang di kelolakan oleh meeka.

Antaranya mereka menafikan akan adanya hari akhirat.Hujah mereka bagaimana manusia akan dihidupkan kembali dan diciptakan kembali mengikut bentuk asal tubuh badan mereka apabila jasad telah hancur beribu-ribu tahun.
Jika kita memberikan dalil Al-Qur'an dan hadis tentu saja mereka menolaknya.
Untuk menjawab tuduhan mereka,kita juga harus menggunakan dalil akli atau secara saintifik.

Alhamdulillah Rupa-rupanya Rasulullah s.a.w sudah memberikan kita jawapan lebih 1400 tahun dahulu lagi.

Sebagaimana kita tahu ,zaman sekarang sudah ada teknologi klon,jika kita ada mempunyai simpanan DNA bagi sesuatu spesis binatang, tidak mustahil dengan teknologi yang ada kita boleh memgklonkan binatang tersebut walaupun binatang tersebut sudah lama pupus
dan Saintis pada hari ini sudah beberapa kali melakukan percubaan mengklon binatang bahkan ada yang lebih biadap telah melakukan ujikaji mengklon manusia.

Salah satu cara yang dilakukan saintis pada hari ini untuk mengelakkan binatang liar dari ancaman kepupusan ialah dengan menyimpan DNA binatang tersebut.

Jika manusia boleh buat,kenapa Tuhan yang menciptakan seluruh Alam ini tak boleh buat.

Mari kita renungkan hadis Rasulullah s.a.w ini.

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,

"Jarak antara tiupan sangkakala empat puluh." Mereka bertanya, "Wahai Abu Hurairah, (apakah) empat puluh hari?" Dia menjawab, "Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui)." Mereka bertanya, "(Apakah) empat puluh bulan?" Dia menjawab, "Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui)." Mereka bertanya, "(Apakah) empat puluh tahun?" Dia menjawab, "Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui)." Kemudian Allah menurukan hujan dari langit, maka mereka tumbuh sebagaimana tumbuhnya tanaman hijau. Tidak ada sesuatu pun dari tubuh manusia melainkan pasti hancur, kecuali satu tulang, yaitu "ajbu adz adz-dzanab". Dari ajbu dzanab ini manusia diciptakan kembali pada Hari Kiamat." (HR, Bukhari Muslim)

Menurut para ulamak,Ajbu Dzanab adalah tulang halus yang terletak pada ujung punggung.

النَّفْخَتُيْنِ (dua tiupan) adalah hari ditiupnya sangkakala. Pertama kali ditiup, semua makhluk di langit dan bumi mati. Kemudian Allah menurunkan hujan dari langit, maka manusia pun ditumbuhkan. Kemudian ditiup sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (perhitungan amal masing-masing)

Beberapa Saintis Jepun telah mengakui bahawa tulang hujung punggung (ajbu dzanab)adalah tulang yg paling keras, Tulang ini tidak akan hancur walau dilakukan apa sahaja,sama ada menggunakan asid yang kuat atau dihentam dengan benda keras, dibakar dengan api bersuhu tinggi, ataupun dengan terkena sinaran radioaktif sekalipun.

Dengan keadaannya yang begitu DNA manusia akan dapat tersimpan dengan kukuh disitu.
Dalil itu kita boleh gunakan untuk menjawab tuduhan golongan ateis ini yang kononnya Islam tidak saintifik.

Bagaimana seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah ini,yang hidup dizaman teknologi belum berkembang beribu-ribu tahun lampau boleh memberikan fakta-fakta yang terbukti secara saintifik .

-ijoks2009-
Yang pastinya ialah manusia bernama Muhammad bin abdullah ini benar-benar seorang Rasul yang memperolehi maklumat ini dari Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam.
Walaupun begitu kita sebagai orang Islam menyakini bahawa Allah mampu menciptakan sesuatu tanpa sebab hanya berkata "jadi" maka jadilah ia.

Allah sengaja jadikan sebab atas segala perkara untuk menguji manusia samaada nak percaya kepada sebab atau kepada kuasa Allah.

Allahuakbar..

Tiada ulasan: