Khamis, 21 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pelacur cina dalam video seks, rupanya pelajar kolej swasta!

Posted: 20 Apr 2011 11:18 PM PDT

Akhirnya pembohongan Datuk T (Sebut datuk tipu) terbongkar. Sebelum ni Datuk T kata dia ada di dalam video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim yang kononnya dirakam di sebuah hotel di ibu negara. Tapi hari ini pelacur di dalam video itu mengesahkan bahawa Datuk T memang sah Datuk Tipu, kerana video itu sebenarnya dirakamkan di sebuah kondominium di pinggir bandar [MyMetro]

Wanita tu juga adalah seorang pelajar kolej swasta di ibu negara berusia 26 tahun yang juga seorang warga cina.



Kita tunggu cerita seterusnya, kita tengok apa lagi Datuk T nak pusing. Kita nak dengar apa dia nak jawab? Macam mana dia yang mengaku ada dalam video tapi tak tahu lokasi video itu dirakam di mana? Macam mana kondominium boleh jadi hotel? Kah kah kah bodoh, bodoh, bodoh...

RentaP© "bangang, bangang, bangang!"

Menteri salah guna kuasa ketepikan hasil siasatan SKM

Posted: 20 Apr 2011 10:07 PM PDT

Akhirnya semua dokumen yang berkaitan untuk membuktikan salah guna kuasa seorang menteri telah selamat berada di dalam simpanan gua. Siapa-siapa nak selamat dari siasatan nak selamat dari hukuman, mudah sahaja LU PERLU JADI PEMIMPIN UMNO!


Gua nak tengok apa sambungan cerita menteri ini. Kalau lu ingat lu menteri lu boleh tutup mana-mana salah laku bekas ADUN UMNO, Lu silap beb. Maklumat dan bukti sudah berada dalam tangan gua. Buat masa ni gua tak mahu sebut lu punya nama. Tapi kalau lu nak terus tutup kes siasatan ni, lu silap besar. Jangan sampai anak lu keluarga lu malu bhai.

Think twice, kuasa dan pangkat hanya sementara di dunia. Jangan salah gunakan kuasa lu sebagai menteri, nanti lu jatuh lu tak boleh bangun, silap hari bulan lu masuk penjara lu lagi susah. Fullstop!

RentaP© "Hati-hati melangkah, hati-hati bertindak, Allah nampak..."

Video seks Anwar Ibrahim dan Mat Sabu 1999

Posted: 20 Apr 2011 04:46 PM PDT



KUALA LUMPUR, 21 April — Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh "Datuk T" bulan lalu.

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

"Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

"Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka," katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

Pengedaran pertama itu berlaku lebih setahun selepas Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

Semalam, Ismail berkata, polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin Pakatan Rakyat kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam, Ketua Polis Negara berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

"Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.

"... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan," kata beliau.

Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

Dalam surat terbukanya, Zain menambah, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan video seks pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga, yang diedarkan pada 1999.

Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu", yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes Anwar akhir 1990-an berkata, beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

"Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

"Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar," katanya lagi.

Zain juga berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti "sumber" video seks pertama 1999 tetapi gagal untuk mengenal pasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum.

"Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10.

"Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan video seks berkenaan," katanya lagi dalam surat kepada Ismail bertarikh 18 April ini.

Beliau beberapa kali menghantar surat terbuka berkaitan kes Anwar sebelum ini.

Beliau menambah, memandangkan kumpulan yang menggelar diri mereka "Datuk T" — terdiri daripada Rahim, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggungjawab di atas penemuan dan penayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.

"Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

"Terdapat 'nexus' antara kedua video seks ini," kata beliau lagi.


ReJaM© "Baru tau ada juga video seks 1999"

Jom buat duit dengan ChurpChurp!

Posted: 20 Apr 2011 04:07 PM PDT

Sebelum ni ReJaM© ada siarkan artikel tentang cara buat duit dengan ChurpChurp dalam entry-entry yang lalu, untuk membaca entry yang lepas-lepas, klik sini [Buat Duit].

Tadi ada salah seorang pembaca menghantar email bertanya tentang ChurpChurp, sebab ReJaM© pernah berjanji nak siarkan perkembangan pendapatan yang telah ReJaM© perolehi melalui ChurpChurp ni.

Sebenarnya ReJaM© pun dah lupa dah dengan janji tu, apa pun terima kasih kepada pembaca yang mengingatkan. Baiklah, setakat ni ReJaM© pernah di "ban" oleh ChurpChurp kerana melanggar syarat. Tapi ban sebulan je, sekarang dah ok balik. Pendapatan ReJaM© setakat ni, yang dah "cash out" tak banyak mana baru RM856 (sebenarnya RM857 tapi tolak RM1 untuk pengurusan). Kat bawah ni ReJaM© siarkan screenshot duit yang ReJaM© dan "cash out".



Kalau tak kena ban sebulan, tentu dah jadi lagi banyak, apa pun terima kasih juga diucapkan kepada ChurpChurp sebab sudi bagi duit. Jadi korang janganlah langgar undang-undang churpchurp, nanti kena ban macam ReJaM© rugi he he he...

Duit ChurpChurp yang baru ReJaM© terima pulak (yang belum cash out) pun tak banyak mana baru ada RM436.50. Di bawah ni screenshot pendapatan yang ReJaM© maksudkan.



Setakat ini duit yang ReJaM© dah cash out kan tu belum dapat lagi, sebab dia akan ambil masa selama 30 hari bermula awal bulan. Jadi nanti kalau check ChurpChurp dah sampai rumah (dijangka hujung bulan 4), ReJaM© akan kongsikan kat sini (tolong ingatkan kalau ReJaM© lupa).

Kalau korang berminat nak buat duit sampingan dengan ChurpChurp ni bolehlah daftar. Tak banyak mana dapat, tapi setakat student nak bayar duit broadband, sewa rumah dan bil lektrik tu memang lepas sangatlah. Jangan risau, ChurpChurp ni tak tipu, memang dia betul-betul bayar macam nuffnang juga.

Bagi yang belum daftar tu klik sini [ChurpChurp] lepas daftar korang boleh check dan explore dalam website tu. Macam-macam ada. Kalau ada apa-apa tak paham, nak tips and trick hantar email kat ReJaM©. Mana yang ReJaM© boleh bantu, ReJaM© akan bantu insya Allah. sebelum ni pun ramai gak yang bertanya, dan ReJaM© ada jawab mana yang mampu.

ReJaM© "Kalau ada lagi cara buat duit tanpa modal macam ni, ReJaM© akan kongsi insya Allah..."



Update: Kepada pembaca-pembaca yang bertanya tentang ChurpChurp ni, sila semak email anda (semak spam box juga) saya dah jawab soalan-soalan anda semua.

Terbongkar! Email 1 Malaysia untuk selamatkan adik Najib!

Posted: 20 Apr 2011 09:43 AM PDT

Gua dah agak dah dari awal, bro ReJaM dalam entry sebelum ni [email 1 Malaysia] pun dah mempersoalkan mengapa Najib bersetuju untuk buat projek bodoh email 1 Malaysia, sedangkan berlambak-lambak email percuma boleh digunakan di internet? Yahoo, Gmail, Hotmail dan sebagainya memberikan perkhidmatan email percuma berpuluh tahun. Apa perlunya email 1 malaysia?

Projek email WauMail sebelum ni pun dah terang-terang gagal dan mengalami kerugian. Tapi Najib seperti diperbodohkan oleh orang tertentu apabila bersetuju untuk membenarkan syarikat Tricubis Berhad melaksanakan projek email 1 Malaysia yang menelan belanja sehingga RM50 Juta dengan alasan tidak guna dana awam.

Kalau betul pun projek email 1 Malaysia ini tidak guna dana awam, ini projek membazir bhai. Mana ada company gila sanggup keluar RM50 Juta untuk buat amal menyediakan sistem email untuk Malaysia, sedangkan company sendiri dah nak bangkrap.

Rupa-rupanya, najib tak bodoh, najib tak gila. Najib sendri sedar bahawa projek email 1 Malaysia ini adalah projek membazir dan bangang. Tapi apa kan daya, Najib terpaksa luluskan projek ini untuk menjadi seorang abang yang baik kepada adiknya Nazir Tun Razak [MerdekaReview].



Lu orang tak payah kalut-kalut, tak payah marah-marah, lu orang sendiri yang pilih mamat bibir merah ni perintah Malaysia, jadi lu orang kena terima nasib bahawa Mamat bibir merah ni akan buat Malaysia ni macam bapak dia punya negara. Duit Rakyat Malaysia adalah duit Najib dan anak beranak dia. RM50 Juta celah gigi je bhai.

Kalau lu orang biasa tengok filem tamil, biasanya ahli politik bangsat akan buat-buat baik depan rakyat, konon nak tolong rakyat, konon rakyat didahulukan, tapi dalam diam-diam curi duit rakyat untuk kayakan keluarga dia. Rakyat didungukan, anak beranak diutamakan!

Baru tak sampai tiga tahun jadi PM atas peralihan kuasa, ini Mat Monggol sudah tunjuk belang terang-terangan. Lu orang pencacai gerombolan songkok tinggi teruskan sokong pemimpin bangsat ni! Gua tak heran, lu tunggu rakyat bangkit buat Pilihan Jalanraya!

RentaP© "Relakanlah duit rakyat sudah jadi duit keluarga Najib"

Sah lagi sahih, Shahrizat Jalil sokong Gay!

Posted: 20 Apr 2011 07:23 AM PDT

Gua dah taktau nak kata apa dengan segelintir menteri-menteri kat Malaysia ni. Tak boleh tidak gua terpaksa kata mereka ni bangang lagi membangangkan. Gua dah tak mampu nak cakap elok dengan menteri bebal macam ni. Di bawah ni gua lampirkan prinscreen yang dipetik dari portal berita antarabangsa BBC [BBC].


Lu orang boleh fikir sendiri, bukan ke elok kanak-kanak atau remaja yang ada kecenderungan untuk menjadi Gay dididik dan diasuh supaya meninggalkan kecenderungan itu? "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Tapi ada sorang menteri pembawa virus bebalisme ni membantah pula tindakan untuk membentuk remaja agar meninggalkan naluri gay.

Gua malas nak cakap banyak, lu orang ada akal lu orang boleh fikir sendiri. Mungkin Shahrizat jalil suka kalau Malaysia dipenuhi dengan golongan kaum nabi Luth yang suka kepada kaum sejenis. Jangan hairan kalau satu hari nanti, undang-undang Malaysia membolehkan perkahwinan antara jantina sejenis. Bangsat!

RentaP© "Menteri yang bebal lagi membebalkan..."

Projek email 1 Malaysia tidak guna dana awam?

Posted: 20 Apr 2011 06:27 AM PDT

Projek email 1 Malaysia yang melibatkan kos sehingga RM 50 juta, mendapat tentangan hebat rakyat Malaysia sejak ia diumumkan semalam. Gua tengok, rata-rata rakyat di internet membantah projek bodoh ni. Punyalah banyak email percuma di internet, tapi kerajaan masih lagi nak membazir sampai RM50 Juta untuk buat perkhidmatan email.

Untuk maklumat lu orang semua, projek e-mel 1 Malaysia ni bukan produk perkhidmatan e-mel percuma yang pertama di Malaysia.WauMail secara rasmi telah dilancarkan pada 12 Julai 1999 dan diperoleh dalam empat bahasa Bahasa Malaysia, Inggeria, Mandarin dan Tamil.

WauMail, projek kerjasama Technology Park Malaysia dan Intelliweb Sdn Bhd telah digodam pada 2001 ketika ia mempunyai 600,000 pengguna.Kemudian pada 2002 ia bertukar menjadi perkhidmatan e-mel berbayar pada 2002 dan sudah tidak lagi wujud sebagai perkhidmatan e-mel [Msian Insider]. Tapi kerajaan masih lagi nak buat perkhidmatan serupa untuk apa? Kerana itulah rakyat marah.

Akibat kritikan hebat dari ribuan pengguna internet, Perdana Menteri najib telah mengistiharkan di tweeter beliau bahawa tiada duit rakyat yang digunakan dalam projek bodoh ini [TweeterNajib].



Kalau betul tiada duit rakyat yang digunakan, gua tak ada masaalah dan bantahan dengan email 1 Malaysia ni. Lantaklah dia nak buat apa asalkan jangan ganggu hidup gua. Tapi hasil semakan gua di internet, company Tricubes berhad yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek email 1 Malaysia ni adalah company bermasaalah, company yang dah nak terlungkup.

Company ini disenaraikan di dalam list GN3 companies, di dalam website Bursa Saham Malaysia [Bursamalaysia].



A company designated as an Affected Listed Company because its poor or adverse financial condition and level of operations fall into the criteria described in Bursa Malaysia's Guidance Note 3.[GN3 Definition]

Apa kejadahnya Najib bagi projek RM50 juta kepada company yang dah nak terlungkup kerana masaalah kewangan? Betul ke tak ada dana rakyat yang terlibat? Jadi company bermasaalah ni nak dapat duit dari mana? Apa ke bangang company ni? Dah nak terlungkup masih lagi nak buat projek amal untuk Malaysia? Kah kah kah...


RentaP© "Rakyat Didungukan, Pencapaian kroni diutamakan"

Tiada ulasan: