Kelab Greenboc |
- Bomoh? Dah Memang Kerja UMNO Dari Dulu
- Tingkatkan Kesedaran Tentang Bahaya Radiasi Terhadap Kesihatan Manusia
- PRN Sarawak: Anak Bekas MP BN Pertikai Isu Hospital Sri Aman
- Sisa Tsunami Jepun Terapung Di Lautan Pasifik
- Bangunan Bertingkat-tingkat SPRM Tidak Lagi Selamat?
- Kastam Mahu PM Jelaskan Kenyataannya Terhadap Sarbani
- Tangkap Juga Dalang Telur Tiruan Di Faraj Pelacur Itu
- Kastam Beri Amaran Kepada SPRM: Jangan Pukul Atau Jentik Pegawai Kami
- Najib Dikecam Kerana Tidak Serius Dengan Kematian Sarbani
- Video Seks Sebagai Bahan Bukti - Mufti Perlis Bantah
- Kes Kematian Sarbani: Polis Beri Alasan Serupa Teoh, Mangsa Jatuh Bangunan
- Nazri Sudah Akui Pakatan Rakyat Bakal Ganti BN Perintah Negara
Bomoh? Dah Memang Kerja UMNO Dari Dulu Posted: 09 Apr 2011 01:00 AM PDT Salleh dakwa KM S'wak dikelilingi bomoh Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'. "Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya. "Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah. "Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional," kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini. Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN. "Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita," dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib. Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya. "Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya," katanya. -mk Ulasan GB Sesetengah pemimpin UMNO diketahui memang menggunakan perkhidmatan bomoh. Malah ada yang teah berbunuhan dan terbunuh lantarannya. Kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris disifatkan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara dan memeranjatkan ramai pihak. Penemuan mayat Mazlan yang dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di dalam sebuah lubang sebelum disimen membawa kepada penahanan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin. Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang selepas mengadakan pertemuan dengan pasangan bomoh untuk melakukan proses mandi bunga kira-kira jam 10 malam. Sewaktu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, beliau menemui kerts manderam terlekat di bawah mejanya. Sehingga kini belum diketahui siapa melakukannya tetapi dipercayai ia hasil kerja isteri kepada orang yang ingin Pak Lah cepat berundur sebagai PM supaya suaminya dapat menjadi PM ketika itu. Setakat mana kebenarannya, hanya Allah Yang Maha Tahu. Perkhidmatan bomoh amat laris apabila tiba musim pemilihan parti UMNO dan pilihanraya. Bagi mereka, kerja syirik itu berbaloi jika tujuan mereka tercapai sedangkan Allah mengizinkan perlakuan mereka untuk menjadi mereka bertambah sesat sebelum dihantar ke neraka jahanam yang kekal abadi. |
Tingkatkan Kesedaran Tentang Bahaya Radiasi Terhadap Kesihatan Manusia Posted: 09 Apr 2011 12:15 AM PDT Kebocoran radiasi daripada loji nuklear Fukushimi Dai-ichi telah menimbulkan keprihatinan dunia mengenai kesannya ke atas kesihatan manusia. Buat masa ini, sekitar 70,000 penduduk yang menetap dalam lingkungan 20 kilometer zon bencana telah diarahkan berpindah. Pakar berpendapat tindakan pantas ini akan mengurangkan risiko pencemaran ke atas kesihatan manusia. Kebimbangan turut tertumpu kepada kesan radiasi ke atas para pekerja loji yang terpaksa bertugas untuk menangani masalah kebocoran nuklear di prasarana itu. Bekalan makanan dan air dari wilayah itu juga dikhuatiri akan tercemar. Penjelasan berikut akan memberi gambaran lebih jelas mengenai risiko kebocoran radiasi di loji Fukushima itu. Apa kesan segera ke atas kesihatan jika seseorang terdedah kepada radiasi? Pendedahan sederhana kepada radiasi boleh menyebabkan seseorang itu menunjukkan beberapa sintom seperti rasa mual dan muntah-muntah selang beberapa jam. Ini diikuti dengan cirit-birit, sakit kepala dan demam. Jika berlaku pendedahan kepada kadar yang tinggi, organ dalaman seseorang itu boleh rosak. Ia juga boleh membawa kepada kematian. Pendedahan kepada radiasi juga boleh menyebabkan sakit barah. Pendedahan kepada radiasi dinilai dengan ukuran 'millisievert'. Pendedahan kepada 1 millisievert radiasi boleh meningkatkan risiko barah sebanyak 5 peratus. Leukemia merupakan barah paling sering dikaitkan dengan pendedahan kepada radiasi. Barah itu boleh dikesan beberapa tahun selepas pendedahan kepada radiasi. Barah lain yang mungkin boleh berlaku, tetapi hanya akan dikesan selepas sekurang-kurangnya sedekad ialah barah paru-paru, kulit, tiroid, buah dada dan perut. Adakah kanak-kanak lebih terdedah kepada pencemaran radiasi? Ya. Menyusuli pencemaran radiasi di reaktor nuklear Chernobyl di Ukraine pada 1986, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan peningkatan kes barah tiroid di kalangan kanak-kanak di kawasan itu. Apa risiko yang dibentangkan oleh loji nuklear Fukushima? Pihak berkuasa Jepun mencatatkan kadar radiasi sehingga 400 millisievert sejam di loji nuklear. Seorang pakar di Universiti Manchester, Professor Richard Wakeford, berkata pendedahan radiasi pada kadar 400 millisievert tidak akan menyebabkan sebarang penyakit segera. Untuk jatuh sakit, kadar radiasi perlu meningkat dua kali ganda. Bagaimanapun, kadar sekarang boleh mengurangkan penghasilan sel darah merah dalam sum sum tulang. Ia mampu meningkatkan risiko barah antara 2 dengan 4 peratus. Kadar radiasi pada 400 millisievert sama dengan kadar yang dikeluarkan jika seseorang itu menjalani antara 50 dengan 100 imbasan CT. Profesor Wakeford menegaskan hanya pekerja yang berada di loji nuklear sekarang yang terdedah kepada risiko pencemaran serupa itu. Apa bahan radioaktif yang dilepaskan di sekitaran? Para pakar prihatin dengan dua bahan radioaktif yang mudah mencemarkan tanah dan rangkaian makanan. Iodin beradioaktif - iodin 131 - mudah diserap oleh tiroid iaitu kelenjar yang mengawal penghasilan sel. Ini boleh meningkatkan risiko barah tiroid. Bagi mengatasi risiko ini, kanak-kanak terutamanya - boleh diberikan pil mengandungi iodin stabil, yang boleh menghalang iodin beradioaktif diserap oleh tubuh. Iodin beradioaktif boleh lupus dengan cepat dan akan hilang daripada sekitaran dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Para penduduk Jepun dilaporkan sudah pun mengambil banyak makanan yang mengandungi iodin dan ini akan dapat membantu. Satu lagi bahan radioaktif ialah caesium 137. Jika ia dibebaskan ke sekitaran, risiko akan kekal selama beberapa tahun. Caesium 137 mudah meresap ke tisu, otot dan tulang. Ini akan menyebabkan barah. Ada bukti makanan telah tercemar? Ya. Kementerian Kesihatan Jepun telah menggesa para penduduk yang tinggal berdekatan dengan loji agar berhenti minum air paip, selepas sampel yang diambil menunjukkan kadar iodin beradioaktif tiga kali lebih tinggi daripada normal. Iodin beradioaktif juga dijumpai dalam bekalan air di Tokyo. Kadarnya dua kali lebih tinggi daripada yang dianggap selamat untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Kadar radiasi yang lebih tinggi juga dikesan pada sampel susu dan bayam. Bagaimanapun, kadar radiasi ini tidak membentangkan ancaman kepada kesihatan orang awam. Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Encik Yukio Edano, berkata kadar radiasi yang dikesan dalam bayam, yang jika dimakan setiap hari selama setahun, sama dengan radiasi yang dikeluarkan dalam satu imbasan CT. Bagaimana pula dengan pencemaran laut? Kadar iodin beradioaktif 131, yang di kesan di air laut berhampiran loji nuklear telah mencapai 3,355 kali lebih tinggi daripada kadar selamat. Pegawai Jepun mengaku kadar itu membimbangkan tetapi berkata ia tidak membentangkan ancaman segera ke atas kesihatan orang awam. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika ikan-ikan berdekatan kawasan itu tidak dimakan. Iodin beradioaktif itu bagaimanpun dapat dilupuskan oleh arus laut dalam tempoh tiga bulan. Adakah bencana di loji Fukushima serupa dengan bencana di Chernobyl? Profesor Gerry Thomas, yang mengkaji bencana Chernobyl, berkata: 'Bencana ini tidak mungkin serupa dengan Chernobyl. Di Chernobyl, berlaku letupan wap, yang telah menyebabkan teras reaktor terdedah. Ini bermakna banyak radiasi yang dilepaskan di atmosfera.' Walaupun bencana Chernobyl telah menyebabkan meningkatnya kes barah tiroid, hanya mereka yang tinggal di bandar Ukraine, Belarus dan Russia, yang paling dekat dengan tapak loji tenaga Chernobyl, yang terjejas. Mereka pula berusia muda ketika itu. Bagaimana jika keadaan semakin buruk di loji Fukushima? Jika berlaku satu lagi kebakaran di loji itu dan diburukkan lagi dengan tiupan angin kuat, pakar berkata bahan radioaktif mungkin boleh sampai ke Tokyo, yang terletak 241 kilometer daripada tapak loji. Dalam keadaan itu pun, kadar radiasi adalah rendah dan dapat ditangani dengan langkah mudah, seperti duduk di rumah dengan semua tingkap ditutup. Walaupun salah satu reaktor Fukushima meletup, bahan radioaktif akan dilepaskan sejauh 500 meter ke udara. Jika ini berlaku, pencemaran akan terhad dalam lingkungan antara 20 kilometer dengan 30 kilometer daripada tapak loji. -- Agensi. |
PRN Sarawak: Anak Bekas MP BN Pertikai Isu Hospital Sri Aman Posted: 08 Apr 2011 10:16 PM PDT Sri Aman – Barisan Nasional tidak patut memperbodohkan orang Sri Aman dengan janji pilihanraya sekali lagi tetapi seharusnya mula melaksanakan pembinaan hospital umum dalam jangka masa 10 hari, kata Leon J. Donald, calon DAP untuk Simanggang. Kata Donald, "Orang Sri Aman sudah muak dan jemu dengan janji-janji kosong Kerajaan Persekutuan dan Negeri sejak 15 tahun yang lalu". "Kita menuntut komitmen yang jelas dan tegas dari kerajaan BN untuk mengotai janji-janjinya, yang selama ini adalah bohong". Yang terkini, dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Kesihatan Malaysia memberi janji baru. Semalam Liow dilaporkan mengumumkan bahawa projek hospital umum Sri Aman tetap dibina tetapi akan dibawa ke dalam Rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta. Tanya Donald, "Siapa akan makan janji BN kali ini? Selepas tahun 2013? Mengapa bukan sekarang? "Pada November 2010, Datuk Seri Wong Soon Koh selaku Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam kerajaan negeri Sarawak menjanjikan peruntukkan sebanyak RM228 juta untuk meningkatkan taraf kesihatan Divisyen Sri Aman. Di manakan "upgrade" nya? Kata Donald lagi, "Orang Sri Aman telah banyak mendengar peredaan projek sejak Rancangan Malaysia ke-9, dan langsung tidak bertindak atas perkara tersebut". Donald berkata, "Calon BN Datuk Francis Harden yang bertanding untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Simanggang penggal ke-4 gagal menunaikan tanggunjawabnya sebagai Ahli Dewan Negeri untuk rakyat Sri Aman" Katanya lagi, "Sebagai calon DAP yang mewakili kepentingan dan aspirasi Sri Aman, saya desak kerajaan mula membina hospital itu sekarang kerana ini ialah hak asasi setiap penduduk di Sri Aman". Hospital Sri Aman di bina pada tahun 1950-an. Keadaan dan kemudahan sama sekali sejak masa British. Selama beberapa dekad penduduk tempatan mengadu bahawa hospital ini tidak dapat memberi perkhidmatan asas kedapa populasi Sri Aman yang sebanyak 26,000. "Apa yang lebih menyakitkan ialah Sri Aman yang sebelum ini diklasifikasi dalam Divisyen Kedua Sarawak dan sepatutnya diberi kemudahan kesihatan yang lebih moden, kata Donald". Katanya lagi, "Akan tetapi orang disini dipermalukan oleh kerajaan negeri Taib Mahmud yang sombong, telah mempingirkan orang Sri Aman, terutamanya golongan warga emas yang memerlukan perkhidmatan kesihatan dalam situasi kecemasan". "Di Sri Aman baru-baru ini terdapat wabak dan suspek menjangkiti penyakit ini tidak dapat di beri rawatan sepatutnya kerana kekurangan katil. Tambahan lagi, hospital ini tidak mempunyai doktor pakar, pesakit Sri Aman terpaksa melalui perrjalanan sejauh 200km ke Kuching untuk mendapatan rawwatan pakar. Donald berkata, "Ini tidak dapat diterima khususnya dalam situasi kecemasan" kata Donald. "Banyak orang Sri Aman telah meninggal disebabkan kurangnya infrastruktur kesihatan yang dipinggirkan oleh BN dan kerajaan Taib". Hospital Sri Aman yang dibina 40 tahun lalu adalah satu lagi contoh kerajaan BN meminggirkan rakyatnya, tidak meletakkan kepentingan khidmat rawatan sebagai keutamaan dalam pembangunan agenda Taib. "Sebagai calon DAP, mewakili setiap orang di Sri Aman, saya kata "Enough is Enough" Inilah masanya orang Sri Aman akan menolak janji kosong pilihanraya. BN mesti beri kita hospital baru yang kian di janjikan tapi tidak di realisasikan" -sarawakupdate |
Sisa Tsunami Jepun Terapung Di Lautan Pasifik Posted: 08 Apr 2011 08:50 PM PDT Tokyo: Sisa kemusnahan yang dihanyutkan ke laut berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun dilaporkan terapung di Lautan Pasifik dan boleh sampai ke Pantai Barat Amerika Syarikat. Lebih 200,000 bangunan dihanyutkan gelombang kuat berikutan gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter pada 11 Mac lalu. Ada laporan menyebut, ada kereta, traktor, kapal yang karam malah seluruh bangunan rumah terapung di laut. Lebih memeranjatkan ialah ramalan pakar laut Amerika, Curtis Ebbesmeyer yang percaya kaki manusia lengkap berkasut turut dihanyutkan ke Pantai Barat Amerika dalam masa tiga tahun. "Saya meramalkan rumah, bot dan kaki yang masih memakai kasut kini terapung," kata Ebbesmeyer yang menghabiskan masa selama berdekad menjejaki barangan terapung. Beberapa ribu mayat dihanyutkan ke laut berikutan bencana terbabit dan ketika kebanyakan anggota badan akan putus dan pecah dalam air, kaki yang masih berkasut akan meneruskan perjalanan, kata Ebbesmeyer. "Saya menjangkakan sesuatu yang tidak disangka," katanya. Krew Armada Tentera Laut ke-7 Amerika yang menemui sampah luar biasa yang terapung mengakui tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dan memberi amaran ia memberi ancaman kepada kapal. "Sampah ini memberi masalah kepada kapal yang cuba lalu kerana kebanyakan bot menggunakan kipas selain pukat dan ia boleh menjadi mengancam pihak yang cuba menanganinya," kata Ensign Vernon Dennis kepada ABC News. "Jadi berhadapan dengan halangan ini sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan jika kapal anda terkandas ketika melintasinya." Saintis berkata, longgokan sampah pertama dari Jepun dijangka tiba di pantai barat Amerika dalam masa setahun selepas dibawa arus ke arah Washington, Oregon dan California. Ia kemudian akan ke Hawaii dan balik semula ke Asia dalam apa yang dikenali sebagai putaran Pasifik Utara, kata Ebbesmeyer yang menemui kasut Nike, mainan mandian plastik dan sarung tangan hoki dari kapal kargo Asia serta menjejaki sampah lebih besar bergerak ke seluruh Pasifik dari Jepun. Beliau bergantung pada ribuan pengunjung pantai untuk melaporkan lokasi dan maklumat lengkap apa yang ditemui. "Bayangkan keadaan jika anda letak bandar utama dalam pengisar sampah dan taburkan sisanya ke laut," katanya. Sebahagian sampah yang sampai di Pantai Barat juga mungkin mengandungi radioaktif berikutan kerosakan loji nuklear Jepun, kata James Hevezi, pengerusi Suruhanjaya Kolej Radiologi Amerika Syarikat mengenai Perubatan Fizikal. "Tetapi, ia mungkin berisiko rendah," kata Hevezi. "Jumlah dalam barangan ketika itu mungkin tiba di Pantai Barat dengan kadar yang amat minimum." Hanya sebahagian kecil sampah akan dihanyutkan ke laut dan bagaimana cepat ia sampai ke sana dan di mana ia mendarat bergantung kepada apungan, bahan dan faktor lain. – Agensi |
Bangunan Bertingkat-tingkat SPRM Tidak Lagi Selamat? Posted: 08 Apr 2011 07:30 PM PDT Kerajaan Diminta Pastikan Bilik Soal Siasat SPRM Dilengkapi Sistem Pengawasan Penuh Bekas pengerusi sebuah daripada lima panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan memastikan semua bilik soal siasat di pejabat SPRM mempunyai sistem pengawasan serba lengkap. Illustrasi FMT Tan Sri Ramon Navaratnam, bekas pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, menggesa agar bilik berkenaan dipasang dengan kamera televisyen litar tertutup (CCTV), manakala tingkap premis suruhanjaya itu pula mempunyai penghadang. Langkah segera juga perlu diambil untuk melatih semula para pegawai penyiasat tentang prosedur operasi standard, katanya bagi mengulas kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, yang mayatnya ditemui di gelanggang badminton pejabat SPRM di sini, Rabu lalu. "Kerajaan akan mendapat sokongan meluas daripada orang ramai sekiranya ia segera memenuhi permintaan kira-kira 75 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini. Bagaimanapun, Navaratnam, tidak bersetuju dengan gesaan pihak tertentu agar pengerusi suruhanjaya itu Datuk Seri Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan berikutan kejadian tersebut. "Sebaliknya, kita perlu beri sokongan penuh kepada beliau untuk memperbetulkan keadaan dalam SPRM dengan secepat mungkin," katanya serta mencadangkan agar SPRM dirombak sepenuhnya untuk memenuhi harapan orang ramai yang ingin melihatnya memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. -- BERNAMA
Ulasan GB Berjuta wang rakyat digunakan untuk membina bangunan SPRM bertingkat-tingkat. Tiba-tiba ia dicemari dengan insiden kematian demi kematian. Jika seorang meninggal dunia dituduh "membunuh diri" di situ, mungkin ada yang menerimanya, tetapi apabila berlaku kejadian kedua dengan kaedah yang sama (mungkin tak meinggalkan kesan lagi di tingkap?) maka teori itu sudah tidak boleh diterimapakai lagi. Ia juga memberi petunjuk seolah-olah mengesahkan hasil siasatan ahli patologi Dr.Pornthip di dalam kes Teoh Beng Hock sebagai benar. Dan jika di tingkat bawah saja hendak dijadikan tempat soal-siasat, jangan pula tingkat atas digunakan oleh pegawai SPRM untuk melakukan kerja-kerja maksian memuat turun bahan-bahan porno sewaktu bertugas. Satu hal yang aneh, mengapa tingkap-tingkap bangunan SPRM tidak bergrill? Bukankah ia memudahkan juga orang membunuh diri atau dicampakkan keluar atau memudahkan penyamun untuk panjat dan melarikan fail-fail siasatan? |
Kastam Mahu PM Jelaskan Kenyataannya Terhadap Sarbani Posted: 08 Apr 2011 05:22 PM PDT Kesatuan Kastam: Bersihkan nama Sarbani, jangan dakwa 'bunuh diri' Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM. Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel "kes bunuh diri." "Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri," kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini. Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak "Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam," kata beliau. "Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini," kata Ibrahim. Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek. Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun. "Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion," kata beliau. Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin. Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani. Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut. Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.
Ulasan GB Adalah sesuatu yang tidak wajar apabila seorang Perdana Menteri membuat kenyataan bersandarkan maklumat yang dibekalkan oleh SPRM dan kemudian menghebahkannya sekalipun maklumat itu sendiri belum disemak dan belum diketahui benar atau tidaknya. "Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement. "Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri... SPRM akan melakukan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan "maruah" mereka seperti mereka telah melakukan di dalam kes Teoh Beng Hock. Tidak mahu mempersalahkan mana-mana pegawainya tetapi sebaliknya pada hari pertama kejadian lagi sudah menuduh Teoh Beng Hock terjun membunuh diri. Dan kini cara sama dilakukan terhadap kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane. Very disappointing. |
Tangkap Juga Dalang Telur Tiruan Di Faraj Pelacur Itu Posted: 08 Apr 2011 03:13 PM PDT Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara. "Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini. Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun. Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka. "Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya. Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ. - Bernama Ulasan GB Tatkala negara tengah hangat membicarakan soal "Anwar tiruan" di dalam video seks yang digembar-gemburkan, kononnya Anwar telah melakukan adegan ranjang bersama seorang pelacur Cina, tiba-tiba muncul satu berita panas, tetiba Tuhan turu berita, telur tiruan ditemui dijual di beberapa gerai di dalam negara kita. Anwar boleh bernafas lega, rupanya "telur" di faraj pelacur Cina itu telur tiruan. Tetapi UMNO dan koncon-konco tetap tidak mahu mengakui sekalipun telah jelas dengan pelbagai fakta bahawa itu telur tiruan. Dengan perut buncitnya, dengan tetek menggelabirnya, dengan janggut hari ini tiada esoknya ada, dengan rangka badannya yang besar macam rangka Datuk T, dengan rambut pendeknya macam rambut Nazri... itu semua bukti nyata bahawa yang dihebohkan itu sebenarnya adalah Anwar tiruan. Media massa arus perdana, blogger pencacai UMNO, pimpinan UMNO masih hendak memperbodohkan rakyan dengan menjaja video seks yang jijik itu. Siapa tuan empunya dan siapa dalang pembikin telur tiruan di faraj pelacur itu? Itu yang perlu dicari sampai lubang cacing selain dari dalang telur ayam tiruan yang dijual di merata gerai. |
Kastam Beri Amaran Kepada SPRM: Jangan Pukul Atau Jentik Pegawai Kami Posted: 08 Apr 2011 08:05 AM PDT Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Presidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu. "Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai yang disiasat tidak dipukul atau dijentik. "Kita mahu (siasatan) ikut prosedur. Kita minta SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM. "Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul. "Kita tak pernah nak bersengketa dengan mana-mana agensi kerajaan. Kita hanya bekerja untuk memungut hasil negara," katanya lagi dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya petang ini. Kebimbangan itu turut diulas oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam, Mohd Noor Yusoff yang menjelaskan bahawa belum ada sebarang aduan dibuat berhubung perkara itu. "Kita tidak ada (terima aduan), cuma pegawai-pegawai kanan yang ditahan itu tahu hak mereka. "Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan. "Kita mengharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan adil kerana mereka ini belum dituduh, cuma membantu siasatan," katanya. Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani. "Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.' "Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media itu. |
Najib Dikecam Kerana Tidak Serius Dengan Kematian Sarbani Posted: 08 Apr 2011 06:45 AM PDT Kes Teoh, Sarbani adalah sama, kata MP Pakatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini. Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM). "Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa," kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago. Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu. 50 polis Keempat-empat ahli parlimen itu diiringi kira-kira 20 penyokong, bertemu Jaafar kira-kira 10 pagi tadi. Khalid berkata pertemuan kira-kira 30 minit itu diadakan bagi mendapat penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa perkara termasuk kes kematian Ahmad Sarbani pada Rabu lalu. Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diperolehi daripada Jaafar termasuk memberi jaminan bahawa SPRM negeri sentiasa memastikan semua pegawainya mematuhi prosedur siasatan yang ditetapkan. "Dalam pertemuan ini, kami juga melahirkan kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan saksi atau tertuduh dalam kes rasuah apabila dibawa ke premis SPRM," katanya , Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa hampir 50 anggota polis dilihat mengawal dan menyekat laluan menuju ke Wisma PKPS di Shah Alam sejak 8.30 pagi tadi dipercayai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Rabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu. Allahyarham didakwa datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut. Ekoran kejadian itu, dua pegawai SPRM digantung tugas kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian berkenaan. |
Video Seks Sebagai Bahan Bukti - Mufti Perlis Bantah Posted: 08 Apr 2011 04:30 AM PDT Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendirian tegas rakaman video aksi seks, didedahkan bulan lalu oleh "Datuk T" yang didakwa melibatkan pemimpin politik kanan, tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah. Sehubungan itu kata beliau, pandangan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainol Rijal Abu Bakar kelmarin tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam. "Apa yang dikatakan oleh Presiden PPMM tidak selari dengan Islam dan tidak betul langsung," kata beliau dalam satu kenyataan. Mufti Perlis berkata, pembuktian dalam rakaman video seks itu tidak boleh digunakan di mahkamah syariah melainkan tertuduh sendiri mengaku ataupun tuduhan dibuat dengan menghadirkan empat saksi "hidup, lelaki Islam yang bersifat adil dan mereka melihat jenayah itu berlaku." "Ia umpama cincin masuk jari," kata Juanda merujuk kepada keperluan dan syarat membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah. Kata beliau, surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat'ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup "syarat empat saksi." "Ada pun gambar, klip yang samar-samar, tetapi tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah," katanya lagi sambil berkata, sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat." Katanya, sebagaimana adanya elemen peruntukan "keraguan" yang boleh menentukan keputusan sesuatu kes, Islam juga menekankan soal kredibiliti saksi. "Dalam undang-undang konvensional jika ada sedikit keraguan, ia akan ditolak. Jadi, dalam Islam juga soal pembuktikan dititikberatkan," kata beliau lagi. Katanya, kemungkinan rakaman video seks dan klip boleh digunakan di mahkamah konvensional tetapi bukan di mahkamah syariah. Juanda berkata, kenyataan yang bercanggah berkenaan soal pembuktian di bawah undang-undang syariah boleh menyebabkan rakyat yang mula memahami kepentingan perundangan Islam terkeliru. "Saya tidak sangka buruk dengan PPMM, tetapi sama ada laporan (media) tidak tepat atau disalah petik, saya tidak pasti tetapi jangan kita mengelirukan rakyat dengan memberi pandangan tidak tepat," katanya lagi. Dalam satu laporan akhbar tempatan, Zainol dipetik berkata, rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah. Zainol berkata, ia dikategorikan sebagai bukti bayynah iaitu keterangan yang boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video. Justeru kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki. Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zulfakar Ramlee juga dipetik berkata rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah syariah kerana sistem perundangan Islam di negara ini menggunakan hukum ta'zir. Katanya, hukum itu meletakkan kuasa kepada pemerintah dalam menentukan hukuman kepada pesalah zina. Menurut Zulfakar, hukum ta'zir hanya memerlukan tahap pembuktian yang rendah iaitu melampaui syubhah munasabah, berbeza dengan hukum hudud. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti, tetapi ia harus mengikut prosedur iaitu hanya hakim, peguam serta pendakwa dibenarkan menontonnya. -TMI Ulasan GB Perbincangan di atas menarik. Namun di dalam kes video seks yang diedarkan oleh Datuk T, bukan soal adegan seks itu saja yang perlu diteliti, tetapi "konspirasi"nya lebih utama untuk diselidiki. Bagaimana ada orang ketiga yang mengatur rakaman yang dilihat ada di dalam video berkenaan? Yang kedua ialah aspek teknikaliti. Jika video seks hendak di terima sebagai bahan bukti, maka pembuktian bahawa video berkenaan adalah 100% tulen menjadi penting. Di dalam video seks edaran Datuk T, hanya pihak polis (setakat ini dilihat tidak berkecuali di dalam siasatan mereka) yang menyatakan video itu asli. Tetapi tidak ada cross-examination dilakukan ke atas "pakar-pakar" yang menjadi rujukan polis untuk menentukan kesahihan video seks dan kesahihan kenyataan polis. Justeru di dalam keadaan sedemikian mengikut kaedah Islam tentulah ia tidak boleh diterima sebagai bahan bukti. |
Kes Kematian Sarbani: Polis Beri Alasan Serupa Teoh, Mangsa Jatuh Bangunan Posted: 08 Apr 2011 02:50 AM PDT Kematian Ahmad Sarbani Selari Kesan Jatuh Bangunan KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan enam orang setakat ini dalam siasatan kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini kelmarin. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka yang diambil keterangan termasuk dua pegawai SPRM yang digantung kerja berhubung kes tersebut. Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini beliau berkata polis juga telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan itu untuk dianalisa. Mengenai bedah siasat atas jenazah pegawai kastam berkenaan, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, beliau berkata bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada jenazah Allahyarham konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan. "Kini ujian makmal sedang dilakukan dan keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu," katanya. Kelmarin, mayat Ahmad Sarbani ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala. Sebelum itu beliau datang ke pejabat SPRM itu pada kira-kira 8.30 pagi kerana hendak berjumpa pegawai penyiasat. Selain itu, Zulkifli berkata polis kini sedang mengikuti beberapa petunjuk yang diperolehi bagi meneruskan proses siasat kes terbabit. "Ada petunjuk tertentu yang kita sedang ikuti, tapi kita tak nak dedahkan sebab kita tak nak wujudkan kebimbangan yang keterlaluan... biarlah pihak polis menyiasat secara terperinci," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata polis memandang serius kes tersebut dan akan menjalankan siasatan daripada semua aspek. "Dari hari pertama saya ada di tempat kejadian...ini menunjukkan betapa seriusnya kita memandang kes ini. Kita juga wujudkan pasukan penyiasat yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah untuk siasat kes ini. "Kita akan siasat dari semua aspek dan buat masa ini saya berharap semua pihak bersabar dan saya tidak dapat mendedahkan semua sekali bagi mengelakkan sebarang spekulasi," kata Zulkifli. -BERNAMA
Ulasan GB Konsisten dengan jatuh bangunan? Alasan yang serupa semasa insiden Teoh Beng Hock yang diberikan. Kemudian mereka akan panggil ahli patologi untuk menjustifikasikan kenyataan tersebut. Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta rakyat agar jangan menyamakan kes Ahmad Sarbani dengan kes Teoh tetapi pada hari ini polis sendiri menggunakan alasan yang sama untuk kematiannya. Polis perlu buktikan samada ianya dilakukan oleh mangsa sendiri atau dilakukan oleh orang lain. Polis perlu mendedahkan CCTV sebagai bukti. Tiada alasan lagi untuk tidak mempunyai rakaman CCTV kali ini. Rakyat tidak akan dapat menerima alasan sedemikian lagi kerana cukup dengan kematian Teoh yang CCTV gagal untuk merakam keseluruhan insiden (atau telah dipadamkan?) |
Nazri Sudah Akui Pakatan Rakyat Bakal Ganti BN Perintah Negara Posted: 08 Apr 2011 01:35 AM PDT Video seks: PM harus lulus ujian RCI juga Hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz adijadual mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T. Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru, harus "lulus" penelitian Suruhanjaya Diraja bersabit video itu. Nazri juga memberi kenyataan bahawa isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak memutuskan individu dalam video itu yang mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) berlainan dengan Anwar. Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri! Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu. Yang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan "syarat" Anwar mesti lulus ujian Suruhanjaya Diraja (RCI) sebelum boleh diangkat menjadi Perdana Menteri. Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri. Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan RCI? Yang bersih Jika RCI menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang "bersih" menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untk menyiasat Datuk Seri Najib Razak yang beberapa pegawai kanannya terbabit dengan pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Sharibuu. Najib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau ada kaitan dengan skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan berkenaan Altantuya tidak lekat selama-lamanya. Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib - Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib. Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan. Dan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu. Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu? Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat Perdana Menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya. Hukuman gantung Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengebom Altantuya manakala Razak Baginda pula dibebaskan. Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu. Sayang, Perdana Menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara. Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit. Kenyataan Nazri yang mahu RCI ditubuhkan adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shayzl Eskay dan Datuk Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mei lalu. Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan RCI adalah satu lagi taktik terdesak Umno untuk memanjangkan fitnah video seks ke atas Anwar. Bukan mencari kebenaran Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya. Namun ini tidak berlaku. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara. Hanya Ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan. Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan RCI. Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat hari ini untuk menimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks itu, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Sharibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian. Ulasan GB Kenyataan Nazri bahawa "Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru, harus "lulus" penelitian Suruhanjaya Diraja bersabit video itu" adalah pengiktirafan bahawa kemungkinan Pakatan Rakyat akan menawan Putrajawa menerajui kerajaan dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Nazri tidak perasan hal itu, tetapi ia lahir dari mulutnya sendiri. Kerana zahirnya Nazri yang bercakap, hakikatnya ialah.... Tuhan yang melaksanakan segala perancanganNya. GB katakan, benar Nazri, rakyat menunggu saat dan ketika, giliran untuk Pakatan Rakyat menjadi pemerintah negara. Suka atau tidak suka, ia pasti berlaku, samada PRU13 atau PRU14. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan