MiLo SuaM |
- Fatwa dan hukum menyambut April Fool
- Cico pula bakal sertai PAS mengikut jejak Bob Lokman?
- Wartawan Utusan mengeluh harga barang naik
Fatwa dan hukum menyambut April Fool Posted: 31 Mar 2011 05:29 PM PDT Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut: Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim] Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: "Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya." [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai'e] Rasulullah SAW juga bersabda: "Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran". [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim." [HR Abu Daud] Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab : 1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. 2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam. 3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan. 4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan. Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan : Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan. Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah "darurat menjadikan yang haram harus" digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut. Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu." [HR al-Bukhari dan Muslim]. Ummu Kalsum binti 'Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri." Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. Sheikh Shalih Fauzan menyatakan : Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka." Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur [Solihinzubir]. |
Cico pula bakal sertai PAS mengikut jejak Bob Lokman? Posted: 31 Mar 2011 04:03 AM PDT Nampaknya Bob Lokman mungkin akan mengajak lebih ramai rakan-rakan artisnya untuk menyertai PAS selepas ini. Gambar diperolehi daripada [Bloglispolitik] Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011) ReJaM© "Cayalah abang Bob, ajak lagi ramai-ramai rakan artis sertai Parti Islam se-Malaysia PAS!" |
Wartawan Utusan mengeluh harga barang naik Posted: 31 Mar 2011 03:08 AM PDT Akhirnya wartawan Akhbar Utusan Malaysia terpaksa akur bahawa rakyat kini semakin susah, suri rumah sering marah-marah. Orang ramai terutama rakyat marhaen makin naik darah, bila harga barang dan harga rumah mencekik darah. Harga barang naik bagaikan barah, yang jadi mangsa rakyat bawah yang susah dan semakin susah [Utusan]. Kalau kita lihat di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar media arus perdana ekonomi negara tak pernah turun. Jumlah pelabur yang datang dan yakin untuk melabur di Malaysia tak pernah turun. Semua berita yang baik-baik disuap kepada rakyat. Negara semakin maju, ekonomi negara semakin baik, pendapatan negara semakin meningkat, semualah yang baik-baik. Tapi harga barang semakin naik. Apa makna semua ini? Negara makin maju, ekonomi semakin baik, harga barang pun semakin naik. Dulu negara kurang maju berbanding sekarang, tetapi harga barang pun tak naik macam sekarang, sekarang negara makin maju, tapi barang naik rakyat pun makin naik darah. Kalau begitu lebih baik negara tak payah maju, maka rakyat tak perlu bersusah payah. Ibaratnya seorang ayah mengumumkan setiap bulan bahawa dia dinaikkan gaji, boss semakin percaya kepada ayah. Semua orang di tempat kerja suka kepada ayah, ekonomi keluarga semakin baik, pendapatan keluarga ayah semakin meningkat. Ayah mengaku dan memuji diri bahawa dia pandai cari duit. Tapi belanja sekolah anak-anak disekat, belanja isteri dikurangkan. Apa maknanya? Ini maknanya ayah seorang penipu! ReJaM© "Sokong kerajaan, pertahankan kerajaan dengan bersungguh-sungguh, bermati-matian untuk mengeluh? So so lame..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan