Jumaat, 1 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


DAP mahu Bung Moktar dan pegawai SPRM dipecat

Posted: 01 Apr 2011 01:11 AM PDT

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Barisan Nasional (BN) memecat Datuk Bung Moktar Radin berhubung komen 'tidak senonoh' dengan menuduh Ahli Parlimen Kinabatangan itu melihat wanita hanya sebagai objek seks.

Lim juga berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memecat pegawainya Mohd Ashraf Mohd Yunus yang menonton bahan lucah selepas menyiasat Teoh Beng Hock pada malam sebelum pembantu setiausaha DAP itu ditemui mati dua tahun lalu.

"Bagaimana Malaysia boleh maju ke hadapan dalam soal kesamaan jantina jika individu seperti Bung Moktar secara berterusan mengatakan menyukai wanita dengan berulang kali? Ini adalah kelakuan seorang lelaki yang melihat wanita sebagai objek seks," kata Lim.


Ahli Parlimen Bagan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu buktikan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Bung Moktar di Parlimen Isnin lalu apabila mengatakan pemanduan golongan wanita kebanyakannya amat berbahaya dan sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Beliau juga menggesa Najib memecat Bung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Masa sudah tiba untuk ahli Parlimen seperti Bung Moktar dipecat dari BN untuk membuktikan konsep 1 Malaysia Najib termasuk menghormati wanita," kata Lim.

Ketua Menteri Pulang Pinang itu berkata Bung Moktar telah membuat satu kenyataan berbaur lucah sebelum 2007 apabila mengatakan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan "bocor" setiap bulan.

Bung Moktar bagaimanapun memohon maaf kepada wakil rakyat DAP itu.

Lim juga berkata bahawa "penagih seks" seperti Mohd Ashraf harus dipecat kerana gagal dalam tugas asasnya untuk memerhatikan Teoh.

"SPRM perlu pecat Ashraf bukan kerana Ashraf menonton pornografi menerusi komputernya di pejabat SPRM pada 16 Julai 2009 tetapi kerana gagal menjalankan tugas asasnya iaitu memerhatikan Teoh Beng Hock," katanya.

Beliau berkata, menonton pornografi bukan satu alasan untuk memecat Ashraf tetapi penolong pegawai SPRM Selangor itu harus dipecat kerana tidak memerhatikan Teoh, yang ditemui mati beberapa jam kemudian.

Semalam Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) kematian Teoh berkata, pegawai SPRM itu menonton pornografi selepas mengambil kenyataan bekas setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

Mayat Teoh beberapa jam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Laman Suara Keadilan Pula Digodam

Posted: 31 Mar 2011 11:49 PM PDT

Kelmarin, salah sebuah e-media Rakyat, TVSelangor.com telah digodam oleh pihak yang menamakan diri sebagai 'Papa Jahat'. Walau bagaimanapun, portal berkenaan telah dapat dipulihkan dan kini kembali beroperasi.

Terbaru, portal Suara Keadialan (http://www.suara-keadilan.com/) turut menjadi mangsa apabila mereka telah meletakkan beberapa gambar dan komen yang memualkan. Adalah dipercayai, pihak Admin Suara Keadilan telahpun mengambil langkah menggantung sementara operasi portal berkenaan.

Lihat screen-capture yang berjaya diperoleh daripada muka depan Suara Keadilan sebelum portal berkenaan digantung operasinya.




* Catatan oleh 'Papa Jahat' telah dihitamkan...

SIAPA PULA SELEPAS INI??

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

IGP: Pakar tempatan sah video seks tulen

Posted: 31 Mar 2011 09:57 PM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata pakar tempatan mengesahkan bahawa video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang, adalah tulen.

Bagaimanapun, menurut Star Online, Ismail enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terbabit.

[Berita lanjut menyusul]

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

UMNO Tolong Jangan Derhaka Kepada Mufti Perak

Posted: 31 Mar 2011 09:12 PM PDT

Video Seks Aib Anwar Fitnah Dan Dosa Besar ! - Mufti Perak

"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. [lihat sini] kata2 harussani.
Kali ini harussani sudah terkena dengan agenda politik KERAjaan yang dia bela selama ini, sebelum ini dia mengingatkan orang politik supaya tidak libatkan agama untuk menagih undi untuk berkuasa, kenal kah harussani siapa sebenar nya rahim thamby chik and the gang ?.

Tidak sudah dengan itu, harussani juga telah di kantoikan oleh mashitah ibrahim, masyitah ada agenda politik kerana dia orang politik dan bertaraf timbalan menteri,"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara." atau lemah sangat kah keislaman warga Perak tu sehingga kan perlu kepada fatwa ?.



Baca selanjutnya di sini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

ATM Diperkudakan Di Sarawak Untuk Menangkan BN

Posted: 31 Mar 2011 08:52 PM PDT

Projek 'Lautan Biru Strategi 3' tiada kaitan pilihan raya

SERIAN: Projek 'Lautan Biru Strategi 3' yang dikendalikan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan pedalaman negeri ini, tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad, berkata jika ada pihak mengaitkan projek berkenaan dengan politik, mereka sebenarnya silap kerana ia sudah lama dirancang.

Malah, katanya, peruntukan untuk melaksanakan projek membina kediaman rakyat miskin menerusi Program Bantuan Rakyat (PBR) sudah dikeluarkan sejak tahun lalu.


"Saya ingin menegaskan, projek ini bebas daripada sebarang unsur politik, jauh sekali berkaitan dengan pilihan raya Sarawak.

"Kami melaksanakan projek ini demi kesejahteraan rakyat miskin di luar bandar dan harap ia tidak dikaitkan sebagai projek pilihan yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya selepas majlis penyerahan rumah PBR kepada Juwim anak Nyaie, di Kampung Bunan Gega, di sini, semalam.

Sebanyak dua rumah baru dibina di kampung berkenaan, manakala empat lagi dibaiki mengikut program berkenaan.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zain dan Panglima 1 Divisyen,Mej-Jen Datuk Awi Suboh.
Ibrahim berkata, sebanyak 9,400 rumah PBR akan dibina di seluruh negara tahun ini dan di Sarawak sebanyak 3,183 unit akan dibina dengan kos sebanyak RM1.03 juta.

Bagi projek pembinaan rumah baru, setiap projek memerlukan peruntukkan antara RM40,000 hingga RM44,000 manakala untuk projek membaiki pula memerlukan kos RM12,000 setiap satu.

Katanya, kementerian memilih ATM sebagai rakan kongsi untuk menjayakan projek 'Blue Ocean' kerana ia dijamin cepat dalam tempoh singkat dan menjimatkan kos.

Sementara itu, Zulkifeli, berkata, selain membantu agensi lain melaksanakan projek untuk kemudahan rakyat, ATM khususnya Tentera Darat juga memanfaatkannya untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Selain PBR, beliau berkata, pihaknya juga melaksanakan projek pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman, termasuk jalan sepanjang 76 kilometer dari Ba' Kelalan ke Long Luping di hulu Baram.

"Malah, anggota kami juga terbabit dalam projek bekalan air bersih di 12 daerah negeri ini bersama Jabatan Kesihatan dan sebanyak 37 lokasi sudah dikenal pasti dengan peruntukkan sebanyak RM5.2 juta disediakan," katanya.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Pengintipan Di Pejabat MB Selangor

Posted: 31 Mar 2011 06:49 AM PDT

Siapa 'Faiz' dalam imej kamera intip?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang individu yang hanya dikenali sebagai 'Faiz' yang wujud dalam kamera intip yang ditemui di pejabatnya Ogos lalu.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Khalid selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir hari ini.

Namun Khalid enggan mendedahkan secara teliti siapa individu bernama 'Faiz' itu, sebaliknya berkata siasatan terperinci masih dibuat bagi mendapat jawapan sebenar siapa dalang dalam hal itu.

Menurut Khalid, selain 'Faiz", wujud satu lagi imej yang tidak bernama. Malah beliau mengakui tidak melihat imej itu.


Beliau turut mendakwa bahawa kemungkinan pihak keselamatan dan polis terlibat dalam hal tersebut.

"Bateri dan cip kamera itu perlu ditukar sentiasa… bukan selalu tapi jika tidak tukar ia akan membuat bunyi.

Bila dilihat dalam kamera itu ada dua imej dan apabila kami siasat perakam itu kedengaran suara Faiz ini muncul.

"Saya tidak lihat imej itu. Hanya penyiasat persendirian kami dan staf yang lihat. Tetapi kami suspek ada beberapa kerjasama… namun belum ada individu yang bersalah hanya suspek sahaja.

"Tetapi kami dah lihat senarai nama, ada dua ke tiga orang bernama Faiz tetapi ia akan menjadi masalah kerana kami tidak mahu suspek sesiapa sebab kami mencari dalang sebenar.

Buat masa ini kita tunggu sehingga siasatan sepenuhnya selesai, tapi berdasarkan imej itu ia lebih amatur," katanya dalam sidang media selepas sidang DUN lewat petang ini.

Ketika diasak pemberita mengenai 'Faiz' Khalid berkata beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi, sebaliknya ada perancangan efektif untuk mengetahui dalang itu.

Pada Ogos tahun lalu sebuah kamera tersembunyi ditemui di pejabatnya di tingkat 21, Bangunan SUK, yang dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

Namun setakat ini tiada sebarang laporan polis dikemukakan oleh Khalid mahupun pihak kerajaan negeri.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Laman web TV Selangor digodam

Posted: 31 Mar 2011 06:20 AM PDT


Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor digodam hari ini.

Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka diserang kira-kira jam 4 petang tadi dan sehingga ini masih belum pulih.

"Laman TV Selangor dipercayai digodam dari Brickfield dan Seksyen 9, Shah Alam. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah," katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Ahmad kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Skandal Video Blue Rahim Thamby Chik Memalukan Melayu

Posted: 31 Mar 2011 05:19 AM PDT

Tulang Besi beranggapan UMNO dan Najib tiada modal dalam poltik kecuali fitnah seks murahan seakan standard akhbar tabloid. Kalau nak harapkan ekonomi, lagi tak boleh harap memandangkan negara2 lain di Asia Tenggara menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dari Malaysia hatta Thailand yang huru hara itu.

Kalau nak harap moral, MAlaysia terkenal dengan kes pembuangan bayi dan anak luar nikah yang semakin meningkat.

Kalau nak harap agama, lagilah teruk. Apa yang kita nak harapkan dari Perdana Menteri yang meluluskan lesen judi bola.



Kalau nak harap Melayu, RM52 juta saham Bumiputra hangus, tanah surau di Rawang mereka gadai pada taukeh, DEB gagal mencapai matlamat, orang MELAYU masih lagi termiskin berbanding kaum India, tanah2 rezab Melayu habis tergadai di bawah UMNO dan banyak lagi.

Kalau nak harapkan keadilan dan kesaksamaan, kita lihat sendiri bagaimana mahkamah Malaysia dilacurkan untuk kepentingan UMNO.

Habis tu, penghabisan sekali UMNO taja blogger2 yang hanya tahu bincang pasal seks dan tepi kain orang. Selepas itu, Najib "taja" Rahim Thamby Chik untuk buat video blue kononnya ia dilakonkan oleh Anwar Ibrahim. Tapi, satu dunia tahu Rahim Thamby Chik tak boleh percaya punya manusia. Bila dia kata video blue tu dalamnya Anwar tiada sapa yang percaya.

Last sekali, Anwar memang patut anjurkan percubaan "September 16". Ini kerana kalau berjaya kelmarin, semua fitnah yang dihadapi beliau sekarang ini, pasti tidak berlaku.

Lebih2 lagi, kalau September 16 dahulu berlaku, calon Perdana Menteri bukannya Anwar Ibrahim.

Tulang Besi

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh'

Posted: 31 Mar 2011 05:11 AM PDT

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.


Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap "ia di luar kawalannya".

"Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri," katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh. - mkini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Lagi Artis Sertai PAS

Posted: 31 Mar 2011 03:41 AM PDT


Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

Pemuda PAS Wangsa Maju

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: