Era Pasca |
Posted: 31 Mar 2011 08:11 PM PDT TUN M pun TAK SEBERANI PAKLAH... NAJIB? LAGI TAK BERANI.... hahaha Pak Lah dijangka beri keterangan kes bicara Chan Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dijangka dipanggil sebagai saksi utama untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes penipuan oleh bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berhubung skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad memberitahu Mahkamah Sesyen di Putrajaya, hari ini bahawa pihak pendakwaan berhasrat memanggil 15 saksi untuk memberi ekterangan dalam perbicaraan itu. Kes Chan disebut hari ini di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh yang kemudiannya menetapkan 10 Mei untuk tarikh sebutan lain selepas meluluskan permohonan pihak pembela supaya diberikan lebih masa untuk mengkaji 19 set dokumen yang diberikan kepada mereka oleh pihak pendakwaan, semalam. "Kami belum dapat teliti dokumen. Saya percaya ada dokumen yang perlu diberi kepada kami dan mungkin akan memohon untuk dokumen lanjutan," kata peguam Arthur Wang yang mewakili Chan. Beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain dengan menyatakan bahawa sesetengah dokumen mungkin memerlukan pengubahan status. Sebelum itu, Dzulkifli memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan 19 set dokumen mengikut Seksyen 51(A) Kanun Prosedur Jenayah kepada pihak pembelaan, semalam. Wang juga membayangkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan mungkin akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Bagaimanapun, apabila Azhaniz menanyakan Dzulkifli sama ada terdapat sebarang peluang kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Dzulkifli menjawab tiada keputusan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Chan, 55, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Feb atas tiga pertuduhan menipu Abdullah untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006, berjumlah RM1.9 bilion. Chan yang memakai kot kelabu dan berseluar hitam, tiba di mahkamah pada pukul 2.15 petang diiringi isterinya Puan Sri Ann Chan, dan anak perempuan mereka. Beliau didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan menipu itu di Tingkat 4, blok utama Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini. Dia berdepan hukuman penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan pertama, Chan didakwa menipu Abdullah untuk bersetuju untuk meluluskan KDSD sebagai pemaju siap guna bagi projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah, kawasan seluas 1,000 ekar, menerusi satu fasa sahaja dengan kos pembangunan dianggarkan RM1 bilion. Chan dituduh mendorong Abdullah untuk bersetuju untuk memberikan kelulusan dengan cara tidak jujur telah menyembunyikan fakta bahawa kos pembiayaan pembangunan itu adalah dengan cara pengeluaran bon oleh KDSD menerusi Transshipment Megahub Berhad dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan, di mana Abdullah tidak akan berbuat demikian sekiranya fakta itu didedahkan kepadanya. Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 24 Feb, 2004 dan 25 Feb, 2004. Bagi pertuduhan kedua, Chan dituduh menipu Abdullah untuk meluluskan KDSD sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan tiga kerja-kerja pembangunan tambahan di PKFZ. Kerja pembangunan itu ialah menaik taraf simpang jalan ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta, kerja infrastruktur elektrikal berjumlah RM135.0 juta dan pembinaan hotel kelas bisnes berjumlah RM90 juta. Beliau didakwa mendorong Abdullah untuk bersetuju untuk memberikan kelulusan itu dengan cara tidak jujur telah menyembunyikan fakta bahawa kos pembiayaan pembangunan itu adalah dengan cara pengeluaran bon oleh KDSB menerusi Valid Ventures Berhad dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan, di mana Abdullah tidak akan berbuat demikian sekiranya fakta itu didedahkan kepadanya. Chan dituduh melakukan kesalahan itu antara 11 Okt, 2005 dan 28 Okt, 2005. Bagi pertuduhan ketiga, Chan dituduh menipu Abdullah untuk meluluskan KDSB sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan lima lagi pembangunan tambahan di PKFZ. Kerja pembangunan itu ialah kerja pemasangan kabel elektrik bawah tanah berjumlah RM140.2 juta, kerja bekalan elektrik 33kv ke Precint 2 dan Precint 8 berjumlah RM80 juta, kerja infrastruktur PMU bagi PKFZ berjumlah RM30 juta, pembinaan jalan menghubungkan PKFZ ke Pelabuhan Barat berjumlah RM28.1 juta dan pembinaan jalan menghubungkan pintu masuk utama PKFZ dengan Terminal Kargo 4, Pelabuhan Barat berjumlah RM57.5 juta. Chan dituduh mendorong Abdullah untuk bersetuju memberikan kelulusan dengan cara tidak jujur telah menyembunyikan fakta bahawa kos pembiayaan pembangunan itu adalah dengan cara pengeluaran bon oleh KDSD menerusi Capital Berhad dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan, di mana Abdullah tidak akan berbuat demikian sekiranya fakta itu didedahkan kepadanya. Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 28 Mac, 2006 dan 29 Mac, 2006. - Bernama |
NTAH YER KE IDAK SPR NIH... KENAI LAMA DA... Posted: 31 Mar 2011 06:05 PM PDT SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan pemeriksaan dan pengesahan dengan teliti untuk memastikan Daftar Pemilih Negeri Sarawak adalah yang terkini, selain bertujuan memastikan tiada pengundi hantu dalam pilihan raya negeri ke-10 itu. Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah melaksanakan dengan teliti proses pemeriksaan dan pengesahan Daftar Pemilih sehingga 21 Mac apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan. "Kami semak sebaik mungkin, (nama) mereka yang telah disahkan meninggal dunia oleh JPN (Jabatan Pendafaran Negara) sehingga 21 Mac ini sudah dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada taklimat pilihan raya negeri Sarawak di sini pada Rabu. Wan Ahmad berkata sejak Daftar Pemilih baru dikeluarkan, tiada sebarang aduan daripada parti politik di sini berhubung pengundi hantu. "Mereka (parti politik) pun dah boleh beli daftar pemilih namun tidak ada nampak pihak yang membangkitkan isu pengundi yang diragui dan sebagainya," katanya. Wan Ahmad berkata SPR amat berkeyakinan dengan usaha yang dilaksanakan oleh suruhanjaya itu dalam memastikan Daftar Pemilih semasa adalah yang terkini, dan tiada seorang pun yang boleh menyamar sebagai pengundi hantu pada pilihan raya negeri 16 April ini. "Kita tidak perlu bimbang kerana setiap orang yang nak masuk mengundi mesti menunjukkan MyKad. MyKad itu mesti kita tahu yang tulen, jadi nama pengundi hanya satu saja dalam senarai, tiada sesiapa pun yang mempunyai dua nama yang berdaftar di dua tempat," katanya. Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata kemungkinan terdapat kes pengundi dari luar di kawasan yang bukan tempat tinggal mereka, bagaimanapun perkara itu adalah normal kerana orang ramai mempunyai hak untuk mengundi di mana-mana tempat yang mereka telah mendaftar. "Misalnya, dia mendaftar di Telang Usang, jadi hari mengundi dia balik ke situ, itu hak dia mungkin dia lahir di situ," katanya sambil menasihati orang ramai agar tidak terkeliru dengan perkara itu.- bernama |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan