MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- TIBA-TIBA VIDEO SEKS SUDAH TERBANG KE TAIWAN, NAMUN GAGAL MENGESAHKAN PELAKUNYA
- LAPORAN POLIS - KOTAK UNDI TIDAK DISITA, DIUSIK -
- MENGAPA PERKASA TERLALU BUSUK HATINYA?
TIBA-TIBA VIDEO SEKS SUDAH TERBANG KE TAIWAN, NAMUN GAGAL MENGESAHKAN PELAKUNYA Posted: 22 Apr 2011 12:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS VIDEO Seks yang kununnya melibatkan DS Anwar sudah sampai ke Taiwan? Diberitakan video seks itu hanya ada satu salinan asal dan kini berada di tangan pihak Polis yang menyiasat, masa bila sudah berada di Taiwan? Sebelum ini, video tersebut juga dimuatkan ke dalam Youtube, siapa yang memuatkannya sehingga Eskay pun naik pening? Hari ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, " Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara (Malaysiakini). Jika benar itu laporan dari pakar di Taiwan, ertinya sama juga dengan pendapat mereka yang telah menonton video berkenaan iaitu memang ada iras watak lelaki berperut buncit tersebut dengan Anwar. Maka, tiada beza dengan pendapat pakar dari Taiwan tersebut. Sepadan dan juga seiras, tetapi tidak disahkan siapa sebenarnya. Persoalan lain, dikatakan bahawa Polis mengesahkan aksi tersebut berlaku di sebuah kondomunium di dalam negara, tetapi sebelum ini kita diberitahu aksi tersebut berlaku di sebuah hotel. Masalah jam pula memeningkan. Heboh diperkatakan jam itu kununnya hadiah dari kerabat Arab Saudi, tetapi Polis menyebut jam berkenaan dibeli di Taiwan tahun 2004. Mungkin sebab itu pihak Polis tidak menumpukan soal jam Omega yang kununnya kepunyaan Anwar. Apa pun yang kita bincangkan dengan isu karut ini, yang pasti pelaku yang mengaku menayangkan video lucah tersebut masih duduk goyang kaki melihat betapa undang-undang di negara ini menjadi haru-biru dan rakyat terus dibuai dengan cerita jijik sedemikian./wfauzdin.blogspot |
LAPORAN POLIS - KOTAK UNDI TIDAK DISITA, DIUSIK - Posted: 22 Apr 2011 10:32 AM PDT Kotak undi 'diusik' - PKR buat laporan polis Aidila Razak Apr 22, 11 Calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Senadin Dr Micheal Teo dan agen pilihan rayanya semalam membuat laporan polis bahawa peti undi 'diusik' ketika pertarungan sengit pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu. Dalam laporannya di balai polis Miri pada jam 5 petang, Teo mendakwa sebahagian besar daripada 44 kotak undi dari Senadin, di mana beliau tewas kepada calon BN dengan hanya 58 undi didapati tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Katanya, agennya Peter Abong, diminta bersama agen BN bagi memeriksa kotak-kotak undi oleh pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het pada 18 April, dua hari selapas tarikh pengundian. "Kami tidak memohon tetapi dipanggil untuk memeriksa. Apa (Peter) didapati ialah kertas undi telah dipindahkan ke sebuah bekas yang lebih besar yang tidak disita. "Lebih kurang 10 kota undi yang tidak mempunyai sebarang tandatangan, lapan cop mohornya telah diusik dan dua lagi cop mohornya di tempat yang salah," kata Teoh ketika dihubungi. Mengikut Seksyen 25A (2) (a) Peraturan Pilihan Raya 1981 di bawah Akta Pilihan Raya 1958, semua kertas undi mesti dimasukkan kembali ke dalam kotak undi selepas pengiraan. Seksyen 26E (d) akta yang sama pula memnyatakan semua kotak undi dan kandungannya mesti disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam bulan selepas pilihan raya di mana kemudiannya, ia akan dimusnahkan kecuali diarahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. "Kami rakamkan 47 gambar kota undi dan kertas undi dan melampirkannya bersama laporan polis," kata Teo./Malaysiakini |
MENGAPA PERKASA TERLALU BUSUK HATINYA? Posted: 22 Apr 2011 01:29 AM PDT APABILA DAP memenangi banyak kerusi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini, sekaligus meningkatkan imej dan prestasi PR di Sarawak dan sekaligus memalukan Bn di Sarawak, ini semua membuatkan beberapa pihak yang pro Bn terutamanya Umno mulai rasa bimbang dan `sakit hati'. PERKASA yang kununnya mengaku sebuah pertubuhan yang bersifat `non - partisme', namun akhirnya menunjukkan belang bahawa pertubuhan yang diterajui oleh Ibrahim Ali MP Bebas dari Pasir Mas itu sebenarnya penyokong tegar Umno/Bn. PERKASA dikenali ramai sebagai pertubuhan yang taksub kepada Melayu secara membabi buta sehinggakan seolah-seolah menganggap bumi Malaysia ini hanya milik orang-orang Melayu sahaja. Membaca kenyataan PERKASA Cawangan Sarawak di dalam mengulas kemenangan besar DAP di Sarawak, Ketuanya Abang Abdul Nasser Abang Hadari berkata, " Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina." (Malaysiakini). Inilah kenyataan busuk hati dan pendendam oleh PERKASA sedangkan selama ini apa yang PERKASA perjuangkan di Sarawak sehingga ramai kaum Melayu dan Bumiputera di Sarawak hidup susah dan ketinggalan dalam banyak segi? Berbeza dengan kaum Cina, mereka mempunyai pandangan jauh di dalam politik dan tidak hanya memikirkan soal perut dan sogokan yang sementara semata-mata. Anggapan PERKASA termasuk Tun Mahathir bahawa DAP membawa perkauman di Sarawak adalah hujah yang tidak mempunyai fakta yang tepat. Adakah PERKASA dan Tun Mahathir tidak melihat perjuangan DAP di Semenanjung di mana parti ini sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR bagi mewujudkan sebuah negara yang adil dan bersih dari amalan rasuah? Contoh terbaik kepimpinan DAP boleh dilihat di P.Pinang sekarang ini yang mana tiada satu kaum pun yang terpinggir. Di Sarawak, semangat ini dibawa oleh DAP dan sudah tentu rakyat mempercayai DAP dari SUPP setelah melihat ketelusan dan keadilan pimpinan DAP di P.Pinang. Jika benar DAP membawa isu perkauman, mengapa sepanjang kempen DAP di Sarawak tiada satu pun laporan dibuat oleh mana-mana pihak mendakwa DAP bermain dengan sentimen perkauman? Mengapa setelah DAP berjaya dengan cemerlang, isu ini timbul? Media pencacai seperti Utusan Meloya pun menyambut dakwaan bodoh dari PERKASA dan Tun Mahathir ini. Mungkin Tun Mahathir merasa malu setelah di`import' berkempen di Sarawak, namun Bn terus hilang 8 kerusi termasuk kerusi bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Suatu pukulan hebat dari DAP buat Tun Mahathir dan juak-juaknya. Mahathir terasa suatu ketika kaum Cina amat menyanjunginya, tetapi kini cakap Tun Mahathir bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina bahkan kaum Melayu sendiri pun lebih suka melihat Tun berehat sahaja di rumah. Saya yakin, isu perkauman yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan digerakkan oleh PERKASA serta Utusan Meloya ini akan berterusan sehingga PRU Ke 13 nanti. Bn kini amat tertekan kerana Sarawak kini dilihat bukan lagi talian hayat buat Bn bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan