Sabtu, 23 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! 28 ADUN BN Sarawak akan lompat parti?

Posted: 22 Apr 2011 05:26 PM PDT

Berita ini diperolehi daripada Twitter salah seorang blogger gerombolan songkok tinggi yang terkenal. Bagaimanapun nama blogger tersebut tidak disiarkan di sini memandangkan beliau tidak mahu perkara ini dihebohkan.

Menurut blogger ini, 28 ADUN Barisan Nasional yang telah memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini terdiri daripada kaum Iban dan Bidayuh, akan bertindak keluar BN untuk menyertai parti lawan sekiranya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merangkap perompak wang rakyat tidak mahu meletak jawatan.

Di bawah ini screenshot yang diambil daripada akaun Twitter blogger tersebut.


Bagaimanapun, ReJaM© menganggap berita ini hanyalah sekadar cakap-cakap atau khabar angin yang tidak perlu digembar gemburkan. Barangkali ada gesaan dari "orang dalam" Barisan Nasional yang mahu Taib Mahmud segera meletak jawatan kerana menyedari beliau selama ini jelas menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional. Ini jelas kerana salah laku beliau sudah menjadi bangkai gajah yang tidak mampu ditutup dengan tudung saji.

Salah seorang orang dalam BN yang bersungguh-sungguh mahu Taib Mahmud meletak Jawatan adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin. Beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu Taib meletak jawatan meskipun keputusan PRN Sarawak belum lagi diketahui secara rasmi [MsianInsider].



Kalau dilihat, sekiranya berita ini benar, terdapat tekanan dalaman yang mahu Taib Mahmud segera berundur untuk menaikkan nama Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri hasil peralihan kuasa. Taib Mahmud bakal menerima nasib seperti bekas menteri Besar Selangor Khir Toyo yang didakwa atas kesalahan rasuahnya yang sudah bertahun-tahun didedahkan hanya selepas hilang jawatan, untuk menaikkan nama Barisan Nasional.

Bak kata Khir Toyo di dalam blognya "Bila pokok rebah, kura-kura pun boleh panjat".

ReJaM© "Nasib kaulah Taib Mahmud, kita lihat siapa yang kena... jangan calon PR yang lompat dah ler..."

Saham Tricubes melonjak 491% kerana email 1 Malaysia

Posted: 22 Apr 2011 06:11 AM PDT

Sebelum ini Syarikat Tricubes Berhad milik Nazir Tun Razak, adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengalami masaalah kewangan yang teruk sehingga disenaraikan sebagai syarikat bermasaalah di Bursa Malaysia sebagai GN3 Companies [GN3 Companies].

Namun begitu, atas bantuan dan jasa abangnya Najib Tun Razak yang meluluskan projek mengarut dan tak masuk akal iaitu membina email 1 Malaysia dengan kos RM50 Juta, maka Syarikat Nazir Tun Razak telah menunjukkan potensi yang lebih cerah untuk lebih maju lagi.

Hal ini jelas sekali dapat dilihat pada nilai saham syarikat tersebut yang menunjukkan kenaikkan mendadak (exponential) sehingga 491% sejak syarikat itu diumumkan akan mengendalikan projek email satu Malaysia [TheStar].


Selepas email ini siap nanti, semua agensi-agensi kerajaan akan dipaksa untuk menggunakan email 1 Malaysia ini. Duit-duit rakyat pada agensi kerajaan pula akan mengalir masuk ke dalam kantong Syarikat Tricubes bagi membayar perkhidmatan email 1 Malaysia pada kadar RM0.50 hingga RM1.00 untuk setiap email yang dihantar. Dengan adanya projek email ini, maka duit rakyat berjaya dikaut masuk ke dalam kantong adik beradik.

Inilah salah satu cara orang politik untuk memberikan kekayaan kepada adik beradik, ahli keluarga dan cukong (kroni) mereka. Lihat sendiri bagaimana wang rakyat dirompak secara terang-terangan dengan penuh kerelaan kaki-kaki bodek dan si bodoh yang tinggal ceruk di kampung-kampung. Ini apa yang kita nampak, jangan tanya perkara yang kita tak nampak, kerana yang nampak saja sudah berbelit-belit cuba disembunyikan.

Tidak hairanlah Nazir Razak (No 3) dan Mokhzani Mahathir (No 8) menjadi antara orang Melayu paling kaya di Malaysia. Ini kerana mereka memiliki persamaan yang ketara iaitu mempunyai hubungan darah dengan Perdana Menteri Malaysia. [BeritaHarian]

Inilah kebanggaan gerombolan songkok tinggi. Keluarga pemimpin gerombolan kaya raya kerana pandai mencuri dan membodek keluarga sendiri. Teruskan menyokong gerombolan songkok tinggi atas nama perjuangan Melayu, agar kaum kerabat, dan anak beranak pemimpin semakin kaya dan terus kaya sehingga menjadi manusia terkaya di dunia.

ReJaM© "Anak beranak pemimpin semakin kaya, pencacai semakin bangga!"

Tuai Rumah mengaku terima rasuah Cek Tendang

Posted: 22 Apr 2011 03:58 AM PDT


Mungkin jika Tuai Rumah tidak menerima cek tendang sebagai rasuah daripada Calon Barisan Nasional Joseph Mauh, kita tidak akan tahu bahawa Tuai Rumah ini telah dirasuah agar memberikan undi serta memastikan anak-anak buahnya mengundi Barisan Nasional semasa Pilihanraya Sarawak tempoh hari.

Sarawak Report telah mendedahkan pengakuan seorang Tuai Rumah, bernama Kuching Anak Moyang yang telah menerima 3 keping cek sebagai rasuah untuk membantu kemenangan Barisan Nasional di Sarawak. Cek-cek tersebut bernilai, RM2000, RM3000, dan RM5000. Malangnya cek yang bernilai RM5000 adalah cek tendang [SarawakReport].


Tuai Rumah ini juga mengaku bahawa amalan rasuah juga berlaku pada pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2006 yang lalu. Namun kali ini habuan rasuah yang diterima adalah lebih besar.

Untuk lebih mengukuhkan bukti dari Sarawak Report, di bawah ini disertakan rakaman pengakuan Tuai Rumah tersebut, yang bernama Kuching Anak Moyang saksikan sendiri video di bawah ini.



ReJaM© "Ini yang dinamakan penyamun jual perompak"

Tiada ulasan: