Sabtu, 23 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Apa kaitan video seks dengan buat bom?

Posted: 23 Apr 2011 01:21 AM PDT

Tidak jauh daripada daripada beberapa bangunan kodominium mewah yang dinamakan Bangsar South, ada sebuah rumah usang yang dibina menggunakan papan lapis dan beratapkan zink,. Beberapa tulisan dalam bahasa Arab menyambut kehadiran tetamu di ruang masuk.

Di dalam rumah itu, menurut pihak berkuasa dihuni seorang lelaki yang mengancam keselamatan negara.

Pada 1 April lalu, beberapa anggota polis menyerbu rumah kecil itu dan mengheret seseorang yang dipercayai mereka seorang pembuat bom - iaitu seorang lelaki kurang upaya - Kadir Hashim yang berusia 43 tahun.


Dan menurut lelaki yang kudung pergelangan tangan kirinya dan tidak membunyai ibu jari kanan sejak hari tersebut beliau ditahan dan disoal siasat selama 21 hari di mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

"Saya memang bersedia untuk pergi (dipenjarakan) selama dua tahun atau lebih. Saya tahu saya tidak buat apa-apa kesalahan dan akhirnya saya mesti dibebaskan. Dan selepas dua tahun itu saya bersedia untuk menjawap untuk dua tahun lagi.

"Tetapi sudah tentu saya terfikirkan keluarga saya. Perkara paling saya benci jika dipenjarakan selama dua tahun jika tidak dapat menyertai kebangkitan rakyat di Malaysia seperti di Timur tengah... jika ia berlaku," katanya.

Kadir yang ditemui ketika dikunjungi oleh pemuda PKR semalam berkata soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya oleh polis seolah-olah satu bentuk jenaka,

"Mereka tuduh saya hendak bom Suruhanjaya Pilihan raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, polis, sistem maklumat mereka... Saya rasa ini agak lucu dan mereka yang mengenali saya juga akan berpendapat yang sama.

"Saya cacat. Macam mana nak buat bom?" soalnya di rumah yang dikongsinya bersama ibunya yang uzur.

Main mercun

Malah, beberapa rakannya bergurau paling hampir Kadir yang bersaiz kecil itu mendekati bahan letupan ialah ketika berumur lapan tahun, apabila beliau hilang tangan dan separuh ibu jarinya akibat bermain mercun.

EMeskipun menafikan beliau tahu sebab polis menangkapnya, Kadir membayangkan kemungkinan ia ada kaitan dengan tulisannya di Facebook yang sesetengahnya menyokong perang gerila.

Antaranya, Kadir yang bekerja secara penuh masa mengendalikan sebuah warung tomyam secara berjenaka menulis bahawa kerja beliau adalah 'gerila sambilan'. Namun dakwanya beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung senjata api.

"(Semasa disoal) polis membawa tiga kotak senjata api dan minta saya kenalpasti jenisnya dan jenis peluru yang diperlukan oleh setiap satu senjata itu. Saya hanya pernah tengok senjata api di televisyen," katanya.

Menurut Kadir, matanya ditutup apabila dibawa dari satu balai polis ke satu balai polis yang lain. Pakaiannya juga ditanggalkan bagi pemeriksaan sebelum beliau dibawa ke pusat tahanan yang tidak diketahui lokasinya.

"Tak ada tilam atau bantal, kena tidur di lantai saja. Apabila dibawa untuk mandi, mata saya juga ditutup. Saya juga naik empat tingkat tangga ke bilik pegawai penyiasat (IO) untuk disoal setiap hari.

"Kemudian, mereka pindahkan saya ke sel di bangunan yang sama dengan pejabat IO. Di situ ada tilam dan bantal.

"Mata saya juga tidak lagi ditutup apabila meninggalkan bangunan itu, saya diberi makan di pejabat IO... makan baik, biryani dan macam-macam. Tetapi saya tidak ada selera," katanya sambil menambah beliau tidak dicederakan secara fizikal.


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Umno P. Pinang Jatuh Terduduk

Posted: 22 Apr 2011 11:36 PM PDT

115 ribu warga emas yang mendaftar di seluruh negeri Pulau Pinang bakal menerima wang saguhati RM100 mulai hari ini.

Seramai 2024 warga emas telah mendaftar di Dun Bukit Tengah akan menerima wang RM100 di Maybank Autocity.

YB Ong Chin Wen selaku Adun Bukit Tengah berada di Maybank Autocity hari ini dan esok untuk meraikan dan membantu warga emas.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Tahun lalu umno menuduh itu wang judi dan mendakwa kononnya 1000 warga emas telah memulangkan wang tersebut. Jika 1000 orang bermakna jumlah wang ialah RM100 ribu tetapi duit yang ada pada umno RM23 ribu sahaja. Ke mana hilanganya baki yang lain?

Bila diminta senarai nama warga emas, umno gagal bagi senarai nama warga emas sebab itu Kerajaan P.Pinang tidak mahu terima wang tersebut tanpa senarai nama warga emas.

Hingga kini tidak ada seorang pun warga emas yang tampil untuk memotong nama mereka. Inilah angkara umno yang fitnah kononnya itu wang judi tetapi sebenarnya wang judi lumba kuda itu kita asingkan akaunnya dan wang itu hanya untuk miskin tegar bangsa Cina dan India sahaja.

Duit cukai judi magnum, toto, loteri dan sebagainya semua dikutip oleh kerajaan pusat dan duit judi tersebut dicampur dalam satu akaun. Umno sepatutnya cermin muka dulu dan asingkan segera akaun duit judi tersebut.

Umno sepatutnya malu pada Guan Eng yang bukan Islam tetapi telah asingkan duit sumbangan judi lumba kuda bukan seperti kerajaan pusat yang masih satukan wang judi dalam satu akaun.

Kita akan buat laporan polis terhadap umno yang disyaki pecah amanah kerana belum pulangkan duit warga emas.

SharpShooter

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Azmin Dedah Muslihat '1 Melayu, 1 Bumiputera'

Posted: 22 Apr 2011 10:41 PM PDT

PULAU PINANG 23 APRIL : Lebih 1,000 orang membanjiri ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung malam tadi.

Mereka yang hadir kebanyakannnya berketurunan Melayu mengikuti pelbagai isu semasa yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Antara isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) dan banyak lagi.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan, konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belah perpaduan Melayu.

Azmin yang juha Ahli Parlimen Gombak itu kesal kerana Najib secara tiba-tiba menafikan hubung kait antara akhbar Utusan Malaysia dan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.

"Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan Editor Utusan Malaysia.

"Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman," kata Azmin.

Selain Azmin dan Guan Eng turut berucap ialah Exco Pulau Pinang, Abdul Malek Abul Kassim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Azmin menggantikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir berikutan masalah kesihatan.

Terdahulu, Azmin hadir ke majlis makan malam PKR Cabang Bukit Gelugor di Tapak Pesta Sungai Nibong pada jam 8 malam sempena ulang tahun ketiga penubuhan cabang berkenaan. - tvs

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Komponen BN Sendiri Tak Percaya Umno

Posted: 22 Apr 2011 10:38 PM PDT

MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya.

Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.

"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Umno Tetap Berusaha Hancurkan Pakatan Rakyat Melalui UG

Posted: 22 Apr 2011 06:03 PM PDT

Pintu Rundingan Mengenai Kerajaan Perpaduan Tidak Pernah Ditutup, Kata Ahmad Maslan

Pintu rundingan antara Umno dan PAS berhubung kerajaan perpaduan tidak pernah ditutup, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Umno sememangnya sentiasa menunggu tibanya hari orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara dapat bersatu dan tidak lagi berpecah belah kerana parti.

"Sekiranya PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Kursus Retreat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dan Ru Rendang di sini.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Ahmad mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini yang beliau akan menyatakan pendirian mengenai kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas selesai siasatan dibuat terhadap kes video seks yang pelakunya didakwa mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kursus retreat hari ini diadakan untuk anggota Umno dari lapan kawasan DUN yang dimenangi pembangkang, sebagai pembakar semangat untuk merampas kawasan berkenaan.

– BERNAMA

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

MP Hulu Selangor Cakap Saja Lebih, Habukpun Tarak...

Posted: 22 Apr 2011 05:55 PM PDT

Ahli Parlimen Hulu Selangor gagal tunai janji


HULUSELANGOR, 22 April: Sikap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang hanya sekadar pandai berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada penduduk amat dikesali, sehingga menyebabkan sebuah sekolah agama di kawasan itu terus berada dalam keadaan ketiadaan kemudahan asas yang diperlukan.

Mudir Maahad Tahfiz Alkohlidi, Ustaz Yunus Kamaruddin menjelaskan, antara keperluan asas yang masih diabaikan oleh pihak bertanggungjawab terhadap sekolah itu termasuklah bekalan elektrik dan jalan raya.
Menurut beliau, pihaknya telah pun mengemukakan permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendapatkan bekalan elektrik, tetapi sehingga kini amat mengecewakan, sebaliknya berbagai helah pula yang diberikan oleh pihak TNB untuk meluluskan permohonan itu.

Katanya, alasan yang diberikan oleh pihak TNB, kawasan itu tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai, sedangkan bilangan penduduk di kawasan itu mencecah hampir 300 orang, di samping bekalan elektrik itu sendiri merupakan satu keperluan kepada pelajar-pelajar di sekolahnya.

Kindle 3G Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
"Pernah juga terjadi pergaduhan antara kami dengan pihak TNB untuk membuat kerja pemasangan elektrik. Sepatutnya mereka turun padang melihat keadaan kami di sini dahulu barulah mengeluarkan kenyataan tetapi terjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui.

Maahad Tahfiz Alkohlidi yang menumpukan sepenuhnya ke atas hafazan Al-Quran ditubuhkan pada 2008 dengan tapak asalnya di Sri Ukay Bistari, Hulu Klang, tetapi telah berpindah di Ulu Kalong, pekan Ulu Yam, di sini, sejak bulan September 2010.

"Jumlah pelajar di sini dari semasa ke semasa semakin meningkat dan kini hampir 120 pelajar. Dengan kemasukan yang semakin meningkat, kita inginkan bekalan elektrik dan jalan raya yang sempurna kerana laluan ke sekolah ini terlalu gelap," katanya.

Ketiadaan bekalan elektrik, katanya, menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, apatah lagi apabila mereka mempunyai aktiviti sebelah malam di luar kawasan sekolah itu, sehingga menyebabkan mereka pulang ke asrama dalam kegelapan disebabkan kawasan itu kawasan hutan.

"Kadang-kala pelajar-pelajar merasa cemas dan takut untuk mengikuti aktiviti di luar, apabila mendapat jemputan program di masjid mahupun program sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah tahfiz lain. Keselamatan pelajar terutamanya sebelah malam amat merisaukan kami kerana dalam kegelapan berbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku," katanya.

Selain itu, keadaan jalan yang tidak pernah diturap dan keadaan jambatan (gambar kiri) untuk menyeberang ke jalan luar yang tidak dibaiki serta dinaiktaraf turut merisaukan beliau.

"Sebelum kami berpindah ke sini, keadaan jalan raya dan struktur jalan amat teruk sekali, sedangkan ia merupakan jalan "reserve" . Apa yang saya faham jika jalan "reserve" ia adalah milik kerajaan tetapi mengapa tidak dibaiki untuk kegunaan masyarakat.

"Memandangkan kawasan tanah yang telah saya dirikan bangunan sekolah terletak di kawasan pendalaman, maka saya turapkan jalan raya itu sendiri dengan menelan belanja sebanyak RM80,000," jelasnya.

Jambatan yang merupakan jalan untuk ke seberang untuk keluar dari kawasan itu juga telah roboh sehingga menyebabkan air naik melimpahi kawasan itu bila hujan.

"Kenderaan yang melalui jambatan ini pasti akan mengalami kerosakan terutamanya tayar kenderaan akan pecah dan bumper kenderaan mereka juga akan terjatuh kerana kerosakan jambatan tersebut. Bahkan bas sekolah juga tidak berani masuk ke kawasan ini kerana jambatan yang uzur sejak 13 September 2010.

"Saya mendesak agar Ahli Parlimen Hulu Selangor turun padang melawat kawasan ini. Seperti yang beliau janjikan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, jika menang, beliau akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat.

"Jika benar 1 Malaysia boleh memenuhi permintaan rakyat, seharusnya pemimpin Umno BN membuat lawatan dari semasa ke semasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat dengan menyelesaikan masalah rakyat sebaiknya. Bukan turun padang apabila berlakunya pilihanraya sahaja.

"Jangan hanya pandai menabur janji dalam pilihanraya sahaja, tetapi selepas pilihanraya mereka tidak pernah melawat kawasan dan bertemu rakyat," katanya".

Beliau turut berharap agar Kerajaan Pusat memulangkan kembali wangnya yang telah dibelanjakan sebanyak RM80,000 untuk membaiki jalan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat, bukannya pihaknya.

"Sekiranya wang itu dikembalikan semula, pihak sekolah ingin melengkapkan kemudahan peralatan dan menambahkan bangunan sekolah terutamanya menyediakan rumah guru, madrasah, dewan untuk kegunaan pelajar bagi memberi keselesaan kepada mereka," katanya.

Untuk perkembangan sekolah itu, pihaknya turut bercadang untuk menaikkan taraf sekolah tersebut dengan kos keseluruhannya berjumlah RM200,000.

Pada tahun 2009, pihaknya pernah menerima sumbangan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjumlah RM15,000 yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sumbangan tersebut disampaikan semasa kunjungan Tan Sri Khalid ke sekolah itu bersama beberapa orang Exco Kerajaan negeri, selaras dengan usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membantu menaiktaraf sekolah-sekolah agama di Selangor.

"Alhamdulilah dengan bantuan yang diberikan itu, pihak sekolah telah pun membeli peralatan keperluan pejabat, kelas, katil, almari dan membaiki sekolah. Bantuan itu telah meringankan bebanan kami," katanya.

Selain itu, pihaknya juga pernah berbincang dengan Exco Agama, Datuk Hasan Mohamed Ali sejak tahun 2009 lalu bagi mendapatkan pendapatnya berhubung usaha untuk menaiktaraf sekolah tersebut dan pihaknya diberikan kerjasama yang cukup baik.

Sementara itu, tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan sekolah itu, Siti Rokiah Abd Hamid, 69, turut berharap agar P Kamalanathan, TNB dan pihak-pihak bertanggungjawab lain memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap sekolah itu dan penduduk sekitarnya.

"Dengan tiada bekalan elektrik menyebabkan pelajar-pelajar di sini sukar untuk mengulangkaji pelajaran waktu malam. Saya juga difahamkan oleh pihak mudir sekolah, pelajar-pelajar sekolah bangun di awal 4 pagi untuk melakukan ibadah.

"Tetapi dengan ketiadaan bekalan elektrik, ia pasti amat menyusahkan pihak sekolah menguruskan dan menjaga keselamatan para pelajar, apatah lagi sekolah ini terletak di kawasan hutan," katanya.

Beliau juga berharap agar jalan raya yang tidak sempurna dan jambatan yang telah rosak diperbaiki secepat mungkin oleh pihak bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

B. Harian Alat Untuk Aibkan Anwar

Posted: 22 Apr 2011 07:32 AM PDT

PKR mendakwa akhbar Berita Harian (BH) diperalatkan oleh pihak tertentu untuk merekayasa "perbicaraan melalui media" yang jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, "kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan.

"Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Beliau berkata, harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebutn telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.

"Anwar telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Anwar," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Menurut beliau, kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Dato' Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau.

Di antara pendedahan beliau kata Saifuddin, ialah berhubung empat laporan polis yang dibuat Anwar antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Abdul Gani Patail (kini Peguam Negara).

"Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?," soal Saifuddin.

Menurutnya, Mat Zain juga mendedahkan mengenai persamaan yang cukup rapat antara "video seks" ini dengan "video seks" yang disebarkan beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum tahun 1999.

"Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak "politik lucah" dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi- institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman," ujar beliau.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Saham Syarikat Adik Najib Melonjak Kerana Email 1 Malaysia

Posted: 22 Apr 2011 06:20 AM PDT


Saham Tricubes melonjak 491% kerana email 1 Malaysia


Sebelum ini Syarikat Tricubes Berhad milik Nazir Tun Razak, adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengalami masaalah kewangan yang teruk sehingga disenaraikan sebagai syarikat bermasaalah di Bursa Malaysia sebagai GN3 Companies [GN3 Companies].

Namun begitu, atas bantuan dan jasa abangnya Najib Tun Razak yang meluluskan projek mengarut dan tak masuk akal iaitu membina email 1 Malaysia dengan kos RM50 Juta, maka Syarikat Nazir Tun Razak telah menunjukkan potensi yang lebih cerah untuk lebih maju lagi.

Hal ini jelas sekali dapat dilihat pada nilai saham syarikat tersebut yang menunjukkan kenaikkan mendadak (exponential) sehingga 491% sejak syarikat itu diumumkan akan mengendalikan projek email satu Malaysia [TheStar].




Baca di sini:  milosuam

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Syed Mokhtar Kuasai POS Malaysia

Posted: 22 Apr 2011 05:51 AM PDT

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad.

DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar (gambar) yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia.

Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
"Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan," katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan.

Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp.

Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia.

Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing.

DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada.

Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan.


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Awas Fitnah Terbaru Dari TV3

Posted: 22 Apr 2011 02:43 AM PDT

Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar

SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor.

Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

"Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, " kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak.

Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.

Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik.

Semua "fakta- fakta" ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'.

Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ?

Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu.

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat "ilham" untuk memanggil pilihanraya umum.

Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca "cerita bukan-bukan" mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3. -tvs


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Manusia Bangang Saja Yang Mampu Lahirkan Idea Bangang Sebegini

Posted: 22 Apr 2011 02:35 AM PDT

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.


"Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

"Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah," tulis Zaini.

Kemelut itu bertambah kusut apabila PERKASA semalam mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada "Perhimpunan Melayu" yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

PERKASA cawangan Sarawak juga pada Rabu lalu mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup "membalas susu dengan tuba".

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Tiada ulasan: